CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 27, 2016

Kenapa Susah Sangat Nak Update Blog Ni?

Assalamualaikum



Fuh! Semoga entry kali ni menjadi. Banyak entri dah masuk draft. Yelah, taip sikit-sikit, sambung petang, sambung esok. Last-last mood dah lari terus masuk draft. Mereput jelah kat dalam tu. Hehehehehe! Aku prefer taip terus sampai siap at least within a day. Kalau dah sambung esok, sambung lusa, abaikan jelah draft tu. HEHE!

Saje nak bagitahu, reason kenapa aku dah susah sangat nak update blog sekarang. Hehehe. Sampaikan nak update Pearl Hand Bouquet pun susah. Owner dah amek dekat 2 minggu, kita baru terhegeh-hegeh nak update. Ish.

Sejak aku kerja sini, masa aku untuk suka-suka tengok internet memang dah takde. Tak macam zaman aku kerja MOF dengan CELCOM dulu. Dulu macam mana banyak kerja sekali pun tetap ada masa nak update sikit-sikit. Tipu! Update banyak masa tu. Haha! Masa dekat CELCOM aku dah start kurang meng'update'. Sebab kurang bahan pun iya jugak. Hiks. Sekarang kat tempat baru laaaaaaaagi susah. Sampai satu tahap aku login blog bila aku nak update je. Duluuuu-duluuuu login tu wajib walaupun tak update. Dapat baca entry kawan-kawan pun dah okay. Sekarang ni...sobs!

Breakfast dah takde dah. Masuk pukul 8.30am, pukul 11am baru angkat kepala tengok keliling ofis. Hehehehehe. Dulu masa kat CELCOM, breakfast je dekat sejam. Punya lah heaven breakfast kat CELCOM. Lunch untuk melepak je. Dah kalau breakfast pun serupa lunch. Hehe.

Kalau nak refresh balik kenangan-kenangan kat tempat kerja lama, serius rindu. Sebab satu-satu tempat tu ada kenangan dia tersendiri kannn.

Tempat kerja baru ni memang tempat yang aku nak-nak-nak sangat masa kat MOF. Allah tahu apa yang terbaik, selepas 3 tahun Allah bagi jugak aku masuk department corporate comm. Happy? Aku rasa ini tempat paling happy aku rasa selepas CELCOM. Sejak aku di CELCOM, sampai lah yang ini, aku tak pernah monday blues. CELCOM pun tempat yang aku suka, tapi rezeki tak lama kat situ. sobs.

3 bulan aku kat sini, 3 bulan jugak usia team kitorang, Alhamdulillah kitorang berjaya managed sebuah event. Walaupun tak besar, tapi tetamu 100pax lah jugak. Rasa happy yang teramat sangat. Sejak aku kerja kat sini jugak, aku selalu kena out station. Dinner night, event itu ini. Alhamdulillah Suami banyak membantu. Dia yang apply kan kerja ni untuk aku masa tu, jadi dia faham sangat suasana kerja aku macam mana- 24/7. Itu dah disebut semasa interviewed. Dan aku sendiri mengaku sanggup. Tidur malam Melissa dah selalu dengan Abah dia. Nasib baik lah dia pun lebih berat ke arah Abah dia. Hikhikhik.

Dah banyak event yang aku pergi, takde satu pun aku share kat sini. Paling best event aku kena menyanyi (persembahan khas-penutup), cisss sangat! Sampai sekarang aku tak tengok lagi video tu. Hahaha. Aku update dalam IG je. Cepat dan pantas. HEHEHE.

Ni event dekat Hotel Bangi-Putrajaya, aku pernah stay sini, sebab tu aku suggested buat kat hotel ni. Dah tau keselesaan bilik dan dewan. Sorry la gambar tak banyak, maklum lah penganjur. Kurang sempat nak hulur muka masuk camera. HAHA.





Orange Theme!
Susah giler nak dapatkan warna orange. Haha.
End up dengan Peach jelah.


Malam tu dalam pukul 11pm Suami sampai dengan Melissa. Well, rugi lah duduk bilik besar-besar tapi tidur sorang. Hiks! 2x jugak lah Melissa kena travel malam-malam nak datang ke Ibu dia. Hehehehe. Pukul 10am Melissa dah tidur, nanti Suami loading barang lepas tu angkat dia letak dalam car seat straight ke Bangi. Pernah sekali tu Suami kena ambil aku kat KLIA, touch down airport pukul 9.30pm, time Melissa tidur pulak. Hehehehehe.. Mencabar sikit lah Abah dia nak drive sambil tidurkan Melissa. Hehe.

Apa-apa pun aku berterima kasih banyak-banyak dekat Suami, sebab dia akan take over jaga anak bila Isteri kena out station atau ada event malam. Orang akan jadi pelik bila aku cakap dah ada anak, anak tinggal, Suami jaga. Huhuhuhu. Thank you Husband!

Bersambung...





Love,
Nursaila Norman!



3 comments:

dorsett pink said...

memang susah nak update blog bila mood tak ada.. mood nak tengok blog pun tak ada, apatah lagi nak menulis. hehe...

saya pun pernah rasa perasaan tu. bile tulis sikit2, simpan dalam draft, lama mereput.. hahaha. sama gak, bile kita kata nak update story ni esok, last2 tak ter-update. so, moralnya, saya kene cepat2 tulis story bile dah balik dari bercuti atau dah buat satu2 bende tu..

cik hani said...

Alhadmulillah..
Husband saila banyak membantu dalam menjaga anak..

Petak Bunga said...

ahh.. kita kerja skrg. memng sibuk sungguh. x de dah masa mcm dulu.. ngadap blog je.