Assalamualaikum.
Dari mana nak mula eh? Pheww.. Tapi apa-apa pun alhamdulillah atas nikmat Allah, dengan izin Dia, aku dapat jugak melakukan, menyiapkan beberapa perkara dengan 'rumah kita' tu.
'Rumah kita' tu masih dalam progress.. Ingatkan boleh siapkan semua sekali dalam masa sehari dua, yelah.. Bukannya renovation besar-besaran pun, alih itu ini, diy itu ini je. Tapi rupanya susah jugak dan ambil masa. Huhuhuhuhu. Harap sempat lah sempurnakan mana yang utama/penting, sebab weekend ni kawan baik nak datang masak-masak dan lepak-lepak kat rumah aku. Malu pulak takde meja makan. T____T'
Jadinya, sabtu baru ni aku pujuk Suami bawak aku pergi IKEA. Kat rumah cakap macam ni kat Suami 'girl nak beli stool 3 je.. satu rm10.. murah kan? girl janji, beli stool je..' Siap buat muka merayu. Supaya Suami kesian dan percaya dengan aku. Hehehehehehe. Eh, ni betul-betul janji okeh.
Masa ni odw ke IKEA
nampak tak muka happy tu? nampak tak?
Sampai je kat IKEA ada je barang lain aku capai.
nampak tak janji tak ditepati di situ?
kehkehkehkeh
Macam biasa aku suka balang kaca IKEA tu, sebelum ni beli 2 bijik, konon cukup lah tu. Sekarang dah bertambah jenis makanan dekat dapur, so kena lah grab lagi kan. Itu pun kena bagi justifikasi kat Suami sebelum aku boleh letak dalam troli. Hahahahaha. Orang lelaki, kalau bab pekakas rumah semuaaaaa tak perlu. Tapi bila kita dah beli, boleh pulak puji. 'eh, bagus lah beli ni'. T_____T
Kitorang kalau pergi IKEA mesti pergi lepas Asar. Orang masih ramai, tapi bab parking tu dah mudah sikit. Tapi kena makan dulu, bagi tenaga kat orang lelaki. Orang perempuan takpe, aku tak makan 3 hari duduk dalam IKEA tu pun boleh. Hahahaha. So kami makan meatballs sampai lebam dengan chicken wings baru boleh masuk beli barang. Kang ada jugak terlembik-lembik ikut aku pilih barang. Siapa lagi yang lembik tu kalau bukan Suami. Hewhewhewhew. Kebetulan, masa kami makan tu, kerusi yang kami duduk tu lah stool yang aku nak beli! Beriya-iya tunjuk kat Suami. 'yang macam ni la girl nak, macam ni sebijik!' sambil tunjuk-tunjuk stool. Dahhh kenapaaa.
Balik-balik je, tak solat Isyak dulu.. Pasang duluuuu. Dah kata aku kannn.. Pernah ke menyabar? Mcm minggu lepas masa bawak Ibu pergi makan Satay Kajang kat Kajang, kan ada orang jual-jual kat parking lot tu.. Suami nak belanja selipar untuk bini dia (sebab bini dia suka kasut dan selipar :p), masa Suami bayar aku terus pakai selipar tu. Pastu terus jalan kaki keluar kedai. Ibu aku cakap perangai tak berubah, pastu Suami tambah 'siapa tak kenal Yunn kannnn'. Daaaaa~
Siap! Suami tolong ketatkan skru je.. Orang perempuan kan tak boleh buat kerja berat2.. Hehehehehe. Outcome dia nanti aku share sesegera yang boleh ya. Doa2 lah tiap kali balik kerja aku berajin2 nak sambung diy 'rumah kita' tu. Huhu.
Apa yang aku boleh teaser sikit ialah, aku takde meja makan. Dulu sebelum kawen aku tak masukkan meja makan dalam list kami. Sekarang ni aku dah boring makan kat bawah. Nak membeli meja makan aku rasa macam hmmm..hmmmmm.. Alang-alang nak beli meja makan aku nak beli untuk seat 6 orang. 'Rumah kita' tu sesuai masukkan meja makan untuk seat 4 orang je. Konfius di situ.
Lagi satu, aku rasa tak perlu lah nak membeli meja makan. Kalau ada rezeki dapat beli rumah (amin), takde lah menambah beban kan. Macam aku, menghias, mencantik, menyusun 'rumah kita' tu tanpa membeli perabot besar-besar. Guna segala barang yang sedia ada dalam rumah sahaja. Itu yang kena perah otak tu. Wu Wu Wuu Wuu!
Kalau ada yang ikut blog ni dari dulu, dari zaman kami baruu-baruuuu je kawen, mesti ingat dengan gambar ni kan? Meja yang aku nak jadikan meja makan nanti asalnya meja dalam gambar lah. Asalnya meja dengan armchair tu satu set. Tapi aku asingkan. Sebab kerusi dia gedabak sangat nak dijadikan kerusi makan. Kan? So meja aku hantar ke dapur untuk tempat air, kerusi dia sampai sekarang dekat ruang tamu sebagai hiasan semata-mata. hiks!
Refer lah link My Feveret Area dengan I Am Suri Rumah. Boleh nampak macam mana rupa armchair tu tanpa meja dia. Huhuhuhu!
Boleh nampak tak asal barang dalam rumah aku kebanyakkan nya murah dan ada jugak barang second hand. Hanya dengan kos Rm30, aku akan ada meja makan tak lama lagi. Yeahhh!
Kalau sudi, tunggu lah aku share macam mana rupa paras meja makan bernilai Rm30 aku tu eh!
As'Salam :)
Love,
Nursaila Norman!
14 comments:
fiza jarang shopping kt ikea.. anyway slm kenal yer...
Wahhh ! Cepat cepat siapkan 'rumah kita'. Nanti ajak kita housewarming eh. Amboii. :P
huwaaa...
kita rindu kt ikea
kt alor setar xda ikea
nk wat petition guling2 la srh diorg bukak ikea kat cni jgak
hehehehehehe
tak boleh dengar bab murah..
ah nanti nak usha kat 2nd furniture gak lah.
best shopping ikea..btul tu org laki sllu berkira nk beli brg rumah..klu bli dvd game beratus pon xpe..huhuh
Best2.....mendeko...
Tak sabarnya nak tengok hasil DIY! imah rumah mmg ada meja makan tapi yg 4 kerusi je sbb umah kecil.huhu.. tapi meja makan tu jugak kiteorg guna as meja tulis. husband suka buat kerja2 dia dekat situ. kira 2 in 1 la. Tapi saila lg best sbb leh cari idea utk diy. lg jimat.
pakai brg baru cpt2 tu kan sunnah..bagus..N pulak syg nak pkai awal2, tp hasben yg suruh pakai..hehehe..
xsbr tngu kisah diy ni lg
Wahhhh dah ada rumah sendiri weeeeee
ikea mmg bestlah...rindu nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. TQ singgah blog KA yer!
kenapa kita pompuan pompuan suka sgt g ikea.tapi suami kita x suka.hahaha
Zila Zainal : pembetulan syg, rumah sewa je. wuwuwuwuwu!! rumah sendiri belum jmp sbb ongkos mahal gilosss :D
wahhhh boleh datang raya ni nanti ihiks!!!! TAK MALU!
Seronokye dia....hihihi...susun atur ye kak.nnt nk tgk outcome yer...
Post a Comment