CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 7, 2015

Tak Nak Orang

Assalamualaikum



Melissa balik kampung Abah dia for the first time masa umur dia 5 bulan. Masa tu CNY. Sebelum bawak dia balik kampung, aku takut sangat nak bawak dia jalan jauh. Takut dia meragam. Paling aku risau kalau-kalau aku tak boleh nak handle ragam Melissa sorang-sorang. Huhuhuhuhu! Tapi alhamdulillah Melissa baikkkkkkkkk sangat. Semua puji cakap dia baik. HAHA. Mak dia paling happy. Masa tu nak makan senang lagi sebab Melissa tak kisah sape pun dukung dia. Seronok lah Ibu dengan Abah dia nak makan berdua-duaan. Tok dia tolong dukung, Tok Ayah dia paling suka dukung bawak berjalan, Mak Tok dia suka dukung sebab geram.

masa ni Melissa 5 bulan

Sekarang ni dia dah pandai. Dah tak nak orang.

Sobs!

Balik Hari Pekerja baru-baru ni, Melissa dah 7 bulan. Habis dengan semua orang dia takmau. Tak susah apa pun, susah Ibu dia nak makan jelah. Huwaaaaaaaaaa! Terpaksa bergilir-gilir makan dengan Abah dia. Takpe lah part makan tu.. Tapi kesian kat Tok. Tok Ayah, Tok Nek dengan Mak Tok dia lah. Diorang berkobar-kobar nak dukung Melissa, nak gomol Melissa. Tapi, hampa. Sobs! Dapat agah Melissa jelah, nak pegang tak dapat. Nanti Melissa menangis olok-olok. Cis!

Bila Melissa tak nak dengan orang, aku lah orang paling penat sekali. Time mandi je aku berlama-lamaan. Hiks! Biar Abah dia jaga lama sikit. Waktu lain Melissa nak aku je jaga dia. Kalau dengan Abah dia boleh, tapi sebab dia nampak Ibu dia ada kat situ tapi tak jaga dia, saje lah dia nangis olok-olok. Sebab tu time mandi je aku boleh curi masa untuk bersenang lenang sebab Melissa tak nampak aku. Hehehehehe.

masa ni Melissa 9 bulan

Harap raya nanti Melissa dah 9 bulan Melissa okay lah ye. Susah lah Ibu nak makan rendang nanti. Huhuhu!

Tapi adik aku cakap elok jugak Melissa taknak dengan orang. Banyak kali orang nak dukung dia. Tiap kali aku dengan Suami lepak mamak, mesti pekerja mamak tu nak dukung Melissa. Last-last dapat jugak 2x pekerja mamak tu dukung Melissa. First time tu Melissa tak kisah orang. Kali kedua dia dah taknak orang. Legaaa sangat. Pernah sekali tu customer mamak tegur Melissa, agah-agah lepas tu hulur tangan nak dukung. Tengok tapak tangan, alamak! Tak bersih. Nasib baik Melissa dah taknak orang. Bukan sebab kedai mamak, mana-mana pergi pun sama. Setakat tegur, agah-agah takpe. Tapi kalau sampai offer nak dukung aku memang tak senang duduk lah. Sebab pekerja mamak tu aku rasa kalau dia nak bawak lari, bukan aku je kejar, dengan boss dia kejar sekali. Tapi kalau orang awam jumpa merata ni aku dengan Suami memang beringat, tidak sekali-kali bagi orang dukung.

Tapi masalahnya, aku nak cakap apa eh kalau orang tu briya-iya sangat nak dukung anak kita?





Love,
Nursaila Norman!

8 comments:

nur anis said...

sama dengan anak saya kak...adehhh..saya pening nak bagi alasan apa tak nak bagi orang tak kenal dukung..

Sha said...

saya selalu cakap anak saya takut orang. Nanti melalak tak berhenti. Kalau tak faham jugak buat don't know je. Lantak la org kata kita rude ke tak.

Nursaila Norman said...

thanks fiqah..kat fb pun kawan ckp mcm tu. bg alasan anak xnak org nnt menangis susah pujak..kat ig ckp buat sombong pun x jalan. hehe

PetakBunga said...

budak bila dia dah kenal org memang mcm tu.
maksudnya melissa dah cerdik tu.

cik mah said...

Azwa sampai 8 bulan je nk ngan orng..lps tu xnk...tp dh setahun ni okeylah..mcm mak tok n tokayah die..slalu jumpa okey..yg xslalu jumpa tu payah jugaklah...mcm cik.mah...agah n pegang boleh...nk dukung mmg xlah...takutkan skrng ni..

Miss Volvo said...

comelnya muah muah pipi tu <3 <3 <3

Ummu Athiyah Ismail said...

comelnyer melissa :)

anak Ummu pun sama kes kat kedai mamak..mamak2 tu nak dukung..pegang2 pipi anak..hishhh..ktorang cepat2 basuh pipi anak

Unknown said...

membesar dengan sihat yer melissa