CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 15, 2015

Tutorial : Baby Headband

Assalamualaikum




You can do it yourself. You can diy. DIY. I did it myself.

Tak terfikir nak buat tutorial sebenarnya, errrr ada lah terlintas, lepas tu lupa. Maafkan saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Bila ada yang minta tutorial, berkobar lah sikit. Hihi. Tapi maaf lah, lambat buat tuto. Terpaksa buat semula headband sebab takde contoh. Huhuhu.





















Ini headband Melissa yang pertama. Tak sangka ada yang nak order. Buat lebih pun sebab ada kawan mintak untuk anak dara dia. So buat untuk kawan-kawan je, tak buat untuk bisnes pun.




Antara headband yang aku dapat buatkan untuk kawan-kawan. Aku tak buat bisnes pun headband ni, aku buat untuk diri sendiri. Kalau ada kawan-kawan nak aku buatkan. Memang aku charge, tapi takde la satu ni harga rm15 exc postage.  Tapi kalau ikutkan memang itu pun harga headband bunga-bunga macam ni kat IG. huhuhu! Gigih Ibu buat untuk Melissa. Tengok niiiieeeee.. Hehe!

Thank you Shafizah Basman, thank youuuuuu! Ni saya buatkan tutorial untuk awak, dan yang lain-lain juga kot ada yang nak buat untuk anak masing-masing kan. Ada yang cakap 'dah la buat bisnes, bagi tutorial pulak, rugi lah nanti Saila'. Takpe, saya tak jadikan segala hasil yang saya buat ni sebagai pendapat harian. Saya buat untuk diri sendiri dan nak tolong sesiapa je. Kalau dengan tutorial saya ni dia nak jadikan bisnes, buatlah. Rezeki masing-masing kan. Eh, terceramah pulak.

Bermula dari perenggan ni saya start tutorial baby headband okay :)


Bahan-bahan dia simple je, kalau nak buat floral headband macam Melissa punya ni, korang perlukan kain chiffon dengan lace bergetah je. Lain-lain bahan ikut kreativiti masing-masing. Kain chiffon ni korang jadikan dia bunga macam dalam gambar tu eh. Tutorial untuk buat bunga ni pun ada banyak dalam Google, cari je 'fabric flower'. Dalam blog puterigaban ni pun ada :)




Dah siap buat bunga (fabric flower) tu semua, aku pilih untuk letak pearl kat bahagian tengah bunga. Biasa kalau kat handbouquet kita letak butang kan? Kali ni saje je nak letak pearl pulak. Ikut kreativiti masing-masing tau. Kalau nak letak butang style dulu-dulu pun boleh yang kaler gold-gold tu.




Yang kaler hitam tu lace bergetah, kalau pergi kedai aku mintak kat budak-budak kedai tu lace boleh tarik-tarik ada? Haha. Yang ni saiz halus, kat KL je ada, kedai area rumah aku takde. Sobs! Nampaknya kena beli banyak sikit untuk buat stock. Potong panjang ikut lilitan kepala baby, lepas tu cantumkan hujung lace.




Lepas tu tampal lah bunga-bunga tu kat lace tadi. Ni bahagian belakang. Tampal lah ikut suka. Nak letak sekuntum boleh, dua kuntum boleh. Macam aku punya ni, aku buat sekali lima kuntum! Yang dua kuntum dah ada. Nah, sebaris fabric flower terus. Puas hati si emak. Hehehehe. Ni pun buat khas semata-mata untuk tutorial ni lah. Huhu.




bahagian depan, TA - RAAAAAAAA!




this little girl is my first princess, dia lah model Ibu dia. tempat Ibu dia berkarya.
hikhikhik!

Eh, she is now 8 months old! Later lah cerita pasal makcik ni. But actually malas nak cerita pasal dia kat blog. Lebih-lebih kurang boleh lah, nak lebih-lebih refer Instagram jelah ye. Kat IG tempat utama sekarang ni, lepas tu Blog. Facebook so-so je.

Lepas ni ada lagi tutorial baby headband, tapi kemudian ye. Kita buat versi riben pulak. Okay tak?





Love,
Nursaila Norman!


8 comments:

misz sheyla said...

waaa..xyah beli dah pas ni... boleh buat lepas ni..suke tngok baby senyum...cantikkkkk

FyzaSaleh said...

Sama2 Sis Saila. :) Me la yg me'request' tutorial tu. Hehe sejak da jd mak2 ni, lebih2 lg baby girl...mmg nak sgt tgk anak sentiasa cantik. Mellisa...you'r so CUTE! Thanks Sis! Mudah2 an bisnes headband baby berkembang maju. Hihiii

Farah Syaza said...

YaAllah.. cute nye baby u!

dorsett pink said...

cantik.. saya pun dulu terfikir gak nak buat sendiri headband ni tapi skrang dah tak jadi dah sebab my daughter pun dah tak pakai headband dah...

nur anis said...

comel..boleh lah nak try buat..

cik mah said...

Geram tau tgok...comel sngt!!!

Rina Ellisa said...

haishhh comil sangat awak ni lisa! :)

tq saila share tuto.. Kalau rajin2 nanti rina buat lah.. hehehe

♥♥Everything is Wonderful♥♥ said...

Saila.. Still remember me or not??hihi..btw congrate..support ur hobbies actually