CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 23, 2014

From DAISO #1

Assalamualaikum.



Apa yang dari Daiso? Aku suka pergi Daiso sejak tahun 2012. Masa tu beli benda mengarut je banyak. Yang masih nampak depan mata ialah kotak2 untuk isi barang. Suka lah sebab masih elok sampai hari ni. Tak rugi beli dengan harga rm5.

Tapi bila dah kawen, aku beli benda2 penting lah jugak, dah tak beli benda mengarut macam dulu dah. Hehehehe! Salah satu benda yang aku sempat blog kan ialah penyangkut di belakang pintu. Refer SINI. Dengan stokin untuk berpantang SINI.

Tapi selalunya aku akan ke Daiso bila ada benda nak dibeli, kalau pergi saje2 memang mengundang bahaya. Huhuhu!

Sabtu baru ni aku beli penapis, laundry bag dengan ice cream mould! Penapis tu untuk isi botol susu, botol EBM, breast pump dan adik beradik diorang yang lain. Oh, aku tak beli bottle rack, dalam online sampai beratus, kat tempat lain maybe murah. Tapi aku beli kat Daiso rm5 je. Lagi jimat iheeeee :) Laundry bag untuk aku basuh nursing bra. Tak larat (malas yang amat) nak basuh guna tangan. Dengan adanya laundry bag, boleh lah aku campak ke dalam mesin! Ice Cream Mould untuk aku makan ais krim fefeeling popsicle. Haha.









































Penapis tu cukup besar untuk aku keringkan segala botol-botol dalam tu tanpa ada sebiji pun yang terkeluar. Hehehehe. Laundry bag belum rasmi, ice cream mould dah rasmi dan dah selamat dalam perut.











































































Ni aiskrim stroberi, beli stroberi blend dengan susu, yogurt, muda/gula. Pastu aku malas nak blend, aku isi air tropicana dalam tu. Lepas ni aku nak isi air milo pulak. Nak jugak fefeeling popsicle padahal boleh je buat style aiskrim Malaysia yang 20sen tu. Hehehehehe.

Aku nak jadikan Daiso ni entry khas, mana tahu ada yang bakal terjebak nanti. Bersama-sama lah kita menghabiskan duit kat sana. Nanti kalau aku pergi Daiso lagi aku update ye. Banyak ni nak beli especially barang dapur. Tak sabar nak masuk dapur baruuuuuuuu :)






Love,
Nursaila Norman!




5 comments:

Nuriesya Nadia said...

Kalau takde barang nak beli , memang Wan tak bagi masuk. Huwaaaaaaaaa. T_T

Suria said...

daiso memang mengundang padah klu masuk tanpa tujuan hehe.
pegang 3-4barang x sedar. hehe

tp kenapa selalu masuk daiso dlm jusco mould utk ice cream selalu xde.geram pulak

Mila Kamil said...

barang daiso comel-comel, memang mengundang bahaya kalau selalu masuk. hihi

Puan Awin said...

wa...dh lm x masuk daiso...masuk daiso bila ada mende penting nak beli je, klu x, mmg x masuk, kang merepek2 je beli pape entah ;)

Fiqah Feeona said...

Daiso memang mengundang 'bahaya'