CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 21, 2015

Kitar Semula Dapat RM2.50!

Assalamualaikum


Instead of writing a story about my partner, my daughter, apa kata kita cerita pasal sampah. Wink! Wink!

Okay, actually aku bukan la nak cerita pasal sampah yang kotor tu. Tapi aku nak cerita pasal sampah yang kita boleh selamatkan sebelum dia menjadi kotor. Hmmm.. Kitar semula fikir dahulu sebelum buang! Ta-raaaa~

Aku start kitar semula barang masa aku sekolah menengah. Masa tu Malaysia melancarkan Program Kitar Semula Kebangsaan pada 2 Disember 2000. Benda yang aku kitar masa tu buku-buku sekolah dengan kertas-kertas A4 yang tinggi macam busut. Haha. Sampai lah dah habis U baru aku stop kitar kertas. Masa tu aku rasa happy sangat dapat bantu ringankan beban bumi walaupun tugas aku cuma kumpul kertas-kertas yang aku dah taknak, ikat lepas tu masuk dalam tong kitar semula yang Kerajaan dah sediakan dekat kawasan rumah aku pada masa tu.

Sejarah, tujuan, kesan dari Program Kitar Semula Kebangsaan ni korang boleh GOOGLE je. Aku bukan nak tulis bab Pengenalan Program tu kat sini. It’s too late too tell you now. Dari tahun 2000 sampai lah tahun 2015, dah 15 tahun Program tu berlangsung, sorry to say mat-mat Bangla yang rebut peluang berbakti untuk bumi. Sorry again.

Baru-baru ni Malaysia secara lebih tegas mengarahkan isi rumah di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Kedah dan Johor untuk mengasingkan sampah-sampah mereka. Melalui kempen kali ini, Malaysia minta isi rumah untuk asingkan barangan kitar semula menggunakan bag plastik lepas tu letak dekat tepi tong sampah di luar rumah.

Mungkin selama 15 tahun kempen kitar semula ni kurang berjaya sebab orang susah nak pergi buang dekat tong-tong (coklat, oren, biru) tu kot. Yelah, tong-tong tu bukannya ada di setiap rumah. Selalunya cuma ada 1 set tong di satu-satu kawasan. Tak ramai orang rajin nak bawak sampah jauh-jauh. Demi selamatkan bumi. Huhu.

Kempen kitar semula yang terbaru tu bermula 1 September 2015.







































Sebelum kempen terbaru tu lagi aku dah buat macam tu. Aku kumpul lepas tu letak dekat tong sampah luar rumah. Sebabnya aku takde masa nak bawak barang-barang tu pergi ke tong yang disediakan. See, aku pun agak malas nak bawak sampah jauh-jauh. Tapi semangat nak selamatkan bumi masih ada, jadi aku letak letak dekat tong sampah luar elok-elok. Sebab aku tau, nanti akan ada orang Bangladesh datang kutip barang-barang tu. See? Nampaknya Kerajaan dah boleh baca punca kempen tahun 2000 tu kurang menggalakkan.

Orang Bangla tu akan jual. Dari sampah itu lah diorang buat duit untuk terus kekal dekat Malaysia, dan hantar duit sikit ke Bangladesh. Kalau Bangla boleh buat, kenapa aku tak boleh?

Sekarang, tugas kita senang je. Kumpul plastik, tin, kaca, kertas, dalam bag macam dalam gambar kat atas tu, lepas tu letak dekat tong sampah luar rumah. Tak payah nak bawak jauh-jauh dah. Senang je kan!


Gambar barangan kitar semula tu aku kumpul selama 3 bulan. Ewwww, 3 bulan kau simpan sampah dalam rumah? Kotornya!

Well, sebelum aku nak kumpul segala barangan yang boleh dikitar semula, aku basuh bersih-bersih lepas tu keringkan. Dah kering aku masuk dalam bag plastic besar dalam kabinet dapur. Sampai masa (kabinet dapur dah penuh) aku buang! Hehe.

Okay, let me tell you secara terperinci eh.

Kadang-kadang kita beli air dalam botol plastik, kerap kali kita beli susu pekat dalam tin, susu anak, botol kicap, botol sos tomato, botol pencuci pinggan, botol minyak masak, you name it. Semuanya hasil dari penggunaan kita seharian. Hasil dari barang makanan kita kan?

Bila isi-isi dalam bekas tu dah habis, aku akan basuh bersih-bersih. Dah basuh aku keringkan (aku susun dekat para luar tingkap), dah kering aku masuk dalam bag plastik, aku susun elok-elok dalam kabinet dapur bawah sink aku. Trust me, kalau kita basuh, keringkan, susun elok-elok, insyaallah takkan timbul masalah kotor.

Tapi kali ni aku tak letak dekat tong sampah luar. Wink! Wink!

Aku nak rasa macam mana rasanya menjual barang-barang tu macam orang Bangla buat. Masa tu aku tak kisah berapa dia nak bagi. Aku target mesti dapat 50sen je nanti. Suami yang tolong bawakkan pergi ke tauke tempat tu. Timbang lepas tu tauke tu bagi duit. Dari dalam kereta aku nampak duit Rm1. Oh, up la sikit dari 50sen. Hahahaha. Bila Suami masuk dalam kereta dia bagi duit tu kat aku. Rm2.50 rupanya! Not bad.

RM2.50 jeeeee.. Tolak tepi nilai duit tu. Fikirkan nilai kebersihan dan bumi. 

Sekarang ni sesi kedua pulak. Tengah mengumpul barang-barang untuk di jual lagi. Nampak macam hadap sangat duit seringgit dua tu kan? Sampai sanggup kumpul lepas tu pergi jual. Nampak sadis sangat kan?

Anyway, sebab tempat jual beli barang kitar semula tu satu jalan setiap kali kami nak keluar ke mana-mana. Just bagi signal kiri lepas tu berhenti. Lepas tu teruskan perjalanan. Hehe. Boleh je nak letak kat luar rumah, nanti Bangla datang. Tapi sejak duduk dekat rumah baru ni, Bangla tak boleh masuk untuk kutip sampah. Pak guard tak bagi masuk. Huhuhu.

Aku harap sangat, lebih ramai yang akan kitar semula barangan harian kita. Aku harap sangat, kalau taknak bawak jauh-jauh, asingkan baik-baik lepas tu letak je dekat tong sampah luar. Aku harap sangat, usaha kecil kita tu membawa makna yang besar kepada bumi. Please :)

Apa yang aku cuba sampaikan dalam entry ni simple sangat. Kita boleh pilih untuk kumpul dan letak di luar rumah, atau kumpul dan jual. Pilih je salah satu. Yang penting aku harap ramai yang baca entry ni, ramai jugak yang akan kitar semula barang/sampah.

If you are not doing this for money, just do it for our world. Please :)

KITAR SEMULA, FIKIR DULU SEBELUM BUANG!



Love,
Nursaila Norman!



5 comments:

Han Hanni said...

agreed.. Bangladesh banyak yang kumpul benda ni.
saya buat bila kemas barang macam stor bagai, kalau kat rumah kalau barang2 sikit, memang buang je la sekaligus.huhuhu.

kalau banyak memang letak asing dengan sampah, bagi kat orang angkat sampah untuk kitar semua.

Puan Rad said...

rad mmg dari dlu asing2 brg yg boleh kitar semula.. dah kumpul nnt hantar rumah parents.. sbb my parents niaga gerai mkn.. mmg byk botol2 & tin2 susu yg ada.. my dad akan kumpul.. bila dah berlambak baru pegi jual.. penuh bonet kereta & seat blkg pon baru dpt RM30++.. xkisah lah, janji kita kitar semula.. ;)

Nursaila Norman said...

Good Job Cik Hani & Rad! Teruskan usaha murni tu Rad! :)

Fahimah Mahayuddin said...

saila kita sama! kiteorang dekat rumah pun buat kerja2 recycle ni. Start dari husband lepas kawen tengok dia rajin asingkan barang untuk recycle & imah pun terikut. hihi..bateri kereta pun kiteorang hantar je tempat recycle. dapur gas yang dah rosak pun sama. selalu husband suka minum nescafee tin tu. kumpul2 campur tin susu sekali hantar dapat la belas2 ringgit. syok buat kerja ni.

Nursaila Norman said...

yay, sep Imah! cakap pasal bateri kereta, saila jual dapat rm10. haha! rajin husband Imah :) teruskan, chaiyok!