CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 4, 2014

26+ Weeks Update

Assalamualaikum


Sebenarnya nak masuk 27weeks dah, sobs! Punya lah busy, sampai tak sempat nak update pasal diri sendiri dekat blog. Nak update pasal diri sendiri dan baby nih, kesian.. Nanti takde kenangan pulak. Huhuhu!

Oh, sebelum tu.. Set tilam kekabu dah sampai!! Jumaat lepas dah sampai ngam-ngam baby 26weeks. Hiks. Of course lah Ibu dengan Abah baby yang excited.. Puas hati sangat sebab kualiti memang A. Cuma bantal baby je tak sesuai untuk baby baru lahir. So kena buat bantal lain, isi dengan foam supaya lebih lembut dan nipis. Ada jugak yang suggest pakai kekabu, tapi aku malas nak membeli kekabu, lagi pun kat rumah ada foam. Kalau beli set tilam kat outlet Manjaku ke, pun diorang guna foam kan. So dah beli kain cotton plain kontra dengan warna tilam untuk buat bantal baby baru lahir. Bantal kekabu tu boleh guna masa baby dah besar sikit :)



































ta daaaaaaa~
tak sabar nak tumpang baring dengan baby.. hiks!


Bagi aku murah lah untuk jangka masa panjang. Sebab tilam ni pun tebal, ambil masa jugak lah nak menipis. So sempat lah baby guna se'maksimum' yang boleh. Aku pernah cerita sikit dekat SINI pasal set tilam yang aku nak order. Akhirnya kekabuonlinedotcom jadi pilihan. Masa sampai je tilam kat rumah Ibu, Ibu tanya tilam ni ada jahit kat tengah-tengah tak? Aku cakap lah ada, bagus rupanya supaya baby tak mudah bergerak (menggelongsor).

Alhamdulillah, settle part tilam baby. Maybe playpen cancel sebab dah ada tilam ni. Lepas tanya pendapat Suami, kitorang dah fikir masak-masak, banyak jugak kebaikan, maybe playpen cancel.

Nursing pillow tu aku dah rasmi dah, buat sandar sambil tengok tv. Hehehehe

***********************************************



Update untuk 26weeks :

1. Perut dah okay sikit. Rupanya bukan masalah angin yang aku hadapi, rupanya gastrik. Patut lah aku abnormal dari korang. sobs!

2. Tidur malam agak mudah sejak masuk 6 bulan. Dulu seksanya nak tidur (start 4 bulan), tidur nak kena lapik perut dengan bantal. Tapi sekarang dah okay! Seksa jugak sakit gastrik ye.

3. Kuat gila makan benda-benda manis. Aiskrim dengan coklat memang feveret. 24jam pun boleh. Tapi so far check up KK belum kena minum air gula lagi. Harap tak kena minum, amin.

4. Kuat jugak minum air masak. Dulu masa bujang ke dah kawen ke, kalau nak minum air masak tu susahnyaaaaaa. Sekarang ni air masak panas-panas adalah sedap!

5. Dah start consume Obimin Pluz. Kenapa Obimin Pluz? Beza sikit dengan Obimin yang biasa tu (kotak warna pink), doc swasta yang aku check up tiap-tiap bulan suggest ambil Obimin Pluz sebab ada minyak ikan, bagus untuk baby dengan Ibu.


6. Check up 26w3d dengan doc Ezeta, maybe girl! Sebab doc cakap tak nampak 'ball' dia. Hewhewhew! Double confirm dengan doc, obvious ke 'ball' dia tu? Doc cakap obvious. Memang dah tengok celah kangkang baby takde 'ball'. Suami dah start panggil baby dengan nama. Excited abah! Tapi aku nak tengok bulan depan punya check up. Baru boleh confirm.

7. Masa awal-awal pregnant dulu orang teka baby boy, tapi lama-lama orang teka baby girl. Sekarang ni majoriti teka its a girl. Korang rasa?

8. Baju banyak tak muat, sekarang ni tengah membeli dress jelah. Senang and flexible. Lepas bersalin masih boleh pakai. Tak tau lah kenapa tak minat pakai seluar. Malas sungguh nak beli seluar mengandung. Mood nak pakai dress je. So kita layan je ya.

Itu je kot untuk update 6 bulan. Masih ada 3 bulan lagi baby nak sampai. Suami orang paling tak sabar. Hari-hari cakap dengan baby bila baby nak keluar. Huhuhuhu!





Love,
Nursaila Norman!



12 comments:

Unknown said...

sy teka girl gak..sbb awak suka makan manis2.kot la.hehehhee...

Diyana said...

umur 25 tahun ke atas rasa nya wajib minum air gula....
hehe
*down x dgr statement ni??

Inani Hazwani said...

nak jadi mama dah dia. :)

Princess Feyqa said...

Fiqa suka sgt mkn manis tp bila scan 3D 4D insyaallah boy siap terkangkang lg hehe wah dh tilam dh dia..fiqa next week bru nk bli hehe

Sha said...

Wah...enjoy the moment..Aunty fiqa pun excited!!!

Rina Hamid said...

rina ms preggy suka manis sgt2. n mmg kuar girl. sbb org ckp suka manis2 ni girl. hehehe.

Anonymous said...

dua2 pregnancy mmg suka mkn manis2.. dua2 gegurl.. haha...

Han Hanni said...

semoga sihat semuanya

Mrs.Asam Pedas said...

wah excitednya tgk..dh scan ye..sy pn xsabar dh nk g scan ni hehehe

Nurul said...

HAi Saila...
Dah tak lama tu baby nak sampai... time macam ni excited sangat... baby dah mula tendang2 buat hiburan tuk mamapapa dia... cantik set tilam kekabu tu... :)

genuine1224 said...

ada yg kata makan manis baby boy, ada yg kata baby girl. mana2 la kan? janji baby sihat

Afasz said...

tkmo dah minum air gula.. >_<

ingat awak jahit sendiri tilam. sbb awk ni kreatif sgt !!!!!