CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 11, 2015

Selepas 6 bulan!

Assalamualaikum.



Hari ni genap Melissa 6 bulan! Alhamdulillah. Semuanya okay-okay saja. Beberapa minggu sebelum CNY dia kena infection kat cuping telinga. Pergi klinik swasta dia bagi krim tapi tak jalan. Lepas CNY terus refer HKL. Dapat antibiotik sapu, titis terus baik. Seminggu sebelum masuk 6 bulan Melissa kurang aktif. Dalam 2 hari jugak dia pasif. Susu pun taknak. Masa tu badan dia macam panas sikit. 5 hari kurang menyusu. By the time nak refer HKL, dia baik pulak! Sehari sebelum decide nak bawak dia jumpa doctor, aku google dulu. Cari dalam BM tak jumpa. Cari dalam BI jumpa macam-macam. Harap apa yang diorang bincangkan tu berkesan.

And its work!

Macam yang artikel tu tulis, lepas selera dia okay, dia menyusu macam kelaparan. Yup, 5 hari tak menyusu betul, macam kelaparan 5 hari tak makan! Selepas 5 hari dia menyusu lebih dari biasa, badan dia back to normal. Kalau tak, masa 5 hari dia taknak menyusu tu, ketara lah badan dia mengecil. Huhuhuhuhu! Ibu risau giler.

Bab makan sekarang ni tengah try solid food yang ke-3. Alhamdulillah dia suka makan!

6 bulan macam sekelip mata je. 6 bulan kemudian pun sama, macam sekelip mata. Sekejap je dah setahun. Cepat betul masa berlalu. Belum puas tengok dia macam ni.. Baby, buat perangai comel buat orang geram-rasa-nak-cubit. Haihhhhh..










































macam biasa, bila baby suka makan kaki sendiri. sedap melampau-lampau!


Melissa, Ibu dengan Abah sayang Melissa sangat, sangatt, sangattt. You never know how much. We also dont know how much. One day, you will read my blog. That time you dah besar, jangan malu pulak tengok picha awak makan kaki sendiri. HAHA! How time flies....

Time flies, but memories last forever.





Love,
Nursaila Norman!




13 comments:

Hijabi Doll said...

memang kenangan terindah tengok anak membesar depan mata. cepat sungguh dorg membesar kan saila. huhu

IMaH said...

Sekejap je dh 6 bulan Melissa. Comelnya! Smga JD anak yg solehah & membesar dgn bijak& sihat

Suria said...

Nanti dah masuk 1y lagi rasa cepat! hehhehe

amboii melissa dah nak adik ke tu? ekekekee

Allene typicalmommy said...

besar dah bby... =D

Rina Ellisa said...

pejam celik je dah melissa dah 6bulan.. cepat masa berjalan..

:)

Norliney Ghazali said...

salam.. baby melisa yg chumel sgt.. kenangan membesarkan anak sy manis. hargai setiap detik bersama anak2 kita..

dorsett pink said...

Dia tak nak menyusu sebab nursing strike ke? Mcm my baby tak nak menyusu langsung and it is a nursing strike tapi kejap je, 24 jam jer lepas tu dah ok dah

Ddila said...

suka makan kaki tu ada makna lain tu agaknya...hehe.

btw, comel baby Melisa!!

Affy Afiqah said...

ohhhhh my, melissa! so comelllllll!!!
semoga membesar dengan sihat dan jadi anak solehah hiks

cik mah said...

Mmg sekeja0 sngt kan tau2 dah setahun dh...semoga melissa sihat2 selalu..

cinet said...

comellnye melissa..muahcikedd...

mama ila said...

Hye baby Melissa...comel sangat awak nie!!! =)

UMIE SUE said...

comellnyeee dia...gerammm