CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 10, 2016

4th Anniversary : 9 November 2016

Assalamualaikum



Sukar macam mana pun nak update blog sekarang, tapi ulang tahun perkahwinan punya pasal, aku gigihkan jugak update. Kejap taip kejap stop. I am trying my best to update as quick as i can. Apa yang terlintas aku taip. Asalkan aku tak miss entry anniversary untuk tahun 2016. sobs!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Its been 4 years already.

Nampak macam eleh, baru lagi. Eleh, baru empat tahun. Orang lain dah 40 tahun. Rilex je.

4 tahun hari ni tak sama dengan 4 tahun dulu. Dalam masa 4 tahun ni macam-macam benda boleh berlaku dalam sekelip mata. Kejujuran, ketahanan, kesetiaan semuanya serapuh skrin handphone. Sekali jatuh boleh retak. Calar.

Aku ada lagi setahun nak melepasi fasa pertama perkahwinan. Kalau ikutkan artikel 4 Fasa Perkahwinan tu, fasa pertama ni paling banyak dugaan. Seram okeh masa mula-mula baca dulu, masa tu baru nak kahwin pulak. Hahaha. Dugaan sikap pasangan, kewangan, mertua, anak kecil bla bla bla bla. Tapi untuk aku pulak fasa pertama ni okay lah, semuanya berjalan dengan lancar. Masalah sikap tu hilang bila dah kahwin. Sebab dah puas bergaduh masa 6 tahun bercinta okeh. Last-last dah pandai nak manage perasaan. Biasa bergaduh tu berpunca dari emosi lah kannnn. Hehehehe. Kewangan pun takde sebab nak kena fikir hutang kereta je. Mertua alhamdulillah dapat family in law yang saaaaaaangaattttt lah baik. Tapi aku takut fasa ketiga. Katanya dalam fasa ni pasangan dah mula bosan. Erk! Aku harap aku tak membosankan Suami. Aku harap Suami tetap nak jalan peluk pinggang macam harini, Suami tetap nak pegang tangan macam harini, Suami tetap nak ajak kita teman dia pergi mana-mana sekali pun ke bengkel motor. Amin. Hehehehe!



Tahun lepas kami ke Mexico. Tahun ni kami ke Jepun pulak. Hahahaha! Sila jangan mudah percaya. Tahun lepas aku masak burrito dengan nachos. Tahun ni takleh nak masak sebab hari bekerja, jadi kita lunch luar jelah yeeee. Ofis aku dengan ofis Suami dekat sesangat. Nak jalan kaki pun boleh, tapi basah ketiak sikit la. Kami memang selalu lunch sama, dah kata my best friend is my husband. Harus lah lunch sama. Tapi sempena anniversary kitorang makan bento je sebab taktau nak makan apa. Hehehehehe.

Tahun ni aku tak tanya pun dekat Suami 'lusa hari apa?' 'esok hari apa?'. Saje je nak tengok dia ingat ke buat-buat tak ingat. Malam tu Suami cakap 'esok anniversary kitaaa.' Something like that la. Aku lupa sebab masa dia cakap tu aku tengah tengok phone. Hehehehe! Esoknya masa on the way pergi kerja, dia wish anniversary. Okay lah, dapat wish pun dah okay. At least he is still remember our anniversary. And again, alhamdulillah for this man in my life.

Taktau nak tulis apa. Nak tulis perjalanan rumah tangga macam awkward pulak. Hmmmm.. Nak cerita tips, macam poyo pulak. Nak cerita yang manis-manis kang ramai yang kena kencing manis pulak. So takyah lah nak tulis apa-apa, takde orang nak tau punnn. Haha. Cukup lah entry ni menjadi bukti awak berjaya bertahan dengan saya. Kehkehkeh!






Love,
Nursaila Norman!


4 comments:

Sheila Adziz said...

tahniah sis, selamat ulang tahun perkahwinan,,, semoga kekal abadi till jannah k... :)

cik mah said...

Happy anniversary saila..wah..lama juga kita dah berkenalan..jumpa je x kan..moga terus bahagia.

LiNda said...

Alhamdulillah, da 4 thn da ye saila. Happpy anniversary saila, moga terus kekal bhagia ke akhir hayat :)

عبده العمراوى said...



شركة تنظيف خزانات بالخبر
شركة عزل اسطح بالخبر