Assalamualaikum
Alhamdulillah, hampir sebulan dah
Melissa start solid food. So far semuanya okay and Alhamdulillah she has good
apetite!
Tapi ada jugak hari-hari yang aku
tak bagi dia makan. Sebab mak dia sibuk pastu skip lah prepare solid food anak.
Hehehehe.
Cut it short, cakap pasal solid
food anak dalam entri ni, nothing special pun about my solid food. Sama je
dengan solid food baby lain. Sebab dah ada rules kan. Cuma aku saje nak buat
entri jugak supaya ada lah kenangan sikit, bukti betapa rajinnya Ibu Melissa
dan adik-adiknya ni. Kehkehkeh!
Check up Melissa 6 bulan nurse
tanya bagi anak makan apa? Aku cakap puree buah dan sayur, nurse suruh bagi
bubur tanpa bahan-bahan lain. Alaaaaaa. Sehari sebelum check up KK, kitorang
bawak Melissa jumpa paed, seronok bila doctor bagi sokongan, bagi cadangan,
bagi kata-kata semangat. Huhuhu. Takpe lah. Ikut kata hati seorang Ibu jelah.
Balik check up tu try bagi brown
rice dekat Melissa. Kebetulan brown rice memang dah siap. Cara-cara
haluskan/sediakan brown rice untuk baby?
First step aku basuh lepas tu
rendam brown rice/beras perang selama 12jam. Lepas tu aku sangai dalam kuali
sampai beras tadi kering semula. *sangai bermaksud goreng tanpa minyak. Aku
goreng sampai beras tadi jadi ringan. Boleh beza beras yang basah (berat)
bertukar jadi kering (ringan) dengan cara kita angkat beras tinggi sikit pastu
jatuhkan dalam kuali. Beras kalau dah kering nampak smooth je jatuh dari sudip
ke dalam kuali. Third, aku kisar sampai halus.
Bila dah siap masak brown rice
aku rasa tawar, aku campurkan jugak dengan carrot. Tapi first time buat aku
terlebih beras. Walaupun dah letak carrot, masih tawar. Manis carrot
jauhhhhhhhhh sangat. Aku bagi jugak Melissa makan, tapi muka dia tak excited
macam biasa. Huhuhu. Aku kira berapa suap dia boleh makan bubur tawar tu.. 60x
suap jugak. Not bad. Hehehe. Malam bagi lagi sekali, 40x suap je.
Sebagai pengajaran, dan nak elak
bubur rasa tawar, aku kurangkan beras. Tau kan sudu IKEA yang kaler-kaler tu?
Aku ambil satu sudu beras tapi tak full, ambil lebih kurang je. Lepas tu campur
dengan carrot dan peas. Baru sedap. Hoyeaa!
Lepas tu aku tukar lagi cara
masak, kali ni aku rebus apple. Air rebusan apple tadi aku masak beras perang.
Bila beras dah masak, beras tadi yang sekarang dah jadi bubur rasa apple! Apple
yang dah dikisar aku masuk balik dalam periuk kacau sampai sebati pastu siap!
Tapi takkan la aku nak buat cara
macam tu setiap hari. Sabtu Ahad boleh lah buat special sikit sempena hujung
minggu. Melissa pun dah settle follow 4 days rule secara cincai sebab terbantut
atas arahan nurse (salahkan nurse pulak), hujung minggu yang baru je berlalu ni
aku prepared solid food Melissa untuk stock 2 atau 3 minggu. Lepas ni masak
beras dalam 10-15 minit dengan api kecil sebab aku ni pelupa, oleh itu perlu
api yang sangat kecil. Dah jadi bubur masuk je puree apa yang aku suka.
Sebenarnya takde niat dan tak
terfikir pun nak snap picha, tapi aku prepared pada waktu malam, Melissa dah
tidur, banyak lah masa aku nak buat slow and steady lepas tu snap picha senyap-senyap
sebelum Abah dia nampak. Hehehehe.
kupas kulit dan basuh bersih-bersih
kukus atau rebus
Broccoli
Cauliflower
Sweet Potato
Carrot
Pear
Apple
Bila dah buat stock untuk 2
hingga 3 minggu mesti lah memerlukan space dalam freezer kan. Aku pulak duduk
rumah Ibu, freezer Ibu confirm penuh. Jadi macam EBM, dapat je dalam 10 bags,
Suami bawak balik EBM ke rumah sewa masuk freezer peti ais kami pulak. Sadis
betul. Tak sabar nak tunggu Jun. Haih!
Niat nak beli storage tray tak
jadi sebab memang dah takde space dalam freezer Ibu. Macam mana nak buat stock
tanpa makan ruang dalam freezer? Aku taktau option ni okay atau tak, tapi
nampaknya aku berjaya tak ambil space dalam freezer Ibu aku.
10 comments:
akak dulu tak pernah terfikir nak buat stok macam ni.. akak jenis masak hari2..
gud job mummy!
rajin² selalu tau..
tp saila buat stock dlm pack besar camtu sekali mkn ke? byk jugak melissa mkn ni..hihi
dhafea dlu i buat kiub jer dia mkn dlm 4-5kiub je. hehe
suria : dlm pack tu cuma 1.5-2oz je..nmpk mcm byk eh? hehehehehe
Waa rajin nye ibu Melisa ni..
Chaiyo2 saila.. Nanti share ilmu dengan rina pulak eh :)
Bagusla Saila ni, kalau akak ada baby mesti akak tiru ni. ohh btw we all missed u very much.
kite masak hari2 je...sbb ntah..xbrani nak buat frozen...takut basi ke ape...walaupun dah tentu2 xkan basi..hihi.. kcg peas tu beli dlm tin tu ke?
rajinnye saila. kite dlu mls buat cmni. sbb ari2 masak kt helena. smoga trus rajin hoke.
rjinnye saila..nnti sy pun nk wt cmni..xsbr nk bg bby mkn solid food..biar tmbh bsar n sihat lg..hihi
Wahhh...senng ht nk wat keje kan bila bby dah tdo. Tp ibu kena berkorbanlah sikitkan demi anak..
linda pun gigih wat stok puree utk adra...hehe. mcm2 ade dlm peti :)
Post a Comment