CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 5, 2016

COPYCAT and SO-CALLED TANTRUM

Assalamualaikum





















Bila baby dah bertukar jadi toddler ni, benda terawal yang aku risaukan ialah masalah tantrum. Sebab aku nampak dekat media sosial, kawan-kawan banyak cerita pasal sikap anak masing-masing bila tantrum. Aku jadi takut. Sebab aku ni bukan jenis penyabar sangat. Hehehehehe. Masa Melissa masuk umur setahun (12 bulan) dia ada tunjukkan tanda-tanda tantrum tu sikit. Macam kalau dia rasa frust - Ibu dengan Abah tak tau apa punca dia frust haha dia akan menangis yang sound like meragam tu. Takde la nangis sangat, nangis dia sikittttt je. Tapi expresi muka tu yang ada sikit drama. Huh! 

Disebabkan sebelum Melissa masuk umur setahun aku baca lah juga sign of tantrum, stages of tantrum, how to handle, jadi kurang dari sebulan je dia meragam sebab frust of something yang Ibu dengan Abah dia taktau punca. Nak cakap dia totally having a tantrum syndrome tak jugak, sebab signs tu less than 40% ada dekat Melissa. So I prefer to rename it as meragam.

It was worked bila aku gunakan pendekataan menenangkan dia bila dia meragam tu. Peluk dia, tanya dan explain. Dalam seminit macam tu dia okay. At that time aku rasa macam senang jugak nak handle dia. Selepas musim meragam dia yang selama kurang sebulan tu - itu pun on off bukan setiap hari atau kerap, aku lega semula macam masa dia baby dulu. Happy je. 

Sebelum nak go further, saje nak throw back. Sejak hari dia lahir sampailah umur dia 14 bulan, dia membesar dengan cara didikan aku. Bila dia ngam-ngam berusia 14 bulan, aku start kerja. Sekarang dah 3 bulan dia dijaga oleh nenek dia - November, Disember, dan Januari. I am bit frustrated bila dia membesar di bawah jagaan selain Ibu dia sendiri. But what to do. Huhuhuhu.

Benda first aku tak pernah ajar dia takut dengan apa-apa. Aku tak suka ajar anak takut. Aku tak suka menakut-nakutkan anak. Tak bagus untuk perkembangan dia. Okay macam over. Tak bagus untuk dia. What to scared? Sekarang ni dia dah pandai takut nak pergi ambil ball kalau ball tu jauh sikiiiiitttt je dari dia. Tapi kalau kat rumah, kitorang dalam bilik tidur, rilex je suruh dia ambil remote TV dekat ruang tamu. Dia tak takut pun? Dulu boleh je mintak dia buang pampers kat dapur, tapi sekarang kena teman walaupun dengan jarak yang jauh. HUHU!

Keduanya dia jadi manja. Yelah nenek dengan atok yang jaga. Honestly aku memang tegas. No is no. With reason lepas tu aku takkan bagi jugak sebab it is no. Macam mana no tapi boleh bagi jugak lepas tu? Of course not. Kami mengajar dia perkara yang tidak boleh adalah tidak boleh. Supaya dia faham yang Ibu Abah dia buat seperti yang dicakap. Bukan tipu-tipu. Aku amalkan sejak dia dah pandai bergerak (8 bulan - merangkak) masa tu dia dah pandai ambil barang, mintak itu ini. Mana yang tak patut memang tak bagi lah kan.

Tapi bila dah duduk dengan nenek dengan atok, no pun dapat. Apakah. Sabar jelah.

Ketiganya dia dah pandai meniru. Copycat. Semua Ibubapa kalau dah tau anak dia dah start meniru of course kita sangat berhati-hati kan? Dari segi perbuatan, perkataan, sikap. Kita cuba jaga sebaik-baiknya supaya anak tak tiru. They are just like a photostat machine baybeh! Copy bulat-bulat tanpa tahu sebab. Kita memang tak boleh nak salahkan diorang.

Masa bulan November dengan Disember Melissa okay. Baru beralih tangan. Masih mengikut norma-norma kami. Januari, budak2 yang Ibu aku jaga sampai. Sebab mak diorang cikgu, jadi November dengan Disember diorang tak datang rumah Ibu aku. Cuti sekolah kan. Tapi on Januari Ibu aku dah start jaga budak-budak tu. Diorang baru dapat adik masih kategori baby, Januari tu umur dia 6 bulan. Masalahnya baby tu kuat meragam. Nak susu ke nak tidur ke time mandi ke dia akan menjerit-jerit menangis. Tapi air mata takde. Huhuhuhuhuhuhu! Mulanya Melissa takut sikit sebab baby tu menjerit macam kena cubit. HUHU. Serius scary tgk dia menjerit. Sejak baby tu dah pandai merangkak, memanjat, bila dilarang dia akan menjerit sekuat-kuat hati macam menangis tapi tak menangis. Erkkkk..

Dah sebulan lebih Melissa stay dengan diorang.

Sejak seminggu dua ni Melissa start semula tantrum. Itu apa yang aku nampak base on apa yang aku tahu. Sebab dia akan menjerit bukak mulut luas-luas paksa diri menangis tapi setitik air mata tak keluar. Hahahaha. Aku pernah rakam video dia tengah berusaha menangis. Bersusah payah nak menangis tapi air mata nan hado. Tergelak-gelak aku tengok dia paksa buat drama sedih. Dulu pujuk sikit dah okay, sekarang ni susah sikit. Mulanya tak jalan pun peluk-peluk, belai-belai tu. Tapi nasib baik dah jumpa cara. Hikhikhik.

Tapi signs of trantrum tu tetap sedikit. 50% pun tak sampai. Aku yakin sangat, Melissa takde lah mengalami sindrom tantrum tu teruk sangat. Dia sebenarnya belajar benda baru - copycat. Nak pujuk dia pun senang dengan cara terbaru tu. Tak sampai 30saat settle. Dia tak mengamuk. Dia tak berkelakuan over. Sekadar bukak mulut luas-luas dan paksa nangis.

Sebijik macam baby yang Ibu aku jaga tu buat.

Dan aku pasti dia meniru kelakuan baby tu. Selama ni dia tengok je baby tu menjerit-jerit. Mulanya dia takut, lama-lama dia diam je perhati. Sekarang dia copy. Sebab bila baby tu menjerit-jerit Ibu aku akan pujuk sampai senyap. Melissa tau kalau dia tiru apa baby tu buat, nanti ada lah siapa-siapa akan pujuk dan turut kemahuan dia.

Aku tak boleh nak salahkan Melissa. Dia dalam proses pembelajaran. Dia belajar dari persekitaran dia. Cuma bila dah jadi macam ni aku rasa kesal. Huhuhu. 14 bulan aku didik dia sesenang senang baby. Dia sikit tak pernah buat aku rasa penat, mengeluh. Sebab dia memang seorang anak yang senang dijaga. Tidur malam tak pernah bangun. Siang main penat tido, bangun makan, susu, main lagi ulang sampai malam. Sampai aku pernah cakap dekat Suami, aku tak sangka Melissa sesenang ini untuk dijaga, sampaikan dia ada atau takde sama je, malah kalau dia takde kitorang rasa sunyi sebab takde tukang buat kelakar. HUHU!

I really miss my baby.

Rasa nak bawak Melissa ke office, biar aku jaga dia sambil buat kerja ofis. Aku bukan takde bilik personal. Tapi itu mustahil.

Aku taknak timbul rasa penyesalan sebab memilih untuk bekerja. Sebab kerja ni kerja yang aku suka. Aku kena berusaha lebih lagi supaya dia rasa Ibu dan Abah dia lebih best daripada orang lain. Yup!

Oh, cara terbaru yang aku jumpa untuk handle drama sinetron Melissa? Senang je.. Peluk-peluk, pujuk-pujuk lambat sikit nak jalan.. Aku create a diversion. Hehehehehe! Melissa suka tengok video sendiri. Lagi-lagi video dia buat muka kelakar. Kemain suka dia. Urghh. Jadi dalam handphone aku penuh dengan video dia. So every time dia tak puas hati, tak dapat sesuatu, aku akan tunjuk video dia one by one. Usually dia meragam dalam kereta sebab nak duduk atas riba Abah dia. Silap kami jugak sebab bagi dia sekali. Jadi dia ketagih. Jadi kena reset balik memang kena sabar lebih lah. Huhuhuhu. Kedua kalau dia dah start boring dekat kedai makan. Dua tempat ni je dia jadi so-called tantrum. Pastu dekat rumah nenek dia sorry, siapa suruh manjakan dia. Haha!


5/2/2016 - 16mo 4weeks

Melissa, if you are reading this entry, I just want you to know the reason why I am being so strict with you. Because I don't want to spoil you. Benda paling best bila Melissa dah settle meragam Melissa mengantuk nak tidur, kita pun baring berdua-dua, Ibu pokpok Lissa, Lissa main-main muka Ibu, telinga Ibu 60saat lepas tu Melissa tidur. Hehehehehe! I know it is not so hard to handle you. Tapi yelah.. Ibu dengan Abah akan berusaha buat Lissa rasa kami lagi best dari orang lain. HEHE.



Love,
Nursaila Norman!


2 comments:

Maria Firdz said...

Tantrum ekstrem bila umur tiga tahun ke atas.. Masa ni memang betul uji kesabaran..

cik mah said...

Cantik sweater tu..hr tu nk beli kat..kat fos kan..hehe..tp dah ada hr tu br beli gak..hehe..azwa mmg sngt kuat meniru...semua bnda die tiru..so cik mah mmg kn tunjuk teladan baik..kan2...klah boleh mmg nk jaga anak je kan..tp syukurlah nenek jaga okeylah..hati tenang gak kan..lagi2 mcmw cerita tentng pengasuh skrng..azwa kurang tantrum..cuma cik mah mmg ada takut2 kan die..contoh vakum tu...just masa2 tertentu je kena guna gak..sbb xnk die lebih2 tantrum..