CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 23, 2013

So-Called Compartment

Assalamualaikum.


Hello darls!

Lama pulak tak update pasal 'rumah kita'. Aktiviti menghias rumah kita banyak tergendala sebab Suami nak beli rumah. Tapi susah nak dapat rumah yang mampu milik. Rumah yang dulu masa tahun 2008 macam tu dah jadi rm300++ ribu. Almost rm400ribu. Cunnnnnn :) 

Okay taknak cerita pasal harga rumah. Sakit hati berdarah-darah ni. Haha!

Sejak Suami decide nak beli rumah (padahal masa tu aku bapak excited plan macam-macam untuk 'rumah kita') aku pun hold la beberapa benda. Termasuk lah membeli rak kasut. T_____T' Kesian kasut-kasut aku, tak berumah.

Bila Suami dah letih cari rumah, aku pun start balik mengemas rumah sewa kami itewwww.

Last week Suami demam, Suami tidurrrrr je. Takde orang kacau. Takde orang buat aku marah. Wuwuwuu! Aku pun mengemas lah bilik belakang (bilik pakaian). Ingat tak dulu aku pernah cakap nak jadikan bilik kedua tu bilik pakaian sahaja? Takde sape nak ingat lah. Huhu! So far, bilik tu kekal sebagai bilik pakaian. Dan bilik Ibu kucing bersama anak-anaknya yang baruuuu bukak mata. Hahaha! Sharing is caring. Ok tak Ok tak Ok tak? hikhikhik.

Almari baju aku tu memang style lapanggggg tanpa laci waima compartment. Ada tingkat-tingkat je. Botingkek-tingkek. Tak syiokkk nak masukkan pakaian. Alasan! So aku pun kemas la tudung-tudung yang belambak. Ya, belambak. Tapi yang aku pakai sehelai dua je. Boleh? Yang lain-lain tu buat semak semata. Huhuhuhu. Dari belambak tak tentu hala baik aku simpan sopan-sopan ye tak?

Idea datang bila aku ternampak kotak harta karun ada kat hall. Dari dia dok diammm je kat situ, baik dia berjasa kan? Akhirnya sekarang beliau menjadi tempat inner neck dan tudung syria. Wallla!





Situ lah tempat dia bersemayam. Motippp? See? Baju kurung semua aku hang dekat luar almari. Sebab taknak bagi kedut lepas tu senang lah aku nak iron. Takde la azab sangat. Aku kan paling malas menggosok baju. T____T Sekarang ni kalau nak pakai tudung syria ambil je dari kotak tu, lepas tu pakai! Tudung syria kan tak berkedut. Lipat-lipat pun takpe :)


Yang ini pulak hook aku dah lama nak, akhirnya terjumpa kat Daiso. Malas cakap pasal Daiso. Sebab semuaaaaa dalam tu semuaaaaaaa aku nakkkkk. Urghhhh! Dulu Daiso JJ Seri Kembangan jadi mangsa, aku suka kotak. Macam-macam kotak aku beli. Sekarang dah tak keja Putrajaya, takyah gaduhhh.. Daiso The Curve dengan JJ AU2 Keramat kan adaaa :) OkayOkay, hook ni sangat berguna sebab dia diletakkan di belakang pintu. Takde siapa tahuuuu.. Takde siapa tahu apa rahsia di sebalik pintu. Wink! Wink!

Ini lah rahsia di sebalik pintu. Boleh? Dalam pada masa yang sama boleh sembunyikan tudung-tudung dari pandangan. Takde la rasa macam semakkk je. So, hook ni aku guna untuk gantung tudung2 bawal. Kena buat style macam ni supaya senang sikit nak iron. Cara simpan pun senang je, takyah lipat-lipat. Ikat je. hiks! Ni edisi pemalas okeh. Jangan tanya lagi. Style ikat dekat hanger ni aku buat sebab dulu masa zaman U kitorang buat macam ni la. Senang nak pakai semula lepas tu, takde keja aku nak iron tudung sepuloh kali sehari. Tak kuasa. So far, hook ni berjasa untuk tudung bawal sahaja.

Untuk shawl pulak? Wahhh, macam banyak je tudung kau kannn.. Niat sebenarnya nak buat macam S I N I, ingatkan? dulu aku pernah diy kotak kasut? Tapi! Disebabkan masa terhad, tudung-tudung dah laaaamaaaa tak berumah. Takyah lah diy dulu, simpan dulu. Yang penting kemas. Ada masa esok-esok kita diy ya!




No.1 - Tudung Pashmina
No.2 - Masuk dalam kotak
No.3 - Tadaaa! Siap.

Sedih tak? Haha.. Tak sempat nak diy, nampak tak sedih tahap maksimum? Kotak kasut je u olls! Takpe. Janji bilik aku kemas. Weykkkk. Kotak kasut Vincci aku dah habis aku diy dan guna. Tinggal ni satu je kotak kasut Vincci. Kenapa aku suka kotak kasut Vincci? Sebab dia besar, keras, putih suci murni. Boleh? Hehehehe. So bila ada satu je, padahal shawl banyak lagi.. Nak taknak terpaksa la guna kotak kasut yang lain. sobs! Nanti mummy balut yer shayang.





Haaaa.. Kotak yang hitam ni aku ambil dari kedai kasut. Kalau terdesak tak sempat nak custom made kotak untuk Pearl hb, aku akan ambil kotak kasut dari kedai. Memang baru, elok tak rosak. Selalunya customer taknak kotak. Nak kasut je. Disebabkan tak banyak tempahan, ada la lebihan kotak kasut kat rumah. Niat nak balut la kan, supaya takde orang tau itu kotak kasut. So nanti-nanti lah ye. Yang penting rename. Supaya masa mencari takde la gigih bukak semua kotak. Kan?

Eh, kotak untuk printed shawl tu aku terajin pulak menampal lace. Haha! Mengarut betul!

Siapa kata kotak tak boleh jadi compartment? Siapa kata kita tak boleh kemas bilik walaupun kekurangan bahan? Boleh punya.. Yang penting bilik kemassss. Nanti dah balut, berganda-ganda la nampak elok kan? Tak payah pening kepala nak beli compartment. Guna je apa yang ada dulu. Esok ada kesempatan nak membeli, kita restructure la. Bukan susah pun. Hehehehehe.

Girls, mummies, nah sedikit perkongsian dari Nursaila Norman, harap dapat membantu :)






Love,
Nursaila Norman!


13 comments:

DYatie said...

Saila. Kite pun nak beli rumah jugak skrg ni. Tapi itu la. Fenin den nak fikir. Rs nak pengsan 150 juta kali kalau tengok harganya. T_T

Nuriesya Nadia said...

Kita puuunnn nak beli rumah , konon senang dah kawen ade rumah sendiri. Lepas tu sendiri rasa nak ikat tali jerut leher sendiri. Jyeaaahh !! Y___Y

Petak Bunga said...

sejak dua menjak ni asyik fikir pasal ruamh jer..
jeles tengok orang ada rumah.

Nursaila Norman said...

saila ada dpt rmh full renovation, mmg cantik habis! harga rm160 (nego). dah nak confirm dah dgn agent, tapi rmh india..berhari2 gak la memikir..tny keluarga semua kwn2, diorg x suggest duduk rmh tu..sampai skrg terkenang2 :( bak kata husband, mmg masuk rmh bulat2 xyah pk pape dah..lengkap n cantik.

kalau xnak rmh 2nd hand, mmg rm350ribu la..itu pun condo bkn landed.. nak beli rmh 2nd PKNS rm130ribu ada syarat, gaji kena rm3k ke bawah..

hiyargghhh sakit hatiii!

cik hani said...

sama dengan saya.saya pun kutip kotak kasut buat compartment

IMaH said...

kreatif!!! samela kita sakit hati bila pikir bab rumah. Nak umah yg best jauhnya berbatu dekat luar bandar. harga mampu milik tp jauh. nak yg tempat kita suka pulak mahal tahap gaban..husband imah stress smpai pkir nak beli rumah kat kampung, tp dekat sini kiteorg tukar plan mcm nak cari apartment second hand je. Tapi bila pkir yg husband bakal tukar2 keja mcm takut nak beli..haha..last2 sampai skrg duduk lagila rumah sewa. nak beli barang & perabot pun malas sbb xlarat nk mengangkut bila pindah umah nnti.

SarahSyafiq said...

wahh, hook tu dah lama sarah nak cari.letak kat tempat tersembunyi pun takde la berserabut.pasal rumah, dulu duk pk gak nak beli tp buat ms ni tak confirm lagi mana nak settle down, senyap sambil kumpul duit je la dulu.nak cantikkan rumah sewa ni pun takut pindah nxt yr.

Shizan Syafik said...

Kretipp.. :)

Ann@zanyra said...

bile tgk Daiso kt JJ AU2 tu mesti terpk ape nk beli eh sbb mostly suke giler pergi Daiso tapi N bile masuk jd blur..cmne tu?hahaha...Boleh share la lagi dan lagi ape yg korg beli kt Daiso tu bg N ni luas ckit pemikirannye..kekeke

Nice sharing!:)

Cik Puan Tqah said...

nice idea..tqah nk share..tp asek semak je rumah..kene kemas cntik2 br leh share..hahhaa..malu woo rumah semakk

cik mah said...

Sama mcm cik mah..minat btul ngan kotak2 ni...snng..nk bl yg kat kedai mhl pulak dah..so pkai kotak kasut..rajin2 deko cantik sikit kan..hehe

dhiera said...

kite pun gantung je baju kurung. nanhado wardrobe.
tudung2 simpan dalam laci. muahahaha

S. Faezah said...

hamboii sailaa..kotak pon mcm tudung gak..kena letak lace..huhuhu