CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 2, 2015

Sweet Cherry D5126 Zitron

Assalamualaikum.











Anonymous said...
Hi, Salam,
Sy suka baca blog awak. I'm an expecting mother too :)
Soon. In sya Allah. bulan 7 ni.
Sy admire dgn cara awak. detail and u hv ur own word. Blog awak bnyak bg inspirasi kat sy. hehehe... Thank you ye. oh one more thing, may I know what kind of stroller n car seat u used? Masa bila beli? masa baby dh lahir or lepas beberapa bulan? Sy plan nak beli stroller n car seat juga. Nak ajar anak duduk dlm car seat. Admire dgn anak2 org korea yg boleh duduk dalam car seat dgn behave sekali. thanks again :)
******************************

Waalaikumsalam. Firstly, thank you so much. I really appreciate your kind word dear. Sejak saya pakai stroller ni memang ramai yang tanya stroller ni brand apa. Stroller yang saya pakai ni brand Sweet Cherry je. Brand D5126 Zitron.

Tak pernah terlintas pun nak review pasal stroller ni, sebab brand biasa je. Tapi sebab awak dah tanya kita review sikit lah eh. Tipu sangat sikit. Hehehehe.



























Actually takde 'the right time' untuk beli stroller atau barang baby lain. Ikut perancangan masing-masing dari segi kewangan, keperluan atau kehendak. Macam saya, saya decided untuk bawak baby keluar bila umur dia 3 bulan. Jadi saya masih ada masa untuk fikir nak beli mana dulu. Stroller atau carrier. Dua-dua ada kepentingan sama banyak bagi saya. Jadi saya nak beli kedua-duanya sekali. Tapi nak beli serentak tak mampu lah pulak. Masa banyak lagi, kita beli satu-satu dulu.

Kebetulan ngam-ngam habis pantang hari ke-45, kami ada family gathering kat Menara KL. Just lunch biasa je tapi saje nak try tempat baru. Masa tu saya kelam kabut nak dapatkan stroller atau carrier. Macam mana nak lunch kalau takde salah satu benda tu kan? Hehehe.

Kebetulan bawak baby cucuk untuk sebulan, kitorang terus pergi cari stroller atau carrier. Konon taknak bawak baby keluar sebelum umur 3 bulan kan? Kita hanya merangcang, Allah yang menentukan. Hehe. Umur sebulan Melissa dah naik stroller. Janji ibu tak boleh dipakai. Haha. Beli-beli terus pakai. Hari ke-45 kitorang guna stroller tu sekali lagi pergi family gathering. Masa ni ramai yang tolong tolak stroller, hadiah untuk saya rasa single tanpa baby sekejap. Hiks!

Alhamdulillah saya pilih untuk beli stroller masa tu. At first nak beli carrier, tapi Suami dah berkenan dengan stroller yang saya pilih, Suami cakap kita beli stroller dulu. Carrier lepas ni. Kenapa saya bersyukur? Sebab baby duduk diam dalam stroller sepanjang sesi lunch. Riba bila dia nak menyusu je. That time saya terfikir kalau saya beli carrier macam mana saya nak makan sambil dukung baby dalam carrier? Saya perlu bergilir-gilir pakai carrier dengan Suami lah kan. Dengan stroller sedara mara bergilir-gilir dukung Melissa walaupun dia tak merengek. Huhu! Memang reward sangat masa tu untuk saya. Hewhewhew!



see, i can browsing internet like i'm a single woman bluwerkkk!

Niat untuk beli carrier masih ada. Tapi baby saya menambah berat badan agak ketara, saya cakap kat Suami kalau nak beli carrier saya nak dia yang pakai. Not me. Hahaha. Sebab saya bagi alasan saya kecik sangat nak carry Melissa. Saya tak larat nak carry lama-lama. Lagi pun saya all the time nak pakai shawl. Taknak shawl rosak. HAHAHA. This one kejam, jangan tiru! Suami cakap OK. Tapi style macam mana biar dia pilih. Yup, takkan saya nak suruh Suami pakai Woven Wrap atau Ring Sling kan? Nampak janggal pulak nanti. iheeeeeee. Of course Suami nak SSC. SSC mahal la compare to Woven Wrap or Ring Sling right? So we need to kumpul duit dulu. By the time Suami kumpul duit kononnya, berlengah-lengah nak pergi beli (orang lelaki mana nak ingat pasal barang baby, lain la kita 24jam fikir selagi tak p beli. HAHA), Melissa dah mampu behave dalam stroller tak kira apa keadaan.

So kami cancel carrier.

This entry is not about stroller vs carrier ya. Please!

Lain orang lain cara. Harap takde yang rasa dibanding-bandingkan. I respect ibu bapa yang pakai carrier. Saya pun pernah mengidamkan carrier. Browsed sana sini. Almost beli woven wrap sebab Melissa meragam masa mula-mula train dia guna car seat & stroller. But cancel sebab tak confident nak beli online. Sepanjang macam-macam penangguhan beli carrier, I proceed dengan stroller sampai Melissa boleh sesuaikan diri.

Keburukan stroller ni saya tak boleh masuk tempat yang ramai orang. Macam supermarket dengan wedding (tapi ramai dah yang bawak stroller). Usually Suami akan jaga Melissa dalam stroller kat tempat yang tak menggangu orang, saya akan masuk beli barang cepat-cepat. In case Melissa meragam Suami akan call saya. HAHA. Tapi so far belum lagi terjadi.

Macam yang awak tanya, bila awak nak beli stroller is up to you. Beli sekarang boleh, beli kemudian pun boleh. Cuma macam saya, beli stroller masa baby dah lahir, saya letak baby dalam stroller sebelum beli nak tengok keselesaan. Itu je. Tapi itu bukan main point tau. Hehehe. Stroller memang di design mengikut keselesaan baby. Pilih stroller beroda tiga sebaiknya untuk memudahkan aktiviti membelok. Wahhh, skema gila ayat.


Masa ni Melissa dah boleh guna stroller tanpa attach car seat. sebelum ni try dia meragam sikit sebab dia tak nampak Ibu dengan Abah dia tolak stroller.  Sekarang dah tak payah attach car seat, less work for Abah. Hehehehe.

The key point is practice. Mula-mula susah sikit sebab baby akan rasa janggal, Kalau baby menangis teruk sangat macam kena dera awak boleh cari alternatif lain like carrier. But for me, I choose stroller. So saya practice sampai boleh. Actually tak lama pun nak bagi dia okay. Second try dah okay, saya harap baby awak nanti lagi mudah dari Melissa :) Baby boleh atau tak bergantung pada awak tau, kalau awak nak guna stroller jugak insyaallah usaha sikit pastu okay. Tapi kalau baby refuse macam cannot go sangat-sangat, terpaksa lah redha. Hehehe. Insyaallah boleh punya!

Thanks again mommy to be. I hope this can help you, walaupun saya jugak masih dalam proses pembelajaran.

Maaf sekali lagi kalau ada yang tak sependapat dengan aku. Muah siket!




Love,
Nursaila Norman!


10 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum saila. wahh sweet cherry awak cantik. sheila pun pakai brand yang sama. hehehhe... dulu pun tanak beli stroller, tapi sebab sponsor. kita pun study pasal stroller yang ok. now, siap beli buggy untuk bawa travel naik flight. so far, semuanya berguna untuk kami. hehehhe btw nice review dear ~~~

Rina Ellisa said...

bagus info saila ni.. sangat membantu :)

zeera lily said...

scr ade design ni? wahhh cantik betul.. tak kisah la guna ape pun jnji anak selesa

Anonymous said...

Salam,
Saila, Thank you for replying my comment :) Sy tak sangka awak akan buat entry untuk jawab soalan sy.
Such a nice person u r. Bnyk info sy dapat. Alhamdulillah. In sya Allah, sy akan berusaha.
Thank you again Saila. Sy doakan awak n ur family bahagia hingga ke Syurga. In sya Allah.

Anonymous said...

As'Salam wbt..saya pun m2b jugak. Thanks for your info Saila. Saya pun plan nak ajar baby saya behave duduk dlm stroller..saya suka tgk baby @ budak2 yg behave dlm stroller..nmpk mcm anak yg dgr kata je :) Teruskan bg tips2 berguna ok.

Unknown said...

Mm nak tanye..kat mane nak beli zitron car seat ni ?

nur anis said...

alhamdulillah..husna pun selesa dengan stroller.. tidur lena..tak jadi beli carier..cuma sama la, agak payah untuk tempat yang crowded..mungkin lepas ni kena beli stroller yang agak kecil molek.

Inani Hazwani said...

oeminyaaaa baby, siap pakai headband lagii :D

Klebang Melaka Homestay said...

bahave baby dia. come je

Betul kata awak. lain baby lain ragamnya. baby saya langsung tak nak duduk stroller sejak kali pertama masukkan dia dalam tu (umur 2 bulan rasanya). Kami terpaksa cari alternatif then baru sibuk belajar tentang carrier.

Anonymous said...

Kite jual stroller/carseats/accessories utk baby..jemput tgk
MURAH MURAH..harga boleh runding

fb:suhaili seth
fanpage :Lil Rayyan Baby Closet
Insta:sue seth
email:rayyanglorycollection@gmail.com
WA:0133693741

:)