CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 18, 2012

Bunga Carnation (Crepe Paper)

Hai.


Assalamualaikum.


Hello Ladies! Masih sempat wish morning lagi kan? Morning~

Sayangs, ada yang mintak tutorial untuk bunga carnation yang aku buat sebagai hiasan hantaran En Gaban, tapi aku minta maaffff sangat-sangat sebab takde satu pun picha tutorial. Sebabnya, sebelum ni aku ada buat dah tutorial dari crepe paper ni. So, aku assume korang terperasan la DIY tersebut.. Tapi maybe ada yang tak perasan, so kat sini aku bagi link dia eh. DIY Blue Crepe Paper. Maybe crepe paper tu warna biru, so tak nampak la macam bunga carnation kan.. Hehehe. Takpe, benda sama je.. Cuma warna je beza ya :)

Actually, nama carnation ni come out bila aku tengok warna cream tu sama pulak macam bunga carnation. Padahal bunga tu orang kerap panggil dengan nama 'Bunga Tisu'. Hehehehe.

Pasal kelopak pulak, aku gunting hujung bunga tu bolat-bolat sayang :) Sebab tu dia jadi booolat je. Terpulang pada cara guntingan kita.. Kalau bulat kita gunting, bulat lah dia. Kalau bujur, bujurlah nanti.

Crepe paper ni jenis yang standard ada dekat mana-mana kedai bunga, aku pun tak sure samada ada crepe paper yang jenis dia berbeza-beza. Tapi setakat ni, kedai-kedai bunga area Selayang dan KL (Jln TAR) material dia sama je. Takde beza. Mudah koyak, lembik, kedut-kedut, warna-warni. Hik! Cuma ada yang beli dengan harga 80sen dan Rm1 sekeping. Hakikatnya harga masih okay, cuma bila aku beli dengan harga 60sen, for sure harga 60sen lebih mengujakan kan? Takpe, kalau kos perjalanan perlu ditambah hanya untuk mendapatkan harga 80sen atau Rm1 sekeping crepe paper lebih baik tak payah ya. Tak berbaloi.

Selalunya kita lupa nak masukkan kos perjalanan, makan etc dalam kos bajet bila kita membuat proses mencari barang-barang untuk hal kawen kita. Takut nanti kos jadi bertambah, padahal lebih baik kita grab je benda yang ada depan mata walaupun mahal sikit dalam beberapa sen. Its okay dear, kos tambahan (added cost) perlu kita ambil kira okay. Kecuali, memang kita berniat nak berjalan-jalan sambil beli barang kawen, ya its okay. Sambil menyelam, minum air. Kannn? Psst, jangan lupa shopping sehelai dua baju. kehkeh. Sila jangan tiru perangai aku ya!

Feel free untuk bertanya apa saja. sharing is caring ladies!!




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Monday, September 17, 2012

Preparation #6

Hai.


Assalamualaikum.


Percaya tak satu hari ni aku duduk dalam bilik je. Caya tak? Hahaha. Duduk dalam bilik buat bunga untuk hiasan hantaran. Paksa diri sebenarnya. Huhuhu.

Okay, takmau buang masa korang baca benda merepek (hehehe!!), cuti tiga (3) hari temasuk hari ini aku berjaya buat banyak benda lah jugak.. Tapi takde satu pun yang siap sepenuhnya. Haha. Beberapa perkara yang aku dah mulakan dan sedang dalam proses pembuatan ialah :

1. Burung
2. Fan Flower atau pun ada jugak orang panggil Accordian Flower
3. Centerpieces
4. Bunga untuk hiasan hantaran En Gaban

Walaupun cuma empat (4) prkara, tapi consider sebagai beberapa jugak lah kan? kan? Hehehehe! Kita mulakan dengan Centerpieces dulu eh.








tin kosong yang sudah dibersihkan cantik2 :)

Tips, sebelum hias tin aluminium ni, better basuh bersih-bersih sampai berkilat lepas tu lap kering-kering. Selain untuk nampak lebih cantik, kita nak pegang pun selamat. Aku dah lama kumpul tin-tin ni, (sejak awal tahun) tapi cuma dapat kumpul 8 je. Kalau nak lagi, nanti boleh beli susu F&N lagi. Bukak, alihkan susu pekat dalam bekas kaca lain lepas tu dah boleh guna untuk centerpieces!



ini percubaan pertama. rasa macam dah puas hati, tapi macam tak puas hati lak.



kemudian ia berubah menjadi macam ni. tambah riben. atas dan bawah.



ini yang confirm. yayyy! siap untuk 6 buah tin. lagi 2 tin belum buang penutup sepenuhnya. jadi tak boleh nak decorate.



bahagian depan


bahagian belakang


Tetiba rasa macam Navy la pulak. Eh, tapi biru Navy tu cantik kan. Tak pasal-pasal langsir untuk bilik pengantin dan 'rumah kita' pun warna biru Navy tu. hikhikhik! Yang belum siap ialah bunga untuk diisi dalam tin tu dan signage dia. Insyaallah akan diusahakan secepat mungkin lepas tu boleh simpan dalam kotak diam-diam.

Untuk hiasan hantaran pulak, bunga dia aku guna crepe paper sahaja. Untuk mengelakkan pembaziran. So, bajet untuk hantaran kami sangat murah. Hantaran dia guna crepe paper, hantaran aku guna felt fabric. Sila jangan bayangkan apa-apa eh.. Belum siap lagi pun. Huhuhuhu!



yang ni kisah semalam. baru masuk gear 1 :)



yang ni pagi tadi punya. siap bawak air masuk bilik. punya la tekun. yeke?


Untuk setakat hari ini, crepe paper tu aku dah dapat untuk 5 dulang. Satu crepe paper aku plan untuk satu dulang. Setiap satu crepe paper aku dapat 8 kuntum bunga saiz M. Nak buat saiz S pun boleh tapi takut tak kemas pulak. So total bunga dah dapat 40 kuntum bunga carnation. Yayyy! Nak kena beli lagi 4 crepe paper. Sebab hantaran untuk En Gaban ialah 9 dulang. Go Saila, Go Saila! Mesti korang pening kan? Nanti lah aku reviem elok-elok sikit pasal bunga hantaran ni. Huhuhu.

Sekarang ni tengah update blog sambil buat bunga carnation (crepe paper). Bila la nak siap. Biasa la, kalau dah bukak blog, tengok entry korang-korang, baca, komen.. Mesti la leka kannn? Hehehehe! Esok dah kerja, malasnya. Mood nak duduk rumah buat kerja kawen je ni. Hehehehehe.

Okaylah korang, jumpa nanti ya. Selamat pengantin baru kepada B2B yang dah sah jadi isteri. Barakallah! 




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Friday, September 14, 2012

I Need EOT

Hai!


Assalamualaikum.

Less than 2 months to go. Okay, sila anggap cuma tinggal lagi 1 bulan je lagi. Gulp!!!

Props untuk photobooth sudah print. Just nak laminate je. Bila? Taktau.. Huhuhu. Lidi? No worries, Rm2.90 boleh dapat banyak siap boleh buat cucuk sate. Hiks!

Sekarang ni tengah berusaha lipat burung (sesi menambah bilangan bebird, fuh!). 125 birds to go. Ingat senang ke? Susah rupanya. Huhuhu! Sambil-sambil tu melipat fan flower pulak. Lagi la susah. Huhuhuhuhu! Ingatkan senang je.. Haha. Padan muka. Paksa En Gaban lipat sekali. Katanya dia nak melipat dekat ofis sebab boss takde. Kan sayang kan? Alahh, senang je lipat fan flower tuuuu. Wink! Wink!



my only one fan flower. wuhooooo..

Baru dapat satu fan flower. Ceh! Sanggup tak keluar lunch. Duduk dalam ofis mengadap benda ni. Satu jee?? Huhuhuhu. Bila nak siap mcm ni. EOT pleaseee.

Kalau tengok pada checklist yang aku buat, macam banyak yang dah bergerak. Macam la.. Konon.



Checklist atas ni benda yang aku dah beli. Tinggal yang line biru tu je belum lagi. Macam banyak je dah settle kan? Padahal....




This is the hakikat sebenar. Banyak kan belum buat apa-apa. Kan? Baru satu yang 'DONE'. Dua baru 'ODW'. See? Aiyoooo! Pitam macam ni. B2B yang lain, yang mempunyai masalah macam aku ni macam mana eh? Hahaha. Kelakar la pulak. Masa singkat, kerja banyak.

Boleh, yakin boleh okay. Fuhhh. Okay, jom sambung DIY. Cuti tiga (3) hari ni kena all out okay. Hiyargg, hiyargg (senaman tangan dan jari. haha). See you next week ya blogger semua. Baibai!


EOT : Extention Of Time




thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Thursday, September 13, 2012

Conversation #4

Hai!



Assalamualaikum.


Mungkin entry ini akan menyinggung perasaan sesiapa, dan aku percaya entry ini sangat sensitif untuk diperkatakan. Pertama sekali aku memohon maaf kalau ada yang berasa tersinggung dan mungkin ada yang tidak bersependapat. Its okay. Aku memang tak suka menjadi orang lain. Maka dengan itu aku terlalu kuat dengan kata hati dan sangat berpegang kepada prinsip. Maaf kalau di akhir entry nanti ada yang mencebik. Its okay. I am ready untuk dicebik. 

Apa-apa pun please be kind to me. Apa yang bakal aku tulis selepas perenggan ini ialah kehendak dari hati sendiri, dan kerana DIA. Demi ALLAH bukan kerana lain. Bismillahirrahmanirrahim…

Aku lupa bila, tapi baru-baru ini juga. Sangat baru.

Aku : saya taknak mas kawen banyak-banyak.
Dia diam
Aku : boleh ke mas kawen lebih rendah dari rate yang dah ditentukan?
Dia, masih diam. Berfikir mungkin.
Aku : nanti sayang pls check dengan Pejabat Agama eh.. Saya taknak banyak-banyak.
Dia angguk perlahan.
Aku : saya nak Rm144 je ya. Sempena birthday saya. (senyum meleret)
Dia pandang wajah aku dan senyum juga.

.................................................

Aku SMS dia tanya sama ada dia dah pergi Pejabat Agama atau belum.

Aku : Yani, mas kawen boleh tak bagi lebih rendah dari kadar yang ditentukan oleh negeri?
Yani : boleh je. sepatutnya boleh la.. Sebab mas kawen benda wajib dari suami, seikhlas suami.. Perlu ada paksaan ke kena bagi berapa?
Aku : ntah.. (kerisauan teramat sebab menunggu dia reply SMS aku)

(SMS masuk dari dia)

Dia : Pejabat Agama kata tak boleh, kena ikut rate yang ditentukan negeri.
Aku? Hampa.
Dia : Sayang nak duit Rm300 tu seringgit2 atau lima ringgit? Nnt nak buat gubahan kan? Saya boleh pergi tukar dekat bank..
Aku : ikutlah.. (Sedih. Takde mood. Mengeluh. Lesu)



........................................................................................................................

"Hatta senaskah Al-Quran, aku terima jika ia datang ikhlas dari hati. Perkahwinan bukan satu drama, ia ikatan janji tanggungjawab antara dua hati. Bukan mas kahwin dan meriahnya acara yang menjadi ukuran. Tapi, keikhlasan dan kejujuran dalam membina 'masjid' yang menjadi sandaran"

Firman Allah swt dalam surah An-Nissa' ayat 4 yang bermaksud "Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka". Sabda Rasulullah saw dalam hadis riwayat Bukhari yang bermaksud "Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat dari besi"

Bukankah Nabi menyebut, sebaik-baik wanita yang dikahwini ialah yang rendah maharnya?

........................................................................................................................



Sedangkan aku bukanlah wanita yang cukup baik dan sempurna, izinkanlah aku memulakan perkahwinan ini dengan kebaikan. Namun aku mungkin, ya mungkin tidak mampu dan tidak kuat untuk mempertahankan niat aku. Dengan itu aku redha dengan apa yang telah ditentukan.





Ini ialah draft. Baru hari ini ada kekuatan untuk di publish. Jangan salah anggap dengan pendirian saya ya.






thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!


Idea : Vintage Suitcase Oh Lala!

Hai!


Assalamualaikum.


Harini aku nak share pasal Suitcase ya kawan-kawan. Aku pernah nampak Suitcase ni dekat Romantika. Sila ke sana segera ya. Harga? Rm29.90 sahaja. Rugi tak beli. So? Akan di grab secepat mungkin!

Memula sekali aku share dulu picha(s) dari Google okay.. Actually aku lupa dari mana aku save. Kalau ada blogger yang perasan, let me know ya.. Selalunya aku save dah lupa nak save link sekali. Huhuhu! Maaf.

Here we go..












Kebetulan aku (actually Ibu aku) dapat hamper (hamper banyak dekat rumah Mak Usu aku) so Mak Usu aku pun agih2 dekat kami satu family. Kebetulan, bekas hamper yang Ibu aku ambil ada Suitcase! Excited disitu.






Suitcase ni kepunyaan Leha. Okay, dia dah cop dulu. Hampeh. Tapi aku dah booking, untuk majlis dekat dewan nanti aku nak guna Suitcase ni. Untuk apa? Untuk letak props maybe.. Hmmm. Tak pun letak wishing cards. Maybe? Nanti lah fikir. Masih ada masa lagi kan?

Suitcase yang Leha punya ni tak nampak vintage kan? Lebih nampak klasik sebab dia fully kayu warna coklat gelap. Tapi kalau nak real vintage macam picha-picha kat atas tu, boleh beli dekat Romantika okay :)

Till then <3





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!


DIY : Riben versi Nursaila Norman

Hai!


Assalamualaikum.


Susulan dari entry Idea Oh Idea. Rajin Oh Rajin. Tolonglah Datang Kepadaku yang aku update ada hikmah rupanya aku update semalam. Terus tersedar dari khayalan.. Malam tu jugak ajak En Gaban bawak aku pergi beli bahan-bahan yang sepatutnya. Huhuhuhuhu. Dapat beli crepe paper/tissue paper dengan ribbon. Hiks!

Jom tengok..




Dari atas ke bawah :
Rm0.80 (0.5cm)
Rm1.80 (1cm)
Rm3.50 (1 inci)
Rm10.00 (1.5 inci)



Rm0.60 x 15 keping


Total cost Rm27.50 sahaja. Cukup untuk bahan-bahan buat centerpieces dan gubahan hantaran aku dgn En Gaban. Harap-harap cukup, insyaallah.

Semalam pergi Precint 15 Putrajaya masa lunch, thanks Ara! Shopping sakan beli kertas berwarna. Seronok gila-gila ambil kertas untuk buat dekorasi centerpieces, tagging, pelamin etc. Insyaallah. Harap-harap menjadi. Amin.



Dari atas ke bawah : 
Rm9.90 x 1 
Rm1.90 x 3
Rm3.50 x 8

Total cost untuk kertas berwarna Rm46.50 termasuk glue stick Rm2.90. Happy! Dengan harapan semua yang dirancang akan menjadi. Amin.

Okay, settle sharing pasal barang-barang untuk dekorasi. Sekarang ni nak share pulak diy : lipat riben versi Nursaila Norman. Hiks!


Step 1 : silang riben macam dalam picha di atas




Step 2 : rapatkan riben part belakang tu (taktau nak explain. hahahaha!)



Impit kejap guna koala comel sementara aku ambil riben lain. Hehe!



Step 3 : Potong riben lain yang lebih kecil (alternatif



Step 4 : Ikat riben yang besar tu dekat part tengah-tengah (harap-harap korang faham)



Setelah diikat akan jadi mcm ni :)



Potong lebihan riben tadi



Akan jadi macam dalam picha di atas



Tadaaaa! Riben versi Nursaila Norman!


Kenapa aku panggil riben ni versi Nursaila Norman? Sebab masa aku buat riben ni dekat pejabat semalam, tengah try-try nak lipat riben tu baru aku perasan, aku tak tahu nak ikat part tengah-tengah riben tu dengan apa. Sebab kalau tengok dekat google, blogger2 yang ada buat tutorial lipat riben ni, diorang ikat guna pangikat yang beli by paket2 tu kan. So aku pun guna la riben halus warna cream tu. Hehehe! 




Riben ni untuk hiasan hantaran nanti. Hiasan hantaran aku. Hikhikhik. Harap-harap menjadi macam yang dirancang.

Nak cuba Riben versi Nursaila Norman? Hehehehehe! Sila kan..





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday : Raya

Hai!


Assalamualaikum.


Belum terlambat lagi nak update pasal raya kan? Sedih kan. Raya nak habis baru gathering dengan family semua :(































I Just Love My Big Family
tak semua ada dalam gambar. ini cuma 10% sahaja :(





thanks korang!



Love,
Nursaila Norman!