CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 14, 2015

Baby Quilt Versi Nursaila Norman

Assalamualaikum.



Rasa seronok sangat-sangat bila benda yang paling aku nak, tapi taknak beli, berangan nak buat sendiri, BERJAYA! Mula-mula kita belanja gambar dulu, lepas tu baru kita cakap pasal baby quilt ni okay?







Konon nak buat baby quilt masa pregnant, nak buat untuk baby. Tapi niat tak kesampaian. Simpan niat tu kemas-kemas dalam hati, beberapa minggu lalu baru aku start gunting sikit-sikit. Maksud aku sikit-sikit tu termasuklah gangguan anak, dan perasaan malas.

Part paling susah (leceh) bagi aku ialah mengunting. Lagi-lagi ukuran tak boleh lari sangat, nanti kantoi masa jahit. Tapi bila jahit, baru kali kedua pulak guna mesin jahit, habis jahanam jahitan. Ada jugak yang senget. Tapi aku sedapkan hati cakap takpe, ini first try. Padahal tak pandai guna mesin jahit. Huhuhu.

Bila dah siap cantum aku lah orang paling happy! HAHA. Padahal belum cantum bahagian belakang. Entah apa-apa je. Untuk bahagian dalam aku letak fiber. Supaya lembut sikit quilt tu. Suami suruh letak tebal lagi. Tapi rosak pulak jahitan aku (takde bakat), aku koyak jadikan dua bahagian. Agak nipis sebenarnya untuk lapik stroller. But, its okay.. Kita try lagi lepas ni. Nanti kita buat lebih tebal, sebab aku dah jumpa idea. Wink! Wink!

Untuk percubaan aku guna kain untuk buat barut. Kain corak kereta tu konon nak buat barut, masa tu ingat dapat baby boy. Tu Abah dia pilih corak cars. Kain jalur-jalur tu aku beli untuk matching kan dengan corak kereta masa beli kain untuk buat baju raya. Err, baju raya kita nak siap hujung bulan ni tau. Eh?!

Jadi tema percubaan quilt terpaksa lah kaler boy, okay. Takpe, next try Ibu nak buat kaler merah, lepas tu pink, lepas tu kuning, lepas tu, lepas tu.. Jangan berangan je Saila!

Kalau ada mesin jahit yang style baru (sebab Ibu aku punya style lama sikit, sobs!), rajin pulak, ada bakat pulak, hishhhhhh kacang je korangs! Tapi aku ni mesin jahit pun takde, malas pulak, bakat pun paksa-paksa suruh ada, tinggal kulit kacang jelah.

Tapi okay lah untuk quilt yang ini. Okay lah untuk aku yang suka try, kalau jadi, jadi. Kalau tak jadi, merajuk terus. Hahaha.







Love,
Nursaila Norman!


11 comments:

natasha said...

hi sis saila!at last siap dah baby quilt u ni..yg i punya,ntah bila nak siap..beli kain berkurun,pastu dah siap bergunting,i simpan dulu..smpai skrg ni pun,x berjahit lagi,padahal semua kelengkapan dah siap..nak tunggu mood menjahit on kot baru nak start,ntah bila mood tu nak sampailah..keh3

Ratu Hatiku said...

Rajinnya....mcm akk xde bakat menjahit..uhuhuhu

azni hanafi said...

cantiknye walaupun first try..memang saila jenis kreatif kot..:)
salam kenal dari saya ye..

Z@i Z@mR33 said...

cantik & rajin...

pndai Saila jahit

Norhazrina Abdul Hamid said...

saila buatkan la utk helena satu. hahaha

cik mah said...

horay2....cantik..jimat n puas hati hasil usaha ibu die...

LiNda said...

finally, siap jugak quilt...cantik n kemas :)

Fiqah Feeona said...

Hoyeah!!!Bagus Saila! Saya suka..Yer la..kalau jadi jadi..kalau tak jadi cuba lagi..Hihi

cik hani said...

Comelnya..teringin nak buat..tapi masih tak buat2 lagi

Sheila Salim said...

Assalamualaikum saila. sheila pun ingat macam nak cuba menjahit sebab kat rumah ada mesin. hehehhee

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)