CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 11, 2015

Resepi : Chicken Stock (Kaki Ayam)

Assalamualaikum



Hi, entry kali ni ibu Melissa nak share pasal chicken stock. Gaya macam rajin memasak je kannn. Padahal takde pun, sebab chicken stock ni senang je pastu sedap pulak, boleh laaa. Hehehe!

Actually resepi chicken stock ni dah banyak. Google je, macam-macam entry keluar. Macam-macam style. Tapi aku punya ni yang paling simple aku dah habis pilih tapi dijamin sedap!

Biasa buat chicken stock guns tulang2 ayam atau rangka ayam kan.. Tapi aku nekad lepas ni tiap kali buat chicken stock aku nak guna kaki ayam. Kebanyakkan orang kita tak minat kaki ayam. More to jijik sebenarnya. Maybe sebab ayam guna kaki untuk kais pasir kot. Hehehehe. Tapi kalau kita tengok kepada khasiat dia especially part kolagen tu.. Demi kulit dan anak, why not? Ihiks!

Ni first time aku buat chicken stock guna kaki ayam. Malam nak sediakan bahan memang ngeri sikit la nak handle 500g kaki ayam. Banyakkkkkk kaki ayam siap dengan jari. Hahaha. Ngeri2 pun ada. Lepas dah potong hujung jari2 ayam tu baru okay. Hikhikhik. Jangan kutuk aku you alls! Haha.


Bahan-Bahan :
500g kaki ayam
1 biji bawang Holland
1 biji bawang merah
3 batang celery
1 batang carrot
3 biji tomato
Sup bunjut
Air secukupnya

Cara-Cara Membuatnya :
Rendam kaki ayam dengan bahan-bahan lain yang telah dipotong sederhana besar. Air rendaman cukup sekadar menutupi kesemua bahan. Tak perlu terlalu banyak air. Rebus selama 2jam30minit dengan api kecil. Nak rebus lama sikit pun boleh ikut kesukaan. Dah siap rebus, blend dan tapis untuk dapatkan airnya sahaja.

Tapi resepi chicken stock aku kali ni aku tak blend. Sebab sengaja nak guna hampas tu dalam bubur nasi anak. Tak faham? Tengok bawah ya..


Yang atas ni air rebusan kaki ayam tadi. Straight dari periuk. Hampas tinggal.


Yang atas ni pulak hampas kaki ayam dengan bahan-bahan yang dah hancur lebur. Hehehe. Aku masuk dalam container berasingan. Nanti bila aku nak masak bubur anak ke pasta ke, aku akan ambil 1 cup air stock + 1 cup hampas. Ni sebab aku nak ada texture dalam bubur Melissa. Sebab dia dah boleh mengunyah walaupun gigi baru dua. Hehe.

Pagi tadi bagi Melissa hirup air stock, kemain berhinjut-hinjut mintak disuap lagi. Hamboi sangat. Saje belanja budak 11bulan (harini) hirup stock ayam. Hehehe.

Boleh lah try kalau berminat. Saya budak baru belajar bab good food untuk anak ni. Kita buat yang terbaik selagi boleh, kan?




Love,
Nursaila Norman!


11 comments:

safurara said...

nt kalau rara bersalin anak no 2, leh rujuk sini pulak.hahaha.

Shafizah Man said...

Good info. Nnt baby fiza da nak 6 bulan, akan try pula. :)

Maria Firdz said...

Boleh cuba ni... Sng nak memasak kan..

Han Hanni said...

masak sendiri untuk anak, memang sangat berbaloi..
anak membesar dengan air tangan ibu.

budak2 memang suka chicken stock macam ni..
laju je hirup..

.hasina. said...

Sedapnya kaki ayam! Kita suka je :)

.hasina. said...

Sedapnya kaki ayam! Kita suka je :)

dorsett pink said...

waaa.. best ni.. kita dah lama tercari-cari resipi chicken stock tapi selalu jumpa punyalah susah giler die punya resipi...

yang saila buat ni senang giler... boleh la lepas ni saya terus buat chicken stock ni guna kaki ayam sebab sayang nak buang kaki ayam tu, membazir.. and kita & en suami pulak tak makan kaki ayam...

btw, tq for sharing

Kak Vit said...

ooo.. gini buat chicken stock. boleh try.. tq share resepi :))

Mimi Rheem said...

Haiii..Singgah Pagi Sini Jenguk2 Rakan Blogger Sambil Follow....Jemput Datang Ke Blog Saya..Hikhik..
http://mimirheem.blogspot.com/
Follow La Sekali..Hoho

Unknown said...

nk kutuk ape uols..benda boleh mkn...kite xboleh mkn kaki ayam..tapi encik suami suke sgt mkn...dah lme die mintk buatkn sup...sbnrnye mcm mane care nk bersihkan kaki tu...selain dari potong jari jameri die..kena buat pape lagi ke?serius xtahu ni

Wak Lat said...

sedappnyer ;p