Assalamualaikum.
Nampak macam senanggggg je bagi solid food kat anak. Masak pulak tak letak garam, gula, santan. Lagi lah senang kan. Untuk Melissa okay lah, tak senang sangat tapi tak la susah sangat. Masa umur dia 5m3w aku start bagi dia puree buah & sayur. Selama sebulan seminggu tu "Misi Berjaya!'. Bagi lah apa pun, semua dia telan. Refer jelah sini kalau nak tau permulaan journey aku.
Masuk 7m2w (lebih kurang, lupa) baru aku start bagi beras (nasi). Walaupun masa checkup dengan KKIA nurse tanya dah bagi anak makan? Aku cakap dah, nurse tanya bagi apa. Aku cakap bagi makan puree buah & sayur. Nurse senyum. Lepas tu nurse suruh bagi bubur letak daging, ayam, itu ini semua. Aku angguk je. Aku rasa awal sangat nak bagi daging, ayam kat Melissa. Biar lah dia hadam benda-benda serat dulu. Dah sampai masa yang sesuai baru bagi yang advance sikit. Dah masuk 7 bulan pun aku masih bagi puree buah & sayur lagi. Dekat-dekat nak masuk 8 bulan tu baru bagi nasi.
Tapi masuk 8 bulan selera dia drop sikit. Masa 8m1w (lebih kurang, lupa) baru aku start bagi unsalted butter, tumis bawang hollad, bagi pasta, cheddar cheese, tofu, tapi masa tu dia tak makan sangat. Kira tak habis semangguk. Dia nak makan, tapi taknak benda yang sama. Lunch dengan dinner kena masak makanan yang berbeza. Makanan dia tak habis, sibuk nak makanan lain. Grrrr. Tapi kita tak dibenarkan fed up, aku buat makanan bersup pulak. Laju dia makan. Mak is legaaaaaaaa. Beberapa hari jugak aku buat nasi bersup. Masak je nasi dengan apa-apa bahan yang kita suka, rebus lama supaya air sup tu pekat dengan segala khasiat bahan yang kita masuk tadi. Kira macam buat stock la. Sebab Melissa akan minum kuah sup tu je. Bahan-bahan dia mak Melissa makan. Hikhik.
Ni dia dah masuk 9 bulan tetiba selera dia berubah. Suap lah banyak mana pun bubur nasi, habis. Disebabkan selera dia sebelum ni kurang, aku terkejut lah dia habiskan makanan dia. Pelik sudah. Mungkin dia lapar kot. Sesi lain habis jugak. Beberapa hari lepas tu aku noted, selera dia dah okay kot. Bagi kiwi masa akhir-akhir 8 bulan tak habis. Bagi lagi sekali masa masuk 9 bulan, habis. Walaupun masam. Erk! Melissa nampaknya tak suka benda masam macam Ibu dia jugak. Tapi habis jugak masa 9 bulan tu. Esoknya aku bagi kiwi + kurma, untuk kurangkan rasa masam tu. Habis.
Masa selera dia drop aku tak risau sangat, selagi dia menyusu macam biasa. Masa tu pun baru 8 bulan kan, tak kisah sangat lah selera makan dia kurang. Cuma frust sikit lah, penat masak dengan penuh keterujaan. Haha. Tapi makcik tu walaupun selera dia kurang ke, biasa ke, bertambah ke, susu sama je. Setiap 2 jam 3oz. Boleh? Sejak lahir mak dia bangun 2jam-2jam bagi dia susu. sobs!! Kadang-kadang je dia skip satu sesi. Waktu tido malam jarangggggg (susah gilerr lah senang cakap) nak dapat dia skip menyusu.
Risau jugak kalau dia kurang makan, dia dah start meniarap, merangkak, susut lah sikit badan dia. Walaupun kalau orang kat luar yang 1st time atau jarang-jarang nampak dia cakap 'semangatnya badan', tapi aku yang tengok dia hari-hari ni tau lah susut ke tidak. Huhuhu. Berat badan naik, tapi tak banyak. Disebabkan dia tak minat sangat makan bubur (nasi), aku gantikan nasi dengan kentang untuk maintain karbohidrat dia. Tak lama tu aku kurangkan beras, aku lebihkan bahan-bahan. Selalunya aku letak bahan yang rasa manis. Melissa suka makan benda manis sama macam Ibu dia. Lagi-lagi masa pregnantkan Melissa, aku kuat makan kek, aiskrim dengan cokelat. Hehehehehe!
Lain baby lain cara/ragam diorang. Bab selera makan ni aku rasa aku kena tahu apa yang anak aku nak, bukan apa yang aku rasa sedap. Aku pernah try resepi yang mommies suggest untuk anak yang kurang selera makan. Tapi resepi tu tak kena dengan tekak Melissa. So aku rasa tak perlu lah nak tertekan sangat, ada banyak lagi masa untuk dia jelajah pelbagai jenis makanan dan rasa. Just go with the flow. Lagi 1 aku tak paksa dia habiskan makanan dia, bagi setakat yang dia nak je. Nenek dengan atok dia pulak tak bagi dia makan banyak. Jadi aku pun tak 'push' nafsu makan dia.
Kebanyakkan resepi yang aku buat untuk Melissa memang tak canggih macam mommies lain. Aku masak apa yang dia makan especially yang rasa manis.
Nak jugak share resepi ala kadar Melissa. Tau takde yang berminat punya, tapi nak buat rekod je dalam blog ni. Hehehehe. Ni je antara resepi yang aku ingat. Haha!
1. (Bubur Nasi + Ayam + Kentang) dengan (Bubur Carrot + Ayam)
Yang kasar tu untuk aku. Dap!
2. Bubur Nasi + Daging + Carrot + Kentang + Tomato
Yang kasar tu untuk aku. Dap, dap!!
3. Bubur Nasi + Carrot + Kentang lepas tu tabur serbuk Ikan Bilis
4. Bubur Popeye (Bayam) + Ikan Tenggiri
lepas tu tabur ikan tenggiri yang digoreng tanpa minyak.
5. Baby Bolognese (untuk baby 8mo ke atas)
Tumis bawang holland dengan unsalted butter, masukkan daging + carrot masak sampai empuk. agak-agak dah empuk, masukkan tomato. tambah sedikit air. masukkan pasta yang dah direbus dan ditos. gaul rata, tutup api. tengah panas-panas tu parutkan cheddar chesse. gaul sampai rata lepas tu boleh blend dan tambah air sikit ikut suka. Ini resepi sendiri. Taktau la style orang lain.
6. Sup Cina
Yang ini Melissa hirup kuah je. Bagi tofu sepotong dah kenyang.
Yang ini Melissa hirup kuah je. Bagi tofu sepotong dah kenyang.
7. Creamy Egg Yolk
Rebus telur, ambil kuning telur sahaja lenyek dengan unsalted butter.
8. Bubur Nasi + Tofu + Carrot + Kentang
9. Bubur Nasi + Carrot + Sweet Potato (fav!)
10. Bubur Nasi + Kurma + Dried Aprikot
Lagi yang lain-lain aku tak ingatttttttt! Padan muka. Haha. Picture semua dalam IG. Malas nak transfer laptop. Kejam dengan blog namanya ni.
Time pagi aku bagi dia puree buah. Petang kalau sempat (busy sangat hw ni pown haha). Sekarang dah tukar-tukar dengan roti. Sarapan pagi gilir-gilir antara puree buah dengan roti cicah susu. Ikut lah mana-mana stock yang ada.
Aku tak bagi dia dinner selepas pukul 8 malam. Paling lewat pukul 7/7.30 malam. Pernah sekali bagi makan malam pukul 8 malam macam tu, time tido malam dia macam mengah. Kesian tengok dia tido pusing kiri pusing kanan. Huhuhu!
Lain anak lain ragam, lain mak lain cara.
Peace!
Love,
Nursaila Norman!
Rebus telur, ambil kuning telur sahaja lenyek dengan unsalted butter.
8. Bubur Nasi + Tofu + Carrot + Kentang
9. Bubur Nasi + Carrot + Sweet Potato (fav!)
10. Bubur Nasi + Kurma + Dried Aprikot
Lagi yang lain-lain aku tak ingatttttttt! Padan muka. Haha. Picture semua dalam IG. Malas nak transfer laptop. Kejam dengan blog namanya ni.
Time pagi aku bagi dia puree buah. Petang kalau sempat (busy sangat hw ni pown haha). Sekarang dah tukar-tukar dengan roti. Sarapan pagi gilir-gilir antara puree buah dengan roti cicah susu. Ikut lah mana-mana stock yang ada.
Aku tak bagi dia dinner selepas pukul 8 malam. Paling lewat pukul 7/7.30 malam. Pernah sekali bagi makan malam pukul 8 malam macam tu, time tido malam dia macam mengah. Kesian tengok dia tido pusing kiri pusing kanan. Huhuhu!
Lain anak lain ragam, lain mak lain cara.
Peace!
Love,
Nursaila Norman!
2 comments:
sama macam medina suka yang manis-manis..kita yg si mak yg paling excited nk bagi ank makan...hiihihi
lama x jenguk saila.
dah besar dh bb. bagi anak mkn memang sangat mencabar tapi ibu perlu kuat!!
Post a Comment