CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 30, 2015

RAMADHAN 2015 : Jauh Lebih Sempurna

Assalamualaikum.




Nampaknya Ramadhan tahun ni (2015) menjadi Ramadhan yang paaaaaaling best, paaaaaaling bermakna. Berbanding tahun-tahun lepas, tahun ni memang jauh beza. Bukan sebab ada anak tau. Wink! Wink!

Tahun ni sama jugak macam tahun-tahun lepas, kurang pergi bazaar. Nanti aku explain apa kebaikan yang aku dapat bila kurang pergi bazaar. Cuma tahun ni aku buat beberapa benda yang aku tak buat masa Ramadhan lepas-lepas. Kurang pergi bazaar tu memang amalan aku sejak dari duduk U (kat dalam U takde bazaar, kalau nak kena pergi Changlun – 20km dari pintu masuk U) lepas tu terbawak-bawak bermula dari tahun 2009 lagi.

Kenapa aku cakap tahun ni Ramadhan aku best, bermakna? Sebab, tahun ni walaupun dah berbuka aku masih segar. Tak macam tahun-tahun lepas, lepas berbuka je lemau. Mana tak lemau, makan macam-macam masa berbuka. Huhuhuhu! Plus sekarang ni dah ada anak, tenaga kena lebih untuk jaga dia waktu siang. Macam-macam yang aku risaukan, boleh ke aku jaga Melissa masa puasa nanti? Larat ke? Melissa tu boleh tahan aktif, banyak akal. Kena lebih pengawasan bila biar dia main. Huhu! Tapi Alhamdulillah, dah 13 Ramadhan semuanya berjalan lancar. Tak berlaku kejadian Ibu Melissa pengsan kehabisan tenaga. Hahaha!

Tips yang aku dapat dari Ramadhan 2015 ni ialah :

1.Kurangkan makan sebulan dua sebelum tibanya Ramadhan
Biasanya umat Islam akan berpuasa sunat Rejab dan Syaaban kan.. Aku tak cukup hebat lagi nak berpuasa sunat (Insyaallah siapa taknak buat kan?) tapi aku amek pendekatan untuk kurangkan makan. Macam aku yang hw ni, 24jam boleh makan tak payah tunggu time rehat. Tapi aku elak breakfast. Tips kesihatan kata tak elok skip breakfast kan? Nanti gemuk eh? Takpe, ini untuk kebaikan di bulan Ramadhan nanti. Lunch pun aku amek lewat, selalunya pukul 3/4pm baru aku lunch. Jadi bila bulan puasa ni, aku tak terasa sangat la lapar tu. Sebab dah biasa kurang makan.

2.Kurang pergi bazaar Ramadhan
Kurang pergi bazaar tu maksudnya bukan lah pergi setiap hari. Kalau Sabtu Ahad kitorang cuba elakkan pergi bazaar. Kalau malam tu lapar kitorang akan masak snack ke, lepak mamak ke. Ikut kesesuaian Melissa.

3.Kurang berbelanja di bazaar Ramadhan
Yang ini aku praktikkan sejak kawen. Sebab Suami jenis berbuka dengan kuih muih je. Aku pulak berbuka nasi. Jadi kalau pergi bazaar just beli kuih muih Suami jelah. Suami pulak jenis makan sikit-sikit, selalunya Rm4 dah cukup. Kadang-kadang kuih tu ada balance boleh bawak untuk makan lepas Isyak. Tapi selalunya lepas Isyak kitorang akan lapar teruk, masa tu kitorang akan makan macam-macam depan TV. Goreng fries, nugget, sosej, buat Maggie, cicah biskut lemak, makan roti sapu Nutella, makan cikedis macam-macam lah.. Selagi boleh makan. Haha.

4.Makan sikit masa berbuka
Yang ini aku baru start tahun ni, itu pun sebab dengan kehadiran Melissa. Thanks Melissa! Dah ada anak ni tak dapat la nak menikmati makanan lebih-lebih. Dapat makan nasi pun dalam jumlah secawan je. Takde la sepinggan penuh macam tahun-tahun lepas. Hehehehe! Lepas makan nasi 5,6 suap tu makan kuih sebiji dua lepas tu dah. Tak boleh makan lama-lama, nanti ada jugak Melissa join sekali makan lauk pauk atas meja. Hehe. Walaupun dah bagi dia finger food, tak bertahan lama pun. Paling kuat dia leka dengar azan lepas tu layan finger food dia sekejap. Tak lama tu dah meronta nak makan makanan kita pulak. Ngam-ngam la Ibu dia siap makan.  Sebab Melissa Ibu dia makan sikit, sebab tu jugak Ibu dia kekal segar sampai tengah malam. Sunnah Nabi tu memang terbaik.

Simple je apa yang aku buat untuk Ramadhan tahun ni, tapi effect dia superb! Yelah dah ada anak ni tenaga kena full 24jam. Kalau ikutkan style berbuka tahun-tahun lepas, lepas Maghrib je dah lemau. Mana taknya.. Lepas makan nasi makan kuih muih pulak. Wajib ada taufu fah. Murtabak pun wajib jugak, air minum bergelas-gelas, air panas lagi. Kannnnn. Raksaksa tak? Nak Maghrib pun rasa berat, sambil-sambil tunggu Isyak mata macam kena gam. Haha.

Dah tu macam mana nak layan anak sampai lepas Isyak? Melissa selalunya pukul 8.30mlm dah ajak layan mata atas katil. Tapi tidonya pukul 9/9.30mlm. Sejam jugak la melayan dia atas katil. Kalau lemau macam tahun-tahun lepas, confirm Melissa yang tidokan Ibu dia. Hikhik!

Lepas Melissa tido aku akan masak lah apa-apa je sebab dah start lapar. Selalunya ada lebihan makanan masa berbuka (kuih muih) lepas tu tambah la dengan makanan lain. Gagah kot boleh memasak bagai untuk supper. Bertuahhhhh Suami. Hihihihi.

Aku harap aku akan istiqamah untuk tahun-tahun akan datang. Banyak kebaikan yang aku dapat rupanya. Dapat jimat duit, kurang membazirkan makanan (setakat ni masih kekal Sifar Pembaziran), masih segar sampai malam. Alhamdulillah.

Semua ni sebab Suami yang banyak ajar aku membeli, makan dengan berpada-pada. Lepas tu Melissa pulak selalu suruh Ibu dia stop makan masa berbuka. Hehehe.

Till then. *macam biasa, takde picture. picture semua dalam IG. sobs!



Love,
Nursaila Norman!




7 comments:

adianiez AIDA said...

a nice sharing.
aida ni anak da 3, takde makna nyer nak lemau selepas berbuka.
mcm2 nak urus kan.
homework anak2, yg kecik nak main hi hi hi...

Puan Rad said...

good job ibu.. rad pon skrg mkn kejap je.. tp xsempat masak utk buka.. so beli kuih/roti jala xpun yg ringan2 buat alas perut utk buka.. sbb biasanya smpi uma je blk keje tu liyana akan BF (5.45-6.30ptg).. lps tu sempat lah kalo nak msk nasi & nyahbekukan lauk.. nnt lps buka minta susu lg.. kdg tu siap panjat kerusi nak susu punya pasal.. hihihi.. walaupun sblm tu da susu/makan.. tp time kita buka dea pon nak susu.. tahun ni agk mencabar lah sbb berebut nak masak & bf liyana.. apa pun kita enjoy!! hihih

Shafizah Man said...

Mmm, saya plak sis msa berbuka direct mkn nasi. Jm8 jg nak bg baby tido, pastu suami balik dr terawih...minum mlm jap. Pastu tido. Hahaaa Amalan xpg bazaar tu yesss..sangat3 menjimatkan ^^

Shafizah Man said...

Mmm, saya plak sis msa berbuka direct mkn nasi. Jm8 jg nak bg baby tido, pastu suami balik dr terawih...minum mlm jap. Pastu tido. Hahaaa Amalan xpg bazaar tu yesss..sangat3 menjimatkan ^^

Unknown said...

nice share bro. kerennnn

habbatusauda propolis

Sha said...

Yang no 4 tu fiqa dah lama amalkan..Ayah yang ajar..

ayut said...

Nice kak saila...nice....hahaha