CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, June 13, 2014

Daisy Crepe Hand Bouquet : Putrajaya

Assalamualaikum.



Another Daisy Crepe Hand Bouquet (dchb). Phewww! Ini last minute order jugak, sama macam hb yang baru je siap baru-baru ni. Entah kenapa lah aku boleh ambil 3 hb last minute. Sumpah aku terkejut dengan diri sendiri. Hohohoho! 

Tapi dchb ni paling seksa nak buat, sebab aku kena suntikan ATT pada hari Selasa! Huhuhuhuhuhuhu.. Patutnya kalau aku paksa diri, dalam 2 hari dah boleh siap. Tapi taktau lah kenapa lepas dapat suntikan ATT, aku jadi lesu dan mengantuk yang teruk selama 2 hari. So 2 malam aku tidur awal tanpa siapkan apa-apa. Buat sikit dalam 30 - 45 minit aku dah letih teruk. Sobs!

Akhirnya malam tadi jugak aku siapkan, itu pun lepas rajin nak masak nasik makan dengan ikan bakar tapau lunch, hantar Ibu ke Damansara sebab subuh-subuh ni nak ke KLIA. Daaaaa, pukul 11.30mlm kot baru aku start complete kan dchb nie. 

Sorry, banyak pulak membebel. Well, entry aku kalau nak tepek picha bunga pun tetap nak membebel. Haha.

Customer mintak pemegang tebal macam Pearl hb. Nak nangis ahkak noxx bila customer mintak cenggitu. Sebab part pemegang tu lah yang sukar. Hukhuk! Tapi customer nak kan, tetap ahkak usaha kan. Poyo. Tapi aku charge sikit untuk harga gabus, usaha memotong gabus dan aku tambah lebih sikit kuntuman bunga supaya nampak besar sikittttt dari yang biasa.







Customer request warna-warna pastel. Aku takut nak decide sebab semua warna-warna pastel cantik-cantik belaka. Don't make me confused babeh. Hehehehehe! Kaler-kaler hb memang customer yang request, aku cuma add on bagi nampak soft atau highlight sahaja. Main color customer akan pilih.

Kali ni customer mintak :

- Soft Purple
- Soft Peach
- Soft Pink
- Cream

Hasilnya terjadi lah seperti di atas. Sweet kan? Aku sukaaaaaaaa la combination ni. Super sweet! Selalu buat dua kaler je, kali ni tiga kaler pulak.

Okay lah, Daisy Crepe Hand Bouquet murah! Bunga tisu, bunga crepe murah murah! Dah masuk 7 bulan pregnant ni aku taknak ambil tempahan lagi kononnya. Tapi mana lah tau kot-kot aku free, ada cukup masa untuk sempurnakan tempahan, kira rezeki u olls lah ye.

Just wassap me @ 019-2290413






Love,
Nursaila Norman!



6 comments:

Nuriesya Nadia said...

Semua comel comel je HB akak. T_T.

DYatie said...

Tangan ajaib! Suka sangat!! Semoga terus maju Saila!

serra chan said...

yeay! saya punya tu! cantik!! xsabar nak p amik mlm nie..tq darl!! cantik banggat! =D

cik violet said...

Cantikkk :)

Marou Apple Hijau said...

simple tapi cantik. tumb up!

Anonymous said...

Heya i'm for the first time here. I found this board and I find It
really useful & it helped me out a lot. I hope to give something back and help others like you aided me.


Also visit my blog: Dean Graziosi