CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 3, 2016

Idea : Ruang Sempit a.k.a Apartment

Assalamualaikum



Blog sekarang ni dah jadi tempat aku simpan maklumat pulak. Sebab aku rasa carian melalui Blog ni lebih mudah berbanding laman sosial lain yang aku guna (FB & IG). Dari segi maklumat memang kita boleh masukkan lebih lah dalam Blog ni. Nak mencari semula pun mudah. Kalau tak label kan entry pun takpe, masih boleh cari dekat ruang search tu. Masukkan je simple ayat dah jumpa.

Kali ni nak update idea rumah - lagi sekali. Kalau nak tengok idea rumah yang aku pernah share sebelum ni ada dekat label "Rumah Kita' dan "homeSUITEhome'.


Ruang tamu rumah kami tu dia tak perfect segi empat tepat. Sebab ada bucu sebijik macam dalam gambar kat atas. Dan gambar kat atas ni adalah gambaran sebenar rupa ruang tamu rumah kami. Kalau refer pada gambar, bucu yang ada frame gambar burung merak tu adalah bilik mandi dalam master bedroom. sobs! Kedudukan sofa yang aku plan sebijik macam dalam gambar. Sebab kami dah pasang TV dekat dinding sebelah kanan gambar. Sliding door pun sama kedudukan macam tingkap atas tu. Perfect example untuk menggambarkan cutting ruang tamu rumah kami.

Jadi aku save picture ni dalam blog supaya bila ada rezeki dan peluang, aku boleh refer balik gambar ni. Al-maklumlah, aku ni mudah lupa.

Coffee table mungkin takde atau semestinya tak ada. Satu sebab ada anak kecik, susah dia nak bergerak, bermain. Keduanya takde fungsi pun. Hehehehe.



Untuk entryway pulak, kedudukan pintu masuk sama macam dalam gambar. Tapi area entryway ni bukan keutamaan aku. Asalkan ada satu meja console untuk letak barang-barang sebelum keluar (segala mak nenek kunci) dan sebuah cermin cantik untuk last touch up cukup lah. Haha.


Kedudukan katil, tingkap dan almari sekali lagi sama macam bilik kami. Pernah jugak terfikir nak letak side table dekat tingkap macam dalam gambar. Tapi entah lah. Malas pulak nak menggangu tingkap. Sebab aku suka angin keluar masuk. Buatnya table lamp jatuh? Haha. Kebetulan angin kat area rumah aku boleh tahan jugak kuatnya. Errrr..




Gambar atas ni aku adore dengan langsir dia. Bukan warna. Tapi the way she hang the curtain. Aku pernah membayangkan style gantung langsir macam ni. Sebab aku nak nampak effect siling tinggi. Tapi aku tak boleh bayangkan macam mana rupa bingkai tingkap yang lebih rendah dari bingkai langsir. Ermmm.. Dengan gambar ni kerisauan aku berakhir! Okay je, takde la nampak canggung sangat macam yang aku bayangkan. Hiks!



Meja makan adalah satu benda yang aku masih belum ada. Selepas 3 tahun berkahwin, masih belum punya meja makan? Nope. sobs! Dulu masa duduk rumah sewa, aku taknak beli. Sebabnya rumah sumpah sempit. Serba salah nak letak meja makan. Lagi-lagi dapur kami dekat kedai. Ngeeeeeeeee. Bila dah masuk rumah sendiri, masih belum ada meja makan jugak. Hehehehehe.

Bercakap pasal meja makan, aku datang dari family yang banyak habiskan masa dekat meja makan bila berkumpul. Dengan makanan yang tak pernah habis di atas meja, kitorang akan berbual dan ketawa seharian. Sampai semuanya bersurai. Jadi aku rasa aku perlu beli meja makan dengan 6 seater. 8 seater lebih baik. Hikhik. Oleh itu harga pun kena dipertimbangkan jugak lah kannnn.. Oleh itu aku ambil masa lebih sikit untuk membeli sebuah meja makan. Bagi aku biar lambat asal selamat puas hati. Hehehehehe. Tapi jangan lah korang ingat taste aku sampai tahap meja makan raja-raja. Takde lah.. Sekadar 'alah membeli, menang memakai' je.

Sesambil aku update entry ni sebab nak merekod idea. Korang pun boleh tengok-tengok kot-kot ada yang kena ke kan. Sharing is caring right?

Entry lama tersimpan. Alhamdulillah dapat di publish kan akhirnya. Haha!




Love,
Nursaila Norman!


5 comments:

Han Hanni said...

Saila..

Kami pun takde meja makan lagi..
Duk makan depan TV atas lantai je..
Kalau tetamu datang pun memang berkumpul kat situ depan tu la...

Anonymous said...

suka dengan idea langsir tu. walaupun duduk rumah sewa sekarang, tp berangan nak langsir gaya mcm tu.

cik mah said...

Aaalah...le simpan idea kat blog..nk tiru sailalah..hahaha...le x?samalah kita..xde meja makan lagi...nntilah dah pindah..sbb rumah kecik..xde ruang..cofee table pun xde..snng ank nk gerak sana sini...

Fahimah Mahayuddin said...

Imah suka pun suka idea langsir gantung tinggi sampai ke ceiling tu. mmg bg effect rumah nampak tinggi. cantik semua deco dalam ni

Sha said...

Fiqa buat yang gantung rail langsir dekat dengan ceiling walaupun tingkap lagi rendah. Nampak bilik lagi luas. Sebab bila compare dengan orang lain rasa rumah diaorang kecik walaupun sebenarnya rumah sama besar.