CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 17, 2016

DuaKerja : Pejabat & Rumah

Assalamualaikum


Siapa dia ibu yang bekerjaya, angkat tangan!

Aku pernah jadi wanita bekerja. Seronok.

Aku pernah jadi wanita suri rumah. Pun seronok. Cuma tak seseronok bekerja lah. Sebab dah biasa ke sana sini. Rasa canggung sikit bila perlu duduk di rumah sampai ke petang. Cuma part jaga anak tu je yang best. Lagi-lagi masa tu Melissa masih kategori baby, masih belum mencabar lagi. Hehehe.

Aktiviti aku sebagai suri rumah biasa-biasa je. Takde apa yang teruk sangat. Bangun pagi breakfast, Melissa bangun start jaga dia sambil membasuh, menyidai, mengemas rumah. Time Melissa tidur pagi aku menyapu, mengemop. Pukul 10am Melissa bangun start jaga dia sepenuh masa. Melissa tidur sekali lagi aku masak cincai utk kami berdua, pukul 12pm Melissa bangun suapkan dia makan. Lepas zohor Melissa tidur aku pun bosan sampai pukul 4.30pm. Sepanjang Melissa tidur petang aku makan sambil layan DIVA 701. Melissa bangun petang main dengan dia pukul 5.30pm mandikan dia. Pukul 6 suku Suami balik dari kerja bawak kitorang makan malam kat luar. Malam masa untuk Suami pulak. 

A bit simple jugak lah rutin aku masa jadi suri rumah. Aku fokus dekat kebersihan rumah dan anak je. Alhamdulillah Suami jenis memahami, malam dia akan bawak kitorang keluar makan. Dia tau Isteri dia bosan duduk rumah seharian. Kadang-kadang tu aku masak jugak untuk makan malam. Tapi kadang-kadang la. Hehehehe!

Benda yang buat aku seronok duduk rumah ni of course rumah bersih 24jam. Menyapu dan mengemop rumah setiap hari. Bersihkan habuk seminggu 2x ikut sempat (haha), cuci 2 buah bilik air sambil mandi (ops). Anak depan mata. Bawak anak main buai kat taman rumah. And sure they thought I brought adik or anak boss. So called bibik maybe. Sebab situ bibik bawak anak boss main buai. HAHAHA!

Cuma bila duduk rumah ni takde la nak melaram 24jam. Rasa selekeh sikit lah. Biasa pagi-pagi dah bersiap, make-up sikit-sikit, pakai perfume, pakai baju baru. Tapi duduk rumah pakai t-shirt dengan tight jelah. Takkan nak ber'make-up' pulak. Datang mood rajin sapu-sapu lah losyen time anak tidur. Itu pun sekali sekala. Huhuhuhu. 

Bila dah start kerja memang seronok lah ada duit sendiri. Boleh beli baju baju banyak-banyak (ops!), kuasa membeli dah ada kannnnn. Cuma yang tak bestnya bila terpaksa kurang jaga anak. Siapa yang sanggup lepaskan anak dekat orang lain. Kalau boleh aku nak bawak anak aku ke pejabat. Kerja dapat, anak pun dapat. Kedua peluang untuk memastikan rumah bersih dah susah sikit. Especially bab habuk dan bilik air. sobs! 

Bab menyapu alhamdulillah masih boleh buat lagi, siapa sempat dia buat. Atau dua-dua orang buat jugak. Kadang tu Suami dah menyapu Isteri tak perasan, Isteri sapu lagi. Lepas tu Suami tegur 'saya dah sapu tadi.' So dapat 2x menyapu. Hehehehe. Mengemas aku takde masalah sangat, sebab aku amalkan setiap barang perlu diletakkan ditempat asal selepas guna. Waima mainan anak. Tak perlu tunggu kemudian baru nak kemas. Untuk elak barang bersepah dengan lebih banyak dalam tempoh yang lama.

Jadi setiap kali balik kerja rumah memang teratur, sebelum tidur malam pulak kena pastikan rumah dalam keadaan teratur. Dapur dah bersih, kemas. Ruang depan pun dah takde barang-barang bersepah. So esok pagi bersiap pergi kerja je.






































Bila dah jadi ibu bekerjaya ni, tugasan tu bertambah lah sikit.

Pergi kerja walaupun duduk je depan PC pun penat. Itu yang memenatkan seharian sebenarnya. Duduk rumah boleh jugak bergolek dengan anak, baring-baring sambil baca majalah. Ini aku lah. Lagi pun takkan celik mata pukul 6.30am sampai 6.30pm non stop buat kerja rumah. Banglo 5 tingkat ke apa? Balik kerja dengan lenguh seharian ngadap PC kena memasak, tengok anak, kutip itu ini, campak kain baju masuk mesin basuh, sidai baju, gosok baju kerja untuk esok, layan anak, main dengan anak. Dengan bantuan Suami kerja jadi ringan sikit. Dengan sifat memahami Suami yang tak kisah makan satu lauk lagi meringankan beban Isteri. Hehehehehehe.

Alhamdulillah para Suami zaman sekarang jenis ringan tulang bantu Isteri. Isteri layan anak, Suami campak kain baju masuk mesin basuh. Lepas tu tolong sidaikan. Suami boleh jaga anak sementara Isteri mandi, solat. Suami mandi, solat, Isteri bawak anak masuk bilik. Anak dah tidur dah boleh buat urusan Suami Isteri pulak.

Sebab tu zaman sekarang Suami kena bantu Isteri dengan kerja-kerja rumah. Sebab Isteri dah bantu Suami dengan menambah pendapatan keluarga. Give and take lah kan. Para Suami dah tak boleh harap Isteri buat semua benda. Suami pun tak boleh lah serah 100% hal rumah dekat Isteri hanya sebab Isteri duduk rumah takde masalah nak kena fikir macam dekat pejabat. Isteri bosan tau duduk rumah. Ingat best ke duduk rumah seharian. 30 hari, 12 bulan. Urghhh!

Tapi tulisan aku ni bukan lah 100% betul. Tengok orang jugak. Ada yang jadi suri rumah bekerja lebih dari orang pejabat. Celik mata pukul 6.30am sampai pukul 10pm baru duduk. Ada yang celik mata pukul 6.30am pukul 6pm dah boleh rehat-rehat. Just nak makan malam lepas tu kemas dapur. Ada yang bekerja balik rumah rehat-rehat sebab Suami memahami, Suami tak paksa Isteri masak macam-macam cukup satu lauk - Ayam Sambal. Ada yang pakaian hantar dobi siap lipat dan gosok. Ada yang tak kisah makan malam order je. Tapi ada yang bekerja balik rumah kena keluarkan segala macam ikan ayam sayur dari peti ais sebab nak memasak. Dah siap memasak mengemas meja makan sinki pulak. Kain baju campak mesin basuh lepas tu sidai pulak. Dah siap tu lipat kain baju, gosok baju. Anak-anak lagi.

Dulu masa jadi suri rumah Sabtu Ahad selamber je keluar jalan-jalan. Sekarang ni sebelum nak keluar kena pastikan rumah dah settle baru boleh keluar. Pernah jugak banyak tempat nak pergi, kena keluar awal (pukul 9am) terpaksa skip membasuh dan menyidai. Kadang tu malam keluar, terpaksa delay melipat pakaian. Hehehehehe.

Bila dah bekerja ni Sabtu Ahad sangat tidak welcome siapa-siapa datang rumah kecuali dah berjanji (appointment). Dulu aku wonder jugak kenapa la omputih ni jenis kena buat appointment kalau nak datang rumah dia. Takde main serbu-serbu macam kita. Rupanya bila aku dah sampai tahap mak-mak moden ni, baru lah faham. Sabtu Ahad hari untuk rilex-rilex dekat rumah atau luar. Itu aku lah. Jadi bila orang datang rumah of course nak kena layan, kerja rumah tergendala. Kadang tu kita nak keluar membeli barang jadi delay. Aku sangat prefer bagitahu awal-awal macam seminggu awal macam tu. Sebab serius Sabtu Ahad hari untuk family berseronok-seronok. Do not disturb. Huhu.

Aku salute suri rumah sebab aku pernah rasa dulu, bosan duduk rumah ni kecuali part anak. Macam-macam DIY dapat. Hehehehe. Kalau ada yang tak bosan walaupun dah 5 tahun duduk rumah memang aku salute double triple.

Dan aku salute jugak dengan ibu bekerjaya yang buat semua. Ada Suami yang kurang pandai hal rumah semua Isteri buat sendiri, serius aku salute! Penat okeh. Itu kalau kerja kat ofis jenis calm and happy. Kalau jenis kerja dengan organisasi yang tak happy, dapat boss memaksa nak cepat nak cepat. Balik rumah pulak................ Sangat aku salute. Besar betul ganjaran Isteri yang penyabar ni.

Aku pernah baca komen-komen para lelaki, yang bising katanya Isteri tak beri layanan yang baik dekta dia. Bukan lah strict dengan layanan dalam bilik. Layanan lain-lain. Tak boleh lah, give and take. Dan ada satu komen tu tulis lebih kurang tak ingat 'tengok lah layanan yang suami bagi dekat isteri, kalau baik layanan dia baiklah dapatnya. kalau buruk layanan dia, buruklah dapatnya' Nah!

Aku bila Suami dah mop dan menyapu time aku tidurkan anak, kalau boleh apa je Suami nak aku bagi. Eh? Haha!






Love,
Nursaila Norman!


3 comments:

Han Hanni said...

kami takde anak, sabtu ahad baru la boleh duduk rileks..
sebab kadang2 kerja balik malam...
suami pulak buat part time..

cik mah said...

Suka bc celoteh saila...mmg betul..dok.rumah best je..cuma xdelah kuar2 mkn tgh he ke jln2 ngan kawan..smlah..cik mah pun kdng2 je masak..slalu mmg husb bw kuar.mkn je..

dorsett pink said...

saya angkat tangan!. hehhehe..

saya pun suka jadi suri rumah sebab boleh kemas umah, tapi rasa bosan la jugak sebab asyik buat bende yang sama jer hari2 & tak pernah nak habis