CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, October 22, 2013

Mamak Roti

Assalamualaikum.


Tiba-tiba tajuk cerita kita 'mamak roti'...... Apa kes? 

Al-kisahnya sejak-sejak kebelakangan ni Suami rajin beli roti kat mamak roti. Kebetulan masa Suami polish kereta depan rumah, datang la mamak roti dengan bunyi hon dia tu.. Sejak itu Suami sukaaaa sangat beli. Sampai satu tahap dia taknak beli roti kat kedai okehhh.. Nak mamak roti jugak. Motippp?

Korang mesti ada kenangan dengan mamak roti kan? Ada jugak orang panggil bhai roti. Ada yang panggil baba roti. Korang panggil apa?

Kenangan aku mesti la zaman kecik-kecik dulu. Masa tu lorong taman rumah aku tu penuhhhh dengan budak2 baya-baya aku. Korang bayangkan lah macam mana mamak roti tu kena kerumun. Huhuhu! Kalut okeh. 'mamak!' 'mamak!!'. Lorong rumah aku tu ada la dalam 150 meter panjang.. Ada la dalam 4, 5  kali mamak tu kena berhenti melayan budak-budak kat situ. Benda first yang aku dengan budak-budak lain suka buat mesti la usik hon mamak tu. Hehehehe! Tolong bunyikan. Tolong panggil lebih ramai orang. hikhik! Mamak tu cool je, relaxxxx je.. 'mau apa?' 'mau apa?'. Selalunya kitorang budak-budak akan kejar mamak tu kalau tak perasan mamak roti dah sampai. Huhuhu! Takde la kejar macam kejar ayam. Lari-lari anak je sebab mamak roti tu pun bawak slow je motor dia tu kan.. Best giler time tu.. Malam-malam keluar tunggu mamak roti, beli ramai-ramai, pastu main hon, pastu dapat keropok/jajan/cikedis. Hewhewhew!

Malam tadi Suami nak roti, dia cakap dia nak beli roti kat mamak roti jugak. Taknak beli kat kedai. Boleh? Lepas tu kitorang pun tunggu la depan rumah.. Suami siap tanya kat budak-budak yang main-main kat situ 'mamak roti dah lalu ke belum?' pastu budak-budak tu cakap la belum. Kitorang pun confident la mamak tu lalu kejap lagi. Sementara tunggu mamak roti datang kitorang laki bini berdating la depan rumah. Sempat la bercerita macam-macam. Hehehe! Last-last Suami rasa mamak roti cuti kot malam tadi. Suami pun ajak la beli roti kat kedai 24jam je. Huhuhu. Sedih sikit la time tu sebab dia tak dapat mamak roti. 

On the way nak ke kedai 24jam, Suami usha-usha gak kot-kot ternampak mamak roti dia tu. Tapi takde. So kitorang pun straight la ke kedai 24jam. Tapi nak dekat-dekat sampai tu tiba-tiba Suami ternampak motor mamak roti tengah berhenti kat seberang jalan. Tengah layan orang beli roti dia. Suami pun apa lagi.. 'haaa, tu mamak roti! kita pusing kita pusing'. Gila kau macam tak pernah makan roti. Hahaha. Aku pun apa lagi tambah penyedap la.. 'kita kejarrrr'. Macam bongok la jugak kitorang laki bini nak dapatkan mamak roti. Hahahaha. Dah buat U-turn tak jumpa pulakkk mamak tu.. Dah kemana? Rupanya dah bergerak ke dapan sikit. Aiyooo.. Time ni memang macam kalut gila.. Haha. Nampak je mamak roti tengah hon-hon panggil orang kitorang terus stop betul-betul sebelah mamak roti tu. Nasib baik naik motor, boleh la block mamak roti tu. Haha!! Korang cuba bayangkan kitorang naik motor pastu nampak mamak roti pastu kalut-kalut kejar. kehkehkehkehkeh.

Turun-turun je motor tak bukak helmet okeh.. Terus pilih roti laki bini ni. Hadoiii lawak betul bila diingat-ingat balik. Huhuhuhu! Settle dapat roti yang Suami suka kitorang pun balik la dengan senang hati. Lalalalalalalalalala.

Sampai-sampai rumah aku pun buat air panas, pastu kitorang cicah roti sambil layan Do Re Mi. Kira supper la tu. hikhik! Korang? Kejar mamak roti macam kitorang tak?

kahkahkah!




Love,
Nursaila Norman!


12 comments:

Diyana said...

dh lame nye xbeli roti kat bhai roti....
dh jrg nmpk bhai roti.. ada pun yg jual2 aiskrim... xsuke kalau mat pakistan & seangkatan yg jual... bau dia... uffff~ terus xlalu nak mkn aiskrim tu

Nuriesya Nadia said...

Hahahaha zaman kecik kita serupaaa. Kemain suka kerumun mamak roti tu sampai mamak roti tu speechless. Wakakaka !! :D

SarahSyafiq said...

kecik2 selalu beli jugak.saila, best je.sarah boleh byg kn mcm mn saila dgn husbnd kejar mamak tu.

Cik Puan Rara said...

roti mamak naik motor tu sedappppp! hahaha

sara said...

hati-hati saila...
apa benda tu yg buat husband merindui mamak tu.. senyumannya kah..
baunya kah...hu..

Shizan Syafik said...

Buleh byg cane saila n hubs kejar.. Hahaha.. Xde pnglmn sal bhai roti sbb duk kt kwsn kg.. Huhu

oshinz said...

kahkahkah.. korang dah kena mandrem ngan mamak roti ke ape ni? sampai gila bayang serupa ini macam. adoi.

DYatie said...

Ehem???? Adakah... ???
Aamiin Ya Rabb..

cik hani said...

Klu kt kg mmg kjr la mamak roti.siap main hon dia lg..

Norhazrina Abdul Hamid said...

dlu kecik2 pn slalu beli kt mamak roti. roti benggali mmg sedapppp. asben saila suka roti apa?

Ziema said...

Hahaha kalau family zima panggil babu roti.

Duduk rumah flat, kalau dengar hon tu mencicit2 turun tangga takut babu balik hahaha.

Ann@zanyra said...

comelnyee..kt area umah N mamak roti xde mlm2, siang2 hari je..itu pn mcm dh xslalo lalu dh..eskrem mat kool je rjn bernyanyi kt sini..huhuhu