CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 3, 2014

Baby Girl, My Daughter : Melissa Ahmad Shahir

Assalamualaikum






Alhamdulillah, harini hari ke-53 umur Melissa. Aku rasa TERLALU sekejap. Tau-tau dah masuk 50 hari. Tak lama lagi makin besar, makin banyak akal, makin bijak. Tapi aku suka kalau dia terusssss jadi baby. Huhuhuhu.

Takde apa nak cerita pun sebenarnya. Lebih kepada nak jadikan kenangan dalam blog. Lagi 2,3 tahun bila baca balik mesti senyummmmm terbayangkan Melissa masa baby. HUHU. Kan dah sedih.

Masa cucuk sebulan, aku bawak Melissa cucuk masa umur dia 37 hari. Berat dengan panjang dah bertambah dengan ohsem nya! Hari ke-37 berat Melissa 4.47kg. Panjang 58cm. Compare masa lahir 49cm. Khamis baru ni aku bawak Melissa jumpa pakar kanak-kanak, hari ke-49 berat dia 5.1kg. Untuk mak yang petite macam aku ni,haruslah terkejut. Sebab aku yang nak dukung dia, mandikan dia, susukan dia. Huhuhuhu. Sepanjang berpantang tangan sebelah kiri aku sakit gila sampai aku rasa macam nak demam. Aku ingatkan aku ada masalah sakit-sakit badan kot kot lah terlanggar pantang.. Rupanya otot lengan kiri aku sakit. Suami tolong sapukan minyak panas dalam 2,3 kali tak lama tu okay. Takde la rasa macam kena tumbuk kat lengan ni. HEHEHE.

Orang ingat dia dah 2 bulan. Padahal baru 40 hari. Ngeee!

Masa hari ke-46 kitorang lunch kat Menara KL. So itulah first outing Melissa. Oh, tipu.. Second outing. Sebab masa pergi cucuk sebulan kitorang pergi cari stroller. Kalau bukan sebab nak keluar lunch memang aku tak beli lagi lah stroller. Sebab tak rasa nak bawak Melissa keluar secepat itu. Tapi sebab lunch tu adalah family gathering - takde lah gathering mana pun. Sebulan berapa kali jumpa. Hehehe. Its more to suka-suka je sebenarnya. So beli jugaklah stroller sebab nak enjoy the luncheon without dukung Melissa all the time. Hiks!

Masa ni dah kenyang. Melissa behave sepanjang hari. cuma dia menangis masa tukar pampers - yakyak. Toilet malap sangat, dia jadi takut lah kot. Selalu tukar pampers terang je.. Haha. My first time experience tukar pampers anak masa keluar. Memang Melissa saje bagi task kat Ibu kan? Part dia menangis tu yang kelam kabut sikit. Tak boleh lah dengar kalau dia menangis sampai keluar air mata beriya-iya. Laju-laju tukar pampers, bagi df pastu terus sambung tido. Haihhh lah..  

Semua sedara mara suruh dia bangun konon nak main dengan dia. Sampai-sampai je kat Menara, Suami tolak stroller semata dengan kek (birthday suprise). Lepas sorang-sorang dukung. Seronoklah dukung sebab dia tidoooo je. Aku pulak rasa macam orang takde anak. Huhu.

Melissa boleh dikategorikan mudah dijaga. Bila dia baik, memang baik sangat. Tidur, nenen, tidur, nenen. Tapi pernah 3x dia menangis teruk sepanjang dia lahir ni. Awal-awal dulu dalam proses nak baikkan jaundice dia, selain kembung sebab anggur hitam, dia memang kerap kembung. Pukul 8 malam macam tu dia dah meragam susah tidur. Pernah sampai 2 jam, pernah 3 jam, pernah 4 jam. Sepanjang masa tu dia meragam merengek sebab perut tak selesa. Kena la bergilir-gilir dukung dia, tenteramkan dia, try buang angin dari perut dia sampai dia rasa selesa baru dia tidur nyenyak.

Kali kedua dia menangis mesti tiap kali maghrib ke atas. Dua hari dia menangis kitorang bawak dia berubat. Dia Okay. Lepas sehari dua, dia menangis paling teruk, mata asyik pandang satu tempat. Air mata dia takyah cakap lah, sedih tengok dia. Kelam kabut orang dalam rumah. Aku wassap kawan baik tanya ustaz mana yang free malam tu,. Nasib baik walaupun uztaz tu tak free nak suruh aku datang rumah dia, dia just buat dari rumah. Otometik Melissa senyap terus tidur. Mata pun dah bengkak sebab menangis teruk dari maghrib (pukul 10malam baru OK). Dua malam jugak dia macam tu. Cuma malam kedua dia kurang sikit. Esoknya bawak berubat. Alhamdulillah terus OK. Aku dengan semua orang dalam rumah dapat tidur nyenyak semula.

Kali ketiga dia menangis baru-baru ni sebab dia kembung teruk, susah nak bernafas sikit. Malam tu jugak bawak berubat sebab dia start menangis teruk masa maghrib, lepas dah OK aku bawak jugak pergi klinik nak tengok ada kahak ke tak. Tapi takde kahak. Esoknya refer pakar kanak-kanak terus nak pastikan kenapa dia macam susah nak bernafas. Doc bagi ubat untuk release kan hidung dia dengan ubat kembung. Alhamdulillah okay.

Nak kata dia susah dijaga langsung tak.. Cuma bila jadi tiga-tiga benda kat atas ni yang buat kita jadi risau, tak boleh nak rehat. Masa tu jelah kita rasa macam mencabarnya keadaan. Tapi bila anak dah okay, mengantuk ke lapar ke penat ke semua hilang. Kan? Hehehe.

Beberapa hari nak cukup 44 hari, Melissa dah pandai main. Sekarang ni tiap kali bangun pagi dia mesti main dulu, gelak-gelak, cakap-cakap dengan tingkap. Aku sambung layan mata lagi. HAHA. Agak-agak dah puas main, dah lama takde orang layan dia, dia merengek. baru aku bangun. ihehe!



Waktu siang memang waktu happy dia. Bila dah pandai main ni lagi lah happy untuk dia. Malam pun dah okay sekarang, alhamdulillah. Dia pun dah pandai minum susu guna botol. Aku start ajar masa hari ke-20 macam tu. Kali ketiga try baru dia isap betul-betul. Kadang-kadang kerap aku bagi susu guna botol, kadang-kadang tu df je. Alhamdulillah dia okay.. Aku takde masa specific bila nak bagi botol bila nak df. Ikut suka aku nak bagi bila. Hehehe. 

Susu badan nak kata meriah tu taktau lah nak cakap. Boleh df dengan buat stock kira alhamdulillah. Stock pun takde lah sampai nak kena beli deep freezer. Setakat guna ruang atas peti ais jelah. Cantik pulak bila tengok susunan storage bags. Hehehehe. Alhamdulillah, ada rezeki Melissa. Tapi bila tengok orang makan, bukan main Melissa tenunggggg makanan tu sambil mulut kumat kamit. Sabar sayang, 2 bulan pun belum lagi. Huhuhuhu!

Itu jelah dulu pasal Melissa, pic memang tak banyak. Sebab banyak pic dia tidur. Aku memang snap pic dia day by day. Tapi aku tak suka sangat upload pic dia tidur. HUHU! Ini jelah pic dia bangun. Pic lain bila dia bangun time mandi dengan tukar pampers. So sensored! Hehehe.

Aku memang susah nak update dekat blog sekarang ni, tapi aku usaha jugak update sebab aku suka menulis. Ada orang nak baca ke takde tu no.2. Tapi segala aktiviti aku, aku update dekat Instagram. Dekat FB pun jarang. Bila perlu je update kat FB. Kalau sudi follow jelah kat IG. Nama sama je Nursaila Norman :)

Jumpa lagi blog!





Love,
Nursaila Norman!

14 comments:

Zai Zamree said...

lebatnya rmbut dia

Sheila Salim said...

Assalamualaikum saila. heee kita tengok gambar melissa thru instagram je. comel la rambut dia lebat! memang berisi melissa ni. ada can nak membesar bagaikan juara, like Adam. hihiiiii.

Unknown said...

dah besar baby =) comel..lebat rambut dia

F Hzh said...

Comel sgt melissa. name pun simple je n sedap panggil. hehehhee. makin tak menang tangan la awak pasnih. melissa bf fully.. heheheh patut cepat naik die. tpi bagus la... :) smoga die cpat membsr menjadi anak yang solehah.

Han Hanni said...

hi Mellisa si comel..

cik mah said...

Comelnyer....skjp je kan...jgn lupa record video skali tau...

Nuriesya Nadia said...

Eh lesung pipit ke tu ? Auummm. :D

Rina Hamid said...

muahhhh muaahhhh dkt melisa. comel betul n lesung pipit tu mmg rs nak gigit2.

Unknown said...

comelnye melissa...lebat nau rambutnye... haah klau anak nngis mak pun mcm nak nangis sekali sebb xtau nak buat ape

Cik Puan Tqah said...

comelnyee... geget nakkk??

Rina Ellisa said...

Lebat nya rambut dia :)

Nurul said...

Hai Lissa... Comey dengan rambut lebatnya... :)

SUHAIDA said...

comel sangat sis..mcm mama nye juga

ayut said...

Melissa syg....!!! Rindu dia..dh membesar dgn sihat.alhamdulillah..moga trus baik2x je ye...meh..nak follow melissa la...eh..ibu melissa ;p