CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 8, 2015

DIY : Baju Raya Kurung Kedah & Peplum

Assalamualaikum.




Dah 21 Ramadhan kan? MasyaAllah sekejap nya masa berlalu. Takut pun ada. Huhuhu. Rasanya baru je Ramadhan sambil bawak Melissa dalam perut. Huhu! Oh, cakap pasal Melissa dalam perut, memang tak berbaju raya lah kannnn.. Baju raya jenis apa yang sesuai? Hehehe.. Aku pakai jubah harian je kot. Selebihnya pakai dress. Tak sedih sangat lah sebab faham orang pregnant kena lah banyak berkorban lagi-lagi bab baju raya ni. Hihi. Tapi aku dah berazam, tahun akan datang aku nak pakai baju raya. Pakai sama-sama dengan Melissa pulak tu. Awwww.. Macam besttttt je kan, kan, kan. Hikhik.

Aku tak plan pun nak buat design canggih-canggih. Asalkan ada baju raya cukup dah. Alhamdulillah, Allah makbulkan cita-cita aku nak ada baju raya. Dua pasang pulak tu. Jadi sepasang tu aku buat jenis kurung kedah sebab aku akan beraya belah mertua tahun ni kat Kedah, jadi kita pakai kurung kedah k. Haha. Lagi sepasang tu aku buat jenis peplum. Fefeeling nak flowy-flowy. Hikhikhik. 

Dua-dua pasang baju aku tu plain je. Jadi aku letak detailing sikit supaya ada lah sesuatu kat baju tu. Heeeee. Diy orang kata. 

Tahun pertama raya aku diy jugak baju raya. Kalau nak tengok balik entry tu klik sini. Tahun kedua tak buat, masa tu dah nak masuk 8 bulan pregnant. Tahun ni tahun ketiga, jadi nak meriah sikitttttt je sebab tahun ni ada Melissa. iheeeeeee.

Okay lah, nak share sikit gambar. Tapi teaser jelah ye. Yang fulk version kena lah tggu raya nanti. Hehehehe.




Baju warna kuning tu baju kurung kedah, kain dia aku beli dalam instagram. Jenis kain thai silk. Tapi bukan la thai silk yang ori mori pun. Kain dia pulak jenis songket. Bila dah siap sepasang aku tak puas hati tengok kain songket dia. Kejung semacam je. So aku beli skirt Rm20 buat ganti kain songket tu. Puas hati. Hehehehe. Lace kat baju kurung kedah tu aku beli kat instagram jugak. Manik-manik dia aku mix and match je dengan manik-manik yang sedia ada kat rumah. Detailing buat kat hujung lengan je. Less is more.

Baju warna purple tu baju peplum. Kain chiffon beli kat Kamdar je. Hehe. Asalnya tak plan pun nak buat baju raya sampai dua pasang, tapi sebab Maksu aku belikan kain cotton untuk Melissa, terpaksa la aku beli jugak kain untuk matchy-matchy dengan dia. Disebabkan aku taknak keluar duit banyak sangat, aku tak letak lace kat peplum. Aku buat design crumble je, bunga fabric tu lebihan kain dari headband Melissa. Kat bahagian lengan aku tak letak pape detailing, sebab takut Melissa tarik-tarik. Hehehehe. Oh, first time buat crumble masa tu untuk customer. Nasib baikkkkk jadi. Tapi bila buat untuk diri sendiri susah pulak. Erk! Entry aku diy untuk baju customer tu ada kat sini, klik lah kalau nak tengok balik hehehe.

Boleh lah, nak merasa raya dengan Melissa tahun ni. Orang baru tu.. Hehehe. Taktau lagi outcome dia macam mana. Harap-harap cantiklah hendaknya. Wink! Wink!

Selamat berpuasa semua!





Love,
Nursaila Norman!




11 comments:

Fiqah Feeona said...

Wahhhh..Cantikk!! Suka tengok Saila jahit manik..Fiqa tak sabar kalau jahit manik ni..

nor nazliana said...

pandai dia menarik la..

.hasina. said...

Cantik betul :)

Kita tahun ni mcm takde je baju sedondon dgn naurah! Sobss

cik mah said...

Cik mah pun ada diy gak bj raya..recycle..kasi tmbh bunga2 je..hehe..jimat kan...cantik yg purple tu...

Norhazrina Abdul Hamid said...

cantiknyaaa saila. rajin btui. rina sejak ada helena mmg tak menang tgn dah nak buat ni semua. wwaaaa!

Suria said...

rajinnya!
dan berseni sungguh tangan saila.
kite last menjahit 3bln lepas kahwin buat handbouquet utk cousin hehehe

Allene typicalmommy said...

cantiknya gaun budak kecik tu.... pandai jahit manik. lin dlu siap beli tutorial. tp tak pandai gak.. =D

Dhiera nadhirah said...

rajin ye saila!

FyzaSaleh said...

Gigih ya mak mellissa ni menjahit. Hihi fiza beli ja tuk raya tahun ni. Hihi cantik sis! Mmg berbakat.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum saila. rajinnya awak. mesti cantik ni~~~~

zai zamree said...

cantik sgt