CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 28, 2015

Milk Booster

Assalamualaikum



Takde benda nak update memang sunyi sepi lah blog ni. Bukan main pemalassssss lagi owner blog ni. Nak cerita hal seharian takut orang kata takkkburr. Hahaha. Takde lah, gurau je. Hikhik!

Malas nak cerita pasal anak kat sini.. I olls ni kan ketinggalan keretapi. So malas pulak nak update apa-apa. Yelah, anak orang lain dah berlari okehhh.. Anak i olls baru meniarap dan berdiri tegak macam nyanyi lagu negara tu. Sobsob!

Cakap pasal milk booster ni, lain orang lain cara kan? Paling aku kagum ada kenalan blogger cakap dia punya milk booster ialah Durian Creepe! Oh Em Jie! I hate Durian Creepe. I hate Durian Creepe sahaja okeh. Durian dan tempoyak meh gimme satu bakul. Tapi siapa lah kita untuk menidakkan benda yang kita benci. Kebetulan kazen aku beli Durian Creepe sampai 2 bekas. Last-last dia cakap tak sedap. Banyak cream dari durian. Suami pulak jenis belasah apa saja asalkan halal, kazen aku suruh Suami aku habis kan. Pening2 aku tengok Suamiku Encik Gaban gigit Durian Creepe tu. Pastu dia suruh aku gigit sikit. Daaaaa, tak kuasa. Habis seketul Durian Creepe kat Encik Suami. Suami aku tak give up disitu sahaja, dia suruh aku try jugak. Katanya pejam mata, bayangkan durian semata-mata. Fineeee.. Aku pejam mata pastu gigit sikit. Macam bengong kan aku? Hahahaha! 

Nyumnyumnyum, eh! Not bad. Gigit sikit lagi.. Not bad lah. Gigit lagi.. Last-last lesap separuh. Disebabkan 2 bekas Durian Creepe tu bagi kat kitorang, aku boleh katakan yang susu aku bertambah 1-2oz sepanjang aku makan Durian Creepe tu. Dalam seminggu jugak la aku nak habiskan 2 bekas Durian Creepe tu. Berapa banyak 'tu' daaaa. 

Kepada yang tengah preggy, elok lah amalkan Horlicks dari awal pregnancy. Dalam entry 28weeks-suntikan-att-breastmilk ni aku ada bagitahu yang aku amalkan Horlicks sejak awal preggy sebab aku heartburn teruk. Tapi rupanya bukan heartburn, Aku gastrik sepanjang pregnant. Huhu! Horlicks jelah peneman aku setiap hari. Bosan okeh. Masa pregnant aku memang beruntung, aku makan benda yang baik-baik je due to alahan. No ais, No pedas, No ayam. Only chinese and western food sahaja masa tu. Poyo kan Melissa? Huahuahua. Cuba tak pregnant, kau sebut jelah apa yang aku tak makan. Kayu dengan batu je aku tak makan. Nak pregnant lagi lah. T_____T

Masa seminggu pertama susu memang banyak. Orang pelik badan kecik, susu banyak. Aku rasa sebab aku minum Horlicks hari-hari-hari-hari selama 7-8 bulan kot sebab tu susu banyak. Kot lah. Usaha je, tak mahal dan tak rugi pun minum Horlicks. Cuba nanti k?!

Now, Melissa dan 4 bulan +++. Lagi sebulan dah boleh bagi solid food. Harap dapatlah aku bf Melissa sampai 6 bulan. Ikutkan aku tak rasa boleh bf Melissa pun. Yelah, badan XS ada ke susu?? Mulut orang rilexxxxxx je judge. Aku tak prepare apa-apa pun. Pump pun beli yang manual. Guess what? Sampai ke hari ini berbakti mengepam sebelah by sebelah. Bertabah! Kuajaq punya mulut orang.

Kejap tadi bukak peti ais, nampak balance bahan-bahan buat air-longan-kurma-merah masa preggy. Tak susah pun nak buat, amek periuk, isi dengan air masak (sebab tak perlu tunggu air masak mendidih 100 darjah celcius - lambat), campak longan, kurma merah dengan buah kundur. Siap!



Jadi, milk booster aku so far cuma 3 je : Horlicks, Air Kurma Merah + Longan dengan Durian Creepe. Selain minum banyak air kosong dengan pump ikut jadual. Milk Booster yang beli aku belum try lagi. Sekarang ni, kat mana ada jual Durian Creepe area KL? Takkan aku nak kena pergi Hospital Ampang untuk Durian Creepe?  "??????"

Jom share korang punya milk booster, satu lagi, betul ke kalau period, boleh effect penghasilan susu? Help me please..






Love,
Nursaila Norman!



16 comments:

Nuriesya Nadia said...

Dekat Sg Wang ada !! Sedap. Scrumptious kot tak silap nama dia. Kita pernah tulis kat blog.

Nursaila Norman said...

adik manis, share link pleaseeeeee..

PetakBunga said...

Jgn stress.. insyallah rezeki anak ada.

Sedap plk kurma merah...mna mau cr ek.

Suria said...

kat the mines ada u, i x ingat nama tp serius sedap crepe dia heheh ok i xmkn duria so i beli oreo crepe..ekekke

ok ape baby dah 4bulan dah meniarap. dhafea dlu betul² meniarap 6bln kot huhu. i pun badan xs fully bf dhafea sampai 1y, lps tu mix sbb dia reject ebm..

.hasina. said...

In Shaa Allah ada tu rezeki melissa :)

sy alhamdulillah sampai naurah nk masuk 9bulan masuk fully bf lg. tp
dlm masa tu mmg ada turun naik susu ni. and yess waktu period susu kurang
tp pam je jgn miss. nanti dah lepas period susu byk blk. hehe tp
lain org lain jgk kot.

milk booster sy esp tp skng tak rajin minum mcm dulu -_-"
aah horlicks pun sy amalkn susu mmg meriah je lepas tu minum air kosong byk2 & mkn nasi
byk2. kalau tak mkn susu sy sgt merudum. haha! tu je...

Sha said...

Saila..ammar dah nak setahun setengah alhamdulillah fiqa still breasfeed ammar. So Saila kena yakin dengan diri sendiri jugak..nak makan milk booster boleh. Tapi don't stress about it..Just go with the flow...good luck!!!

Zai Zamree said...

longan tu kwn akak bgtau mmg milk booster...dia buat cmtu

Rina Hamid said...

insyaAllah saila jgn give up bf melisa. rina ni lagila EP mom so far dah brjaya fully bf smpai helena setaun 2 bulan ni. yg penting jgn stress ye. kalau stress lg susu merudum.

btw milk booster rina ialah cheese! kalau makan apa2 cheese msti melimpah ruah. cuma skrg ni produktiivti dah agak merudum skit. tataula kenapa. hrp masih mampu bertahan.

oshinz said...

kat sungei wang dengan midvalley ade durian crepe yang. sedap. serious tak tipu. hehe.. pegi terjah lelaju k.

ayut said...

Ayut suke horlick!!!tp tu la ayut blom ada rezeki utk baby....kena tunggu dulu ;)

Bie said...

wah.wah.. take note... TQ yang! :D

Anonymous said...

dekat klcc ada, area2 uniqlo & candylicious.

pastu dekat midvalley pun ada, area kfc kot x silap?

pastu dekat lrt bandaraya (yang dekat sogo), ada orang jual durian crepe gak, dengan troli. dorang jual dekat area lrt bandaraya tulaa :)

Liyana Anuar said...

saya masa nak dekat bersalin minum tamar cocoa, mmg susu banyak lepas bersalin. :)

Saya ade dgr kakak-kakak ofis citer kalau period mmg susu akan kurang. Tak pasti sgt, sbb skang saya amik injection perancang, period pun cam ade takde je..huhu~

Anonymous said...

Jgn stress sebab bf ni. Nelly x mkn apa2 milkbooster or berpantang mkn skrng alhamdullilah baby nk msuk 11 bln still bf. Kena percaya dgn konsep demand vs supply...

Affy Afiqah said...

Hope baby is doing just fine kak saila :))

cik mah said...

Setuju2...nk carilah gini durian crepe..hehe...suka.bc.citer saila..bersahaja..