Assalamualaikum.
Berat sangat hati nak menulis dekat sini, sejak dari bulan Januari lagi dah menyimpan segala perasaan yang bercampur baur. Sakit hati, kecewa, sedih, sia-sia, semua ada.
Refer link 'Resign : Bukan Mudah Sebenarnya'

25 Mac 2013.
Harini aku taip sikit-sikit, belum tahu bila nak publish. Bila entry ni publish maknanya aku dah bersedia untuk berkongsi. Mungkin masa tu aku dah cukup kuat atau aku terlalu rapuh mengenangkan apa yang berlaku sampai malas nak amek port lagi.
Benda pertama dan utama yang aku harapkan dari pembaca ialah anda jangan la anggap aku nak mintak perhatian, minta dikasihani atau apa.. Aku just nak share, dan jadikan pengajaran kepada diri sendiri. Bukan senang main politik. Bukan senang makan orang. Susah. Kecuali kamu memang aim untuk makan orang.
Semuanya bermula bila sorang manusia satu pejabat dengan aku 'depan baik, belakang?' Aku taktau apa yang tak kena sampai dia mengadu domba dekat kerani kami yang aku takde kerja dan tak pandai buat kerja. Hahaha. Memang lawak at first. Aku cuba cerna baik-baik. Aku cuba terima dengan cara paling positif. Tapi aku tak kuat. On the way balik rumah aku mengadu dekat kawan baik aku. Hati sejuk sikit. Malam tu aku langsung tak happy, susah sangat nak happy-happy tengok tv dengan Suami. Last-last aku mengadu jugak dekat Suami. Ingatkan aku kuat, tau-tau air mata mengalir pelahan-lahan. Aku menangis sepuas-puasnya mengenangkan kawan yang sama-sama lunch, sama-sama breakfast, sama-sama mengadu pasal boss tiba-tiba mengata aku dekat kerani. Sedangkan, aku serius jujur berkawan dengan dia. Sikit tak pernah ada rasa tak puas hati dekat dia, nak berdengki? Untuk apa? Kalau dia ada mata aku pun ada mata, dia ada hidung aku pun ada hidung. Cakap pasal berkawan ni, benda first yang aku pegang ialah jujur dan ikhlas. Kalau tak ikhlas nak berkawan, baik tak payah. Aku pun taktau apa masalah dia. Tiba-tiba mengata aku, sedangkan elok je dia bercerita segala mak nenek hal rumah, hal family dia kat aku. Kalau aku jahat sangat boleh je aku cerita pasal family dia dekat semua orang, tapi untuk apa? Takde puas mana kalau kita sibuk jaja cerita orang. Tup tup nama aku naik, naik dengan cara paling kotor. Sejak tu aku taktau nak senyum dekat dia macam mana, aku taktau nak bercakap dengan dia macam mana. Aku senyap, buat hal sendiri, tak tegur, tak pandang muka dia. Sebab? Perlu ke aku senyum2, borak2 dengan manusia yang depan aku bukan main baik cakap manis macam gula perang, belakang aku boleh pulak kata kawan sendiri takde kerja. Hahaha. Memang sentap mak okeh. Rasa nak bagi pelempang, tapi tangan tak sampai.
Sejak tu aku dengan dia macam tak kenal, walaupun meja jarak sedepa je. Kisah pulak aku? Orang nampak aku buat hal, taknak bercakap langsung dengan dia. Tapi orang taktau, diam-diam dalam selimut busuk dia mengata aku. Of kos satu pejabat nampak aku mulakan dulu kan? Saila yang taknak bercakap dengan aku, tiba-tiba taknak kawan aku, bukan aku yang mulakan dulu. A'ah, lain kali mulut jangan celupar sangat mengata kawan sendiri. Mengata kawan tingkat 80 takpe lagi, ni kawan meja sebelah. Yang hari-hari kau makan kat meja aku. Aku tak kisah pun.
Sejak tu jugak moral aku down. Aku dah malas nak buat kerja. Aku rasa macam loser gila. Kawan sendiri kot. Kawan yang habis pasal seluar dalam dia koyak celah mana pun aku tahu. Serapat itu faham tak? Eh, aku langsung tak boleh terima. Susah aku nak pujuk hati aku. Susah. Sampai sekarang. Aku belajar abaikan, aku belajar maafkan, tapi aku masih ingat, masih rasa. Masih.
Sejak itu aku hilang kepercayaan dengan kawan. Especially kawan baru. Aku kenal dia tak sampai setahun. Tapi sejak hari pertama lagi aku dah anggap dia kawan macam bertahun-tahun dah kenal. The end?? The end??? Damn!
Selalu jugak la aku tertanya-tanya, part mana yang aku takde kerja dan tak reti buat kerja? Setahu aku, aku buat je kerja macam biasa. Cuma aku takde la buat itu buat ini mencadangkan macam-macam dekat boss, mintak tandatangan boss, buat program macam-macam, rancang segala aktiviti grand-grand. Kau rajin, kau pandai, kau berkebolehan suruh orang angguk-angguk apa kau cakap. Aku tak reti la nak paksa-paksa boss sign, aku tak reti nak mencadang benda grand-grand sebab aku tau apa aku cadangkan takde sape heran. Aku sape, kau sape. Rasanya semua orang pun tau kot.. Kau nak gunakan kelebihan yang kau ada untuk condemn orang lain? Kau nak guna kelebihan, nama yang kau ada untuk pandang rendah dekat orang lain? Silap la.. Patutnya apa yang kau ada sampai MAMPU memudahkan kau, kau gunakan untuk bantu kawan-kawan yang datang ofis bekerja untuk dapat sesuap nasi. Bukan angkat diri sendiri letak kat atas bumbung pastu kata orang itu macam tu, kata orang ini macam ni, condemn sana, condemn sini. Ramai cakap kau salah guna kelebihan yang kau ada. Tapi kalau kau tahu hal ni kau kata orang dengki dengan kau. Dengki buat apa, sini pejabat, bukan rumah.
Bila jadi macam ni sure aku sebagai pekerja nampak macam tak ke depan, takde idea. Aku bukan tak pernah mencadangkan apa-apa, tapi last-last cadangan aku idea aku simpan dalam laci je. Bila dia buat semua boleh je, semua takpe je. Politik ke itu? Sikit aku tak kisah. Bagi aku dia bagus, dia berani, dia mampu buat dan laksanakan. Takpe la, yang dia buat tu pun kerja dia. Yang dapat nama pun dia, tak kisah la. Buat apa nak cemburu, aku buat kerja aku, dia buat kerja dia. Senang kan? Kenapa mesti tak puas hati dengan aku?
Sebelum aku tahu dia mengata aku tu, aku memang dah perasan, bila dia sumbang idea dan tenaga dekat tugas-tugas aku, mesti jadi huru-hara. Masa tu aku bersikap positif lagi, aku boleh psyko diri sendiri 'aku tak pandai, takpe la dia pandai, bagusnya dia'. Masa tu aku ingat aku yang kurang fokus sampai tugas aku jadi agak kelam-kabut sikit. Aku cool lagi, hadam je kebodohan diri sendiri.
Sampai satu tahap aku punya event jadi super huru-hara sebab dia. Untuk pengetahuan, dulu tanpa ada dia, cuma ada PA boss aku, kerani aku sorang boleh je buat bengkel. Memang la tak segrand bengkel dia, takde la Dato' Dato' datang jadi pengerusi, meja bulat bagai, tapi jadi lah jugak. Siap jugak pelan walaupun tak semenggah. Sebab boss pun tak semenggah, jadi orang yang datang pun pandang rendah la event boss aku tu. Nak buat mcm mana? Takkan aku nak terpekik-pekik suruh orang pay attention 105% kot..
Tapi satu benda yang paling la berkesan dalam hati aku bila aku langsung tak ambil cuti kawen macam orang lain. Aku nikah hari jumaat, hari rabu masih kerja half day. Balik naik erl. Khamis tengah buat pelamin nikah, boleh orang hotel call aku cakap pasal hotel untuk bengkel aku. Orang hotel tu cakap 'dia' yang bagi nombor henfon aku. Pandai. Dah tau kawan nak kawen lagi mau bagi henfon number aku dekat pihak hotel. Aku tak kisah pun nak layan call orang hotel tu, tapi agak terasa la kenapa tak bagi privacy sikit kat aku?
Tapi, tapiii.. Paling berkesan sangat-sangat bila dia pilih tarikh untuk bengkel aku weekdays aku kawen. Aku nikah hari jumaat (9 Nov), boleh dia pilih tarikh 5 Nov - 9 Nov untuk buat bengkel. Cerdik! Bila aku bagitahu Jumaat tu aku nikah, boleh dia cakap 'takpe la, Saila jaga bengkel Isnin sampai Rabu, Khamis, Jumaat saya jaga dengan ***' Pandai nak mati. Superb gila cadangan dia. Superb! Nak naik hantu je aku dengar. Tapi, aku pujuk lagi hati aku. Sebab kawan, aku layankan je cadangan dia, dah dia pandai kan. Aku bodoh kan. Aku call satu pihak ni mintak tunda tarikh bengkel. Dapat tarikh baru tak sampai sebulan lepas aku kawen. Takpe. Aku ikutkan semuanya. Sape kat sini minggu kawen pun kena kerja? Handle bengkel? Sape? Kalau ada meh bagitahu, aku hadiahkan veil heavy beads free untuk dia.
Akhirnya bengkel yang 5 hari tu aku hadap jugak. Sampai aku terdetik dalam hati 'nasib baik aku tak pregnant'. HR buat bengkel pun 3 hari 2 malam urusetia sampai 3,4 orang. Aku? 5 hari, urusetia aku sorang. Nasib la. Settle bengkel 5 hari tu, hari last hari Jumaat aku stay back sampai pukul 12 malam tolong dia settle kan folder untuk mesyuarat hari Ahad pulak. Boleh je aku tolong, kalau aku tak reti buat kerja takde la aku tolong meringankan beban dia buat 60 folder tebal-tebal. Kalau aku takde kerja takkan aku sanggup tolong dia. Suami pun ikut sama stay back. Suami aku siap tolong buat folder sekali. Sulit tak sulit, dah terdesak. Hari Ahad aku datang tolong jadi urusetia mesyuarat dia dekat Cyberjaya. Ahad tu genap sebulan kami kawen, tak kisah pun. Siap breakfast McD dulu kenyang2 pukul 7pagi. Takde pun terniat nak mengata dia. Tapi bila dah jadi macam ni, macam-macam aku tulis, dah macam mengungkit kan?
Lagi, dan lagi aku terasa dengan dia bila tugas-tugas aku dia yang agih-agihkan. Dia buat apa, aku buat apa. Eh? Tu bukan kerja boss ke? Bila aku usulkan benda ni dekat boss, boss pujuk aku cakap 'takpe2, tu boleh ubah'. Sampai sudah takde tindakan, sebab boss aku takut, segan kat dia. Bapak dia somebody kat tempat kami cari sesuap nasi. Oh! Itu pun aku pujuk lagi hati, aku cakap aku mana pandai agih-agih kerja kat orang. Selagi aku mampu aku buat, nak suruh kerani aku pun aku fikir banyak kali. Selagi boleh, buat jelah.. Tak jatuh pun pangkat.
Bila semua-semua tu berlaku, aku psyko mental sendiri cakap dia pandai, aku tak reti, tiba-tiba kerani aku cakap dia kata aku tak reti buat kerja dan takde kerja. Aku tak serang pun dia, dan aku tak marah pun kerani aku, aku dengar simpan dalam hati sampai terhiris. Aku telan walaupun pahit. Meleleh2 air mata mengadu dekat Suami. Sampai kawan baik aku cakap 'bukan ke kau selalu puji dia rendah diri semua'. A'ah, untuk seorang kawan aku tak pernah kedekut berkira nak memuji kalau layak dipuji. Aku suka bila kawan aku happy tersenyum.
Aku rasa rugi sangat psyko mental sendiri. Konon aku bodoh sangat, konon aku loser sangat tak cadang macam2 dekat boss, tak buat event grand-grand. Siapa yang bodoh sebenarnya? Siapa yang loser sebenarnya?
Lately ramai sangat yang bercakap pasal dia. Aku lah yang bodoh selama ni ingatkan dia hebat sangat, bagus sangat. Bila orang-orang lain bercakap sape dia sebenarnya, aku jadi ting tong. Habis tu selama ni dia apa? Maknanya semua kerja-kerja hebat yang dia buat semuanya kena condemn? Ingatkan orang suka dengan kerja-kerja dia. Aku dengar je. Malas nak cakap lebih-lebih. Yang bercakap dari level kerani, PA, pegawai, boss pun cakap. Dari bahagian-bahagian lain pulak tu. Dah kenapa? Malas aku nak amek tau. Diorang cakap aku dengar. Nak lebih-lebih malas. Bukan effect kat aku pun kalau perangai dia jenis annoying macam tu.
22 April 2013.
Aku sambung semula apa yang dah terhenti.. Apa yang aku tulis dekat atas ni memang penuh dengan perasaan kecewa yang amat. Maaf lah kalau ayat yang aku guna over..
Siapa yang bekerja satu organisasi dengan aku, dan kenal siapa yang aku maksudkan, tak payah lah susah-susah perah otak fikir apa-apa. Kalau dia dan kamu takde masalah, teruskan macam biasa. Jangan simpan apa-apa tanggapan dekat dia.
Punca yang aku kecewa sangat kerja dekat situ bila carta organisasi berubah. Bawah boss aku tinggal aku dengan sorang pegawai lelaki. Dan dia bagi sorang kerani untuk kami. Dekat unit diorang pegawai sampai 4, kerani pun 4. Apa? Agihan tak seimbang? Diskriminasi? Salah agihan? Gila kuasa? Hanya Allah je yang tahu. Last-last, semua orang tak puas hati. Kecuali team dia. Yang lain semua berapi berasap, tapi takat berapi depan aku jelah. Depan dia tak berani. Kan dia ada kuasa mutlak. Sampai satu tahap semua yang tak puas hati mencemuh dia.. Kata dia tak reti buat kerja, menyusahkan, apa-apa lagi lah malas nak tulis.
Aku tak reti buat kerja ke dia tak reti buat kerja??? Bukan dia kata aku ke? Tapi apasal orang kata dia tak reti buat kerja? Bukan sorang. Bukan dua orang. Bukan tiga orang.
Hellooooooo?? LOL!!!!
Kalau kau nak kata aku tak reti buat kerja, takde kerja aku terima je. Walaupun sentap tapi takpe, aku terima. Tapi aku rasa kau mesti tak boleh terima punya kalau orang cakap kau tak reti buat kerja. Mesti jadi raksaksa hijau kau kan? Confirm!
Tak boleh terima kenyataan. Hidup penuh khayalan.
Sejak aku hantar surat resign, macam-macam cerita lagi aku dengar. Aku gelak je dalam hati. Aku doa supaya division aku kembali pulih sedia kala macam dulu. Dulu okay je, dulu takde masalah macam ni pun. Takat masalah tu mana-mana pun ada, tapi still on track. Masih boleh bekerjasama siapkan tugas. Takat tergigit lidah tu biasa la. Tapi sejak dia masuk dalam division kami tu, sumpah macam neraka. Nak kerja pun asyik dengar ngomelan tak puas hati staff je.
Oh! Dia pernah cakap, division lama dia tu kena mandi bunga. Bhahahahahahahahahahahahahahahahahaha! Bukan division lama dia yang kena mandi bunga, tapi dia! Sejak dia datang division aku tu, aku rasa gak macam nak kena mandi bunga je division aku ni. Tapi bila fikir-fikir balik, dia tu yang kena mandi bunga. Mana dia stay, division tu terus problem. Dah tu, dia lah kena mandi bunga. Mandi bunga rafflesia.
Dia pandai. Itu lah pandai dia.
Kawan yang dulu okay je dengan aku, tetiba tarik muka tak senyum. Eh? Kau dah kenapa? Macam kau lak yang sakit hati. Tak kuasa aku nak layan. Aku siap remind kawan aku, yang bermasalah tu aku dengan dia je. Jangan la bermasam muka dengan dia pulak. Nanti orang cakap aku menghasut. Tapi kawan aku sorang ni siap cakap dia menyesal berkawan dengan dia, menyesal bawak dia naik kereta biru kesayangan dia tu. Sabar jelah. Nanti kita basuh dalam kereta kau tu dengan clorox eh.
25 Jun 2013
Lama betul masa yang aku ambil untuk publish benda ni. Serba salah, tapi perasaaan kecewa aku masih tersisa. Aku publish supaya semua tahu, ada manusia jenis macam ni. Actually aku tak heran pun sebab aku pernah je rasa, manusia yang aku tak kenal tapi berdengki gila babi dengan aku. Tu gila. Aku tak heran langsung. Faham dah mental dengan hati dia kotor. Tapi kawan yang aku percaya.... Hahaha. Kelakar lah.
Jujurnya aku resign sebab dia. Pertamanya memang sebab dia, keduanya sebab kerja (kerja paling tak logik aku buat, paling hampeh aku buat. tapi macam gempak sangat padahal takde menda), ketiga sebab boss, keempat sebab takde gaji untuk cuti bersalin, kelima organisasi tak bagi sokongan padu untuk tetapkan kami-kami yang kontrak angkat batu padahal kami-kami yang kontrak ni la buat keja macam gila.
AKU RASA DIA SURE PUAS HATI GILA AKU RESIGN. Banyak la kerja dia boleh buat. Supaya semua umat manusia dekat situ tahu dia HEBAT.
Untung lah ye.
Entry ni memang panjang, gambar takde. Best jugak kalau ada gambar, kira macam lakonan semula tu.. Hehehehe! Takpe lah, mungkin ini pengajaran untuk aku, jangan mudah percaya dengan orang lain mungkin? Jangan baik sangat dengan orang lain mungkin. Jangan bagi orang pijak, pijak, pijakkkk kepala aku mungkin. Pengajaran supaya jauhkan diri sendiri dari manusia-manusia yang ada masalah hati. Supaya kita tak jadi macam tu jugak.
Aku berharap sangat, division aku tu berjaya. Berjaya dengan pekerja yang bernilai murni, solat tak tinggal, hati bersih, ikhlas bekerja untuk rakyat, merancang sesuatu, melaksana sesuatu untuk kebaikan bersama, bukan untuk kepentingan diri. Apa yang perlu diperbaiki bermula dengan staff (manusia) tu dulu. In syaa Allah kerja boleh berjaya.
Apa-apa pun aku sangat berharap, dengan perletakkan jawatan aku, mereka-mereka lebih bahagia. Takde la pekerja tak reti buat kerja macam aku dah. Aku? rasanya bakal bahagia sebab dah tak terlibat dengan orang-orang bajet bagus. Rimas!
Oh, nak mention dekat sini kenapa dia boleh berjaya lebih hebat dari aku? Sebab bapak dia ada dalam organisasi tu. Semua orang tau. Sebab tu kalau dia request Dato' ABC present pasal masak lemak cili api pun Dato' ABC sanggup buat!
See, dia pandai kan?
Betul janji Allah untuk orang-orang yang teraniaya. Alhamdulillah.
Love,
Nursaila Norman!

17 comments:
gitu ke kisahnyer..sgt2 bersimpati but sentiasa doakan u yer dear !
eleh, nampak hebat sebab pengaruh ayah sendiri baik takyah. lainkali guna sikit tagline melodi: kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, berdiri di atas bakat sendiri.
Oh this is the reason behing why kakak kite ni berhenti keje. Hurmm. Apa pon kite doakan akak lebih berjaya outside. Doakan kite jugak ye. ^_^v
smpai cmtu skali kan saila.. biase la manusia..tqah dl pon ms study 2 3 bestfren dah gaduh.. xpe.. rezeki Allah luas.. bukan diorg yg bg rezeki kt kite
Setakat ada kabel pastu sume org takut dgn dia baik tak payah. Memang PANDAI sgt. Sabar la u. Samala i pun dulu pnh kene. Baru masuk keje belum seminggu ada sor ni ckp i tak pandai buat keje. Apa yg ko expect oi aku baru keje 3 hari. So skrg i mmg layan tak layan je malas ambik tau dh. Yg penting i buat keje i. Tp one day x mustahil meletup jugak sbb sume dok cite psl dia tp ckp belakang je. Haih.
Cian saila..baik yg saila pendam selama ni..
Hope saila dapat teruskn hidup tanpa bayangan dia lg
Dugaan bila kerja mcm tu kn.atleast sekarang dh angkt kaki kn saila.doa yg kt depan adalah lebih baik.
Nak tanya, organisasi tu bapak dia punya ke? kalo bukan bapak dia punya, tok sah belagaklah... sbb bapak dia pon makn gaji gak kat situ... tp klu ye milik bapak dia mmg tak leh ckp pelah... patut pun saila resign...
anggaplah Allah nak beri sesuatu yg lebih pd saila...
sabar je la ... mmg btol , kawan ni ada je yg suka sgt mkn kawan ... sampai skarang mmg iera xprnh nk percaya 100% kat kawan .. biarlah org kata kita selfish @ sombong janji dr kita xmnyusahkn orang n x dpt sush sbb org ...
sabar ye kak saila ...
i hrp u bykan bersabar ok..manusia ni mmg mcm2 ragam n peel..lps ni hrp u dpt keje lebeh baik n jupe kwn lebeh baik..lg satu jgn percayakan sgt ngn sape2 zaman skng ni..pk diri sndiri dlu bru diri org lain oke! :)
phewitttt..
tak sabar sebenarnya i ols nak drop comment kat sini.. ;p
dalam meneliti bait bicara luahan rasa cik puan saila kita nie.. ter-ber-genang jugak la air mata di bulu mata ahkak yg panjang ini.. (panjang je tawww.. tapi tak lentik pun.. haktuih :p)
ehh.. tetiba pulak kan.. apasal nak emo² nie.. apakahhhh?? duhai hati.. sabar okehh.. senyummm heeeeeeeee ;)
Walaupun dengan penuh kepayahan dan beberapa episode dan chapter yang terpaksa aku wujudkan untuk menghabiskan dan menamatkan bacaanku.. ku teruskan jua.. berkat kesabaran yang amat penuh di dada dardaa-didii-duduu-ku ini.. kuteruskan jua mengkhatamkannya.. (byk kali pause.. then baru play balik.. hihihi.. sambung.. )
Alhamdulillah.. Berjaya.. syukran.. masih berkesempatannn.. mencoretkan sepatah dua tiga empat lima enam tujuh lapan Sembilan sepuluh kata.. (ahhh..penat mengiraaa.. pelat lidah-lidah ahkak nak mengira taw.. maklumlah ramai tempat kerja baru ahkak skrg semua warga asing.. mcm-mcm ada.. china, thailand, jepun, india, thailand,vietnam.. yii err sannn.. nonggg samm somm.. ichi nii sannn.. )
Di kala kesepian dan keheningan ini, bersendirian aku di dalam bilik sejuk beku yang darjah celcius-nya mencecah ke angka sifar.. dengan penuh kedinginan suasana dan ketenteraman tika dan saat ini.. dapatlah kiranya jari-jemari pena ku mengetip menekan huruf demi hurufi dengan lancarnya tanpa ada sebarang gangguan.. bunyi-bunyi mesin elektrik atau elektronik yang berbunyi.. tanpa sebarang bunyi dentam-dentum seakan berada di bengkel pertukangan atau kuari.. tanpa bunyi enjin jentera ringan atau berat.. tanpa bunyi wisel tiupan seakan berada di stesen keretapi.. tanpa bunyi mesin atau enjin lokomati automotif .. tanpa ada deringan loceng menandakan tamatnya waktu sesi pembelajaran persekolahann.. tanpa bunyi suara pengumuman seakan menaiki erl.. “ stesen berikutnya cyberjaya putrajaya”.. tanpa suara lunak merdu announcement seakan-akan di KLIA.. tanpa bunyi seakan doctor gigi ‘memesin’ gigi pesakit.. tanpa bunyi tembak menembak peluru berpandu bahan letupan kereta kebal kereta perisa dan sebagainyaaa.. tanpa sebarang bunyiii okeh.. jari-jariku leka menaip menekan setiap huruf dengan kelajuan 38psm.. mencoretkan kata-kata puisi sajak syair gurindam pantun seloka indah untuk bacaan kalian.. (ahkak menaip tak laju sgt pun.. jari tak berapa nak runcing u olssss.. kannnnn.. )
Satu demi satu butir bicara taipan berebut-rebut untuk keluar daripada kotak minda kepungan asap jelebu yang melanda.. jari jemariku laju berbicara.. setiap bait-bait bual bicara kita di sini hanyalah sekadar omonganku dalam ke-tidak-sengaja-an jari jemari laju menekan abjad demi abjad seakan-akan menghasilkan satu alunan irama music klasik dan tradisional disulami dengan sentuhan baru berkonsepkan pop dan rap.. terus laju menyusuri liku-liku dan ranjau berduri meluahkan rasa terbuku dari sanubari ini.. sesungguhnya, sudah sekian lama jari jemariku tidak menari seperti ini.. menghasilkan nukilan dan coretan buat tatapan kalian.. kesekian kalinya, kita bertemu di sini ya.. rentak dan irama tariannya masih bias dingati oleh jeari jemariku seperti suatu tika dulu yang hanya membuat coretan di dunia maya ini.. ohhh.. kenangan lama mengimbau kembali.. jari jariku terus mengetip seakan tidak mahu berhenti seolah-olah menemukan rentak dan iram serta tariannya yang tersendiri yang akhirnya menghasilkan suatu getaran bunyi mega Hz yang unik dan menarik sekali.. apakah aku harus menurut kemahuanmu wahai jariku yang tidak runcing.. oh.. tidakkkk.. nehiiii.. babujiiiiiiiiii…… dilse..mujhe dhosti karega.. mohabbatein nehi hayyyy.. heiiiii.. heiiiiiiiiiiii… heiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii….. _n_
sabar je lah beb..dulu FY pun resign dari ofis lame sbb manusia tikam blakang jugak la
ok.. kosakata untuk hari ini..
1)PALING POSITIF-sentiasa fikir +ve kann.. kadangkala -ve pun perlu ada jgk, tapi haruslah +ve lebih byk dr -ve kan..
2)JUJUR IKHLAS-iyaa..jujur dan ikhlas harus ada dlm setiap ikatan tak kira lah perkahwinan, persaudaraan, persahabatan.. tapi semakin hari rasanya, ia amat sukar dicari.. masih wujud tapi amat sukar utk didapati.. sekalung tahniah buat anda yang masih memilikinya..
3)NAK BAGI PELEMPANG-pelempang je ker.. elok penampar penyepak terajang sekali kot.. kalu M16 ada jual kat 7E, harus pergi beli skrg jugak n tembak mcm main cunter strike tue.. [ counter strike tu game yg tembak² tu kan.. silap ewh.. opsss.. sowi.. blur jap.. tapi rasanya mcm betoil dahhh.. hahaha :) ]
4)MINGGU KAWIN KERJA-hahaha.. 2-3 ari nak kawin boleh pergi kerja.. patut boleh dapat malaysia book of record dah nie.. ker patut kasi world book of record.. ahkak dulu.. merisik/bertunang - cuti seminggu sebelum n seminggu selepas.. kahwin-2minggu sblm n 2 minggu selepas u olss.. masa ahkak memula pregnant dulu pun cuti dekat sebulan u olssss.. maklumlah alah teruk kann.. dpt anak-cuti 2 bulan, manalah nak merasa cuti 3 bulan cam bebudak sekarang.. anak umur 4tahun, ahkak tukar kerja.. cuti tanpa separuh gaji then skrg cuti tanpa gaji.. heheeeee :) ini cik puan saila kiter nie.. 2-3ari nak kawin masih ke pejabat buat kerja.. ini bukan main kawin-kawin, masak-masak buat pondok –pondok cam kecik dulu u olsss.. adoyaiiiii..
5)AKU@DIA YG TAK RETI BUAT KERJA-for sure lah diaa kann.. dari hasil tilikan ahkak nie.. Nampak sgt lah.. terang lagi bersuluh la.. tak pyh nak guna lampu torch lite bagai nak kasi terang.. for sure dia.. kannn? Kannnnnnn? Sekadar gebang-gebang buat itu ini.. nak show off.. buat hapeeee.. (ada nak elaborate kan lg sebenarnya nie.. tp x perlu la kot..hehehehe.. karang terungkai semua.. abis kuar isi perot.. hek hek hek.. titik!!!
6) KETA BIRU PUN NAK KENA MANDI BUNGA-hehehe.. jgn lupa yer u olssss.. kalau nak mandi bunga harus 7jenis bunga tauuuu.. 7kuntum setiap jenis.. harus ader 7jenis saiz.. pilih yg ada kelopak 7kuntum jerk.. perlu 7colour.. for sure 7nama yg berbrza kannn.. dapat carik bunga nya? jumlahnya kira sendiri okeh.. buat tuan empunya keta tuuee.. dptkah cari seperti itu.. susah-susah sgt.. lipat jer kertas-kertas colour wat bunga.. then gunting.. origami sgt kannn..bukan poligami tauuu.. baca betul-betul.. owhh..memoriiiii… terimbaun kenangan suatu masa lalu, ahkak pernah masuk kelas taw.. utk belajar origami nie.. mula-mula kelas duk class d, lama-lama dpt masuk class a.. tp x dpt laa.. a++.. usaha tangga kejayaan.. caiyok!!
7)MANUSIA PENDENGKI-akak rasanya pernah terbaca hasil tulisan para cerdik pandai/ilmuan agama yg mengatakan.. ahkak lupalah ayt dia.. tapi mksdnya lebih kurang.. bila ada org dengki kat kita, sebenarnya kita memiliki sesuatu yg dia taka da.. that’s means dlm hal nie.. ahkak rasa, dia yg sebenarnya dengki kat u, sbb u ada yg dia x ada.. itu sbb dia dengki.. hehe ;) - point ni pun nak ulas panjang tapi masa ahkak dah suntuk nie.. ringkas-ringkas aja lah yer..
8)PENGAJARAN-yessssss.. apa yang terjadi dan pernah u lalui jadikan pengajaran buat masa depan.. dalamsecara tidak langsung ianya juga sessi pembelajaran long life learning.. tak gitewww.. ahaks!
9)JGN MUDAH PERCAYA, JGN BAIK SANGKA SANGAT, JGN BAGI ORG PIJAK KEPALA-iyerrrr.. jgn mudah sgt nak percaya org lain.. tapi perlu igt kepercayaan kita harus diberi pd insan yang berhak dan insan yang terpilih.. bukanla maksd ahkak org sekeliling kita semua semua xleh percaya.. bukan mcm tue..ada yg boleh dipercayai.. namun kita nak anugerahkan kepercayaan itu pd org lain bukan senang laaa.. kena jual mahail sket noooo.. xleh murah2 sgt.. hihihi..
Jgn baik sangka sangat, sama jugakk.. x semua org kita harus bersangka baik.. kadangkala org akan ambil kesempatan ke atas kita.. n kita perlu beringat.. jgn lah pulak semua org kita nak buruk sangka.. x elok jgk mcm tue.. tapi, harus dinilai guna pancaindera kata hati akal fikiran normal.. gabungkan semua unsur2 tsb..Insya Allah kita buat dapat menilai.. walaupun kadangkala takla tepat sgt.. Cuma xleh jugk jauh tersasar yer.. hehe.. :)
Jgn bagi org pijak kepala- x sempat wat ulasan la.. got to go, Papai all..
-terpaksa wat 3coment skali gus masuk xleh..error u ols..
maap yer.. ada typing error..faham-faham sajeee sudeyyyyy..
sabar yer saila..political at works klu lbey2 sgt jd mcm ni lahh..tmbh2 kat company besar..
semua nak tnjuk best n terror dpn boss..padahal ckp je lbey..
aku keja for almost 3years. ape yg aku boley ckp, kwn kat ofis biar stay di ofis je..ssh klu rapat sgt..ssh klu professionalisme vs friendship..just my 2 cents
smoga saila dpt kerja baru yg lbey baek :)
sabar ye awk, kita faham perasaan awak, kte pernah rasa apa awk rasa.. good luck dekat tmpt baru tau :D
o tu la sbbnya resign yer...
sabar byk2 ye saila...
cik bin pnh jg rs mcm mn rsnya dikhianati kwn baik sendiri, tp bkn psl kje la, tp psl keseluruhan persahabtan kami... akhirnya cik bin bw diri/hilangkan diri hingga skrg dr idup dia.. hhiihi.. biar dia dgn carenya, cik bin pn dgn care sendiri..
so, think positif.. bkn sng dpt jumpa org yg teruk & merimaskan dlm idup kann.. tu la namanya experience..
tmpt baru ni hope saila lbh ok dan tenang yer... byk2 kan bersabar.. hihi.
Post a Comment