CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 18, 2016

Ibu Cuba Yang Terbaik Sayang!

Assalamualaikum



1 tahun 11 bulan.
23 bulan.

Ya, dah 23 bulan Melissa stay dengan kami. Macam baru sangat dia muncul dalam hidup kami, but for sure masih jauh lagi perjalanan dia dengan kami.

Memandangkan dalam hidup aku sekarang hanya tentang Suami, anak, kerja dan rumah. What do you expect from me to write in this blog? Hehehehehe! 

So I just do some quick update jelah ye. Sebab everything bercampur aduk jadi taktau nak cerita apa. Huhu!


GADGET
Dulu sebelum Lissa lahir, one lady said to me 'gadget ni penting tau Saila, kalau tak susah kau nak buat kerja nanti.' And I just ignored her. Sehingga lah Melissa mengalami sedikit tantrum dalam 2-3 minggu (masa tu Melissa 16 month). Aku mula save lagu-lagu Didi & Friends dalam hand phone. Bila dia meragam je aku cepat-cepat pasangkan lagu Didi untuk dia. Dan dia terus okay. Lama-lama dia dah pandai mintak/cakap 'didi' 'bukak' dan ambil hand phone aku.

At the same time, aku mula kumpul video-video dia dalam hand phone. Dia jadi obses dengan video sendiri. Duh! Jadi dia kerap ambil hand phone aku dan mintak 'didi' dan 'diyo' (video). Aku tak ambil masa lama, aku download segala lagu Didi dalam pendrive lepas tu cucuk ke TV. So, no more Didi in my hand phone. TV pulak bukan 24 hours dia boleh hadap Didi je. Selalunya dalam 30minit cukup lah. Atau 1 round playlist cukup. Lepas tu Suami akan tukar ke channel TV pulak. Mula-mula dia macam tak puas hati kenapa lagu2 Didi dia hilang. Kami explain 'now its time for Abah's channel okay'. Selepas 2,3 kali dia akan faham dan dia okay saja.


KEMAS
Dulu sebelum ada anak, orang nampak keadaan rumah sewa aku tu kemas teratur orang cakap 'belum ada anak boleh la, nanti dah ada anak kecik tak boleh nak berhias-hias macam ni'. I smiled back. Aku buktikan walaupun dah ada anak, ada anak kecik, rumah tetap mampu nampak kemas dan teratur. Atas kabinet TV ada je hiasan simple (dulu aku susun buku Conan), atas coffee table aku letak lilin dan pasu kaca. It is not about my daughter. It is about us. Ya us!

Kenapa aku cakap kita. Sebab didikan itu datangnya dari kita. Masa Melissa 9 bulan kami masuk rumah baru, atas kabinet TV aku susun buku Conan. Awalnya dia nak usik, time tu pulak dia tengah ligat berpapah dari sofa ke kabinet, dari kabinet ke sofa. Bila nampak buku Conan warna-warni tu dia nak capai. Aku larang. Sekali dua aku larang lepas tu dia tak buat dah tanda-tanda nak mencapai tu. Slowly aku tambah hiasan rumah. Semakin dia membesar semakin dia faham, bahawa segala benda yang bukan mainan dia (which is milik Ibu dia), dia tak boleh usik.

Bab mainan pun sama. Aku ajar dia kemas setiap kali dia dah taknak bermain. Melissa pulak jenis taknak main dalam bilik dia. Dia akan bawak mainan ke ruang tamu, main sebelah kami. Jadi setiap kali Lissa dah habis main, aku suruh dia simpan balik mainan dia dalam bilik. Walaupun dia tak masukkan dalam bekas/bakul mainan, at least dia masukkan balik dalam bilik. Jadi ruang tamu akan kemas. Hehehehe. Bila aku start ajar dia kemas mainan sendiri? Sejak dia faham apa kami cakap dan boleh berjalan. Masa tu umur dia dalam 1 tahun 4 bulan macam tu.


PANGGIL
Sekarang ni Melissa dah pandai panggil Abah dia dengan panggilan 'Ayang'. Haha! Semuanya sebab aku suka sangat panggil Suami dari jauh. Masa tu first time Lissa tiru aku panggil Ayang. Memang kami takkan lupa, dan everytime teringat kejadian masa tu kami akan gelak sama-sama. Masa tu aku dengan Melissa dalam bilik air. Dah siap mandi semua aku panggil Suami 'ayang, ayang'. Melissa diam je sambil tengok aku. Kali ketiga keempat aku panggil 'ayang' tiba-tiba Melissa jerit 'ayyangggg'. Kebetulan masa tu jugak Suami sampai. Apa lagi berdekah-dekah lah kami gelak. Satu sebab unbelievable, keduanya comel, ketiganya 'habis laaaaaaaa'. Hahaha.

Sejak itu Melissa konfius sikit. Aku tau dia konfius sama ada nak panggil Abah atau Ayang. Most of the time dia panggil Abah. Kadang-kadang tu terlajak panggil Ayang. Tapi aku bagitahu Suami it's okay. Dia dalam proses pembelajaran. Dia taktau apa yang dia sebut. Yang dia tau apa yang dia sebut itu refer kepada seseorang/perkara yang dia dah familiar. I won't change the way I call my husband just because of my daughter. Dulu-dulu orang terus tukar daripada panggil 'Abang' kepada 'Papa' hanya sebab taknak anak tiru. Tapi aku rasa takde apa lah, sementara dia dalam proses belajar dan membesar ni akhirnya dia akan tahu juga apa dia patut panggil.


MINTA vs DAPAT
Yang ini aku tengah amalkan, tengah istiqamah. Tak semua yang dia minta dia akan dapat. Kadang tu memang kami plan nak belikan dia sesuatu, tapi kami akan beli masa dia tak minta. Kalau lalu depan kedai, dia sebut-sebut 'kimoush' (Mickey Mouse) kitorang buat taktau je sekadar megiyakan apa yang dia nak bagitahu. Kami takkan sesekali beli semasa dia minta. Kami taknak biasakan dia dengan kebiasaan apa yang dia minta dia akan dapat. Baru-baru ni dia minta air kotak dalam peti ais dekat kedai mamak, biar dia menangis (mak pandai-pandai la cover supaya tak mengganggu orang keliling) aku takkan bagi dia air kotak tu sebab nanti jadi kebiasaan. Yang ini agak mencabar jugak. Haha! Tapi pilihan kat tangan sendiri, anak menangis atau kita menangis. Hikhikhik.


BERKAWAN
Melissa pandai masukkan diri dia dalam kumpulan kanak-kanak. Of course dia sangat tertarik dengan sekumpulan kanak-kanak. Dia akan tinggalkan aku dah terusss masuk dalam kumpulan. Walaupun kumpulan tu buat taktau je dengan kehadiran dia, dia akan gelak terkekek-kekek taktau apa yang kelakar sangat dengan kumpulan tu. Haha. Baru-baru ni kitorang makan McD, dalam tu ada lah playground.. Dia terus masuk dan standby untuk terjun (metafora) dalam kumpulan kanak-kanak riang tu. And I was very happy bila budak-budak tu pandai bermain, dan Melissa pun pandai bawak diri. Takde adengan rebut merebut, adengan saing bersaing.

Aku boleh nampak dia terlalu gembira kalau jumpa sekumpulan kanak-kanak. Cuma aku risau, kot ada jenis mak bapak yang tak suka anak-anak dia bergaul dengan budak lain. Biasanya aku akan biar budak-budak datang dekat Lissa, kalau mak bapak dia okay je aku pun biar jelah diorang main-main. Kalau mak bapak budak tu main tarik-tarik anak dia dengan muka serius je, faham lah tu.. Maybe dia ingat anak aku tak vaksin kot. Hiks!



Secara kesimpulannya aku memang garang dengan Lissa. Ada perkara aku berlembut, ada perkara aku tegas. Yang penting tak semua yang dia nak dia akan dapat. Kalau aku suruh kemas memang dia kena kemas, kalau tak siap. Memang dia masih kecik, tapi dari kecik ni lah aku nak ajar. Nanti dah besar tak terlambat. Esok dah besar, dah ada adik pandai kemas apa yang patut. Sebab Ibu dia paling pantang rumah bersepah. Heeee..

Well, jauh lagi perjalanan antara aku dengan dia. Apa yang aku boleh usahakan aku cuba buat yang terbaik. Benda paling penting bagi aku adalah pembentukan sikap dia. Aku taknak dia sekadar bijak IQ. Aku nak EQ dia pun bijak jugak. IQ kita ajar guna buku, tapi EQ memang kena usaha lebih dari diri sendiri dan Suami.

Till then..





Love,
Nursaila Norman!


4 comments:

Aimi Muhamad said...

so true.ngn thaqif pun kite byk tegas.dia pun faham phone hak ibu, hak papa xboleh main.tv pun ada masa utk dia tgk, ada masa utk ibu, papa pulak.cuma since ada adik ni, jeles ngn adik la.asyik2 adik dapat susu ibu, dia dapat susu botol

cik fadh said...

sgt suke post ni sbb ape saila fkr same dgn ape sy fikir dan terapkan dkt naurah..naurah baru 1tahun 4 bulan sekarang..dah faham ape kite ckp dan cube sampaikan..hrp die behave mcm melissa nnt..;)

Fahimah Mahayuddin said...

Good job saila & husband. Suka entri ni. Pendapat kita lebih kurg sama. Mostly usia diorg serapkan lebih tekankan bab adab & akhlak dia. Bagusnya melissa 1 tahun 4 bulan dh pndai simpan mainan sendiri. Fayyadh kena suruh masuk dlm bakul bari dia masukkan masa umur mcm ni. Skrg ni dah 2 tahun lbih dah tau dah kemas sndri mainan lps main.samala ank kita..tmpt main diaorg mmg dkt ruang tamu =).

Orked said...

sya kan, smpai skrg pening + risau bab parenting nih.

adam baru 9 months. sya go with the flow je. kadang nmpk anak-anak org tantrum kt mall, lasak2 pe sume, terpikir, cmne la sya nk handle nnt. huhuhu

moga anak kita membesar sihat, bijak, success, jadi org soleh / solehah. aamiin..