CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 26, 2015

An Excited Mom : Solid Food for Melissa

Assalamualaikum


Minggu ni Melissa 5m2w. Minggu depan Melissa 5m3w. Nak start bagi dia solid food minggu depan. Awal seminggu. Alasan sebab senang nak susun jadual makan dia. Aku rasa aku paling kronik nak bagi anak makan. Haha. 



































Macam picture kat atas, genap sebulan susunan makanan yang aku plan nak bagi kat Melissa. Boleh je start 11 Mac, tapi macam tak best pulak nak susun makanan dia. Mengada betul mak Melissa ni. Tapi start 17w dah boleh bagi baby solid food. But it is advisable to introduce at 20w. Kalau minggu depan maksudnya aku perkenalkan solid food pada 19w okay lah kan?

Oh, soooo an excited mom!

Disebabkan aku teruja nak bagi Melissa rasa makanan, macam biasa lah google sana sini nak tau apa benda nak kena ada. Generally, baby blender/blender baru, cutlery set, steamer dengan storage tray. Benda lain yang mengikut nafsu banyak je, tapi kita buat-buat tak nampak okay.







































Sampai tahap buat list memang excited, kritikal, over, mengada, semua lah! Haha. Mak mana yang tak excited kan, kann, kannnn? Tapi aku takut jugak kalau dia refuse. Mak dah over dah, anak pulak taknak. Mintak dijauhkan. Hehehehe.

Dalam banyak-banyak baby blender yang ada, aku berkenan dengan Baby Bullet. Harga dalam IG shop antara Rm110 - Rm130 termasuk pos dah tu. Sebelum wassap orang yang jual tu aku usha jugak kat Manjaku kot-kot ada yang lebih kurang dengan Baby Bullet. Malas pulak nak beli online. Tapi takde. Jenama BenQ dapat blender semata pun dah Rm200. Jenama Avent yang blender + steamer tu sampai Rm500 pulak. Kira Baby Bullet jugak yang murah dengan set kelengkapan yang banyak.

Dah setuju nak beli dah ni, no akaun penjual pun dah dapat. Tinggal nak transfer je. Tapi hati macam tak puas. Rasa macam perlu ke.. Kalau mak-mak kita dulu main lenyek-lenyek je. Huhuhuhu. Pastu aku google jenis-jenis blender untuk buat solid food. Ada berapa jenis ntah, empat kalau tak salah. The winner of course blender / food processor. Lepas tu aku decide taknak membazir. Aku nak beli small/simple blender jelah. Sampai website Lazada, jumpa lah Shake & Take. Harga Rm29! Dah nak bayar dah ni, but wait! Baca review dulu. Cancel lah. Pastu aku rasa beli jelah blender baru. Khas untuk Melissa. Sampai website SenHeng aku masuk. Scroll picture-picture blender, ternampak belnder maaacaaammmm pernah tengok. Hmmmm.. Eh!

Blender aku lah! 

Terus cari kotak blender. Jumpa!! Keluarkan segala isi dalam kotak tu, try pasang sana sini, puas hati. Done! Tak payah beli blender. Pakai je blender hadiah kawen tu. Ya, blender hadiah kawen. Ingat lagi tak dengan entri Hadiah Kawen Yang Terawal ?? 

Terima kasih sebab hadihkan benda ni. Tahniah kepada diri sendiri sebab bijak pilih hadiah. Tak guna pun untuk buat jus. Tapi berguna bila ada anak rupanya. Hahahahaha. Teruknya kau.







































Picture dari google je. Malaih nak snap. Nah Lissa, ibu bagi kat awak blender ni. Bagus jugak bila takde duit ni. Kalau ada duit confirm tak pandang kiri kanan. Terus beli tanpa rasa bersalah. 

Google cara penyediaan solid food pulak, ada yang kukus, ada yang rebus buah atau sayur sebelum blend. Tapi sebaiknya kukus supaya khasiat tak hilang masa rebus. Baik! Berangan pulak nak beli steamer. Google lah memacam steamer. Jumpa lah memacam website. Pastu berangan, kalau beli Baby Bullet dengan Baby Bullet Turbo Steamer mesti mengamcam kan. aHAHAHA! Nampak, nak membazir je keja.







































Tapi nasib baik cepat bertaubat taknak membazir. Haha. Kengkonon nak cari lah steamer yang cantik sikit, tapi takpe lah. Pengukus hadiah kawen elok cantik lagi. Pemberian blogger Miss Go Green. Comel je. Tau-tau je untuk hidup berdua masa tu. First time tengok pengukus kecik comel. Terima kasih banyak-banyak Yan, berguna sampai ke anak cucu. kehkehkeh!

Nampak? Emak yang teruja last-last jimat banyak duit. Guna je apa yang ada dalam rumah tu. Takpe Lissa, bukan barang buruk tau. Barang tu dah 2 tahun dalam kotak, Ibu je malas tak guna sebaiknya. Rupanya nak guna untuk Lissa. See, baik tak Ibu? Baik tak?? Haha.

Maknanya tinggal tinggal cutting board, dengan cutlery set jelah. Storage tray KIV dulu. Cakap pasal cutting board, jumpa kat Giant. 2 keping cutting board dengan sebilah pisau Rm12.90. Okay lah kan? Boleh pilih nak kaler kuning atau hijau. Tapi takpe, plan nak pergi DAISO tengok cutting board kat situ. Cutlery set tak plan nak beli macam mana. Sama ada beli kat Manjaku atau DAISO atau IKEA. 

Kerlassssss mak Melissa. Melampau sangat dah nie. Bagitahu Suami semua plan Isteri dia, dia cakap 'OK'. Daaaaa.. Ingatkan nak larang bini dia jangan nak over sangat. Huhuhuhu.

Soooooo an excited mom!

Aku hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Dalam aku excited nak beli itu ini, aku risau jugak kalau-kalau Melissa taknak bagi kerjasama. Tapi tengok dia makan antibiotik punya lah berselera. Pakai picagari, aku titiskan sikit-sikit dia layannnn je. Kejap-kejap dia buat muka pahit tapi nyum nyum nyum. Aku lambat titiskan, dia jerit mintak. Come on ibu, faster. Katanya. Mustahil dia reject makanan yang sedap-sedap kan. Insyaallah, amin.

Nurse KK suruh bagi bubur letak daging, sayur. Maktok Melissa pun advice bagi moi. Letak daging, ayam, carrot. Hamboi,boi,boiii.. Aku yang telan air liur. Haha. Sabaq sikit naa, kita bagi puree dulu.

Wish me luck!





Love,
Nursaila Norman!


13 comments:

Allene typicalmommy said...

time anak kecik memang rajin belaka... tp better buat puree macam ni dari bg instant food.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum saila. wahh bestnya. tapi hati2 dengan sweet potato/pumpkin sebab tu berangin. adam dulu sembelit sampai seminggu. orang kata better kasi makanan berangin masa dah 8-9 bulan. hehehe wish u good luck mommy! kita pun excited baca~~~

Nursaila Norman said...

waalaikumsalam..ops! thanks sheila..will change to other type of food :)

Aty_Fared said...

paham2... kite dulu pon teruja macam hapa.. heheh

cik mah said...

Xpe..start yg biasa2 je dulu..okeylah juga pkai blendee tu..jimat kan...tu yg penting...try cik mah xpkai pun walaupun ada yg bby bullet..abb beli bekas kat kedai rm2 tu..dpt bnyk2...so pkai tu je..

Suria said...

berdebor baca time nak transfer duit bagai tu..ingatkan dh nak kena tipu..uwaawawawaa..

i pun pakai blender biasa je pun, sbb set tu ada utk jus so guna tu je. puri kejap je masuk 8bulan food dia semua dh racik. steamer i pakai rice cooker ekekeke..dlu pun buat list macam u tp semua kelaut..hehe

happy cooking!

Nursaila Norman said...

hahahaha! x lah suria..eh,tp saila dah ragu2 sikit nak shopping on9 sbb dpt penjual yg x disiplin. kena remind juta2 kali tanya mana brg bru dia pos. kalau murah xpe jgk..ni main ratus. nak nangis masa tu huhu!

kehidupan sihat said...

best ye..dah start makan solid..

salam perkenalan sis & jemput ke blog nana

dorsett pink said...

Best kan bile anak nak start makan.. tak sabar ibu nak main masak2... selamat mencuba ye.. good luck

dorsett pink said...

Saya guna foid processor jenama Beaba Babycook

dorsett pink said...

Saya guna foid processor jenama Beaba Babycook

lia ummiirfan said...

best buat solid food untuk baby.. sekali dengan mak pun tumpang..! sayalah tu! hihihi..

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)