CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, November 30, 2012

........................

Hai!


Assalamualaikum.


Masa lunch tadi semakin kusut.































sabarlah hati. dugaan Allah beri.

maybe kesilapan besar share kesedihan di blog. menulis adalah terapi. kalau ada yang tak setuju, terpulang. MENULIS ADALAH T-E-R-A-P-I.


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Hari Yang Memenatkan Akan Bermula

Hai!


Assalamualaikum.


Flash back ke hari semalam (khamis, 29nov2012)


Bermula dari pagi mood sangat down. Perasaan kecik hati, terasa, tebawa-bawa sampai menghadap PC.  Niat hati nak pandai drive sangat membuak2 sekarang ni. Itu memang pasti. Siapa pun dalam dunia ni cuba untuk menidakkan perasaan aku tu memang cari nahas. Walaupun secara nyata aku memadamkan keinginan hati, tapi niat dengan kehendak aku takde sape boleh larang. Harap faham.

Aku tak boleh bayangkan bila kita dah buat sesuatu kerja tapi last minute ada orang masuk campur, sampai satu tahap kerja aku boleh consider 'batal'. Hello? Kalau batal lepas tu aku boleh senang lenang main game Zombie vs Plant takpe. Aku jugak nak menjawab nanti. Stress dengan kerja aku memang boleh tolak tepi kalau takde orang sakitkan hati aku. Tapi kalau aku TRY slow down kan stress kerja, tapi orang lain tak reti nak jaga hati dan perasaan aku, cakap main sedap mulut je, memang kecik hati lah kan? Memang terbawa-bawa la ke dalam mimpi --> aku drive kereta pergi Putrajaya. sendiri. Tapi tulah, mimpi jewww!

Petang pukul 4.30pm En Big Boss panggil diskas hal kerja. Aku tengok jam dah pukul 4.30pm, sure balik lambat. Okay, noted. Dengan redha aku masuk jugak la meeting dengan En Big Boss, En Boss dan Yani. Rupanya diorang tengah test suara. Boleh takkk? Haha. Ingatkan apa la.. Rupanya giliran aku pulak En Big Boss nak dengar aku baca nota untuk meeting 9hb nanti. Haha. Okay. Dah diskas dalam tu mana sedar dah pukul berapa, perut lapar pun hilang. Huhuhu. Habis meeting pukul 7pm. Fuhh!

Ngok ngek ngok ngek dengan En Boss pulak dah pukul berapa kat situ.. Malas nak tunggu lama aku minta diri nak balik. Cut it short, aku sampai rumah pukul 9.25pm.

Baru sedar perut lapar gila. Oh, pagi makan sandwich, tengahari makan bihun sup. Malam tak makan sebab dah penat sangat sampai takde selera. Rasa nak nangis pun ada.

Lepas mandi baru teringat yang aku tak solat Zohor, Asar, Mahgrib. Hambek kau! Qadar jugaklah walaupun ada orang cakap tak sah solat qadar kalau sengaja tinggalkan. Tawakal jelah malam tadi. Huhuhuhu! Bukan sengaja tinggalkan, tapi memang tinggalkan sebab kerja. Tetap tak boleh kan. Huhuhuhuhuhu. Solat jugak la Isyak, Zohor, Asar dgn Maghrib. Lepas solat rasa nak tidur dekat sejadah je. Okay, over. Time tu menggigil sebab lapar dengan penat. Masa ni aku menangis sebab penat sangat, sangat, sangat dan lapar.

Lepas solat terus tidur. Pukul 10.30pm.

Pukul 12 lebih aku terjaga sebab terkejut. Tak pernah aku terkejut sampai macam tu sekali malam tadi. Ntah macam mana aku boleh tersedar dan terkejut ntah.

Pukul 2.58am aku terkejut sekali lagi. Kali ni aku mimpi ngeri pulak. Serius ngeri. Macam jadi depan mata, suara orang ramai menjerit teruk-teruk aku dengar dekat sangat dengan telinga. Aku terjaga sampai hilang mengantuk. Ambil henfon tengok jam baru pukul 2.58am. Nak tidur dah tak boleh sebab takut sangat. Mimpi tu tak hilang. Aku masih nampak apa dalam mimpi aku tu dengan jelas. Nak pejam mata rasa takut. Pusing badan ngadap sebelah kanan....takpe lah............. Tutup mata pastu paksa bayangkan Alice in Wonderland. Yeah!

Pagi ni baru dapat kenyangkan perut. Sarapan dekat ofis akak ofis buat laksam dengan soto.

Lepas ni rutin aku akan bersambung macam cerita semalam, sebab minggu depan full 5 hari aku buat training.



boleh ke???


Penat kerja takpe kalau ada yang cuba faham betapa aku cuba slow down, tahan, control, segala bebanan kerja dan stress kerenah orang yang ada kaitan dengan kerja aku. Tapi aku jadi terkilan yang amat sangat bila ada orang buat-buat tak faham. Bila aku senyum orang ingat aku mampu senyum untuk 24jam. Sedangkan senyuman aku tu tak mampu pun bertahan lebih dari seminit. Tapi siapa yang faham. Bila kata-kata tak sesuai dengan perasaan, memang runtuh lah kesabaran.

Nak faham atau tak tak kisah lah. Hak ditangan anda. Tahniah lah.




kadang-kadang aku rasa yang kita ni banyak penat dengan perjalanan rumah ke pejabat, pejabat ke rumah. Kan? sape setuju? angkat keyboard!


thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Thursday, November 29, 2012

Review #5 : Veil Nikah

Hai!


Assalamualaikum.


So many 'review' entry. Harap korang semua tak muak. Dulu sebelum kawen penuh entry dengan preparation, DIY, idea blablablabla. Dah kawen semak pulak dengan entry pasal hal-hal dah kawen.. Pelamin lah, pengapit lah, blablabla.. Harap korang tak bosan dan meluat. Huhu.

Kali ni nak review dan nak share pasal veil nikah.

Boleh eh?

Macam yang korang sedia maklum, aku ada buat entry teaser dan diy pasal baju dan veil nikah di sini :










Perasan tak manik dekat veil tu atas lain, bawah lain.. Part atas veil aku buat awal tahun 2012. Part bawah veil aku buat last minute. Part bawah veil aku gatal tangan guna pearl warna krim. Sebab nak sama kan dengan sampin Suami. Suka hati aku je kan. Atas manik putih + silver, bawah krim+silver. Suka hatiiiiiii je.

Agak kesal sebab part inner aku tak beading. Huhuhuhu. Dah berhajat nak beading tapi ntah lah, banyak sangat buang masa sebab tu banyak sangat yang tak sempat. Tu la, sape suruh banyak malas.



sengaja buat effect HDR
konon nak up kan maniks maniks


selendang senget. tak sedar. haha!
dah separuh majlis baru sedar 'la,senget'
cis!





thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, November 28, 2012

Review #4 : Pelamin Nikah

Hai!


Assalamualaikum.

Firstly, aku nak minta maaf sangat-sangat sebab picha pelamin nikah aku yang full takde, tak banyak. Hanya ada dua (2) keping ni je yang nampak full. Harap enjoy :)











Bahan-bahan untuk buat pelamin nikah ni boleh refer entry :

Bantal ottoman tu aku sewa dekat Butik D'Intan Collection Rm80 untuk dua (2) biji. Satu untuk aku, satu untuk En Gaban. Bunga orkid atas kotak harta karun tu aku pilih bunga, pasu beli dekat romantika lepas tu suruh amoi kedai bunga tu gubah. Aku bawak balik rumah dua biji pasu dengan senang hati. Lalalalala!

Kalau korang perasan (mesti perasan punya), table lamp ada satu je..kan? Itu table lamp mak usu aku hadiahkan untuk 'rumah kita', tapi Ayah suruh letak dekat pelami, walaupun sebelah, tak centre, takpe.. Janji effect pencahayaan table lamp tu tetap ada. Haha.

Dinding memang takde tirai, sebab Ayah cat dinding tu warna purple untuk hari raya. Terus aku decide nak buat tema pelamin warna purple sebab malas nak beli tirai. Boleh kan macam tu. Frame 'Allah' dan 'Muhammad' tu memang sengaja aku tak turunkan. Sebab malas. See? Malas kan aku. Jam bulat tu pun sama. Aku biarkan dekat situ, bawah ketiga-tiga frame tu baru aku tampal fan flowers.

Ada yang tanya fan flowers tu aku tampal guna apa.. Aku tampal guna double sided tape yang tebal tu. Memula aku tampal guna double sided tape yang nipis (warna putih tu), esok paginya (khamis) aku tengok banyak fan flowers jatuh. Aku tukar kepada sellotape kertas (bukan yang jernih tu), pun tak melekat sangat. Last-last aku nekad tambal guna double sided tape yang tebal tu. Risikonya mesti akan rosakkan cat dinding, tapi demi pelamin aku, tetap tampal jugak. Hahaha. Tapi alhamdulillah, cat tak rosak. Wink!

Oh ya! Lagi satu, pelamin aku takde stage. Langsung takde. Save budget dan malas. Semuanya malas aku nih!

Pelamin ni aku siapkan pada hari khamis. Actually rabu malam aku dah start buat, pukul 3.30am aku stop. Tapi sebab fan flowers tu jatuh pada pagi khamis, terpaksa la aku pergi kedai beli double sided tape pastu pukul 1.00pm baru start sambung buat pelamin semula. Sebelum asar siap!




saya dan suami :)


Bila ambil gambar berdiri kurang nampak fan flowers sebab aku set backdrop untuk posisi duduk. Bila berdiri, akan nampak frame 'Allah' 'Muhammad' dengan jam. Haha! Belasah jelah kan ;p

Kalau tanya aku, memang aku berpuas hati sangat dengan pelamin simple ni. Sepatutnya tak layak panggil pelamin pun, tapi nak jugak rename sebagai 'pelamin' hehehehe.

Kata-kata semangat : untuk b2b yang nak jimat kos adalah sangat digalakkan. Takde apa yang salah dengan usaha penjimatan kos untuk majlis perkahwinan, niat kena kuat dan perlu tahu matlamat asal. Kalau ikutkan nafsu perempuan memang nak pelamin grand-grand, liplap liplap.. Tapi bila fikir masa depan aku tutup majalah Pengantin, Inspirasi Perkahwinan etc. Huhuhuhu!

Kesemua barang-barang/bahan-bahan pelamin aku tu sekarang ni aku guna untuk rumah Ibu dan insyaallah bila lapang-lapang nanti aku akan bawa ke 'rumah kita'. Table lamp dah selamat aku guna dekat 'rumah kita'. Romantik. Lalalalalalala~ Hikhikhik!



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, November 27, 2012

Mengubah Sikap

Hai!


Assalamualaikum.


Satu hari ni dugaan sangat kena dengar/hadap perangai manusia-manusia yang jenis bercakap nak menengking, kasar-kasar, marah-marah.

*sigh*

Aku anggap semua tu dugaan semata-mata. Bila kita berniat nak ubah diri, ubah cara bercakap, ubah sikap time tu la macam-macam dugaan datang.

Sorang sorang. Yang sorang tu memang terkenal dekat sini dengan mulut jenis kasar. Jenis cakap kuat-kuat macam marah, jenis cakap tak reti lembut, jenis cakap nak menengking orang. I wonder.. Macam mana dia bercakap dengan suami dia eh? Menengking jugak ke? Ke dia yang kene tengking, sebab tu dekat office kerjanya nak menengking orang. Begitukah? Umur bukan muda.. Sebab kan hormat je aku tahan amarah. Kalau ikutkan dia takde hak nak tinggi suara dekat aku. Dia siapa? Bab bekerja berkira. Maaflah, lepas ni aku hormat sebab umur je. Lebih dari itu sorry.

Ada jugak yang niat nak bergurau (kot) tapi macam tak kena. Bergurau suara kasar ke? Bergurau suara tinggi ke? Bukan ke bergurau tu melawak, melawak tak perlu kuatkan suara kasarkan suara pun dah kelakar kan? Ke aku yang tak reti gelak. Tak kelakar okeh kalau suara tetiba kuat dan kasar. Buat orang tersentak ada la. Malas aku nak layan aku diam je. Pandai-pandai lah faham sendiri yang kau baru buat lawak atau baru buat orang kecik hati. Huh.

Dalam hati dah berazam nak cakap lembut-lembut, nak cakap sopan-sopan. Macam sotong pun takpe, janji lembut. Tapi dikelilingi orang-orang jenis cakap tak reti nak baik pulak. Dugaan kan? Bukan senang nak berubah jadi baik. Aku anggap diri aku tak baik sebab kalau aku baik aku bukan seperti ini. Masih banyak kebaikan dalam diri yang aku belum jumpa. Masih mencari. 

Dulu zaman bujang boleh la nak berperangai huha-huha. Sekarang dah kawen, takkan taknak berubah? Nak gelak ketawa boleh, aku suka bergurau, suka gelak kuat-kuat kalau memang aku takleh control. Tapi mesti lah berbeza dengan zaman bujang kan? At least, sopan lah sikit. Kalau gelak kuat gila pun tutup lah mulut. Tak sopan isteri orang gelak bukak mulut besar-besar. Kan.

Cara bercakap paling penting. Tak susah. Kalau kita berkawan dengan orang yang lemah lembut, lemah lembut lah kita. Tapi kalau dah macam aku ni, pagi-pagi lagi orang soal macam Ketua Polis Negara runtuh gak tembok besi penghalang anasir jahat. Mahu je aku tengking balik. Tapi tadi memang aku tekankan suara aku, dalam aku tenung muka dia. Apa dia ingat dia je ada angin. Tapi bila fikir balik.. Kalau macam tu dia bercakap, macam tu jugaklah dia layan suami dia, takkan aku nak ikut. Aku taknak berjangkit penyakit hati macam dia. Taknak.

Bukan ke solat boleh tenangkan jiwa, lembutkan hati. Elok je aku tengok diorang pergi solat bila sampai waktu. Haihhh. 

Lebih baik tutup pintu bilik aku ni. Kurang nampak orang kurang dosa, kurang sakit hati. Konon tak tutup pintu taknak nampak sombong, taknak nampak bossy. Tutup lah lepas ni. Apa guna ada pintu bilik kan? Hehehe!

Ada je yang mengadu kecik hati dengan orang yang bercakap jenis tak reti jaga hati orang lain tu, tapi apa je aku boleh buat. Aku pun dia cakap tengking-tengking, ini kan pulak akak-akak kerani tu. Kesian. Sabar jelah kan, orang macam tu kita takde ubat untuk dia. Ubat untuk kita ada, jauhkan dari orang macam tu. Dekatkan dengan orang-orang yang ada peribadi baik. Semoga kita pun jadi baik. Amin.

Bak kata kawan baik ofismate aku : Pasangan kita adalah cerminan kita. Bersyukurlah kalau dapat pasangan yang lemah lembut. Sejuk hati :)

Bak kata kawan baik sehati sejiwa aku : Jauhkan diri dari manusia-manusia yang ada penyakit hati.

Bila berhadapan dengan orang-orang tak senonoh ni kan, rindu pulak dengan kawan baik aku sorang ni. Apa khabar lah dia kan. Harap sihat walafiat. Rasa nak nangis dibahu dia. I miss you Ifah :')


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Review #3 : Backdrop & Props


Hai!


Assalamualaikum.


Entry curik-curik. kehkehkeh! Taip surat sikit, taip entry sikit. Haha!

Semalam makan malam dekat rumah Ibu, aku nampak CPU Ayah dah ada dekat meja kerja Ayah. Ini bermakna.. Wink! Wink!

Review #3 ni aku nak share pasal backdrop dengan props yang aku guna dekat dewan. Korang pun tahu yang majlis resepsi aku memang takde pelamin, cuma ada backdrop sahaja. Tapi sayang, aku tak gunakan backdrop semaksimum yang boleh sebab sibuk layan tetamu (macam yang aku nak sangat buat), takkan nak naik atas pentas bergambar pulak kan. Dah niat nak layan tetamu, kena la utamakan tetamu. Kawan-kawan, sedara mara yang nak bergambar pun ambil gambar di mana-mana yang kami stop. For sure background tak cantik kan.. Sobsobsob!

Props pun aku tak guna. Takpe lah, budak-budak merasa lah props tu. Siap bawak balik bila majlis dah habis. Janji diorang happy :)

Picha dalam entry ni aku ambil dari FB Li Bella (kawan Leha) dengan blog Anyra :) Copy and Paste. Picha simpanan sendiri tiada. Huhuhu! Nak try cari dalam PC Ayah. Kalau ada nanti aku share eh.






Oh, bebird yang aku lipat tu? Seharian hari jumaat tu dah penat dengan majlis nikah, prepare apa yang patut untuk dewan dan hari sabtu, ambil kereta, badan dah lesu. Dah malas nak memanjat mengantung bebird dekat syiling. Kakak sepupu gigih nak jugak ada bebird. End up dengan bebird di birai pentas. Lantak lah. Malas nak fikir. Huhuhu! Credit untuk cheriterazanyra.blogspot.com ! Simple je backdrop aku, ya.. Simple yang teramat sangat :(



















Lalalalalalalalalalalalalalala! Pelik ke kenapa picha diorang je? Haha.. Dah diorang memang macam tu. Bikin havoc. Nasib baik ada diorang, meriah jugak lah backdrop tu. Hehehe. Thx ye Risma, Hakim, Yana, Dewi, Fera (kawan-kawan Leha). Eh, korang baca ke blog akak? Haha.



we and family!


cousins!!


Sorry sangat sebab picha tak berapa nak jelas.. Boleh lah kot. Dari kiri ke kanan : Leha, Ibu, Encik Gaban, Puan Gaban, Ayah dengan Miza. Welcome to my havoc family sayang :) Hasil pelbagai warna biru (refer picha cousin). Thx korang sebab meriahkan warna biru dengan baju-baju korang!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Monday, November 26, 2012

DIY : Dulang Hantaran Cermin

Hai!


Assalamualaikum.


Sebelum ni aku ada share pasal DIY dulang hantaran, tapi masa tu teaser jelah kan. Kali ni aku buat entry DIY (bukan la full explanation pun huhu) sebab blogger nama Rina Ellisa ada request. Oh malunya! Ada jugak yang bertanya pasal cermin yang aku guna sebagai alas barang hantaran.

Hakikatnya aku taktau nak mulakan entry macam mana, sebab takde picha nak di attach. Tak best la kalau takde picha. Korang mesti bosan takde pencuci mata kan. Tapi memang takde picha, aku pun dah tak boleh dan tak berpeluang nak diy semula. Barang-barang dekat rumah Ibu, aku dekat 'rumah kita'. So, masa dan ruang tak mengizinkan. 

Dengan itu terpaksa lah recycle picha. Ingat sampah je boleh recycle? Haha. Picha-picha dalam entry ini adalah picha yang sama seperti entry lepas, dan harap korang tak bosan lah ye. Huhu!


Sila rujuk picha di atas ya, cermin yang dalam picha tu aku beli dekat IKEA. Empat (4) keping Rm25. Aku beli lapan (8) keping. Sebab aku nak guna tujuh (7) keping sahaja. Tapi sayang, dua (2) dah sumbing. HUHUHU! Sekeping xtau la macam mana boleh sumbing. Yang lagi sekeping sumbing masa dah siap majlis nikah. Maybe terlanggar dengan kuat kot. Sedih. Nanti nak pasang dekat dinding macam mana la aku nak sorokkan yang sumbing tu. Cis! So please, berhati-hati.

Hiasan yang aku guna dekat cermin hantaran tu boleh refer sini :) 

Cara aku lekat barang hantaran? Aku guna double sided tape, beli yang tebal ya.. Jangan beli yang nipis warna putih tu. Memang menakutkan bila nak tampal guna double sided tape yang tebal tu, sebab nak tampal dekat cermin kan, mesti lah sayang. Takut cermin rosak. Tapi jangan risau, aku dah buat, memang tinggal kesan tape dekat cermin, tapi masih boleh tanggal. Kena usaha sikit lah kopek-kopek guna kuku.

Untuk lekat kan bunga/hiasan, aku guna double sided tape yang nipis. Sebab bunga je kan.. Tak perlu double sided tape yang tebal, yang nipis pun dah okay. Just nak bagi lekat je. Kenapa warna kuning? Mak Mertua yang request warna kuning. Hiks! Plus aku memang suka kuning :p

Takde la comot dengan  kesan gam :) Itu jelah cara aku. Tak susah kan? Boleh lah try!

Cermin aku recyle untuk hiasan dinding rumah kami. Ntah bila ntah nak menampal. Cepatlah rajin.


Harap membantu ya! 

A very short entry sebab kepala berpusing-pusing memikirkan kerja. Psssstt, ni curik2 update tau. Jangan bagitahu boss eh!


thanks korang!


Love,
Nursaila Norman!

Thursday, November 22, 2012

Mr Johnny Loves My Pelamin!

Hai!


Assalamualaikum.


Teringin sangat nak share tentang nikah progression tapi picha takde. Pitam la korang nanti kalau baca tulisan semata-mata tapi takde picha kan? 

Kebetulan dalam henfon aku ada la terselit picha sikit-sikit, itu pun teringat nak snap. Biasa lah, dah sibuk, tak sempat, nak cepat mana la sempat nak snap-snap. Huhuhu.

Masa 8 November 2012, sehari sebelum majlis nikah aku sibuk buat pelamin (macam berpanel-panel lah sangat, padahal stage pun takde haha), buat sorang-sorang huhuhu! Tapi yang tukang jadi peneman ialah Johnny.

Cuba tengok..









Taktau la kenapa dia asyik duduk dekat situ. Dari mula aku deco, sampai la ke malam, kejap atas bantal nikah, kejap celah bantal Mr & Mrs, kejap atas carpet.. Sikit pun tak berganjak dari pelamin. Kiranya dia lah yang rasmi pelamin aku.. Bagus kan kau Johnny. Sebab dia tak rosakkan apa-apa, tak ganggu aku, aku buat jela kerja aku macam biasa, suka hati dia lah janji dia bahagia :)

Tapi satu benda yang buat aku frust masa dah complete deco pelamin ialah aku terdengar Ayah diskas dengan anak murid dia yang merangkap OP aku untuk nikah dan resepsi, Ayah bagitahu yang En Gaban akan duduk di pelamin dengan Ustaz Rashid (jurunikah). So Ayah ajar dia kat mana nak ambil gambar yang sesuai. Masa dengar tu for sure la aku terkejut kan.. Yelah, aku buat pelamin untuk aku dengan bridesmaid duduk sambil tunggu ijab dan kabul.. Penat la aku lipat kertas nak jadi fan flowers, beli bunga, beli orkid, tetiba aku tidak terlibat dengan pelamin tu. Pening sekejap. Huhuhu.

Bila double check, memang betul, Ayah nak En Gaban ijab dan kabul di pelamin yang aku deco sampai nak pitam tu. Sedih okay. Bukan tak bagi En Gaban shake hand dekat sikit, tapi biasanya pelamin tele dengan pengantin perempuan. Bukan pengantin lelaki. Huhuhu! Ayah suruh aku duduk dekat ruang tamu yang lagi satu, dah la tak buat apa-apa hiasan dekat situ, harapkan curtain Ibu yang Ibu buat baru tu jelah. Haruslah sedih. Huhuhu. Terus mengadu dekat En Gaban. Dia pujuk-pujuk supaya aku jangan stress. Okay, aku cuba rilex kan diri, pujuk hati cakap takpe lah, at least tak payah la tunjuk muka sangat. Okay lega. Tapi kesian la dengan bridesmaid aku, susah payah setuju jadi bridesmaid aku. Last-last takde pelamin. Sobsobsob!

Masa majlis nikah tempat yang sepatutnya aku duduk dah penuh dengan sedara mara perempuan (sedara mara lelaki dekat ruang tamu lagi satu), dah? kat mana aku nak duduk. Jadinya aku duduk dekat sisi En Gaban. Ada hikmah rupanya.. Duduk dekat sisi En Gaban, boleh nampak muka En Gaban, rasa lebih dekat, perasaan takut+debar En Gaban for sure lebih kuat aku boleh rasa. Haha. Kalau ada orang sergah aku dari belakang tiba-tiba, confirm mati terkejut. Aku berdebar sampai rasa sesak nafas, sampai jantung aku berdegup laju nak mati. Siyes, laju gila. Huhu.



En Gaban, aku dengan Ayah (nampak sipiii je baju purple tu)
kadang-kadang benda yang tak di rancang lebih baik kan?

picha yang sama aku attach kan huhu! sedih.


Dengan sekali lafaz sahaja, memang tak sangka En Gaban boleh buat sekali  lafaz. Ingatkan dua kali atau tiga kali. Haha. Gila tak confident dengan pasangan sendiri. Hehehehe! Tak, bukan tak yakin, tapi En Gaban yang aku kenal orangnya pemalu gila.. Aku target mamat ni mesti gugp nanti. Well, siapa tahu.. Sekali lafaz je. Alhamdulillah.

Aku sangat suka dengan pelamin sendiri. Hari rabu kot kalau tak salah baru kemas pelamin. Kalau boleh taknak kemaskan boleh tak? Huhuhuhu! Alhamdulillah, masa majlis nikah tu tetamu yang datang puji pelamin cantik.. Terima kasih banyak-banyak. Terpacak lama-lama depan pelamin, tenung lama-lama, aku gembira tengok orang lain gembira. Terima kasih ya!




thanks korang!







Love,
Nursaila Norman!

Belum Masak Lagi :(

Hai!


Assalamualaikum.


Nak share pasal nikah/wedding picha takde. CPU Ayah masih service. Grrr! Lantaklah, esok-esok dah basi tak payah review terus.

Kerja harini tak stress macam semalam sebab aku nak fokus dekat kerja sendiri je. Harap-harap tak jadi macam semalam dan semalam. Teruk sungguh aku berlari-lari anak dalam pejabat. Huhuhu.

Cakap pasal kehidupan kami yang sekarang ni boleh dikatakan okay sangat-sangat. Alhamdulillah. Seminggu kami bercuti banyak masa kami habiskan dengan enjoy dan enjoy. Sekejap je dah habis cuti seminggu. Bila nak masuk kerja masing-masing macam taknak kerja. Malas nak iron baju kerja. Hehe.

Setakat ni aku belum memasak lagi. Tiap kali balik kerja terus sampai kat rumah Ibu. Suami pun akan terus ke rumah Ibu. Kebiasaan family aku akan makan malam pukul 7 malam, mula-mula Suami pelik, dia cakap macam nak buka puasa lah pulak. Hehe.

Lepas makan malam ramai-ramai selalunya dengan Ibu, Ayah, Miza (adik aku yang bongsu), lepas solat maghrib baru aku dengan Suami pulang ke 'rumah kita'. Terdetik jugak, bila la aku nak start masak untuk Suami. Huhuhu.

Bukti aku memang belum masak apa-apa untuk Suami. Setakat goreng nuget untuk kunyah-kunyah pernah lah. Pastu buat stok nuget dalam peti ais. Huhuhu.



Breakfast McD beberapa hari selepas kahwin. Syabas Saila! Haha.




Lunch selepas seminggu kahwin. Syabas again Saila.

See? Sampai ke hari ni pun aku belum masak apa-apa untuk suami. Insyaallah, i will. Siapa taknak masak untuk Suami kan. Kesian Suami kahwin dengan aku yang tak pandai memasak. Huhuhu!

Niat harini nak google resepi masak, aku suka Dapurku Sayang, blogger dia nama Dayang, setakat ni aku banyak try resepi-resepi semuanya menjadi, sebab tips2 Kak Dayang tu bagus2 :) Google Saila google, cepat sikit pandai memasak. Hikhik!

Wish me pandai memasak untuk Suami ya ;)



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!

Tuesday, November 20, 2012

Review #2 : Hantaran(s)

Hai!


Assalamualaikum.


Petang baru dapat update blog. Oh? Penting sangat ke blog? Sedikit kelam kabut dan stress sepanjang hari ni sebab kerja. Sampai tahap aku berkeras dengan En Boss. Dah.. Masa suntuk, lagi mau demand. Maaf ya En Boss. Saya asyik call hotel untuk cari hotel yang sesuai untuk training, tahukah En Boss bahawa saya pun nak call hotel untuk honeymoon.Tapi demi kerja, saya tolak tepi honeymoon saya. Huhuhu! Kengkawan dah tanya 'honeymoon mana?' 'dah pergi honeymoon belum?'

Jawapan aku 'rumah saja!' Sentap.

Okay, settle membebel. Lagi satu masalah aku nak share dekat sini ialah picha dari DSLR Ayah dan Ammar (anak murid Ayah merangkap OP wedding aku) semua dalam PC Ayah. Pastu CPU hantar service. Stress aku tengok PC Ayah yang takde CPU tu. Rasa nak makan je PC tu. Grrrrrr!!

Dengan itu, aku upload picha dari camera henfon cap Sony jelah ye. Orang dah pakai BB, iPhone 4,5,6,7.. Aku tetap Sony merah ni ha. Hahaha. Sedih!

Pertama sekali aku nak alert kan yang hantaran aku biasa-biasa je, hiasan hantaran pun biasa-biasa jugak. Aku dah pernah share sebelum ni kan, kalau sudi boleh lah refer link Hantaran dan Pilihan Barang Hantaran Cara Saya dengan Teaser & DIY : Gubahan Hantaran (pihak perempuan). Untuk gubahan hantaran pihak lelaki aku takde buat teaser atau review pun. Maaf sesangat, tak sempat.




Hantaran untuk pihak lelaki




Hantaran untuk pihak perempuan



Hantaran untuk lelaki 9 dulang + sireh junjung yang tiba-tiba disponsor untuk jiran (kawan baik Ibu), hantaran untuk perempuan 7 dulang.





perfume dengan mandian Body Shop!




Ingat tak dengan Mini Jars ni?
Isi dalam balang beli dekat Famos Amos je + kurma dan kismis :)




Jam tangan, purse dengan tali pinggang :)




Kemeja kerja sehelai, kemeja santai sehelai :)




Dulang hantaran ada balang mashmallow, toblerone, dengan choclairs :)




Blueberry cheese tart tempah dekat kakak satu ofis :))




Sirih junjung + buah-buahan (sponsored)




Kek hantaran sponsored by kakak sepupu.
Ingat entry sini? Kakak sepupu buatkan kek hantaran untuk aku sebijik macam dalam gambar!
Suka takyah cakap la. Huhuhu.
Sekeliling kek ialah Kit Kat, isi dalam Red Velvet, coklat warna warni ialah Nips.
Kakak sepupu taknak guna M&M, takde cop Halal katanya. Okay kak!
Puas kitorang satu family makan red velvet paling sedap aku pernah rasa, dan kunyah Kit Kat :D




Ini ialah mas kahwin dengan epal merah (ikat cincin nikah dekat tangkai epal yang paling tengah)
Sedih sebab takde picha cincin di tangkai epal. sobsobsob!!




Fruit tart dari kakak sepupu jugak

Gubahan hantaran main belasah semata-mata. Huhuhu. Untuk diri sendiri aku sangat berpuas hati. Lama betul aku amek masa untuk publish entry ni, okay lah, nak balik dah kan? Nanti sambung lagi k!



thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!


Monday, November 19, 2012

Perubahan :)

Hai!


Assalamualaikum.


Firstly aku nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak reply komen korang. Aku akan singgah blog korang bila betul2 free nanti eh. Nak spend masa, nak baca entry korang tanpa gangguan baru syok. Stress sungguh kalau baru baca sikit dah kena ganggu. Huhu.

Hari ni hari first aku dengan Suami bekerja selepas seminggu bermalas-malasan di rumah. Takde apa yang lain sangat, sebab memang kami bukan satu pejabat. Cuma tak sabar-sabar nak balik rumah je. Heeeee!

Life aku sekarang ni sangat kelakar. Apa yang aku fikir (base pada kisah orang lain dan jugak kebiasaan) selama ni macam tak sama sangat. Sebelum kawen aku fikir segala benda aku kena buat sorang. Suami (sebab lelaki kan) just duduk goyang kaki. Isteri wajib masak. Tapi rupanya aku sangat enjoy dengan life sekarang sebab semuanya buat bersama. Tak timbul isu aku penat sorang-sorang. Alhamdulillah. Huhuhu!

Bab membasuh bagi dekat En Gaban. Rajin sungguh dia mengutip segala baju pastu on mesin basuh. Macam banyak je baju kannnn. Kalau aku sibuk mengemas, dia rajin sangat menyapu lantai. Aku plan lepas mengemas nak menyapu, tapi bila aku intai ke ruang tamu eh? dia dah siap menyapu dah, nak menyapu dapur pulak dah. Rasa bersalah sangat-sangat, tapi dah siap menyapu dah pun kan.. Huhuhu.

En Gaban yang dulu lain sangat-sangat sekarang ni. Sangat protective. 6 tahun kenal dia, tak pernah sekali pun dia bersifat protective dekat aku. Tapi sejak dah kawen memang lain. Aku tak pernah bukak pintu kedai/restaurant/bank etc sendiri. Semua Suami yang bukak kan. Mula-mula aku kekok. Gila apa bukak kan pintu untuk aku. Dia cakap ladies first. Okay, aku senyum se'happy-happy'nya. Pintu kereta pun dia bukak kan. Maaf sangat-sangat, bukan nak berbangga, tapi nak bagi semangat dekat sesiapa yang belum berkahwin bahawa perkahwinan adalah sangat indah. Percayalah. Kalau dah ada pasangan tu cepat-cepat lah ya :)

Kalau ikutkan majlis resepsi aku sangat simple. Takde red carpet, takde pelamin, takde kek pengantin, takde kumpulan kompang, takde karaoke, takde hiasan bunga-bunga, meja makan beradap pun takde hiasan. Just alas meja dengan makanan pengantin. See? Betapa simple nak mati. Sebab aku nekad nak fokus dekat makanan sahaja. Yang penting tetamu, aku takpe tak penting. Yang penting tetamu datang happy, balik kenyang. Huhuhu.

Hikmahnya? Alhamdulillah, sebelum kawen kami takde masalah duit, lepas kawen pun sama. Kitorang berjaya manage duit sebaik-baiknya malah boleh berjimba-jimba lepas majlis (walaupun belum honeymoon jauh-jauh lagi). Memang aku tak menyesal majlis aku simple. Sebab hikmahnya kami boleh enjoy beriya-iya tanpa fikir masalah kekurangan duit.

Kalau mampu memang boleh buat beriya-iya. Tepuk dada tanya selera.

Takde apa yang nak dimalukan dengan majlis simple. Yang penting kehidupan selepas majlis. Nak pergi mana cakap je, nak makan apa cakap je, nak beli apa cakap je. Lepas kawen lah boleh jalan pegang tangan, lentok-lentok kepala dekat bahu, makan suap-suap, cubit-cubit manja. So, tak perlu bersekat-sekat kan? Suami asyik tanya 'dah boleh pegang tangan kan?' Iyaaaaaaa :)

Malam tadi paksa Suami tidur awal sebab esoknya nak kerja. Boleh tak paksa Suami tidur jangan tengok TV dah. Hahahaha. Padahal taknak tidur sorang dalam bilik punya pasal.. Mengada!

Maaf lah, entry ni takde picha. Hidup kelam kabut kan, macam mana tak kelam kabut, enjoy sangat sampai lupa nak atur hidup sendiri. Kabel henfon pun tertinggal dalam laci. See? Kelam kabut punya pasal. Alamatnya aku tak boleh lah nak transfer picha(s) dari henfon ke PC. Kalau nak share pasal wedding tak best la kalau takde gambar kan?

Maaf sekali lagi kalau ada yang tak selesa dengan entry aku yang ini, bukan nak belagak, tapi aku dah lalui benda yang paling aku risau (majlis kahwin), dan aku sedang lalui kehidupan yang aku fikirkan susah pada awalnya, tapi hakikatnya kalau kita nak kehidupan yang selesa dikemudian hari, kita kena abaikan segala nafsu yang memaksa kita berhabis-habis untuk benda yang tak perlu. Memang majlis kawen sekali seumur hidup, tapi jangan perdagangkan kehidupan yang masih panjang di depan kita. Tak salah dan tak malu pun majlis kecil-kecilan, tapi malu kalau lepas kawen makan pun bersekat, poket kering sebab banyak habis dekat majlis. Ukur baju dibadan sendiri. Enjoy your marriage life, settle kenduri settle masalah. Jangan sampai picit kepala lepas kawen. Perkahwinan adalah kehidupan yang sangat awesome. Mulakan perkahwinan dengan keberkatan dan kesederhanaan.

Amin.





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Friday, November 16, 2012

Review #1 : Bridesmaid Saya :)

Hai!


Assalamualaikum.


Benda first yang aku nak share dekat blog puterigaban ialah bridesmaid! Maaf ya, yang ni pun curik2 update, sebab Suami pergi solat Jumaat. Tadi pun sebelum dia pergi solat dia sibuk 'kacau-kacau' aku nak online. Huhuhuhu. 

Bridesmaid aku ialah Sharifah Rodziah Syed Jalaludin dengan Siti Zaharah Zakaria. Dua-dua ni best friend aku. Sorang kawan sekolah sampai U sampai lah sekarang, yang sorang lagi kawan office. 

Aku memang berniat nak kawan baik+rapat jadi bridesmaid, tak plan pun, cuma last-last minute aku request dekat diorang terus jadi kenyataan. Alhamdulillah. Pagi-pagi lagi diorang dah sampai kat rumah aku, tunggu aku bersiap. Yang bestnya, Ifah, Ara, Leha, Eyla, Leen, Nissa, tolong aku pakai selendang dengan veil. Perasaan? Macam puteri. Sorang pegang, sorang cucuk pin, sorang betul-betul kan selendang blablabla. Ya Allah, taktau la nak cakap macam mana.. Puteri sangat! Hiks.







sila abaikan selendang aku yang huru hara tu. benci.


Dengan paksaan aku suruh Ara dengan Ifah pakai baju warna pink, shocking pink lak tu. Hehehe. Sanggup diorang pakai warna yang aku suruh. Terima kasih banyak-banyak ya :)) Picha-picha ni aku ambil dari FB sendiri, picha first dari Eyla Rahman, sepupu aku, picha second dengan third aku ambil dari Sharifah Rodziah. Thx sebab tagged :)

Bridesmaid tambahan ada, tapi picha dalam PC Ayah. Huhuhu! Pening kepala nak pilih picha yang mana. Nanti aku review lagi eh.

Suami dah pulang dari masjid, terus lambat publish entry. Tengok, tengok.. Grrrrr! Jom lunch.




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Thursday, November 15, 2012

Teaser : Nikah Day. Me as Mrs Gaban ;)

Hai!


Assalamualaikum.

















Banyak sangat benda nak share, nak cerita.. Tapi masih belum sempat nak share apa-apa. Tengah menikmati hidup berdua yang super best. Heeee! Asyik keluar ke sana sini sampai pulang tak kira masa macam mana nak share dengan korang kan. Haihhhh. Maaf berbanyak eh, bila dah dengan Suami mana boleh buat benda lain dah. Huhuhuhu.

Nanti aku curik masa untuk share dengan korang ya.

Terima kasih yang tak terhingga kepada yang mendoakan kami dan majlis kami. Allah saja yang dapat membalasnya. Kerana doa kalian, majlis kami sangat lancar. Syukur Ya Allah.




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!