CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 23, 2014

33 Weeks Dan Raya Yang Bakal Tiba

Assalamualaikum.



33w5d. Macam tak percaya.. Tapi kena percaya lah jugak HEHE. Tahun ni aku dengan Suami decided untuk tidak membeli apa-apa persiapan pun untuk pakaian raya. Sebab aku takde mood nak berbaju raya dengan saiz tak balance ni. kehkehkeh! Aku pakai je dress-dress yang aku dah beli, dah pernah pakai pun sekali dua. Yang penting sedara mara aku tak pernah tengok lagi aku pakai dress-dress tu semua. HAHA.

Tahun ni aku bagusssssss sangat-sangat bab bersahur. Dulu aku ada masalah malas bersahur dan bersahur dengan kurma dan air je. Tahun ni aku bersahur macam orang berbuka. Seronok lah Suami sebab ada kawan bersahur. Yelah, nak berpuasa untuk berdua kan. Kena lah makan lebih. Tapi aku tak sama dengan orang lain, aku penat lebih, hilang tenaga pun lebih.

So far aku dah tinggal 9 hari. sobs! Selalunya aku dah flat teruk, baru pukul 7 pagi aku dah haus yang teruk.. Nak tak nak kena lah berbuka, Suami dah risau. Padahal bukan makan beriya pun bila dah berbuka tu. Time berbuka jugak lah aku makan beriya. Lebih kepada nak air je sepanjang hari. Takpe lah, Suami cakap nanti ganti slow-slow Sabtu Ahad. Baikkkkkkk..

Aku berpuasa tengok pada 3 point, kebetulan terjumpa artikel dekat internet. Boleh teruskan berpuasa kalau baby bergerak macam biasa, kalau baby senyappppp je better buka. Second tengok pada warna air kencing, kalau warna dah kuning pekat, tak digalakkan berpuasa, tu tanda air kurang dalam badan. Third kalau perut mengeras berpanjangan pun disarankan berbuka.

Warna air kencing memang agak gelap sepanjang aku berpuasa. Hampir ke oren selalunya. Bukan tak minum air, tapi banyak mana je air boleh masuk sepanjang malam. Huhuhuhu! Perut dah full dengan baby, dengan makanan berbuka lagi. Dapat la dalam 600-700 ml je. Sikit lah tu kan. Tapi so far check up dengan KK dan swasta masa bulan Ramadhan ni, takde berlaku kencing kotor. Alhamdulillah. So aku teruskan berpuasa selagi mampu (bertenaga, takde lah tahap layu macam pokok semalu).

Semalam check up dengan Doc Ezeta untuk 33w4d, doctor terkejut jugak aku tinggal puasa 8 hari je. Sempat jugak dia pesan hati-hati, kalau tak mampu buka je, jangan paksa diri. Macam biasa detail check up, berat badan aku tak naik. Bulan lepas 49kg, bulan ni pun 49kg. Penangan puasa. So aku nak tau sangat lah berat baby naik tak. Alhamdulillah naik.. Nampak sangat segala benda yang aku makan sepanjang bulan puasa ni pergi ke baby. Untuk aku takde. Bahaya sikit di situ, tapi takpe.. Insyallah takde apa-apa. Lagipun semuanya okay :)

Pernah sehari aku batalkan puasa sebab baby M tak bergerak. Aku pulak tidur, tapi selalunya masa tidur pun aku boleh rasa dia bermain-main di playground. Tidur awal pagi kan, bukan nyenyak mana saje malas bangun awal. Bila dah bangun, tengok TV, kemas-kemas barang baby, baru aku perasan baby tak bergerak. Kitorang panggil-panggil pun dia tak bergerak. Tunggu dalam 20 minit macam tu masih tak bergerak. Suami dah risau-risau suruh aku batalkan puasa. Aku pulak serba salah sebab dah pukul 12 lebih. Suami pulak risaukan baby dia. Akhirnya aku batalkan jugak puasa, minum air masak je. Memang haus. Masa tengah minum tu aku rasa baby macam gerak 'choit' sikit je. Perlahan sangat. Aku makan kurma pulak, masa tengah makan tu aku rasa dia gerak lagi sikit 'choit'. Wuwuwuuuu.. Perlahannya dan sikitnya. Suami apa lagi terus ajak aku pergi beli air kepala. Lepas zohor dalam pukul 3 petang kitorang keluar cari air kelapa. Jumpa. Dalam kereta jugak Suami suruh aku minum. Huwaaaaa.. Tak sanggup okeh nak minum depan orang berpuasa. Tapi minum jugakkk. hikhikhik!

Raya ni lebih kepada makan-makan kami sekeluarga lepas tu pergi beraya! Baju raya takde takpe, yang penting makan-makan. hiks! Suami tak sabar nak beraya tahun depan.. Hamboiiii. Nak beraya dengan anak dia lahhh. Siap dah decide nak tema warna apa tahun depan dengan anak dia. Hohoiiii.. Abah-abah sangat kannnn :)

Kalau ikutkan hati nak buat kuih semperit, tapi bilanya? Huhuhu. Tapi puding roti insyaallah konfem sebab dah terbayang-bayang dari awal Ramadhan. Tapi sengaja nak buat untuk pagi Syawal. Hehehehe!

Oh, doctor sempat pesan, raya ni banyakkan minum air masak, makan sayur dan buah. Memang susah nak jumpa 3 jenis makanan ni time raya. Jadi aku plan dengan Suami supaya bawak air masak sepanjang beraya sekurang-kurangnya 1-2 liter. Kena beli sikit buah jugak supaya tak miss makan buah. Suami cakap 'apa lagi, subway jelah..lengkap semua'. A'ah kan!!

Maybe ini last entry sementara nak tunggu raya, so next entry selepas raya lah ye. 

#prayforGaza
#prayforMH17
#prayforMH370






Love,
Nursaila Norman!



10 comments:

Anonymous said...

Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

Diyana said...

kuih raya xmo mkn byk2 ye... berat naik m'dadak... jd kat saya tahun lepas smpi nurse bising...

hehe take care (^_^)

Nuriesya Nadia said...

Subway terus. Bagusnyaaa. Hahaha!

DYatie ABakar said...

dah 33w dah kan. sekejap je rasanya saila. semoga Allah permudahkan semuanya Saila. :)

Shafizah Man said...

Goodluck Sis :) good entry for mummy to be. Hehe

Afasz said...

ala nnti time raya , makan je apa awak nak. nnti dah pantang.... nikmat makan masa mengandung ni best tau lgi2 bila dah nak bersalin, selera kemain..

fasz dulu puasa full. masa preggy 1trimester je alahan teruk, masa dah nak dekat bersalin mcm sayla ni, bertenaga sungguh tp still tk leh la nak wat keje keje umah. cpt penat.

bj raya still cari sbb smua pon ada dah bj, nak gak ikut tema. alhamdulillah masa thn lepas hampur dah putus asa, tp akhir nye jumpa gak jubah setema ngn mereka. kalau tak cacat la gambar raya kami. hehe

moment bergambar time raya tu yg penting. bj baru ke tak tu tak penting sgt kot. :D

.hasina. said...

selamat hari raya! :)

Anonymous said...

4 more weeks ckup terms da saila. Bole bersalin da.. ehehe... 2nd pregnancy berat ssh sgt nak naik. siap turun lg. nurse tegur sebab takut baby kecik nti. So, balun minum susu 2x sehari.. hehehe.. Insya-Allah, semuanya akan ok.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. tak lama lagi tu. tak sabar tengok ur junior. take care my dear. amalkan zikir dan doa Nabi Yunus ya. semoga dipermudahkan urusan nak bersalin ~~~

ayut said...

Baby M ye..alhamdulillah..33w dah..big clap for mama dia dan baby..hahaha.waiting nak tgk baby...!!