CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 2, 2014

So-Called azamtahunbaru

Assalamualaikum.



Hello 2014!

Ramai orang berazam macam-macam untuk tahun baru, aku tak pernah ada azam pun. Sebab azam aku tak pernah tercapai langsung! Haha. Normally, aku aim sesuatu je. Tak pun in planning. Itu je. Dan so far alhamdulillah, tercapai :)

Tahun ni aku aim or plan untuk celebrate birthday gila babi punya. Sebab tarikh birthday aku tahun ni cantik Ya Rabbi 14.04.14. Daaaaaaaa! 3 bulan sebelum due date. Pandai-pandai lah nak rancang apa pun. Janji gila vavi. Nampak tak merepek nya aku mengalahkan orang gila? hewhewhewhew!

So semalam tahun baru kann.. So meh ahkak nak cerita betapa bersemangatnya ahkak sambut tahun baru. Pergi beli barang dapur dek non! Huahuahuahua. Berkobar-kobar ni nak masak dinner. 

Sebelum masak ada tragedi sikit, tragedi area Batu Caves takde gas. Melilau kami Suami Isteri bawak tong gas kosong cari kedai yang ada jual gas. Naik kereta okeh, jangan ingat kami naik motor pulak bawak tong gas kosong. Ahahahahaha. Aku gelak dulu sebelum korang gelak. kehkehkeh!

Cut it short, selamatlah dinner aku setelah berbulan-bulan apply cuti masak dari Suami. Aku taktau lah Suami memang betul-betul suka masakan aku, memang puji ikhlas aku masak sedap atau tidak. Sebab tiap kali aku masak dia puji tu satu hal, cara dia menikmati pun satu hal. So aku taktau nak kembang ke atau nak kena berhati-hati. Hehe! Sampaikan sepanjang Suami bawak aku membeli-belah barang basah, dia punya lah excited bini nak masak. Sedap lah tu kan? Hahahaha. Pastu masa aku tengah masak, dia curik-curik snap gambar aku. Damn, nasib baik cun. kehkehkehkeh.



























Tadaaaaa! Dinner malam tadi saje taknak minyak-minyak. Ayam bakar, sayur campur goreng tanpa minyak jugak. Tapi nasi selambak. Motip?! Aku punya bakar takde lah pakai microwave canggih-canggih, bakar manual je macam zaman dulu-dulu. iheeeeee :)



























Sayur kena lah sayur feveret aku, brokoli, carrot, buncis dengan kentang.
masak separa mentah



























Tau Suami tak makan sayur, tapi letak jugak dekat pinggan dia. Tapi lepas tu aku ambil sayur-sayur kat pinggan dia, alih masuk kat pinggan aku. Sayur sedap pun tak makan. Rugi. Huh!

First time try masak style macam ni, konon macam orang putih lah takde kuah lemak, takde sambal, baik untuk perut dan kesihatan. Konon. Tapi jujurnya, aku lagi suka masak style macam ni. Masakan melayu macam leceh je.. Huhuhuhu! 

Eh, okay lah. Kalau aku rajin aku masak style lain pulak eh. Style omputih tapi versi reka sendiri. Jadilah, janji makanan sihat :) 

Selamat tahun baru 2014 semua!
As'salam :)





Love,
Nursaila Norman!


9 comments:

DYatie said...

Saila.
Kite pun nak masak jugak setiap hari utk family tetapi...
So far tak cukup barang lagi kat rumah.. muahahaha..
Cam sedap je tu.. sayur tuh terutamanya..
Tergoda perut kite.
Bahaha.

Miss Hidy said...

Sedapnya brokoli,
Selamat tahun baru kak saila..:)

cik hani said...

good try Saila
takpe, walaupun simple tu tetap air tangan isteri

Affy Afiqah said...

ahahahaha kak ika pun tak makan sayur hewhew

Ana said...

Nampak sedap dan menyelerakan..nanti nak buat jugak la..tp akak kene standby sup kosong sbb suami akak mmg tak suka makan kering2..:)

Nursaila Norman said...

tu lah kak Ana, husband saya pun tak mkn kering2..hehehe..tp ikut jelah mood bini dia nak masak kering2 hihihihi :p

Sharz said...

sedapnye!!! rajib saila masak!!!
kite masak letak lam pinggan terus ngap je..tak sempat nak amik gambar..kite pon same letak sayur kat husband wlupon tau lelaki kurang makan sayur..tapi paksa jugak..ckp ngan die baik tuk kesihatan..tapi kite akan masak sayur yg die akan makan je.. :)

Iera'ra Nordin said...

heee...sdp je tuh ...
agree jgak , melayu dishes mmg remeh ..
but still di hatiku jua ..hahahahah

ayut said...

Suami akak excited bika akak nk msak. Yela..vuti msak ye lama sgt agk ye..hihihi.klu ayut lg best.jnji ada mknan blh mkn..setel.versi dr mna bljg cite.hahaha