CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 31, 2013

Pau

Assalamualaikum.



Semalam aku lapar teruk, kelam kabut nak lunch awal. Tapi sebab aku kirim nasik lauk ayam kunyit kegilaan kami-kami kat dalam ofis ni dekat akak-akak ofis yang rajin pergi membeli, aku kena la bersabar dan bertabah tunggu nasi sampai. Bila nasi sampai ke aku terus bawak pergi cafe makan kat sana. Makan sambil borak-borak dekat cafe lebih enak dari makan depan laptop.

Sampai-sampai je dekat cafe aku bukak polisterin nasi ayam kunyit tu, tengok-tengok 'aik? kenapa nasi sikit? lauk pun sikit?' tapi aku cakap dalam hati jelah, konon nak cover line depan dua orang lagi peneman rehat aku. Malu jugak la bila aku sebagai perempuan cakap nasi tak cukup. Haha. Hilang keayuan aku T____T' Tapi tak puas hati punya pasal aku luahkan jugak dengan suara. Boleh pulak sorang peneman rehat aku cakap 'tula, aku ingat ko dah makan separuh'. Lagi kejam. Kejam kot. Sampai hati dia cakap aku dah makan separuh. Nampak sangat aku makan banyak :(

Bila nasi dah habis aku tak kenyang sangat. Kenyang sikit je. Jadinya aku nak sesuatu. Sesuatu untuk dikunyah. Huhuhuhu. Aku masuk Coop pulak. Konon mencari kacang-kacang atau gula-gula. Tapi dari jauh aku nampak pau dalam almari wap dia tu. Bersemangat waja aku nak pau. Pau kaya pulak tu. Patutnya feveret aku pau kacang. Taktau lah kenapa aku nak pau kaya. Setahu aku Suami yang suka pau kaya. Lantak lah. Kita ikut tekak. Kalau dia nak pau kaya, kita layankan aje!

Naik ke ofis aku berlenggang lah dengan pau dalam plastik. Bukan main happy lagi sebab dah terbayang-bayang kejap lagi aku nak makan pau depan laptop.

Lepas sejam lebih baru aku start makan pau kaya. Yelah, pau beli sebijik je. Kalau ikutkan hati nakkkk je beli dua biijik. Tapi konon sedar diri, takyah banyak-banyak. Aku makan pau dengan penuh nikmat okeh. Gigit sikit-sikit sebab nak pastikan pau lambat habis. heeee~

Masa tengah layan pau kaya depan laptop, gigit sikit, letak. Gigit sikit, letak. Tiba-tiba akak sebelah aku tegur. Suara dia separuh bisik 'Saila pregnant ke?'. Muka dia berseri-seri. 

Dang! Aku keras kaku beberapa saat. Macam drama tu. Haha. Hilang manis kaya yang aku telan bersama-sama pau. Wuwuwuwuuuu!

'taklah akak..mana ada pregnant'. Aku cuba cool tahan malu. Teruk sangat ke aku makan sampai dia ingat aku pregnant? Teruk sangat ke cara aku menikmati pau? Huwaaaaaa..

'akak tengok Saila makan banyak..tadi dah makan nasi kan?'

Kali ni aku tak boleh nak cover malu lagi dah. Cepat-cepat aku alih muka pandang laptop. Sebab aku rasa nakkkk je gigit-gigit muka sendiri. Kenapa kau makan banyak sangatttttt? Kan orang dah salah faham. Dang! Dang! Dang. 

'taklah akak..saya memang macam ni. saya kan makan banyak'. Ini bukan cover line, ini hakikat. Haha. Sedih. Huhu.


***************************


Dalam perjalan balik ke rumah, kitorang Suami Isteri nampak la uncle cina naik motor bawak almari wap berisi pau. Aku pun usik la Suami. Beberapa hari ni dia request nak pau. Haihhh.. Malam-malam kot mintak pau.. Mana nak cari pau malam-malam? Sejak tu sikit-sikit nampak uncle cina jual pau je aku cakap kat Suami 'tu pau..nak?'. Nampak je kedai cina ada almari wap berisi pau aku cakap jugak 'tu pau..nak?'. Hehehehehe. Bengang je Suami aku. Kalau offer yang kedai melayu punya takpe jugak kan.

Kebetulan balik keja semalam terrnampak lagi uncle cina naik motor dengan pau. Lepas tu aku cakap la tengahari tadi aku makan pau kaya. Sedaaapppp giler. Nikmat giler. Lepas tu Suami cakap 'ada ingat kat B tak masa makan tu?'.

Aku 'errrrrrr,erkk'. Senyapppp buat-buat tak dengar.

'ada ingat B tak masa makan tadi?' Suami tanya lagi.

Hehehe aku tersengih-sengih. Memang tak ingat langsung! V*ng*ng terserlah kat situ. Kejam dowh aku makan pau tak ingat Suami.Patut la aku teringin sangat pau kaya, rupanya Allah nak suruh aku ingat kat Suami. Suami kamu teringin nak pau. Tapi boleh aku beli sebijik je. Makan pun tak ingat Suami.

Lepas tu punya lah pandai nak tukar cerita, aku pergi tanya

'B makan ingat ta tak?'

'mesti la ingattt..' Cool je Suami aku jawab. Aku tercekik air liur!

Itu lah, balasan sebab makan tak ingat Suami.. Kan orang dah ingat aku pregnant. Kan dah malu-malu sendiri. Huhuhuhuhu.. Padan muka. 

Jom lah cari pau kaya. Beli satu untuk Suami. Korang-korang, cuba tanya Suami korang, ada nak makan apa-apa tak? Jom kita belikan :) Lagi satu, masa makan tu ingat-ingat Suami ya. hiks!






Love,
Nursaila Norman!


7 comments:

Petak Bunga said...

praktis preggy..
nanti dah preggy, perut dah besar..
ha..ha...

Syaffiqah Rahman said...

hehehehe..takpe, kite sekapal. walapupun sy belum kawin lg, tp nafsu makan tu tinggi.smpai org kdg2 tegur, pregnant ke ape? hahahaha..

Cik Puan Rara said...

sedih pulak aku baca entry pau kau ni saila.hahahaha.u! i selalu mcm tu.bila mkn pape mst konon nk ingat suami.tp bila mkn,dh habis.trus lupa suami.hahaha.kejam kan~

cik hani said...

I Tak ingt suami klu mkn.

Nursaila Norman said...

Petak Bunga : ni kalau saila pakai baju fit sure mcm pregnant 2 bln :P haha!

Syaffiqah : tu laaaa..saila dr sblm kawen mmg kuat mkn :( malu je org tegur..huhuhu!

rara : sedih ke tapi gelak..cane tu? hahaha..rara kejam mkn sampai habis :P

cik hani : erkk! pitam..hehehehe..so harini jom kita ingat suami2 kita masa makan okeh? heee :)

Karya Mahirah said...

samalah.. rasa nak makan je... huhu

Mira Adzlia said...

hihi..kesimpulannya, ingtlah suami ketika nak makan..hihihi