CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 24, 2015

Story Telling : Meniarap

Assalamualaikum



Quick update! Lama sangat tak login, ntah kemana-mana je Google bawak aku jalan-jalan. Hampir putuh asa. Haha. Overnya. Tuan rumah rindu dengan rumahhhhh.. Huhuhuhu! Orang lain tak rindu pun takpe. Hikhikhik. Banyak nak tulis, tapi susah sangat nak dapat time yang betul-betul lapang untuk blog. Dah tak produktif dah puterigaban. Huhuhu!

Okay, okay straight to the point.. Kalau ikutkan hati taknak share pasal anak. Niat share pasal anak kat IG, FB tak lebih dari kreativiti. Aku suka ambil gambar dan suka diambil gambar. Selalunya aku suka snap kengkonon macam pro lah. Kengkonon macam aku kreatif lah, angle terbaik konon. aHAHAHA. Tapi dapat komen kadang-kadang buat aku terfikir dia ni nak advice ke nak show off. Erk! Aku cukup tak selesa bila aku share betapa kreatifnya aku, tetiba seseorang tinggalkan komen tentang anak dia. Aku macam 'daaaaa~?'. Are you trying to tell me about your child? At my dotter's picture? Meaning that I do something wrong to my dotter? You are doing the right way? Bukan ke kita ada cara masing-masing asalkan tidak menzalimi anak sendiri. Duh! What ever. Malas layan. So aku taknak share pasal Melissa dekat FB sebab malas nak dapat komen dari orang-orang yang suka bagi advice melulu dan menyakitkan hati. LAGI SATU, kita sampaikan benda lain, orang faham lain. 

Tapi kat blog lain. Hahaha. Tetiba boleh pulak. Hehehe. Sebab aku tulis panjang berjela, mungkin orang akan faham hampir keseluruhan cerita. Sini memang tempat membebel. Tapi kat belah sana, a picture dan sedekit caption. Sangat mengelirukan.

Bila nak straight to the point ni? Okay, okay.. Kat sini nak jugak cerita sikit perkembangan Melissa. Walaupun dah janji taknak share apa-apa. Tapi harap takde orang baca. Haha.

Melissa dah 5 bulan 2 minggu. Masyaallah, lajunya masa berlalu. Dah 5 bulan? Me and husband always talking about her adik. Hahahahaha. Nanti lah aku cerita yang itu. Talking about 5mo baby, ibu mana tak risau anak dia still tak meniarap. Bila orang cakap anak dia dah meniarap masa 3 bulan. Ada yang awal sikit 2 bulan lebih. Aku risau tapi aku monitor perkembangan dia yang lain semua okay. Malah aku rasa dia bijak part lain, dia advance part lain. Aku sedapkan hati maybe dia bagus part lain, tapi belum lagi meniarap.

Umur dia akhir 3 bulan dia suka berdiri. Tegak dan tegap. Kalau orang pegang dia orang akan pelik, dia taknak duduk (atas riba) dia nak berdiri, lama pulak tu! Sampai orang akan risau dia penat. Tapi belum meniarap. Kadang-kadang aku saje usik dia 'meniarap taknak, berdiri bukan main'. Hehe.

Bila jumpa sesiapa saje orang akan tanya 'dah pandai apa ni?'. At first aku taktau nak cakap apa. Dia pandai banyak benda tapi orang selalunya nak tahu yang general. Meniarap, merangkak? I said not yet. Tapi alhamdulillah most of them bagi kata-kata positif. Ada yang 6 bulan baru pandai meniarap, ada yang cakap maybe dia skip meniarap. Aku ambil semua advice. Gila tak sama advice dalam FB. Hahaha. I thank to them. Baru-baru ni balik Kedah rumah mertua, anak sepupu Suami pandai meniarap seminggu sebelum 6 bulan. Aku macam lega, sebab Melissa masih ada masa sikitttt lagi. Huhu.

Balik dari Kedah, start Isnin dia rajin mengiring. Pastu dia belajar meniarap sendiri SEKALI sahaja. Tapi dengan sokongan padu dari nenek dia lah. Lepas tu tiba-tiba dia meniarap sendiri. Takde sape suruh, takde sape tengok. Tahu-tahu je dah meniarap. At that moment aku lah orang paling happy! Now, apa lagi kan.. Sikit-sikit meniarap. 

Sebenarnya sebelum ni dia taknak buat sendiri, kalau aku meniarapkan dia terus (bukan tolong), dia boleh je meniarap. Tapi dia takde inisiatif untuk mengiring. Langsung takde rasa nak mengiring. Sedih. Hari Ahad kalau tak salah Ayah (atok Melissa) bagi something warna merah. Dia mengiring beriya-iya. Sampai lah dia berjaya meniarap. Lepas tu kitorang try kaler lain. Dia bolayan. Bagi kaler merah, dia semangat nak capai dan mengiring. Esok lusa pun sama, bagi lah apa-apa yang kaler merah dia laju je mengiring. Hahaha. Sebab merah tu bright colour kot. Kuning, biru yang bright dia bolayan pulak. Atok dia cakap mood raya cina lagi kot. Nenek dia cakap keturunan cina punya pasal lah ni. Haha. Apa-apa jelah, janji satu part Melissa boleh say 'DONE!'. Weehu.

At 5m2w baru Melissa meniarap. Salah satu tindakan yang tepat aku tak share too much about her, tak selesa la bila orang keep compare anak dia dengan anak kita. Nak cakap aku sombong terpulang lah, sebab itu je cara untuk aku tak rasa ada persaingan, ada perbandingan, ada pertandingan.

Mak mana yang tak excited dengan anak sendiri, dnegan perkembangan anak, kalau boleh satu benda yang dia dapat kita nak share. Aku pun macam tu. Kadang-kadang nak sangat share picture dia kengkonon comel habis. Tapi lastly cancel. Semua baby comel, takyah lah share. Keep for myself sudah. Arghh, susahnya nak kuat 'lantak la, FB aku suka hati aku lah'. 

Or, maybe aku dah jadi terlalu sensitif? Dont touch my dotter! Macam tu? Alahai, mak-mak sangat. Huhuhuhu!

*update tengah malam time Melissa dah tidur. kesian bapak dia layan diri.








Love,
Nursaila Norman!


11 comments:

dear lisa said...

hi dear,

jgn risau part dia lambat meniarap bagai tu as long as u always monitor her ada perkembangan yg lain2 tu. setiap anak tu lain perkembangannya. anak i pun kira "lambat". umur dah 9 bulan, baru nak belajar merangkak, tu pun terkial2 dan dia pun sama jgk suka merah. yg penting,selalula bagi sokongan kat anak supaya dia tak putus asa.
Cheers

Lisa

Ija Rased said...

perkembangan anak anak lain. dont worry ok. moga melissa membesar dengan kasih sayang from both of u. :)

Nuriesya Nadia said...

Lain anak lainlah perkembangannya , mana boleh nak sama je semua. Tak uniklah. Ekekeke. :D

InaYusoff said...

saila..

anak i tujuh bulan baru meniarap...sembilan bulan merangkak..n now setahun tiga bulan belum boleh berjalan...

kalau pimpin, lajula dia berjalan..nak berjalan sendiri..belum lagi..

jangan risauuu...mase itu akan tiba jugak..hihi..

Lyaa Suriany said...

Stress kan bila org dok compared . Lya blk kg je mak cik dok compared ngn cucu die la. Tensii hemak

my name is DILLA said...

Sis as long as die alert dengan ape yg die buat.die ok.mcm Affan pun mmg semua awal.plus die boy.lasak yg amat.tp 1 je yg wat kite worry 7mo berat xsmp 6.5kg pun sis.pegi KKIA je masuk line kuning.maybe sbb lasak sgt.tak dgr pun org lain kondem anak kite.yg positif comment ok la.yg negative buang jauh2.huhuhu yg penting anak kite sihat.xsemua baby growth yg same.die skip meniarap die cepat jalan.kalsium sampai kat kaki dulu.hihihihihi

Fiqah Feeona said...

Ada orang still compare anak ker? Old school betul...

Nursaila Norman said...

its like, dia buat macam ni. dia tak buat macam tu. cara penyampaian tu kita faham dia nak bagitahu cara dia is better. advice lain bunyi nya..

Suria said...

Anak i 6bulan lebih baru meniarap, itu pun xreti pusing balik..haha 9bulan baru menjulur / mengesot sedangkan org lain dh berlari. setahun 2bulan baru dia merangkak pakej berjalan. 11bulan baru naik 2gigi, setahun 3bulan gigi baru penuh. selalu kena compare yg buat mak dia ni angin, hahahhaa menyampah kot. but dia cepat cakap 9bulan dah boleh sebut ibu, makan etc. syukur..lain budak lain perkembangan, yg suka compare tu entah zaman mana.

Cik Rad said...

abaikan apa org nak kata.. risau mmg ada tp selagi progress anak +ve dah cukup baik & lega buat ibu.. hahaha.. setiap anak bahagian lain2.. kalau pasif je itulah yg perlu dirisaukan.. go go lissa~!! lissa yg gebu~!! geram tgk peha dea.. jeles taw.. hahaha

cik mah said...

Ala..azwa nk.masuk.6 bulan br boleh bergolek2..pastu 7 bulan terus laju.merangkak. tetiba je..pastu terus boleh meniti2 nk jln...bialah..perkembangan bby lain2 kan...insyaallah...ada hikmah nl lmbt n np.cepat...