CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 3, 2014

Wanita Hamil & Kucing : How to Prevent the Toxoplasmosis

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, sebab kita berada di zaman serba canggih, segala persoalan yang kita takde jawapan, just googled! Cuma kalau google dalam Bahasa Melayu susah nak dapat jawapan yang kita cari. As we know, orang barat lebih advance dari kita DAN tak salah kalau kita ambil segala tips dan info-info dari mereka :)

Sejak aku conceive Disember lepas, aku lebih serius ambil tahu banyak hal tentang pregnancy. Compare before aku conceive, segala maklumat aku copy and save without study dalam-dalam. Just baca as an info lepas tu saved. Dengan niat, bila aku pregnant aku baca seriously. Haha.

Semalam baca entry Namee, dia bercakap pasal kucing. Masa awal pregnancy dia pun, dia ada sebut pasal kucing. Dan aku ada 3 ekor anak kucing dalam rumah tu. Aku taknak lepaskan salah satu, aku nak dua-dua sekali (tamak), so aku googled semalam. DAN, sementara itu, aku ada jugak terbaca komen(s), terbaca kata-kata orang yang pregnancy women harus avoid cats! Harus. Without doubt. 

Dan aku tak puas hati. Takkan seteruk itu kucing kesayangan Nabi saw. Kan?

Thanks to GOOGLE, cukup lah info yang aku dapat. After this aku nak refer vet dengan doctors untuk more info pulak :) So kepada pencinta kucing, beberapa hal yang aku dapat, sebenarnya takde salahnya memelihara kucing semasa kita pregnant. Cuma najis dia sahaja. Sebab dalam najis dia tu yang ada parasite Toxoplasmosis. Parasite itu yang tidak baik untuk wanita hamil, bukan kucing itself :) Itu pun in certain case. Larangan keras supaya anda TIDAK mendekati najis kucing adalah sekiranya kucing anda kucing luar, kucing yang makan makanan dimasak, makan tikus (berburu kan sinonim dengan kucing), etc.

Info tambahan boleh refer link yang aku share ni eh!



















To those yang suka kucing, memelihara kucing, harap info ni dapat membantu sedikit, dan dapat mengurangkan sedikit kegusaran dihati. Kalau nak lebih confident, boleh bawak kucing anda ke vet untuk buat test sama ada mereka ada symptom Toxoplasmosis. Buat test dekat diri sendiri pun boleh! But overall yang aku baca, kebarangkalian untuk indoor-only cat sangat rendah. Apa-apa pun ikut preventions dan refer doctor k!

Tapi bagi aku yang tak sempurna lagi ilmu di dada, masih belajar sedikit-sedikit, masih mencari, benda pertama yang kita perlu buat ialah minta dari Allah supaya dijauhkan dari segala penyakit dan bencana. Lagi-lagi niat kita memelihara kucing itu apa. Segala yang terjadi atas kehendakNya, berdoa, usaha dan tawal. Berdoa supaya dilindungi diri ini dan bayi dalam kandungan dari segala penyakit, berusaha ikut tips yang diberi, dan tawal :)


Untuk senangkan korang yang malas nak bukak link satu-satu, aku try simple kan kesemuanya eh....

1. Mintak orang lain uruskan najis kucing (husband)

2. Kalau takde orang sangat-sangat dah
a) guna sarung tangan dan topeng muka semasa uruskan najis
b) cuci tangan selama 30 saat (guna dettol sebaiknya)
c) setelah tanggalkan sarung tangan, terbalikkan ia (buang sebaiknya, sebab disposal glove 40sen sepasang)

3. Letak litter box serendah yang boleh
4. Bagi kucing makan makanan tin dan dry food. Jangan bagi lauk mentah
5. Jangan biarkan kucing main pasir
6. Tukar/bersihkan litter box setiap hari atau 2-3kali seminggu
7. Pastikan kucing sentiasa di dalam rumah
8. Jangan bawak masuk kucing luar (bagi makan kat luar je)
9. Kita sendiri dilarang makan makanan separa masak dan mentah (sayur takpe! hehe)
10. Kalau anda berkebun, ikut tips no.2
11. Untuk kepastian, bawak kucing ke vet untuk test, dan kita jugak pergi buat blood test


Cukup lah tu, selebihnya korang baca sendiri jelah ye. Kalau bukan pencinta kucing pun, ambil lah ini sebagai satu ilmu untuk hari ini. Tak rugi pun dear :) 

Kepada yang ambil langkah untuk jauhkan diri terus dengan kucing terpulang, tak perlu lah kondem aku konon macam aku tak sayangkan diri. Masing-masing ada pendapat, cara dan niat masing-masing kan. Hanya Allah yang tahu.

Lepas sedikit hasil carian dan bacaan aku hari ini dan semalam, aku takde lah rasa diri ini tergolong dalam golongan ikut-ikut je. Maaf, maksud aku, aku tak suka tergolong dalam group main ikutttt je apa orang kata tanpa study terlebih dulu. Kadang-kadang tempat kita bertanya itu pun orang-orangnya masih banyak perlu belajar, taknak lah bertanya di tempat yang salah dan mendapat maklumat yang kurang sempurna.

Okay lah itu je sharing knowledge untuk hari ini, as'salam :)




Love,
Nursaila Norman!


18 comments:

Syaffiqah Rahman said...

Tahniah sis. Hehe.
Insyaallah, kucing takkan mendatangkan masalah. Rumah Pika byk kucing, sebab mak rajin bela sejak belum kawin lg. Memang kadang-kadang mak bawak kucing tido sekali. Alhamdulillah, kami adik beradik suma ok. hehe. Lagipun kucing tu boleh jadi peneman, buat kawan masa tengah stress.

Shizan Syafik said...

haritu post pic ngn kucen, masa preggy, ramai gila nasihat bla2..tp wat relak je sbb mmg dah tau najis dia yang bhya.. hikhik

Kesuma Angsana said...

Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !

Suria Lekatlekitgurl said...

Jaga kebersihan tu paling penting. akak ni celik2 mata je ada dah kucing.. Insya Allah.. setiap kejadian Allah tu ada manafaatnya.. perosak tu cuma manusa. Kucing di jadikan sebagai peneman manusia memudaratkan jika kita yg tak reti handle & jaga

cikCT said...

mertua kita dh x bg kita pgg,syg2 peluk2 cium2 dgn kucing.sbb awl2 ni x elok sbb bb x bentuk lg.

sobs sobs

cik hani said...

InsyaAllah, binatang kesayangan Rasulullah kalau kite jaga, tak kan mendatangkan kemudaratan kepada kite dengan izin Allah.

Fiqah said...

Tahniah...jsga diri elok2 yer...InsyaAllah xde ape2

Diyana said...

impian saila jd kenyataan.. Alhamdulillah.. take care ye (^_^)

NinaAz said...

najis dia jeaa sbenarnya yg xok. xsalah pelihara kucing time pegnant kann. hehe
btw. singgah sini. salam kenal dr nina.

BUNDA said...

Salam ukhuwah dan salam tahun baru 2014 dari bunda...

Iera'ra Nordin said...

great info saila ...
umah kita pon ada 2 ekor ..
sayang sgt2 kat diorg ...
heheheh ..
ada excuse srh husb je angkat poop diorg ...
yippyyy ...

Jajas said...

tahniah ye...

Hafiza AizZawa said...

pada Fiza ia bergantung pada antibody sesorg.. member Fiza mmg suke giler dgn kucing, dah kawen pun still tdo dgn kucing.. skrg tggu hari nk je dia nak deliver.. twins..

Affy Afiqah said...

good info ni kak!

ayut said...

Mencari info utk kita lbh confident dgn ap kita bt.itu lbh baik....nice sharing kak!

Afasz said...

hah good info. kalau pregnant should jgn anayai binantang. kalau syg kucing tu mmg bagus. sifat rasulullah.. sayang makhluk Allah...

bagus saila wat reearch dulu bukan hanya bc tajuk entri pasal kucing tu. kesian kucing tkde mak ayah nnti...

sha said...

najis kucing termasuk air pee2 dy skali ke?sbb sy x bela kucing..tp kucing jalanan suke pee2 kt umah ai..bau dy masyaallah.terhidu pee2 dy tu jadi kesan x?

Nursaila Norman said...

sha, psl pee2 tu x sure..sebaiknya elakkan hidu lah..dr apa yg sy fhm,toxo ni membiak di tanah n najis ditanah..