Assalamualaikum
Ingat lagi tak dengan entry aku Misi Mencari Cat setahun yang lepas? Kan, setahun yang lepas siapa yang nak ingat. Huhu! Dulu masa Misi Mencari Cat yang ini, awalnya nak beli cat untuk ruang depan (living hall). Tapi memandangkan masa suntuk (nak masuk Ramadhan), kami pilih untuk cat bilik tido sahaja. Sebab kalau dah masuk set bilik tidur, nanti susah dah nak alih katil dengan almari. Jadi, kekal lah living hall kami dengan warna asal iaitu warna cream. A bit berbelak-belak. Sebab rumah 2nd hand berusia 8 tahun. Hehehe!
Kali ni walaupun nak masuk Ramadhan 2 hari lagi, kami terpaksa jugak proceed dengan perancangan untuk mengecat rumah. Kali ni living hall! Kami memang akan cat sikit-sikit ikut kemampuan. Memang akan mengecat di bulan Ramadhan lah nampaknya, confirm. Haha.
Saje je nak tambah entry blog. Drain sangat kebelakangan ni. Jadi, cerita poyo pun xpe lah eh. Poyo ah, cat rumah pun nak kecoh. Hehehehe.
Malam tadi Suami dah start keluarkan peralatan mengecat, check apa-apa yang kurang yang perlu dibeli. Mundar mandir dalam rumah macam kontraktor tak bertauliah tengok apa perlu buat. Sebab aku bagitahu apa yang aku nak, jadi tugas Suami macam biasa lah, menilai kesesuaian material. Kalau cadangan aku tak sesuai, kitorang akan fikir sama-sama macam mana nak betulkan.
Tulis macam nak buat renovation besar-besaran kan? Padahal takat cat je pun. Cat jelah wehhhhh.. Apa kecoh-kecoh niiii. Haha. Walaupun ianya sejenis cat, sekali silap, kau ingat boleh Control Z you alls? Takdenyaaaaa..
Aku harap sangat pemilihan warna aku tu tak silap. Dan aku harap sangat plan aku tu berjaya direalisasikan.
Asalnya nak buat plaster ceiling & skirting board. Tapi Plan A kami tergendala. Kami pergi ke Plan B. Buat skirting board secara manual. Hehe! Tapi tiba-tiba Plan A macam boleh proceed pulak. Eh? Tapi amek masa sikit, dan disebabkan kami nak mulakan mengecat awal, kami proceed je dengan Plan B. Lepas tu buat Plan A skirting board dan cornish. Plaster ceiling aku malas sebab malas nak kelam kabut nak mengemas. Haha. Plaster ceiling kemudian.
Ketiga-tiga warna ni memang buat aku confused sampai ke hari ini.
Duh!
60% of a dominant color
Cuba teka I pilih yang mana? Hiks!
30% of a secondary color
Cuba teka I pilih yang mana? Hiks!
Love,
Nursaila Norman!
5 comments:
haiii..suke yg krypton!!!
ehh cm cite superman...hehe..color tu cm menarik gak :)
Bestnya ada rumah sendiri da, dah boleh pasang cita2 dan impian hias rumah, hehe
Alamak, tiga2 kaler pun memang cantik..
Yang macam gambar no 3 tu kot.. 😆😆
macam suka gambar yang second tu. ahhhhh first pon cantik. hahaha
Bestnya dah cat rumah.
Post a Comment