CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 31, 2015

Story Telling : Stroller & Car Seat

Assalamualaikum


Bawak baby keluar berjalan benda mudah sebenarnya, tapi bukan untuk kami. Me and husband bukan peminat budak-budak, bila nak bawak anak sendiri keluar berjalan bukan satu benda mudah sebenarnya. HUHU. Selepas Melissa berumur 4 bulan baru kitorang berani nak bawak dia keluar berjalan. I mean, using her stroller, whole day, walking in a mall like crazy!

Sebab sebelum ni cuma bawak dia berjalan dalam kereta. Sekali je bawak dia masuk AEON, tak sampai sejam kitorang cabut lari sebab dia start meragam. Hahaha. Fail mom and dad!

Benda yang paling kitorang takut sebenarnya kalau bawak berjalan ni – Melissa meragam. Kitorang tak tau macam mana nak handle actually! Macam mana nak pujuk, what to do?????

Ada yang advice supaya kami guna carrier. Baby rasa lebih selamat dan dekat dengan parent dia. Tapi kami dah beli stroller + car seat. Kalau kami beli carrier, itu akan menyebabkan pembaziran. Huhuhuhu! Beli boleh, tapi aku tak puas lagi guna stroller. 9/10 pun belum. Huwaaaaaa.

So kami decided untuk practice sampai boleh.

Firstly kami biasakan Melissa duduk dan tidur dalam car seat dia. Sampai dia mampu tidur sendiri dalam car seat even she is not 4mo yet. Alhamdulillah.

Bila dia dah 4 bulan lebih, kitorang bawak dia pergi sunat. Lepas sunat doc Ezeta cakap takde penjagaan khusus, macam biasa. Aku tanya kalau nak bawak dia berjalan boleh ke, doc cakap boleh. Takde sakit pun sebenarnya. Oh, memang pun. Sikit pun tak bunyi. Dia leka main gelak-gelak dengan assistant doc. Tau-tau dah siap. Hahaha.


Lepas brunch, kitorang teringin nak pusing-pusing mall. 4 bulan kot tak jalan-jalan. Kitorang pilih OU sebab situ friendly stroller. Masa tu risau sangat kalau dia meragam, tapi kitorang dah plan, kalau dia meragam kita terus balik. Tapi Alhamdulillah! Dia tidur bangun tidur bangun je. Haha. Puas mak dengan bapak dia berjalan. Balas dendam 4 bulan tak keluar dating.



Kalau ikutkan family aku diorang tak bagi kitorang bawak Melissa keluar. Sebab memula dulu nak ajar dia duduk dalam car seat, meragam jugak. Bagi diorang tunggu Melissa besar baru bawak keluar berjalan. How big? Hahaha. Takkan nak tunggu umur dia dah 10 bulan baru nak ajar dia guna car seat, stroller.. Masa tu dah terlambat. Sebab dia dah banyak akal time tu. Nasib baik lah family aku, aku buat keras jelah. Sebab kitorang kan banyak stay kat rumah family aku (since rumah sewa kena masuk pencuri), bertabah lah bila orang tua asyik melarang. Sobs!

That is why aku cakap practice makes perfect. Kalau aku ikutkan larangan family aku jangan bawak Melissa keluar berjalan sebab dia meragam beberapa kali, I’m a death meat. Huhuhuhuhu!

Esoknya kitorang ketagih, yelah dah lama sangat tak keluar.. Hari minggu kitorang bawak Melissa pergi taman pulak. And yay!! Melissa okay!


Selepas dua hari tersebut dah tak susah nak bawak baby kami keluar berjalan. Susah tu sebab kami tak pandai handle baby, lepas tu pulak baby mesti lah tak selesa tiba-tiba keluar kat tempat awam yang lapang, terang, besar, bising. Lepas beberapa kali try Alhamdulillah. Actually first try kat AEON tu kami cabut lari, second try pergi Terminal Bersepadu Selatan due to husband punya hal kerja, Melissa enjoyed tengok lampu kat siling. Hehehehehe. Masa tu kitorang rasa Melissa dah ready untuk pergi ke tempat yang lapang.

Selepas OU dan taman, semuanya dah ok!

Bab kedai makan pulak letak je dia dalam car seat sama ada car seat atas meja atau car seat attach kat stroller, kitorang makan macam biasa. Usually aku tak ambil makanan berkuah, sebab tiba-tiba Melissa nak aku riba dia, aku boleh terus makan tanpa perlu stop.

Memang kebiasaan salah seorang makan dulu, seorang lagi akan jaga baby. Then tukar. Tapi aku cuba jugak makan sama-sama dengan Suami. Jarang la Melissa meragam. So aku boleh makan berdua-duaan tanpa gangguan. Hehehe. Kecuali kenduri kawen, sebab tak bawak car seat or stroller, so kitorang makan gilir-gilir walaupun rasa janggal. Huhu.

Melissa kalau masuk kereta je terus tidur. Lepas dia tidur aku akan beralih ke seat depan. Tak mustahil akan ada orang bercakap aku pentingkan diri sendiri biarkan anak tidur dalam car seat. Dah ada anak buat cara ada anak. Tak payah nak duduk sebelah Suami lagi. Hahaha. I am a mother, and I’m still a wife. Aku tak boleh jadi emak sahaja. Meluangkan masa berdua is always! Pandai-pandai curik masa untuk berdua.

Benda paling penting sebenarnya keselamatan anak. Aku pernah je pangku Melissa dekat seat depan. Sama ada aku pakai seatbelt atau tak pakai lansung. Taktau lah pulak kalau ada baby yang duduk diam bila pakai seatbelt. Suami kena beringat masa drive. Dia takkan bawak terlalu laju untuk elak break emergency. Sebab dia tau anak dia tak pakai seatbelt. Kan bahaya. Huhuhuhu! At the same time aku selalu risau kalau lah jadi apa-apa.. Kami berdua tak pakai seatbelt. Tak sanggup!

That’s why aku akan letak Melissa dalam car seat, make sure dia dah tido lena, aku akan pindah ke seat depan untuk teman Suami drive pulak. Aihhhh, its not easy to be a woman actually. Sobs!

Till then.


Love,

Nursaila Norman!

7 comments:

cik mah said...

Saila...xmembazirlah beli carrier tu...bg cik mah perlu...sbb mmg sngt membantu klau keluar..lagi2 klau g tenpat ramai orng..then klau g mall cik mah mmg pkai stroller juga...cuma bw carrier..klau azwa start marah2 nk tdo..mmg pkai carrier dulu..then br masukkan dlm stroller...then nk g tempat ramai orngnpun senng...saila biasakan melissa dlm car seat dlm rumah pun..lama2 t okey..dulu cik mah ajar mcm tu...smpaikan mlm pun sj bg die tdo dlm stroller die kejap..semoga berjaya...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum saila.. kitorang pun hati kental bawa Adam jejalan pergi Jusco. nak biasakan dia berjalan. kitorang dulu pun pakai stroller.. pastu beli carrier sebab dua benda ni penting. sampai skrg berguna sangat carrier tu.. sheila baru je beli carseat. hahahhaa

Rina Hamid said...

heheh rina x penah ada experience pakai stroller. dlu pnjam stroller kt mall tp helena xmau duduk. sbb dari helena seawal 3 bulan dah pakai carrier sampai skrg. lg selesa pkai carrier. hehehe.

sebenarnya rina ni pemalas nak tolak stroller. pastu x reti nak lipat bukak stroller. rs mcm susah je. huhuhu

LiNda said...

saila..linda n husband memang kaki jln..hehe. mase adra da 2 bulan lebih kami da bwak kuar. gi mall mase dia 3 bulan.. first time memang gelabah la sbb dia meragam gak gi mall. pastu tiap2 mggu gigih ajar dia naik stroller n car seat..alhamdulillah pas sebulan dia ok. sekarang asal masuk stroller n car seat je tido..hehe. linda pun x beli carrier..husbnd da terbeli carseat. redah je la pakai..

Bie said...

huhu.. Melissa dah berjaya! Next is my turn. Harap-harap Naqib pun behave jugalah hendaknya. Amin..

Han Hanni said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Hi, Salam,
Sy suka baca blog awak. I'm an expecting mother too :)
Soon. In sya Allah. bulan 7 ni.
Sy admire dgn cara awak. detail and u hv ur own word. Blog awak bnyak bg inspirasi kat sy. hehehe... Thank you ye. oh one more thing, may I know what kind of stroller n car seat u used? Masa bila beli? masa baby dh lahir or lepas beberapa bulan? Sy plan nak beli stroller n car seat juga. Nak ajar anak duduk dlm car seat. Admire dgn anak2 org korea yg boleh duduk dalam car seat dgn behave sekali. thanks again :)