CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 17, 2016

Nuffnang Pertama : NORDMYRA

Assalamualaikum



Edisi 'Entry Tertinggal'

Ini pun sebab aku saje nak check akaun Nuffnang. Tiba-tiba teringat macam belum update lagi cheque yang dapat haritu. Bila check label 'Nuffnang' sah takde. Rasanya benda kecik je pun kan.. Takyah nak update pun takpe. Biarlah tertinggal pun.. Tapi memandangkan entry blog ni drained sangat, kita update jugak supaya entry blog ni bergerak sikit. HAHA.

Okay, kita flash back entry pasal Nuffnang bulan March! Cash Out Nuffnang. Dalam entry tu aku cerita saat-saat mendebarkan aku nak cash out Nuffnang. Serius kau tak debar, buatnya cheque tak sampai? Atau ada mana-mana step yang aku tak clear menyebabkan cheque sangkut.. Menitis air mata okehhh. Macam aku tulis kat entry lepas, aku tak ready sebenarnya nak cash out, tapi sebab nak beli 'itu' aku cash out jugak lah. Apa 'itu' itu? Hahaha.. Tunggu la sampai habis entry eh, ehh, ehhh..

Sementara aku menunggu cheque sampai ke rumah, aku sempat la lupa sekejap sebab busy dengan kerja. Kejap ingat, kejap lupa. Last-last lupa terussss. Haha. Tiba-tiba ada satu malam tu Suami bagi kat aku surat dengan happy nya dia cakap 'Nuffnang sayang dah sampai!'. Suami aku memang omellll angattt sebab dia pun sibuk excited pasal Nuffnang jugak. Haha. Aku apa lagi buat-buat cool.. Buat-buat cool okehhh. Bukak surat, tengok cheque.. Hmmm.. Tenang.. Tenang.. Dalam hati sikit lagi nak melompat. kehkehkeh.

So here is my first cheque from Nuffnang!

























Macam biasa, Blog adalah tempat terakhir untuk kita ceritakan. Hikhik! 19 May kot aku update dekat FB dan IG. Baru harini August aku update dekat Blog. Blog, kalau kau boleh merajuk aku relakan kau merajuk. Aku memang jahat. Jahat sekali. 

Sejak aku dapat akaun Nuffnang, aku tengok amount naik sikit-sikit macam anak siput babi bergerak, aku tabahhhhh, aku tungguuuu. Awal-awal aku dah aim nak meja makan warna putih. Nak 6 seater. Aku plan guna duit Nuffnang lah beli meja makan. Kalau tak cukup aku tambah la.

Who knows, Allah jadikan impian aku kenyataan. Walaupun bukan meja makan mahal-mahal cecah Rm2-3 ribu. At least jenis dan style yang aku nak. Putih dan lain sikit dari design kebiasaan meja makan.

As for now, aku tak ambil gambar meja makan sangat. Sebab takde reason kan, takkan tetiba nak amek gambar meja makan semata. Tunggu lah bila dining area aku dah siap (ntah berapa puluh tahun pulak ni) aku amek la gambar meja makan banyak-banyak sampai kenyang. Haha.

Dekat entry homesuitehome : Misi Mengecat Accomplished aku ada jugak janji next entry nak tunjuk lah apa ada dalam kotak ni kan.. Yang hado, tak update jugakkk.. Hmmm







































Ta-Daaaaa~ 

Meja makan simple, selesa, putih suci murni yang paling aku sukaaa! Kalau tengok gambar dekat katalog Ikea memang kurang confident dengan meja makan tu. I was thinking, kukuh ke tak kukuh ke tak. Kerusi pulak aku memang aim Nordmyra, tapi tak mengharap sangat sebab tengok review cakap kerap sold out. So taknak letak harapan tinggi sangat aku aim Adde je mula-mula. Bila sampai kat Ikea, tengok stok Nordmyra ada terus tukar pikiran. Hikhikhik.

Dining area? Belum set up lagi. Hari-hari sibuk pasal kerja. Bertabah.





Love,
Nursaila Norman!


1 comment:

orked violet @ SYA said...

kite br bace harini. kt fb dah lame comment dah. hahahahah

best nye saila., nk jugaaaakkk. xpe.. pelan2 kayuh.. semangat! hahahahaha