Assalamualaikum.
Pernah sakit kepala tak? Bagusnya kalau tak pernah. sobsobsob. Macam aku kerap jugak sakit kepala terutama dekat tempat kerja lama. Especially bila nak period. Simptom period aku mesti macam migrain. Actually aku sendiri taktau migrain tu macam mana. Sakit kepala start dari bahu, tengkuk, sebelah kepala pastu last dekat mata. Semuanya sebelah kepala sahaja. Migrain ke eh? Ingat tak aku pernah sakit kritikal (gila over ayat aku) dekat Tak Sihat :( punyalah ramai yang bagi tips, termasuklah wish tahniahhhh. Hahaha. Korang memang comels! Bab wish tahniah lajuuuuu je khennn. Sentap mak. Hahaha. Takde lah sentap, tapi serius kelakar la korang ni hehehehe! Keesokkan harinya aku MC sebab malam tu aku jumpa doktor. Doktor bagi ubat stress (dekat sini). Ubat stress tu cukup untuk 2 bulan. Bulan Februari dengan Mac. Lepas makan ubat tu memang lalok giler wa cakap sama luu. Kan, tetiba dah macam mamai2 je. Haha! Bila ubat dah habis aku tergerak hati nak refer doktor yang sama untuk dapatkan ubat lagi. Tapi aku sempat berfikir secara waras.. Takkan aku nak bergantung dengan ubat tu sepanjang hayat.
Masa tu aku masih stress dengan hal kerja. Belum resign lagi masa tu.
Bulan April aku sakit kepala lagi. Kali ni ubat dah habis. Cop! Sila noted aku sakit kepala setiap bulan sebab nak period tau. Jangan la ingat aku ni drama queen pulak.. Sikit sikit sakit kepala, sikit sikit sakit kepala. Huhuhuhu. Kebetulan, masa aku tengah sakit kepala yang teruk tu, (sangat teruk sampai tahap aku nak nangis kuat-kuat tapi takde air mata) aku terrrbaca kawan FB aku share pasal tips untuk sakit kepala. For sure korang yang ada FB pernah terbaca atau ternampak pasal tips tu. Kebetulan lagi sekali kawan aku ajak lunch luar. Aku pun capai botol air aku bawak g lunch sekali. At first kawan aku gelakkan aku sebab aku bawak botol air, huhuhuhu. Aku tak pedulik. Janji aku nak try tips tu.
Masa dalam kereta aku memang takleh fokus apa kawan aku bebelkan. Citer dia best, tapi aku nak nangis giler. Cane tu. Hahaha!
Akhirnya aku beli sebotol air 100 plus. Tips nya ialah campuran 1:1. Contohnya satu cawan air masak + satu cawan air 100 plus. Faham kan? Korang mesti tau kan? Pernah baca kan tips tu dekat FB? Pernah kan. Sangat berkesan. Sangat!
Aku dah cuba, memang terkejut. Aku minum sampai habis dalam tempoh hampir sejam, (dalam kes aku ni aku minum untuk 500ml) sakit kepala hilang sikit-sikit. Walaupun tak hilang sepenuhnya, tapi kepala rasa ringan. Tak berat macam nak hantuk-hantuk kepala. Wu,wu,wuuu! Masuk ofis aku dah boleh buat kerja. Then aku repeat sampai aku tak sakit kepala lagi (sehari je).
Next month (Mei) aku sakit kepala nak period lagi tapi kali ni tak sangat teruk macam aku stress hal kerja, aku buat lagi air tu. Alhamdulillah okay. Apa-apa pun semuanya dengan izin Allah jugak kan :)
Sekarang pun aku amalkan bila sakit kepala nak period. Tak payah fikir nak makan ubat, tak payah nak refer doktor, tak payah nangis-nangis lagi. Huhuhuhu. Sakit kepala je terus ajak Suami beli air 100 plus yang 500ml tu. Balik rumah campur dengan air masak 1:1. Alhamdulillah.
Guys, sayang-sayang sekalian, kalau ada yang sakit kepala teruk, masih mencari petua atau tips yang baik, aku syor kan tips yang aku dapat dari FB ni. Sebab campuran dia cuma air masak dan air 100 plus. Mustahil kita was-was dengan air masak dan air 100 plus kan. Insyaallah, cuba lah.
Dah lama nak share tips ni, tapi masa dan kesempatan takde. Ni ada kesempatan aku share pengalaman aku try tips ni dan berharap kepada yang try akan sihat-sihat je lepas ni okay. Insyaallah.
Love,
Nursaila Norman!
4 comments:
wah bagus ni.. nak kena catat siap2 dalam buku nota. in case la kan.. haha. kalo baca sekali lalu ni confirm terlupa. thanks saila.
selalu buat bila sakit kepala.. sejak2 tau petua ni.. memang berkesan setakat ni.. pape pun dengan izin ALLAH juga kan Saila.. at least kita tak bergantung dengan ubat sangat
Thanks mak jemah for the tips , nak try nak try ! Hihihi.
Br au petua nie.....skrg tgh skit kpla yg amat sgt coz priod. Nak try petua nie skrg jugk....tq 4 the info...Alhamdulillah ....moga dgn izinnya....sembuhlah skit kpla nie...in shaa Allah
Post a Comment