CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 7, 2015

Review : Cloth Diaper

Assalamualaikum


Kalau dulu review barang sendiri, sekarang ni review barang anak pulak. Begitu lah lumrah seorang wanita. Hehehehe. Selepas aku sendiri guna pakai Cloth Diaper (CD) ni, baru lah boleh review kan..

Cakap pasal CD nie, mula-mula aku terjumpa artikel dia masa tu aku belum kawen lagi. First impression aku pasal CD ni of course sebab dia comel! kedua baru sebab penjimatan. Hehehe. Orang perempuan kalau bab comel laju jelah nak membeli. So aku terus nekad nak beli untuk anak aku nanti. Masa awal 2012 aku x jumpa byk sgt maklumat pasal CD tapi alhamdulillah makin lama makin byk dah maklumat dan info pasal CD.

Dan disebabkan aku delay untuk dapatkan baby, aku tgk jelah orang lain beli CD utk anak masing2. Geram takyah cakap sebab comel sangat anak diorg pakai huhuhuhuhu! Bila aku pregnant je, terus explain kat Suami pasal
CD ni. Kena ada persetujuan bersama, sebab bab basuh membasuh ni tugas Encik Suami. HEHE!

Tapi aku tak beli CD sebelum baby lahir, sebab aku tak rasa nak pakaikan CD masa dia newborn. Aku start beli masa umur dia masuk 3 bulan. Mulanya aku nak beli satu brand femes ni, harga memang mahal lah. Lepas tu dah makin byk pilihan dan brand, aku peratiiiii je dulu (haha), taklah.. Aku nilai dan fikir masak2 cewahhhh sebab ini melibatkan wang ringgit dan kecekalan (membasuh CD)! Puas aku bersabar masa buat penilaian tu aku berkenan dgn satu online shop kat IG. Barang dari luar negara kena pre-order. Tak kisah lah janji dapat. Tapi ntah macam mana aku boleh pulak ajak Suami pergi OBW nak usha CD kononnya.

Sesi meng'usha' aku berakhir dengan membeli 2 helai CD, yayy! Part paling best mesti lah aku beli CD dengan harga tak tercapai dek akal muuuu.. Rm12. 


Kalau ikutkan brand femes tu sehelai lebih Rm50. Harga kat IG tu pulak Rm100 untuk 5 helai (promosi). Bila aku pergi OBW sementara nak tunggu lif, aku nampak senarai harga promosi. Brand Autumnz Rm38 dapat 2 helai. Maknanya sehelai tak sampai Rm20 pun kan?! Aku pun pilih lah corak yang paling comel diantara mereka. Macam mana aku boleh beli yang harga Rm12?? Sebab aku nampak kaler pink tu lebih cantik dari kaler pink brand Autumnz. Aku pun amek lah, ingatkan brand Autumnz, tengok harga Rm12. Eh?! Kenapa brand ni murah? Aku tanya SA dia cakap beza murah dengan mahal adalah brand. Yang Rm12 tu buatan Malaysia. Sebab tu boleh murah.

Aku kelip2 mata pandang Suami. Suami suruh amek yang brand Autumnz takut kualiti pulak jadi isu nanti. Tapi aku nakkkk jugak kaler pink plain tu. Daaaaa! Puas fikir sambil bersila dalam OBW tu aku decided amek yang Rm12 sebagai percubaan. Amek 2 helai dulu. Kalau tak ok takde lah rasa rugi sangat, lagi satu kalau susah sangat nak hilangkan kotoran (yelah, benda murah kot lah kualiti tak bagus) takde lah menyesal tak teruskan pemakaian CD. Sebelum keluar dari OBW, aku bayar kat kaunter 2 helai CD dengan harga Rm24 dan sehelai insert berharga Rm9.90 macam dalam gambar. Setiap pembelian CD akan dapat insert sekali, jenis insert yang percuma tu harga Rm5 kalau beli secara berasingan in case nak menambah insert.

Hoyeahhh! Baru pengenalan. Hazab lah nak baca entry ni sampai habis. kehkehkeh!

Aku amek masa dalam 2 minggu jugak nak start guna CD ni. Sebab timbul isu 'sanggup kah aku nak membasuh?'. Hahaha. Lepas beli CD aku beli laundry bag kat Daiso untuk basuh CD dalam mesin basuh. Tapi buat masa ni aku masih bertahan basuh guna tangan. Ahaks!

So far aku dah guna CD dalam 2 minggu tak termasuk minggu ni. So macam mana? Dengan harga Rm12 sehelai aku rasa super berbaloi sebab kualiti AAA! 

Kenapa aku cakap super berbaloi? Sebab senang je nak cuci rupanya. Ingatkan susah gila nak menyental bagai. Kalau setakat baby kencing memang senang je nak basuh. Cepat jugak kering. Disebabkan aku guna CD pada waktu pagi, salah satu akan dijemur pada waktu malam dalam rumah. Esok pagi dah kering, dah boleh pakai semula. Cuma, baru semalam Lissa yakyak dalam CD.. Punya lah aku risau kot2 susah nak bersihkan yakyak tu, mana lah tau kaler yakyak susah nak hilang ke kan.. Tapi tak! Yang susah sebab kena buang najis dulu sebelum kita cuci guna tangan. So amek masa sikit lah nak buang najis tu. Dah hilang najis aku basuh macam biasa dgn sabun serbuk baby punya tu. Insert tak kena najis so takde hal.

Tempoh masa penggunaan CD pun aku test/try and error jugak. Mula2 aku try pakai 4 jam. Masa tu penuh tapi bontot Lissa tak basah. Sebab aku ingat CD ni mesti mcm napkin baby, kalau lenjun mesti basah bontot baby. Tapi tak rupanya, permukaan CD yang kena bontot baby rasa macam permukaan lampin pakai buang tu. Kira lembab2 kering jelah. Takde lah basah2 bontot Lissa. Lepas tu aku up jadi 5 jam dan 6 jam. CD macam biasa, macam penggunaan 4 jam. Jadi aku taktau sama ada Lissa kurang kencing atau kencing banyak sebab sama je keadaan CD tu. Mustahil Lissa kurang kencing, sebab dia kuat minum susu. Huhuhu!

Legaaaa sebab walaupun CD aku brand OBW, harga paling murah (kot? ke ada yang lagi murah?) tapi dari segi penggunaan aku berani pakai sampai 5 jam tanpa ada masalah kulit so far alhamdulillah. Senang nak cuci, cepat kering. Dan paling penting, tujuan CD ni diwujudkan adalah untuk menyelamatkan alam sekitar Go Green! juga menyelamatkan poket bapak2 sekelian. Hikhikhik.

Kalau nak pakai CD secara serius, kira tak pakai dah lampin pakai buang lansung, at least beli lah dalam 8-10 helai. Tapi ikut penjadualan penggunaan CD, sehari (24jam) cuma guna 6 helai je. Beli lah lebih sehelai dua kot2 baby yakyak pastu cuaca mendung ke kan.. Lagi2 kalau sehelai Rm12 apalah sangat.. Tak gitu? Hehehehe.

Disebabkan aku enjoy guna CD, insyaallah aku nak tambah sikit demi sedikit supaya aku tak perlu guna lampin pakai buang lagi. Atau, lampin pakai buang aku guna waktu Lissa tidur malam je. Kan.. Hmmmm.

Lepas ni lampin pakai buang boleh dibuang dari senarai keperluan bulanan. Hikhikhik. Insyaallah. Kena rajin sikit supaya dapat jimat dan selamatkan bumi. Cewah!

Kalau nak share pengalaman korang pakai CD atau nak tanya apa-apa, silakan :) Sharing is caring!



Love,
Nursaila Norman!


10 comments:

Cik Jelita said...

rasa geram nak guna cd jugak.tapii takut pengasuhnya tak cekal nak tukar cd setiap kali.pasrah le dulu.huhu...

cik mah said...

Sngt setuju!!!...cik mah pun beli brand obw semuanya...hr tu masa promo obw..dpt rm100 utk 10 helai skali insert..murah sangt kan..jimat sngt2...pampers azwa kdng tu 3 bulan skalo nr beli..sbb pkai sabtu ahad je pun klau kuar...marilah kita berjimat...

dorsett pink said...

Saya pun pakaikan cd gak kt my gurl.. tapi saya suka brand lunatots sebab kemas and senang, strap je, kalau saya pakaikan yang button tu leceh sikit..

www.dorsettpink.blogspot.com

Rina Ellisa said...

Saila, review breastpump pulak eh..

Hehehehe.. :p

Nuriesya Nadia said...

Kenapa comel sangat CD tu ? Hahahaha.

Z@i Z@mR33 said...

akak pon br pkaikn Aqil CD...br 3 hr.mmg bbaloi la...save pempes wlaupon pkai sbtu ahad n mlm sblm tdo ja

AZENI AHMAD said...

Saya sendiri menggunakan CD nie sejak dari anak pertama lagi.
Sekarang anak kedua dan masih boleh digunakan.
Sangat menjimatkan dan paling penting kesihatan anak kita terjamin.

nur anis said...

comelnyaaaa..terasa nak try juga..tapi macam..emm..malas nak menyental..hehe

Anonymous said...

OBW tu ape ye sis???

Rayy Mey said...

Anak saya juga dah berCD tapi dia masih beruam di punggung...kalau dulu, ruam di pinggang, tapi sekarang di punggong...takot juga tak sesuai..
saya baru mula beli CD...saya beli brand QQ baby