CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 19, 2012

Perubahan :)

Hai!


Assalamualaikum.


Firstly aku nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak reply komen korang. Aku akan singgah blog korang bila betul2 free nanti eh. Nak spend masa, nak baca entry korang tanpa gangguan baru syok. Stress sungguh kalau baru baca sikit dah kena ganggu. Huhu.

Hari ni hari first aku dengan Suami bekerja selepas seminggu bermalas-malasan di rumah. Takde apa yang lain sangat, sebab memang kami bukan satu pejabat. Cuma tak sabar-sabar nak balik rumah je. Heeeee!

Life aku sekarang ni sangat kelakar. Apa yang aku fikir (base pada kisah orang lain dan jugak kebiasaan) selama ni macam tak sama sangat. Sebelum kawen aku fikir segala benda aku kena buat sorang. Suami (sebab lelaki kan) just duduk goyang kaki. Isteri wajib masak. Tapi rupanya aku sangat enjoy dengan life sekarang sebab semuanya buat bersama. Tak timbul isu aku penat sorang-sorang. Alhamdulillah. Huhuhu!

Bab membasuh bagi dekat En Gaban. Rajin sungguh dia mengutip segala baju pastu on mesin basuh. Macam banyak je baju kannnn. Kalau aku sibuk mengemas, dia rajin sangat menyapu lantai. Aku plan lepas mengemas nak menyapu, tapi bila aku intai ke ruang tamu eh? dia dah siap menyapu dah, nak menyapu dapur pulak dah. Rasa bersalah sangat-sangat, tapi dah siap menyapu dah pun kan.. Huhuhu.

En Gaban yang dulu lain sangat-sangat sekarang ni. Sangat protective. 6 tahun kenal dia, tak pernah sekali pun dia bersifat protective dekat aku. Tapi sejak dah kawen memang lain. Aku tak pernah bukak pintu kedai/restaurant/bank etc sendiri. Semua Suami yang bukak kan. Mula-mula aku kekok. Gila apa bukak kan pintu untuk aku. Dia cakap ladies first. Okay, aku senyum se'happy-happy'nya. Pintu kereta pun dia bukak kan. Maaf sangat-sangat, bukan nak berbangga, tapi nak bagi semangat dekat sesiapa yang belum berkahwin bahawa perkahwinan adalah sangat indah. Percayalah. Kalau dah ada pasangan tu cepat-cepat lah ya :)

Kalau ikutkan majlis resepsi aku sangat simple. Takde red carpet, takde pelamin, takde kek pengantin, takde kumpulan kompang, takde karaoke, takde hiasan bunga-bunga, meja makan beradap pun takde hiasan. Just alas meja dengan makanan pengantin. See? Betapa simple nak mati. Sebab aku nekad nak fokus dekat makanan sahaja. Yang penting tetamu, aku takpe tak penting. Yang penting tetamu datang happy, balik kenyang. Huhuhu.

Hikmahnya? Alhamdulillah, sebelum kawen kami takde masalah duit, lepas kawen pun sama. Kitorang berjaya manage duit sebaik-baiknya malah boleh berjimba-jimba lepas majlis (walaupun belum honeymoon jauh-jauh lagi). Memang aku tak menyesal majlis aku simple. Sebab hikmahnya kami boleh enjoy beriya-iya tanpa fikir masalah kekurangan duit.

Kalau mampu memang boleh buat beriya-iya. Tepuk dada tanya selera.

Takde apa yang nak dimalukan dengan majlis simple. Yang penting kehidupan selepas majlis. Nak pergi mana cakap je, nak makan apa cakap je, nak beli apa cakap je. Lepas kawen lah boleh jalan pegang tangan, lentok-lentok kepala dekat bahu, makan suap-suap, cubit-cubit manja. So, tak perlu bersekat-sekat kan? Suami asyik tanya 'dah boleh pegang tangan kan?' Iyaaaaaaa :)

Malam tadi paksa Suami tidur awal sebab esoknya nak kerja. Boleh tak paksa Suami tidur jangan tengok TV dah. Hahahaha. Padahal taknak tidur sorang dalam bilik punya pasal.. Mengada!

Maaf lah, entry ni takde picha. Hidup kelam kabut kan, macam mana tak kelam kabut, enjoy sangat sampai lupa nak atur hidup sendiri. Kabel henfon pun tertinggal dalam laci. See? Kelam kabut punya pasal. Alamatnya aku tak boleh lah nak transfer picha(s) dari henfon ke PC. Kalau nak share pasal wedding tak best la kalau takde gambar kan?

Maaf sekali lagi kalau ada yang tak selesa dengan entry aku yang ini, bukan nak belagak, tapi aku dah lalui benda yang paling aku risau (majlis kahwin), dan aku sedang lalui kehidupan yang aku fikirkan susah pada awalnya, tapi hakikatnya kalau kita nak kehidupan yang selesa dikemudian hari, kita kena abaikan segala nafsu yang memaksa kita berhabis-habis untuk benda yang tak perlu. Memang majlis kawen sekali seumur hidup, tapi jangan perdagangkan kehidupan yang masih panjang di depan kita. Tak salah dan tak malu pun majlis kecil-kecilan, tapi malu kalau lepas kawen makan pun bersekat, poket kering sebab banyak habis dekat majlis. Ukur baju dibadan sendiri. Enjoy your marriage life, settle kenduri settle masalah. Jangan sampai picit kepala lepas kawen. Perkahwinan adalah kehidupan yang sangat awesome. Mulakan perkahwinan dengan keberkatan dan kesederhanaan.

Amin.





thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!

Friday, November 16, 2012

Review #1 : Bridesmaid Saya :)

Hai!


Assalamualaikum.


Benda first yang aku nak share dekat blog puterigaban ialah bridesmaid! Maaf ya, yang ni pun curik2 update, sebab Suami pergi solat Jumaat. Tadi pun sebelum dia pergi solat dia sibuk 'kacau-kacau' aku nak online. Huhuhuhu. 

Bridesmaid aku ialah Sharifah Rodziah Syed Jalaludin dengan Siti Zaharah Zakaria. Dua-dua ni best friend aku. Sorang kawan sekolah sampai U sampai lah sekarang, yang sorang lagi kawan office. 

Aku memang berniat nak kawan baik+rapat jadi bridesmaid, tak plan pun, cuma last-last minute aku request dekat diorang terus jadi kenyataan. Alhamdulillah. Pagi-pagi lagi diorang dah sampai kat rumah aku, tunggu aku bersiap. Yang bestnya, Ifah, Ara, Leha, Eyla, Leen, Nissa, tolong aku pakai selendang dengan veil. Perasaan? Macam puteri. Sorang pegang, sorang cucuk pin, sorang betul-betul kan selendang blablabla. Ya Allah, taktau la nak cakap macam mana.. Puteri sangat! Hiks.







sila abaikan selendang aku yang huru hara tu. benci.


Dengan paksaan aku suruh Ara dengan Ifah pakai baju warna pink, shocking pink lak tu. Hehehe. Sanggup diorang pakai warna yang aku suruh. Terima kasih banyak-banyak ya :)) Picha-picha ni aku ambil dari FB sendiri, picha first dari Eyla Rahman, sepupu aku, picha second dengan third aku ambil dari Sharifah Rodziah. Thx sebab tagged :)

Bridesmaid tambahan ada, tapi picha dalam PC Ayah. Huhuhu! Pening kepala nak pilih picha yang mana. Nanti aku review lagi eh.

Suami dah pulang dari masjid, terus lambat publish entry. Tengok, tengok.. Grrrrr! Jom lunch.




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Thursday, November 15, 2012

Teaser : Nikah Day. Me as Mrs Gaban ;)

Hai!


Assalamualaikum.

















Banyak sangat benda nak share, nak cerita.. Tapi masih belum sempat nak share apa-apa. Tengah menikmati hidup berdua yang super best. Heeee! Asyik keluar ke sana sini sampai pulang tak kira masa macam mana nak share dengan korang kan. Haihhhh. Maaf berbanyak eh, bila dah dengan Suami mana boleh buat benda lain dah. Huhuhuhu.

Nanti aku curik masa untuk share dengan korang ya.

Terima kasih yang tak terhingga kepada yang mendoakan kami dan majlis kami. Allah saja yang dapat membalasnya. Kerana doa kalian, majlis kami sangat lancar. Syukur Ya Allah.




thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!


Tuesday, November 6, 2012

Preparation #10

Hai!


Assalamualaikum.



ambek kau. cukup besar ke tak.


Tinggal 3 hari je lagi. Preparation semua okay, alhamdulillah. Sabtu dan ahad baru ni ramai family dengan kawan2 Ibu dan Ayah datang tolong menolong. So settle :
1. Doorgift
2. Bunga Manggar

Fuh, alhamdulillah :)

Dah start debar+risau sebab takut kalau ada mana-mana part yang kurang atau tak lengkap. Sekarang ni dalam kepala asyik fikir 'itu dah, itu belum, itu on the way, ini belum, ini dah'. Tapi tidur malam tetap nyenyak (pls noted aku suka tidur) hiks!

OP? Aku tak pernah mention pasal OP aku kan? Huhuhuhu. Aku memang takde OP. Ayah memang bisnes Photographer. Sejak muda, sejak zaman filem sampai la zaman DSLR, Ayah memang working as a photographer. Since sabtu Ayah dah start rakam (snap) every single detik-detik indah proses majlis. Aku tak pernah terfikir, majlis aku, diri aku akan terakam seminggu awal dari majlis. Huhuhu. Thx Ayah.
*picha still dalam camera Ayah, kalau ada masa aku curik2 copy eh*
Aku sangat teruja bila ada picha kitorang ramai-ramai buat doorgift. Hey, tu aku! Haha.

Masa majlis nanti photographer aku ialah anak murid Ayah. Okay, takde la segan sangat nak sengih. Hehehehehehehehehehe!

Baju kami berdua dah selamat ada dekat dobi. Tunggu masa nak ambil. Fuh! Selamat lah hendaknya.

Itu hal-hal yang dah settle dan dalam proses, benda-benda yang belum settle dan dalam proses :
1. Pelamin
2. Hantaran

Pelamin nak setting hari Rabu malam, harap-harap takde halangan. Awal ke? Lantak lah, janji tak kelam kabut. Huhuhuhu. Pelamin bodoh-bodoh je pun. Sobs!

Tengah berusaha gigih menyempurnakan hantaran untuk En Gaban. Ada sedara cakap warna nampak plain. Yup, memang nampak sangat plain. Cream+soft blue. Plain kan? Macam tak cukup vitamin. Tapi nak buat macam mana, dah memang warna tu yang aku nak. Huhuhu! Pls jangan cakap plain. Uwaaaaa!!

Beriya aku cedok gula-gula, jelly, marshmellow kat Famos Amos, siap dapat biskut free sebab tersengih-sengih kat bangla hensem macam pelakon hindustan. Boleh? Orang lain timbang nak ngam-ngam 100gram. Aku lak asyik tambah, tambah, tambah pastu tersengih-sengih kat bangla tu. Hahaha. Sorry la bhaiya, saya mau buat kawen la. Untungnya? Dia tanya aku nak biskut tak? Aku cakap taknak, pastu dia g bagi sekeping biskut kat aku. Suka hati kau je kan? For me? Pastu dia sengih-sengih.. Ambek, pastu say thank you pastu sengih-sengih keluar Famos Amos.

Banyak picha nak snap, tapi tak tersnap. Buat laju-laju je sekarang ni, tak pandang kiri kanan dah. Kejap atas katil, kejap kat bawah, nasib baik tak masuk bawah katil. Janji semua yang aku nak siap.

Dalam kepala otak ni cuma satu je aku fikir 'cepat la ahad 11hb' aku dah malassssss. Huhuhuhu.






ini doorgift saya :)
1100 jars DONE!
picha dari henfon Sony aku je. sobsobsob :(


ini picha yang kakak sepupu aku email malam tadi
geram tak?


Aku tempah kek untuk hantaran dekat kakak sepupu, aku just describe kek macam mana yang aku nak. Coklat plain pastu hias dengan smarties atau M&M. Malam tadi kakak sepupu email picha ni siap cakap dia geram tengok kek ni. Apakah? Haha.. Comel sungguh kakak sepupu aku ni. Yang picha ni kawan dia yang buat. Dah kalau dia geram, aku lagi la geram. Memang tak sampai hati aku nak potong kek ni. Hahaha. Kit Kat kot yang tepi kek tu.. Yummy! Lebih kurang macam idea kek aku, tapi for sure kek yang ini lebih awesome :)

Okay lah, nak sambung jahit bantal kecil-kecil untuk dulang hantaran En Gaban. 10 pillows to go. Pheww! Menjahit dekat ofis? Takpe, En Boss faham mood orang nak kawen. Kan En Boss?



thanks korang!






Love,
Nursaila Norman!

Saturday, November 3, 2012

Manicure & Pedicure

Hai!


Assalamualaikum.


Kalau baca dekat tajuk mesti dah faham kan? Hehehehehe ;)










Jawapan yang aku boleh bagi ialah 'Awesome!'. Sebelum-sebelum ni aku buat sendiri guna buffer beli kat Watson's. Penat la kan nak gosok2 kuku sendiri. Tapi bila orang buatkan haruslah heaven. Hikhikhik. Paling best part kaki. Walaupun geli sebab dia gosok2 tapak kaki tapi best. Hahaha. Memula malu gila nak hulur kaki kita bagi kat orang urut, scrub, bersihkan kuku blablabla, tapi bila dah start terus terleka sebab syiok. Hehehe.

Lepas pedicure, aku buat manicure lak. Siap nak tertido pulak. Hadoi kau ni Saila. Hehehe.

Tapi paling tak best bila..


Tak best bila akak yang buat kan pedicure & manicure aku pakaikan aku kasut. Oh NO!! Settle manicure dia ambilkan kasut aku pastu sarung kat kaki. Gila terkejut aku apasal ada orang pegang-pegang kaki aku kat bawah meja. Terus aku tarik kaki slow2 pastu pakai sendiri. Huhuhuhu. No need la akak, saya boleh pakai sendiri.

So lepas ni, lepas sebulan aku nak singgah The Nail Parlour lagi sekali!

Aku dah double check dengan akak The Nail Parlour ni, aku tanya kalau aku pakai inai nanti effect tak kuku aku yang di manicure dan pedicure ni.. Dia cakap tak sebab dia dah try dah pun.

Weeee!






thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!

Friday, November 2, 2012

My Last Friday

Hai!


Assalamualaikum.


Harini Jumaat last untuk aku dengan En Gaban sebagai bujang. Yayyyy! Err.. Takut sebenarnya. Huhuhu. Risaukan hari majlis yang dua hari tu. Risau kalau-kalau tak mampu nak puaskan hati semua orang. Tapi memang pun, mana mampu nak puaskan hati semua orang kan.

7 hari lagi termasuk hari ini. 9hb dah tak kira. Huhuhuhu! Semalam dah apply cuti kawen. Excited okeh suruh En Boss sign pastu hantar kat kerani cuti. Hehehehehe. Boleh pulak En Boss tanya kenapa aku amek cuti 2hari je. 8hb dengan 9hb. Okay lah tu, malas la nak cuti lama-lama. En Gaban dapat cuti free seminggu tak termasuk cuti umum. Wallawehhh.. Lamanya cuti. Awak jadi surirumah lah nanti eh. Hehehehe!

Nanti 16hb (jumaat) baru aku apply cuti. Tapi kalau ada program dengan En Gaban maybe aku ambil cuti pada 14hb (rabu) gak. Tengok pada program dulu. Huhuhuhu. Isnin 12hb, En Gaban akan hantar aku pergi kerjaaa! Yeahhh.. First time kot En Gaban akan hantar aku pergi kerja. Excited kot aku. Macam sengal pun ada.

pssstt : En Gaban dah finalise dah program2/aktiviti2 kitorang lepas kawen nanti. kalau takde halangan harap semuanya menjadi. amin.

En Gaban, harini last jumaat kita single tau. Minggu depan hari jumaat hari nikah kita. Are you ready? Hehehehehe :)

In advance, sabtu dan ahad ni last la kami sebagai single. Sabtu minggu depan dah majlis resepsi. Ahad? Hari minggu suami isteri. Wehuuu. Happy sebab boleh spend masa lebih dari kebiasaan. Hikhik.

Ibu bagitahu kacang dah sampai. Tak lama lagi dah boleh packing (masuk dalam jar). 1100jars. Termasuk lah TQ tag. Huhuhuhu! Pitam nak buat. Sebab tu aku dah buat gubahan hantaran sikit-sikit supaya minggu last ni cuma buat kerja-kerja tambahan sahaja. Kerja-kerja utama aku kena siapkan sebelum Isnin. Oh, perancangan harus rapi. For sure hari rabu, khamis dengan jumaat kelam kabut lebih. Hari khamis nak susun pelamin mini. Walaupun takde panel, takde kain untuk backdrop, tapi tetap nak buat hari khamis. Taknak kelam kabut. Khamis malam aku nak tidur awal. Kalau tak tidur awal pun, aku nak rehat awal. Taknak buat apa-apa.

Baju pun belum hantar dry clean lagi. Esok kena hantar jugak. Nak taknak hantar jugak esok.

Malam ni over night la siapkan gubahan hantaran En Gaban. Yang aku punya tempek-tempek je. Aku punya buruk takpe, untuk En Gaban punya malu pulak kalau buruk. Tapi rasanya memang buruk   pun. Hahahahahaha! Boleh gelak pulak. Tak kelakar okeh!

Okay, menyesal korang baca kan? Sebab aku mengarut ntah apa-apa kat sini macam ni diari pulak. Please la Saila.






thanks korang!





Love,
Nursaila Norman!




Thursday, November 1, 2012

Conversation #5

Hai!


Assalamualaikum.


Pagi ni boleh pulak on FB. Reply pm kwn2 mana yang wish pastu komen-komen dengan En Gaban, lama tak berkomen-komen dengan dia kat FB. Kuat menyakat sungguh.

Macam saya taktau awak nakal-nakal kat status Kak Wan Suhaini. Malu okehhh. Huhuhu.

Secara official-nya kerja-kerja DIY saya dah habis. Erm, yelah kalau tak salah, dah takde apa yang nak di-DIY-kan lagi dah. Lain-lain hal cuma gubahan hantaran dengan pelamin mini sahaja. Lain-lain insyaallah, kalau ad-hoc tu taktau la kot-kot ter-DIY. Hehehe.

Tinggal 8 hari termasuk hari ini sebelum our solemnization day on 9 November 2012. Perasaan still kosong. Tapi En Gaban dah excited+gemuruh dah. Dia dah start bagi kata-kata tazkirah pulak skrg ni.. Tapi best pulak bila dia bagi kata-kata tazkirah how to be a good husband and wife. Rasa macam best je. Especially bila dia tahu tanggungjawab dia menjadi berat untuk jaga aku, lindungi aku, jadi ketua keluarga, pastikan aku baik-baik sahaja. Jadi sedih bila dia cakap dia akan ambil alih tugas Ayah untuk jaga aku. That part aku termenung kejap.

Malam tadi dia ada cakap, dia nak satu je lepas kawen nanti.. Satu je dari aku.
Satu je? Okeh excited disitu sebab satu je kot. Hahahaha.

Jangan bagi sampai dia masuk wad.

Serius aku terkedu. Jangan bagi dia masuk wad. Okay, boleh. Tapi kalau terrrmasuk jugak? Adakah aku fail?

Then aku cakap, bukan senang nak control sakit sekarang ni. Bakteria pun dah canggih, sebab tu kita kena pakai Lifebuoy. Okay, mengarut sudah.

Dia angguk faham. Tapi dia cakap dia nak control bab makanan, taknak makan luar macam skrg ni (org bujang kann), xnak makan makanan tercemar. Nak makan kat rumah pastu nak lepak mamak lepak la. Tapi xnak dah makan-makan luar. Maksudnya aku kena masak. Okay, noted.

Dia cakap dia selalu demam dari kecik sampai dah besar, tapi mak dia jaga tak pernah sampai masuk wad. Dia agak sensitif dengan makanan, salah makan mudah sakit perut, mudah gatal-gatal, memang kena particular sikit bab makanan ni. Kedai pun kalau dah feveret kami maknanya makanan dia okay lah tu. Kalau tak, kami reject.

Dia start hidup membujang sejak tahun 2010. Tapi sejak 2011 sampai sekarang dia nampak terlebih sihat dan terlebih gemuk dari dulu. Nape lah awak tak terlebih sihat sejak 2010. Susah hati ya..

Disebabkan kitorang banyak susah senang, jatuh bangun since 2011, life kitorang semakin better. Sebab tu dia makin sihat dan gemuk. Haha. So aku kena maintain la bagi dia sihat sebab mak dia pun dah pesan mintak aku tengok-tengok kan En Gaban, bab makan En Gaban sangat sensitif. Sejak 2011 aku banyak pantau kesihatan dia, jgn salah makan, jgn selesema teruk-teruk nanti demam.

Okay, kesimpulannya dia anak manja! Hahahahaha.

Berbalik kepada conversation kami, En Gaban cakap adalah sesuatu yang memalukan bagi lelaki kalau dah ada isteri tapi sakit sampai masuk wad. Okay, kes ni tak ambil kira la kes kemalangan ke, sakit kronik ke, sakit keturunan ke. Ini kes apa-apa yang melibatkan tugas isteri tapi suami sampai masuk wad. Ntah, aku susah nak explain maksud dia kat sini, tapi itu lah yang dia mintak.. Aku jaga makanan dia jangan sampai masuk wad. Itu kata kunci dia ya murid-murid.

The best part yang dia cerita kat aku ialah :
Lelaki yang dah berkahwin kalau berkumpul ramai-ramai seboleh-bolehnya nak cerita yang baik-baik je pasal isteri masing-masing. Kalau ditanya sorang-sorang, sape yang paling dia sayang dalam hidup, mesti lelaki-lelaki tu semua jawab 'isteri', 'isteri', 'isteri'.

Eh? Ada ke lelaki sebaik itu? En Gaban cakap mesti la ada. Lelaki yang sayangkan isteri. Sebab tu malu kalau suami tak terjaga.

Harap-harap kita semua tak termasuk dalam golongan isteri-isteri yang tidak menjaga atau tidak pandai menjaga suami. Amin.

A simple conversation between me and En Gaban tapi sangat mendalam. Nampaknya aku kena :
1. Masak makanan yang bersih dan sihat
2. Jangan bagi dia demam
3. Jangan bagi dia gatal-gatal alahan makanan
4. Jangan bagi dia sakit perut

Lain-lain kalau boleh kita pun taknak sesiapa dalam keluarga kita masuk wad dan sakit. Tapi kalau dah Allah bagi ujian, kita terima dengan redha. Tapi still kita kena usaha elakkan semua tu kan.

An apple a day keeps the doctor away.

Sekadar perkongsian rasa.





thanks korang!




Love,
Nursaila Norman!