CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 12, 2016

Catat Sebelum Beli

Assalamualaikum


Aku taktau nak letak ayat apa yang paling mudah untuk tajuk. Haha. It sounds like terrible right? Padahal takde pun. Hehehe.

Selalu tak bila nak membeli barang mesti terlajak beli atau terbeli benda yang tak dirancang? Tak? Oh, nampaknya aku je ada sindrom mudah terpesong. Hahaha.

Bukan spesifik kepada barangan IKEA je, apa-apa barang je. Makanan ke pakaian ke. Plan kat rumah lain, sampai kat kedai mesti ada barang tambahan. Takpe la tambahan tu (ecehhhh), tapi bila part barang yang sepatutnya beli tapi lupa beli. Kadang-kadang tu sebab stok habis. HUHU.

Jadi aku akan tulis, bawak pergi kedai. Waima hal pakaian. Taknak dah terbeli-beli ni. Umur dah meningkat, cara pembelian patut dah matang. Tak boleh macam zaman bujang, beli pakaian, kasut, aksesori ikut suka selagi duit ada. Huhuhu. Lagi pun sekarang ni baju anak lebih comel dari baju emak, so kena membeli lebih kat anak pulak. Eh?

Sekarang ni fokus aku berat ke arah rumah. Hal rumah kena hati-hati lebih. Aku tak boleh sebarangan beli. Nanti tak guna atau kurang guna dah jadi tukun dalam rumah. Aku pulak jenis tak suka ada benda yang tak ada fungsi terperok je kat sudut. Pastu aku ni mudah lah nak membuang. Tak kira apa waima pakaian. Huhuhu. Syukur, hal rumah ni tiba semasa aku dapat kesedaran 'Membeli Secara Berhemah'. Haha! Dan aku sedar aku jenis tak suka barang terbiar takde fungsi. Jadi aku perlu sangat berhati-hati kalau nak membeli.

Kalau pergi IKEA memang mudah terpedaya. Harga murah-murah, rasa macam semua tu perlu. Kan? Hikhik. Sekarang ni dah boleh control perasaan, sebab pesan kat diri sendiri 'ah, minggu depan datang lagi kalau rasa perlu'. Hahaha.

Masa jadi suri rumah haritu, bila anak tidur siang aku suka lah belek buku IKEA berjuta kali. Sebelum ni belek pastu berangan. Pastu lupa. Pastu belek lagi. Belek lagi. Lagi. Hehehehehe.. Satu haritu aku nekad nak tulis apa yang aku betul-betul nak/perlu untuk rumah tu. Taknak dah belek juta kali. Huhu. Kali ni sambil tengok buku IKEA, tengok sudut rumah pastu bayangkan perlu ke tak perlu ke tak. Kalau rasa perlu aku terus jot down. Mana yang was-was perlu atau tak pun aku tulis jugak. Siap dengan maklumat barang, harga dan muka surat. Muka surat? Mudah aku nak tunjuk kat Suami. Orang lelaki je yang tahu material macam mana yang okay kat dapur, kat bilik air etc. Hehehehehehe!

Akhirnya jadi lah macam kat bawah ni.....





























Jadi cuti wilayah baru-baru ni aku dapat jugak 'tick' dekat satu item. Satu je baruuuuuu. Hahaha. At least, kita kena ada langkah pertama. Hikhikhik. Banyak lagi nak kena beli.. Tapi kena lah slow-slow. Duit bukan banyak nak beli sekali gus. Simpan sikit-sikit dulu. Takpe slow-slow, biar lambat asal selamat.

Bila aku rasa ada benda perlu je aku akan belek buku IKEA lepas tu tulis (tambah item), kalau takat ingat-ingat macam tu je memang lupa. Lepas tu mula lah 'haritu ada ingat nak beli kat mana ntah'. End up beli dekat tempat lain dengan harga yang mahal, outdated. Urghhh!

Okay dah rehat, bye!




Love,
Nursaila Norman!

5 comments:

miss eimanhikmah said...

mmg bagus cmni..

IMaH said...

bagus saila. plan awal2. senang nak cari nanti. Hihi..

cik hani said...

wah....bagusnya..
plan awal2...
kami memang selalu terlebih bajet kalau membeli..
huhuhu

Mrs.Asam Pedas said...

senang macam ni kan..lagi masa nak soping tu dh tau beli..terus g cari je hihi

cik mah said...

Nk tiru jugaklah...bgus kan..kena ada perancangan..br teratur n x membazir..