CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 13, 2013

Photo Shoot : Motocicleta

Assalamualaikum.



Sekadar memenuhi entry di blog, aku gigih lah terbeliak2 bijik mata ngadap PC Ayah amek gambar semalam. Demi korangs yang gigih bertanya bila nak update blog. Wuwuwuwu!

Tapi tu lah, takde apa yang best pun cuma nak review sikit-sikit pasal photo shoot kami baru-baru ni je. Boleh lah kan.. Janji blog ber'update'. Hehe. Gambar banyak melampau, tapi aku pilih yang aku suka je. Itu pun masih banyak. Yang aku rajin edit letak watermark cuma lah sekeping dua. Jadi lah kan? 

Cuci mata dulu baru aku cerita kenapa kitorang rasa benda motocicleta ni saaaaaaaaaaaaangat lahhhhhh berharga bagi kami. Bukan sebab saiz. Kena rajin baca sampai habis ya.. Wink! Wink!












Cukup lah banyak tu je gambar kan. Banyak-banyak kang pitam pulak korang. Huhuhuhu. Okay jom cerita pasal motocicleta ni eh. Motor ni kami panggi SK singkatan untuk superkip. Al-kisah, sk ni terbeli je sebenarnya.. Bila pulak terbelinya? Itu lah punca bagi segala cerita, dan itu lah jugak jadi penyebab kenapa sk ni sangat tinggi nilai memori bagi kami berdua.

Aku cerita dari awal ye. Harap bertabah lah korang eh :)

Awal tahun 2011 bukan tahun yang bahagia untuk aku dengan En Gaban masa tu. Kitorang struggle menikmati macam-macam dugaan. Sakitnya susah nak cakap. Actually bukan sakit apa, penat. Seumur hidup aku itu lah dugaan aku hadap perangai orang. Macam biasa, blog lah tempat aku luah. Huhuhu! Susah aku nak explain kat sini, tapi dari apa yang aku pernah tulis sebelum-sebelum ni boleh lah kot korang faham perasaan aku time tu. SINI 1. SINI 2. SINI 3. SINI 4. SINI 5.

Cukup lah kot 5 links je aku bagi. Yang lain-lain tak perlu lah dikorek dan dibaca semula. Taknak luka berdarah kembali. Eceeeehhhh.

Awal April 2011 En Gaban (Suami) mulakan hidup baru dengan tempat baru, kerja pun baru. Tapi mulakan dengan 0. Kosong tahu kosong? Keja baru Mei 2011. Tempat baru, terkontang kanting. Rumah sewa dia duduk pun beralaskan sejadah je. Tu je yang ada time tu. Memang sehelai sepinggang. Daif tahu daif? Macam tu lah dia. Sakit hati aku tengok keadaan dia. So aku masa tu kena lah banyak bagi semangat kata2 dia, kena positif, kena tunjuk kuat depan dia. Hakikat hati aku rapuh berderai tengok dia nak mulakan hidup baru.

Sebelum itu dia accident dengan motor baru. Motor baru setahun. Accident dan tak best dipakai lagi. Dia guna lah lagi satu motor yang dah umur 3 ke 4 tahun. Tak ingat. Rebeh pulak! Jahanam orang pakai. Repair sampai beribu ending nya tak boleh bertahan jugak. Duit habis, dah la mulakan hidup baru, pakai duit banyak pulak kan dengan deposit rumah sewa bagai.. Akhirnya motor tu tak boleh bergerak langsung. Sedih aku tengok dia time tu. Kitorang takde kenderaan nak bergerak. Kereta memang takde. Harap motor je. Motor harapan accident,jual dan sebijik lagi jahanam bagi orang pinjam.

Beberapa hari dia takde kenderaan. Nasib baik belum mula kerja, kalau dah kerja? Macam mana nak pergi kerja? Aku cepat-cepat suruh dia beli motor baru. Dia setuju lah kan, kalau nak beli kereta kitorang hold dulu sebab kitorang nak kawen dulu. Thats why kereta kitorang keluar masa kitorang nikah.

Kebetulan awal tahun 2011 tu motor sk ni baru masuk Malaysia. Lepas dah puas fikir, buat kira-kira, dia amek sk tu. Masa tu tak banyak kedai jual, kitorang kena g Kelang nak dapatkan sk. Sebab situ je banyak pilihan dan murah installment. Kitorang pinjam motor kawan baik En Gaban tau nak ke Kelang membeli motor. Sadis tak? Sadis tau.. Sedih sakit hati semua ada bila diingat-ingat balik. Huhuhuhuhuhu.

Lepas seminggu keluarlah sk tu. Entry tu pun ada lagi, tapi takyah lah aku letak link kat sini. Huhu. Mula lah kehidupan kami dengan motor baru, kehidupan baru, dan kami kuatkan semangat untuk kawen segera. Sebab dia pun dah hidup bujang, duduk sorang, makan sorang.. Huhuhuhu.

Dengan sk tu lah dia pergi kerja cari rezeki untuk kawen, dengan motor tu lah dia jemput aku dari Putrajaya kalau aku balik malam sebab meeting. Dengan motor tu lah kitorang pergi Jalan TAR cari barang kawen.

Jadinya korang boleh faham kan kenapa sk ni terlalu terlalu terrrlalu berharga. Padahal bukannya superbike harga 50k pun. Tapi harga kenangan tu yang mahal. Kenangan macam mana dia boleh terbeli sk ni. Kenangan punca dia terbeli sk ni. Kenangan sk ni banyak gila jasa kat kitorang sepanjang proses nak kawen.

Itu yang aku sayang sangat kat sk ni. Bila tenung lama-lama, muncul lah kenangan. Segala pahit manis.

Benda ni aku tak pernah cerita pun dekat blog, aku rasa teruknya keadaan kami time tu. Orang lain berkereta, kami bermotor je. Hujan panas semua lah. Huhuhuhu. Tapi itu lah, aku selalu berpegang dengan janji Allah. Doa orang yang teraniaya ni makbul. Memang ya. Kami tak la doa menjatuhkan orang lain, tak guna pun. Doa tak sampai pun. Doa jelah yang baik-baik untuk diri sendiri. Alhamdulillah, kami kawen, kami ada kereta, kami ada rumah sewa yang kecik comel sempit tu (haha), kami anggap kami hidup senang lenang, bahagia (alhamdulillah), perkahwinan pun dapat restu.. Apa lagi nak. Restu dan berkat buat kami hidup bahagia (alhamdulillah, insyaallah, amin).

Tak sangka pulak entry aku ni cerita pasal kami dulu-dulu. Tetiba macam emosi lak entry ni, padahal attached gambar macam best-best je.. Last-last jadi lain pulak. Hehehehehehe. Kenangan kan. Siapa boleh lupa. Photo Shoot ni pun Suami yang requested kat Ayah. Memang-mentang bapak mertua anda photographer, soka soka hati je request. Ayah pun layan jelah kitorang ni.. Aku boleh pulak cakap 'nak masuk majalah motor'. Mati-mati Ayah aku ingat betul. Haha. Kesian Ayah. Anak dia memang cakap merapu meraban je. Suami requested sebab tahun depan dah nak habis bayar installment dah. Ada rezeki tahun depan setahun aku tak naik sk dah.

Maaf lah kalau ada yang tersinggung, tak berniat pun nak ungkit kisah lama. Tapi itu lah hakikat cerita kami. Perit jerih kami lalui. Tak payah nak tersinggung sangat. Ini kan cerita aku, kisah benar, bukan rekaan. Hak aku la nak cerita apa pun kan?

Chill sudah.

Sayang motocicleta ketat-ketat :)

Oh! Watermark aku credit untuk blog Ayah aku. Sebab aku posing je, tak keluar peluh pun. Haha!

Oh,oh! Aku masih kat ofis tunggu Suami ambil. Jam katanya. Malam ni nak balik Kelantan jumpa Mak Ayah mertua. Jumpa minggu depan!





Love,
Nursaila Norman!


9 comments:

Affy Afiqah said...

sedih ika baca entri ni T_T
somehow rasa macam terpalit kat diri sendiri and tunang ika, we struggle a lot to achieve something, nak nikah pun berapa kali tertangguh sebab ada hal yang belum complete...skg pun sabar jela dengan pelbagai dugaan yang datang..
baca entri kak saila ni macam inspired sangat2...kena tabah kan..kena sabar...restu and etc sangat penting...

semoga terus tabah ya kak :)

Nuriesya Nadia said...

So touched la kakak. Y___Y. Masing masing ada dugaan masing masing kan. Same goes here. Baru bertunang , dugaan dah sampai. But I know Allah will always be there for me. Akak pun ada dengan kita kannn. :D

Iera'ra Nordin said...

dugaan ...
cter part dugaan ni , mmg touching ... kna kuatkan semangat sgt2 ...
tp tu lah , tuhan bagi dugaan dipermulaan , in the end , dia turunkan rahmat ...
alhamdulillah

Affy Afiqah said...

singgah sini :)

Kesuma Angsana said...

dugaan mematangkan kita kan. yakin ada hikmah sebalik semua yg terjadi yer !

meza said...

itulah manisnya bila ada halangan dalam hidup ni. sronok bila dikenang-kenang balik.
gmbar awak cantik2! suke! dan saye suka kasut awak. mne beli? hehehe :P

Nursaila Norman said...

meza : kasut tu beli dekat Kg Bharu je..ramai pulak yg cakap cantik,padahal rm15 je..hehehehe!

oshinz said...

skip baca dulu. kihkih. tapi tetap nak komen jugak. suka gambar yang last skali.. hehehe.

kite minat moto besar. tapi tak tahu bila bleh bli. kihkih.

tiga lalat said...

nice photo., blog ayah tu ape?