Assalamualaikum
Betul lah orang cakap, lepas bersalin mesti rambut gugur. It happened to me, sobs! Masa dalam pantang takde apa-apa berlaku. Semuanya okay. Selepas 2 bulan lebih bersalin, tiba-tiba rambut gugur secara menggila. Ya menggila. Menggila maksudnya extreme gilaaaa ah. Huhuhuhu. Tiap kali lurut rambut guna jari macam dalam iklan syampu "guna jari pun boleh" penuh tapak tangan dengan rambut. Betul, ni kisah benar. Walaupun macam tak logikkk je penuh tapak tangan, tapi memang benar terjadi. Tak percaya takpe lah. HUHU.
Susah hati of course lah kan, siapa la tak susah hati kalau rambut penuh tapak tangan, penuh segenggam, penuh atas lantai bilik air. Cakap pasal lantai bilik air, macam buat sesi gunting rambut dalam bilik air tau. Ngeri tak?
Tak amek masa yang lama pun, dalam sebulan lebih macam tu aku nampak rambut kat bahagian dahi dah kosong. BOTAK! Bahagian belakang aku taktau, malas nak suruh Suami check. Nanti aku bertambah susah hati. Hehehe. Masuk 2 bulan, makin lapang rambut kat bahagian dahi. Masa ni aku memang elak tengok cermin. HAHA. Sebab nak elak stress.
Salah satu tips kecantikan ialah Jangan Stress. So aku pesan kat diri sendiri jangan stress, jangan stress, rilex, rilexxxx. Lagi pun dah ada anak, tak sempat sangat aku nak fikir pasal rambut. Sebab tu aku elak tengok cermin. Kang aku nampak je rambut banyak kurang, mula lah start fikir macam-macam. Konon-konon sibuk sangat jaga anak sampai tak sempat nak tengok cermin. Kehkehkeh.
Tak lama tu aku terrrrrrrjumpa isu rambut gugur kat FB. Kata si artikel tu, rambut gugur selepas bersalin hanya berlaku selama 6 bulan bermula selepas bersalin. Aku pun terus letak harapan supaya keguguran rambut aku akan stop bila masuk bulan ke-6. Fuh, fuhhh!
Sementara nak tunggu cukup 6 bulan umur Melissa, aku terrrrrrtengok pulak iklan kecantikan kat TV. Aku ni semua terrrr je kan. Hahahaha. Macam drama pulak. Dalam rancangan WHI tu diorang promote pasal produk V'Asia. Kengkonon nak beli, harga pun murah kalau tak menjadi. Sekali Ayah aku dah beli rupanya. Ha Ha Ha Ha <---- gelak jahat. Aku pun belasah jelah. hikhikhikhik. Dia ada dua dalam satu set, syampu dengan tonik (jenis spray). Aku guna tonik lepas syampu. Syampu guna yang aku punya je.
Genap 6 bulan rambut dah tak gugur secara menggila dah. Hoyeahhhh! Setakat gugur 3,4 helai tu biasa lah. Taktau lah betul ke tak apa artikel tu tulis, atau mungkin kebetulan. Atau ikut individu jugak. Tonik V'Asia tu aku takde lah pakai secara konsisten. Ikut suka aku je. Agak-agak ternampak botol tonik tu aku sembur-sembur kat area yang dah terbotak tu. Hahaha. Kira aku pakai ikut suka je. Sebulan ada la dalam 2,3 kali aku pakai.
Baru-baru ni (kiranya selepas 2 bulan keguguran rambut stop) aku baru perasan yang tempat botak haritu dah takde. Kira radius kawasan yang terbotak tu dah menggecil. Tinggal sikitttt je lagi nak sembuh sepenuhnya. Ceeeewah. Kat tempat yang tengah nak recover tu ada banyak anak rambut tumbuh. Fuh, fuhhh! Chaiyok, cahiyok anak rambut!
Aku rasa mungkin sebab tonik. Sebabnya, sepanjang isu keguguran rambut berlaku sampai lah ke harini, aku takde buat apa-apa treatment pun. Biar je. Satu je lah aku buat 'Jangan Stress' itu jelah.
Ada jugak yang suggest beli satu syampu ni kat IG, harga cecah ratus. Memang lah nak beli, kata perempuan kannnn. Usha jelah, dah ada kenalan cadangkan. Tapi tak sanggup pulak nak mintak kat Suami duit, mahal benorrr. Baik tak i oll? Hahahaha. Terima kasih kepada yang mencadangkan, i really appreciate. Tapi sekarang rambut dah okay. Rasa nak buat fringe. Dah lama tak ber'fringe'.
Okay lah, selamat tinggal rambut gugur bye!
Love,
Nursaila Norman!
7 comments:
saila... kita yang belum ada anak lagi pun rambut gugur banyak sangat..
stresss kerja agaknya...sobssss
betol tu saila. stress pon faktor rambut gugur jugak selain hormonal change dan kekurangan nutrisi. untuk tolong top up balik rambut baru yg tengah naik tu perlu protein sebab rambut tu ingredientnya ialah protein.
Makan protein lebih2 k... kalau nak try supplement shaklee boleh pm nuha 017-4991289. hugs..!
saila..
saya pun dengar ramai orang rambut gugur lepas bersalin...
Alhamdulillah, saya tak mengalami keadaan tu.. tapi sedih gak dengar bila ada orang rambut gugur tahap extreme.. bahaya gak tu.. n kite takot botak...
cubalah yu nam.. hehe (boleh caya ker)
Kan2...mmg mcm wajib je dah rambut gugur..hormon kot kan..tp dah okey dah...bersabar je lah kan..n potong rambut pendek sikit..heheh
same la kite...asyik gugurrrrrr aje...v asia eh..nk try gak...ari tu try labours...duit je le yg lebur...rambut gitu jugekkk
same to me.... allah... ramai 1 rumah dah. padahal sorang je perempuan.
sama la kita. habis 1 rumah berambut. tapi sekarang ni anak dah 6 bulan, dah kurang sikit gugur. sebab memang pikir, lantak la situ rambut nak gugur. normal kan. huhu
Post a Comment