CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 14, 2016

Happy 2nd Birthday Melissa #melissaturns2

Assalamualaikum



Melissa genap 2 tahun, weeeee!

Aku berjaya jugak buat birthday dia walaupun aku sibuk sana sini, dengan nak Raya Qurban - belon helium takde. Haha. Tapi aku buat jugak sampai jadi. Thank you Suami, tolong Isteri hias-hias untuk birthday Lissa. Love you so mmmuah.

Tahun lepas aku memang boleh buat lebih sikitttttt sebab aku duduk rumah. Sebulan awal aku dah start DIY. Lepas tu 2 kali percubaan ke 3 kali tak ingat, buat backdrop birthday Melissa tu. Kali ni aku buat 2 jam je. Hahaha. Sesuai la dengan bahan-bahan yang ciput tu. Ciput sebab tak sempat nak fikir sangat dan tak sempat nak berDIY. sobs!

Tapi birthday kali ni hanya 9 orang je tetamu. Kebetulan esoknya Raya Qurban, sedara mara semua balik kampung beraya. By hook or by crook aku tetap nak buat birthday Lissa 11 September. Tahun lepas buat 13 September kot. Tamau delayyyyy. #emakyangover So proceed jelah walaupun orang keliling takde nak join. Hehehehehe!

Aku masih tak percaya yang Melissa dah 2 tahun. Bila masa dia membesar? Aku rasa hari-hari sama je. Menikmati hidup bertiga yang tak pernah bosan. Walaupun kadanggg-kadanggg tu termarah, tergarang. Tapi semua tu aku tak perasan. Sebab banyak yang indah antara kami bertiga.

Kadang-kadang aku lupa dia baru 2 tahun. Sebab attitude dia macam 4 tahun. Kadang-kadang aku lupa dia dah 2 tahun. Sebab aku anggap dia Melissa sama seperti Melissa yang baru lahir.

Okay tamau sedih-sedih sangat lah. Nah gambar birthday Melissa yang kedua - TWODLES!!

































































Gambar semua dari Instagram. Lepas tu masuk ke Facebook. Sekarang masuk ke Blog. Nampak tak susunan tu? Hehehehe. Semua checklist yang aku plan macam kat entry Simple Preparation For #melissaturns2 ada, kecuali props. Tak sempatttttt. Plan nak DIY telinga mickey mouse lepas tu nak semua gegirls pakai. Huhuhu! Gambar Melissa sempat cuci walaupun last minute. Pastu tetap tak sempat nak gantung. Fineeeeee.



Gambar Malam : ngam-ngam lepas aktiviti menampal. masa ni pukul 1.30am!



Gambar Siang : semasa majlis baru nak mula


Alhamdulillah, aku berjaya jugak raikan birthday Melissa untuk kali yang kedua. Takde apa yang hebat pun dengan acara menyambut hari lahir anak. Ada sesetengan orang kata acara ni tak wajib pun. Ada yang kata tak semestinya tak sambut tanda tak sayang. Tapi bagi aku yang ada album birthday sejak umur 1 tahun sampai tadika, masuk sekolah rendah kurang koleksi, masuk sekolah menengah susut koleksi, tapi masih menambah.. Aku rasa apa yang Ibu dengan Ayah buat untuk aku dulu, aku terbawa-bawa untuk Melissa. Berani aku katanya, perbuatan mereka telah membentuk satu perasaan yang aku taktau nak gambarkan macam mana. Aku terlalu menghargai usaha mereka. Apa yang tinggal hanyalah gambar penuh 1 album. Aku rasa kagum setiap kali aku belek album birthday sendiri. Kagum sebab Ibu dan Ayah yang tetap berusaha nak sambut birthday aku walaupun bukan orang senang. Setiap kali aku tengok balik gambar-gambar tu, aku rasa bangga. Walaupun sederhana, tapi ada. Dari kenangan gambar yang ada tu bukti Ibu dengan Ayah berusaha nak aku gembira. Benda tu mewujudkan perasaan menghargai dalam hati aku. Jadi, aku nak ulang benda yang sama dekat anak-anak aku. Supaya diorang ulang perkara yang sama ke anak-anak mereka pula. 

Nanti Melissa bukan je boleh tengok gambar birthday dalam album. Melissa boleh tengok gambar birthday Lissa dalam IG ibu, FB ibu dan Blog ibuuuu! Advance tak? Wink! Wink! Hehehehe.

HAPPY BIRTHDAY YANG KE-2 TAHUN MELISSA AHMAD SHAHIR!






Love,
Nursaila Norman!


2 comments:

Lady Yusuf said...

u touched ny heart....Happy Birthday Melissa..

sha fiza said...

Yes, bagi aku hari jadi anak kira acara wajib tiap2 tahun sampai la dia masuk remaja, kalau dia tak nak sambut ngan Mama ayah da sebab da ada kawan, aku tetap nak sambut walaupun suami juga salah seorang yang kata tak perlu sambut sangat birthday anak ni. Huhu

Happy birthday Melissa, dah wish kat IG, ucap lagi kat Blog. Hehe