Assalamualaikum.
Bila kita inginkan matahari, Allah beri hujan gerimis.
Sebab, rupa-rupanya Allah nak beri pelangi untuk kita.
Kan? Sebab tu kita kena yakin dengan Allah. Sedikit ragu-ragu pun jangan. 100%. Kalau boleh 101%. Atau 111%. Sepanjang aku resign haritu banyak tempat aku pergi interview (sebenarnya sebelum aku resign aku dah start cari kerja lain dan attended interview) . Kalau ikutkan kita dah buat yang terbaik masa interview, yang paling best bila penemuduga tu dengan confident gilos bagitahu aku ada harapan untuk jawatan tu.. Siap cakap kerja aku kat tempat lama tu lebih sangat untuk jawatan yang dia offer tu. Bila dia confident melampau konon aku bakal dapat jawatan tu, mesti la tiap-tiap hari aku tunggu call dari dia kan? Tapi dia tak call, aku sendiri yang call tanya masih available lagi ke jawatan yang aku mintak tu.. Tapi dia cakap dah dapat staff dah. Oh, okay. Kecewa tu mesti la ada, tapi rasa tertipu tu lebih-lebih lagi la. Huhuhuhu. Tapi takpe, itu bukan penghalang. Cewahhh.
Pernah jugak aku attended interview tapi memang bengang la.. Dekat iklan offer jawatan Admin, tapi bila interview rupanya buat kerja sales. Gaji takde, semata-mata ikut commission plus bonus kalau dapat customer lebih dari target. Erk! Satu part je yang best dengan company tu, masuk kerja pukul 9.45am. Balik pukul 5pm. Pergh! Berapa jam je kerja, dah tu berapa gigih la aku nak dapatkan customer dalam tempoh macam tu. Haha. Hadoilah.
Second last interview aku pergi lagi hampeh. Aku hantar je resume via email tak sampai 10minit boss dia sendiri call. Interview dalam fon. Memula aku ingatkan staff HR dia. Dah separuh jalan berborak baru aku tau yang tengah cakap dengan aku tu boss company. Haha. Tak lawak pun. Bila dia dah puas hati dia suruh aku datang company dia untu interview betul-betul. Ada pulak macam ni kan.. Belasah jelah.. Soalan interview dia memang h*ram gila. Tak payah la aku tulis at sini. Sensored nak mati. Dapat2 soalan macam tu aku memang peliks gila la kan.. Aku cakap dia ni gila ke apa.. Aku memang tak reti la nak open minded tak bertempat ni, lagi-lagi dengan boss company. Apakah? Kalau dengan kawan2 yang gila b*b* tu aku reti la. kehkeh! Dia punya kerja memang aku biasa handle, base pada kerja aku kat tempat lama. Dia pun bukan main offer gaji, siap tawar menawar macam beli ikan kembung kat pasar, siap berjanji yang indah-indah (tipu).. Dia siap cakap you tak payah drive, kita pergi sama-sama (termasuk sorang lagi staff dia dan ofisboy), itu ini itu ini, yang tak boleh blah tu dia cakap dia nak sangat experience aku untuk company dia. Dia janji na call dalam minggu tu jugak. Dia suruh aku tunggu dia call. Wahwahwahh.. Haruslah aku meletakkan harapan tinggi macam Everest. Sampai masa takde pun call dari dia, aku call company tu, staff dia cakap boss belum bagitahu dia apa-apa lagi, kalau ada nanti dia call. Lepas tu, yang ado! Takde okehh. Sedeehhh. Tak kecewa pun sebab aku masih sentap lagi dengan soalan sensored dia, haha. Aku macam tak puas hati sikit sebab beriya-iya nak guna experince aku untuk company dia. Konon. Haha. Emo pulak :p
Last interview aku siap datang lambat sebab malas nak datang awal-awal, datang awal pun diorang tak prepare apa-apa, pastu kena tunggu berjanggut-janggut. Pastu diorang bukan tau pun sape datang dulu, diorang just offer sape nak masuk interview dulu. Sabar jelah. Memang tak la aku offer diri untuk kena interview walaupun aku orang 1st yang datang kan.. Macam confident sangat lah pulak.. Padahal lutut menggigil. Hehehe! Last-last aku buat muka skema beralah untuk sape-sape yang nak kena interview awal. Damn.
Macam-macam hal pengalaman interview ni kan. Huhuhuhuhu..
Masa tak dapat tu memang la frust kan.. Lagi-lagi bila mereka dah berjanji bagai. Kalau takat dia dengar je apa aku bebelkan takpe jugak. Ini, bila aku dah bercerita bagai nak rak pastu dia punyalah excited sampai berjanji, siap dengan mimik muka macam berminat sangat-sangat nak amek aku bekerja tapi last-last senyap, memang lah touching. Huhuhu. Tipah tertipu. Emo gila aku ni. hikhikhik.
So aku habiskan 44 hari jugak lah sebagai suri rumah. Eh! Macam cuti bersalin pulak kan? Hahahaha. Tapi maaf yer, baby takde. So bukan cuti bersalin. Sepanjang 44 hari aku duduk rumah, banyak la peluang untuk aku contohnya siapkan tempahan hb, tempahan jahitan blablabla. Kalau ikutkan memang semuanya dah ditentukan Allah.. Kebetulan masa aku duduk rumah tu aku dapat tempahan last minute.. Dalam masa kurang 2 minggu aku kena siapkan 2 Pearl hb.. Bayangkan kalau aku bekerja time tu..
Kebanyakkan tempahan due date diorang jauh-jauh, so aku amek masa untuk buat.. At least tak tergesa-gesa, bila tak tergesa-gesa tak la selekeh sangat hb nya huhu! Itu kan peluang yang Allah bagi, kan? Bila fikir-fikir balik baru tersedar.. Yelah, semuanya cantik sangat susunan yang Allah buat untuk hidup kita. Selalunya kita je yang tak sedar.. Huhuhu. Sepanjang aku duduk rumah susahnya hati ni fikirkan pasal kerja hanya Allah je yang tau.. Hari-hari ngadu kat Suami. Huhuhuhu. Tapi dalam risau tu banyak jugak tempahan aku buat. Hehe.
And now, now.. Saya sedang meng'update' entry ini di pejabat baru! Alhamdulillah, wahwahwah seronok khannnnn.. Kemain lagi mak jemah ini. Hahaha.
The best part is walaupun contract je dekat sini tapi benefit dia sangattt banyak, alhamdulillah sangat. Masa signed Offer Letter haritu dia brief pasal benefits, part paling best mesti la pasal cuti bersalin! Ada gaji untuk 2 bulan cuti bersalin, seronoknyaaaaa takde la macam dekat tempat lama, sampai menyimpan untuk back up cuti bersalin. Keluar2 dari signed OL terus dapatkan Suami pastu dengan excitednya aku bercerita dekat Suami pasal Maternity Leave. Okay pitam di situ.
Sekarang pun pergi kerja balik kerja dengan Suami hikhikhik gila heaven. Haha. Poyo je. Ofis dekat lah jugak dengan ofis Suami. Takat nak lunch sama tu boleh lah.
Bila difikir-fikir balik ini lah yang dinamakan takdir dan ketentuan.. Tempat-tempat interview yang kononnya aku harap-harapkan, yang aku tunggu-tunggukan tu semua bukan untuk aku. Aku ingat aku dah takde harapan, sampai satu tahap aku tak rasa apa-apa nak pergi interview, see, bertapa banyaknya tempat interview aku attended sampai tak rasa apa. Huhu! Lagi-lagi aku yang tak berapa nak muda lagi ni nak kena compete dengan fresh graduate semua, plus dah kawen pulak.. Aku ingat mesti takde company nak hire perempuan dah kawen macam aku, sebab takut nanti aku asyik cuti morning sickness lah, cuti bersalin lah, MC lah. Wu! Wu! Wuuuu!
Tapi ketentuan dari Allah, siapa tahu?
Alhamdulillah.
Dalam susah hati takde kerja haritu, itu jugak lah peluang aku dengan Suami buat macam-macam aktiviti.....

18 May 2013
Teluk Kemang, PD
naik Banana Boat kena campak 3x!
kenyang minum air laut.
@wedding bestfren kitorang siapa lagi kalau bukan Ifah :)
tumpang pelamin sebab nak feeling2 bertunang.
tetiba T_____T
2 June 2013
KL -> Batu Pahat -> KL
wedding @Batu Pahat
konvoi ramai-ramai :D
Dalam tak sedar, rupanya banyak peluang-peluang yang aku dapat buat, dapat rasa sepanjang aku duduk rumah haritu. Itu lah peluang untuk aku berehat (konon) sepuas-puasnya sebab selama bertahun-tahun pukul 7.25am aku dah duduk kat meja ofis. Itu lah jugak peluang aku untuk masak! Yerrr, masak u olls.. Takde la tiap-tiap hari aku masak, tapi itu lah peluang aku merasa memasak macam mak-mak.. Hehehehehehe. Alomost everyday.
Tempat baru ni aku cuma harap everything smooth je dari awal sampai akhir, amin. Benda 1st yang aku nak jauhkan of course manusia-manusia fake. Aku paling harap takde la orang macam mangkuk berayun tu dekat sini. Aku harap sangat aku tak terlibat lagi dah dengan orang2 macam dia. Huhuhuhu. So sad. Kalau ada pun aku berdoa sangat supaya orang yg jenis macam tu tak dekat dengan aku, jangan berkawan dengan aku, sebab aku tak suka aku tak berminat. Lagi-lagi bab politik dalam pejabat, haihhhhhh.. Letih. Tapi pengalaman dekat tempat lama mengajar supaya jangan baik sangat dengan orang, jangan nak ringan tulang sangat tolong orang, jangan nak cair sangat dengan orang. Boleh jadi orang tu mula-mula baik nak mati, last-last aku yang mati. Just let them play dengan hal-hal politik ni.. Kita ambil pendekatan universal je okay :)
Oh, pasal draft yang separuh jalan tu, insyaallah aku nak jugak publish. One fine day.. Bukan nak malukan sesiapa, tapi peringatan. Pengajaran. Sakit hati ni masih terkesan lagi. Bukan taknak buang, lupakan, tapi susah. Susah. Kerana dia seorang aku lepaskan kerja aku, lepaskan jawatan, lepaskan gaji. Sakitnya hati. Malasnya fikir!
Mind to share pengalaman hikmah korang tak? Nak jugak tahu.. Kalau ada meh la share :)
Love,
Nursaila Norman!
14 comments:
tahniah dah dapat kerja baru..
hope saila dpt sesuaikn diri di tempat baru..
wah..saila naik moto besar..
hihi
tahniah saila..good luck :)
biar Allah aturkan segalanya kerana dia lebih tahu apa yang Terbaik untuk kita..:)
tahniah dh dpt keje..semoga semua baik2 sja
betul2 bila kte berpikiran dgn tenang baru kte nmpk hikmah disebalik ape yg berlaku..sesungguhnya DIA maha bijaksana
alhamdulillah..rezeki Allah luas kan.. gud luck saila.. we always support u..suke hb pearl...cntikkk... nk kawen lagi blehhh
alhamdulillah finally ada jugak rezeki you. cuma lambat sikit je. sementara tak keje tu dapat pulak u jalan sane sini. i jeles huhu. good luck kat tempat baru ye :)
congrats saila dpt kerja baru!
seronok dgr bila saila ckp tempat kerja dh dekat dgn husband. agak jeles disitu.hehe
nk share experience taktau mcmna. insyaALLah kalau dh ada nnt kita share dkt blog pulak :)
Kurlass mak jemah ada office baru. Alhamdulillah. Berkat bersabar kan Puan Saila. Hihi.
Happy working at your new place. :)
muahahaha...syok ler dah dpt keje baru..kena soh encik gaban buat kenduri tumpang aym sekor ni :P
wah seronoknyer, kalau dah rezeki kita tak kemana kan!
congrats dpt kerja baru...i plg benci politik kt tmpt keje..sgt annoying..sbb tu i pun benti tmpt lame..
btw cntik palazo pant kuning tu..me like!
oh patut la tak updet blog.. penuh aktiviti rupanya cik puan ni. hehe.. kadang-kadang tu fikir macam seronok je jadi surirumah. kihkih.
nak gak naik banana boat. tak pernah cuba lg :/
akhirnya dpt keje dh..alhamdulillah...peluang Allah bagi suruh rehat lepas kahwin kot tu...now..blhla fokus keje baru...akak trun batu pahat???pitam jap..hahahha...tp time tu ayu tpon takde klu nk jmpe kan :)
Hi..I dok baca blog u. Nie terdetik nk comment..same la experienced u. Cuma I until now x dapat2 kerja smpi rasa give up...tapi the things happen must be reason. Syukur u da muka hidup baru. Hope that I pun mcm 2. Amin
Post a Comment