Assalamualaikum.
Secara rasminya aku berumur 29 tahun bermula hari ini. Suami awal sehari (semalam). Tahniah untuk diri sendiri dan Suami. Tahun depan kita tengok nombor 30 okay!
11hb April Melissa masuk 7 bulan. 13hb April Abah masuk 29 tahun. 14hb April Ibu pulak masuk 29 tahun. Jadi macam-macam aku plan. Nak sambut style picnic lah, nak makan steak lah, nak makan kek lah, Tapi semua pun tak. Angan-angan besar, usaha kecil. Akhirnya sambut secara cincai. Cincai yang aku tak pernah buat. Haha.
11hb aku ajak Suami makan kek sempena Melissa masuk 7 bulan. Tapi dalam kereta aku dah mintak bukan-bukan. Last-last kitorang makan western (steak murah). Hehe!
Disebabkan Lissa dah boleh duduk walaupun bukan dengan sendiri, dapat suap 3, 4 steak pun jadi lah. At least i dont have to hold her all the time. Hehe.
Time ni Ibu dah kenyang, baru boleh layan Lissa. Celebrate Lissa 7 bulan, tapi kenapa Ibu dengan Abah makan macam birthday Ibu dengan Abah pulak nie? Huhuhu.
Malam birthday Suami kitorang celebrate dengan Maggie! Haha. Macam lawak ada, macam sadis sangat pun ada. Hehehe. Macam biasa bila Melissa dah tido kitorang akan makan-makan sambil tengok TV. Tapi malam tu saje nak makan berat sikit. Time tu dah pukul 1am! Pukul 2am kitorang tido kekenyangan.
Untuk birthday aku pulak Suami call tanya nak dinner apa. Aku cakap aku nak makan nasik lauk ayam goreng kentucky. Lepas dinner kitorang saje keluar jalan-jalan cari idea nak makan apa dengan perut kenyang. Suami nak kek, aku taknak. Jadi dia pilih kek untuk aku, tapi aku mintak adik Secret Recipe tu tulis "7mo" kat atas kek. Dedicate untuk Melissa. Sebab tahun ni dia teman Ibu dengan Abah dia masuk umur 29 tahun!
Saje makan kek kat Air Buah Gelas Besar, BBS sebab aku teringin air tembikai. Baru main suap-suap 3, 4 kali hujan turun! Tapau air tembikai baru hirup tu, kitorang makan dalam kereta lagi syok. Haha.
Lepas makan kitorang jalan-jalan tanpa hala tujuan sebab Melissa dah tido tengok mak apak dia makan kek.
Kalau ikutkan tahun ni memang sadis gila sambut birthday. Tapi bila difikir-fikir, why not? Selalu sambut beriya-iya. Tapi sebenarnya takde apa yang kurang pun bila sambut macam ni. Kurang makanan maybe.. Tapi kasih sayang, kegembiraan bertambah pulak. Maybe ada Melissa teman kot. Hehehe.
Tahun ni takde exchange hadiah, cuma aku dapat reward sikit untuk diri sendiri jelah. Since aku dah lama tak jaga muka (sejak pregnant), lepas pantang aku langsung tak ambil kisah dengan muka. Huhuhu! Habis scary kulit muka. Kebetulan ada promosi The Body Shop, aku mintak kat Suami belikan satu dua barang untuk aku. Hehehe.
Beli je apa-apa produk dari The Body Shop, tunjuk resit kat Starbucks, dapat free air! Kalau beli lebih Rm200 pulak, dapat free bag putih tu! Aku buat isi semua barang The Body Shop aku. Perfect! Happy woman!
Rasanya ntah apa-apa yang aku taip, sebab taip thru phone, taip sambil mata layu, warghhhh (menguap). Happy birthday to me. Happy 29 years old girl. You are still young. And please maintain young.
Melissa dah lama tido, Suami pun dah tido nie. Tinggal aku sorang je. Huhuhu! Its okay, tadi Suami dah wish. Tapi macam weird pulak birthday girl sorang-sorang je layan TV. Ingatkan Suami nak teman birthday girl. Huh!
Love,
Nursaila Norman!
5 comments:
hepi besday saila..
dulu berdua sekarang bertiga syok kan
biasa la mak abah celebrate lebih..hihihi
Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. tahniah... n comel sgt anak u tu !
hapy besday saila suami dan melisa. semoga pjg umur mrh rzki slalu ye.
Happy birthday saila n husband.Moga panjg umo dan murah rezeki. Seronok la kan besday dekat2 je :)
Post a Comment