CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 29, 2014

DIY : Pillow Case

Assalamualaikum.



Aku ni langsung takde bakat guna mesin jahit. Menyebabkan aku tak suka menjahit dan pandang serong terhadap mesin jahit. Tapi, bila nak kawen dulu minat tu datang slow-slow, tapi aku tetappppp fail guna mesin jahit. Out! Huhuhuhu.. Tapi bila dah ada anak ni mustahil lah aku nak jahit tangan kalau nak buat sarung bantal kannn? Dulu boleh la jahit tangan nak buat fabric hb, bantal kecik untuk dulang hantaran. 

Jadi, nak tak nak aku kena lah jugak belajar guna mesin jahit. Sementara aku masih stay rumah Ibu (next entry lah aku cerita kenapa aku tersadai kat sini huhuhu!), aku belajar lah pakai mesin jahit lama tu. Walaupun guna elektrik tetap mesin style lama. sobsobsob!

Tapi hebat lah penangan anak nie.. Sebab nak buat sarung bantal dia punya pasal lah, aku pandai guna mesin jahit tu! Wohooooo.. 

Kebetulan jumpa kain polkadot (aku obses dengan polkadot taktau lah kenapa), kain murah pulak tu, kira kalau tak menjadi pun tak ralat lah sangat, aku pun beli dengan niat nak buat sarung bantal Melissa. Untuk cubaan pertama kali ni aku tengok-tengok dari Google plus tengok-tengok bantal sedia ada kat rumah Ibu.

Ini sarung bantal cubaan okeh, tidak digalakkan anda tiru, bahaya. HAHA!


polkadot purple ni untuk bahagian depan, aku potong 20' x 13' dah termasuk lebihan untuk bahagian jahitan. 



corak jalur ni pulak aku buat untuk bahagian belakang. cuma ukuran jadi 24' x 13'. Lebihkan dalam 3-4 inci.



Untuk bahagian belakang aku potong kepada dua bahagian, ukuran ikut suka.



Akan dapat 3 keping macam dalam gambar. Sekeping untuk bahagian depan, dua keping lagi untuk bahagian belakang. Gambar masa menjahit takde sebab terlupa nak ambil. Huhuhu! Bila dah siap sarung bantal ni akan jadi sarung bantal selisih. Maknanya tak pakai zip, bahagian belakang just selisih untuk ruang masukkan bantal.

Takpe, at least aku dah boleh guna mesin jahit! Lepas ni boleh lah aku buat sarung bantal yang lebih elok. Beli kain yang lebih cantik, jahit cantik-cantik untuk Lissa. Insyaallah.



Melissa dengan bantal ibu dia jahit :)





Love,
Nursaila Norman!




4 comments:

Fiqah Feeona said...

Bestkan bila dapat buat untuk anak sendiri..Tak kisah la perfect ke tak..tapi tetap puas hati..

Mila Hilas said...

selesanya melissa tdo

cik hani said...

Saila..saya pun suka corak polkadot n stripsss line..sebab comel..

Saila, kalau utk anak, tak pandai pun akan gigih kite belajar

Cik Aish said...

geram nye tgk paha anak tu hehehehehe

btw..comey je buat sarung sendiri. boleh buat comel2 ikut selera kita :)