CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 17, 2014

Tempat Saya Membeli Barang-Barang Baby

Assalamualaikum.



Maafkan tajuk di atas. Taktau nak letak tajuk apa sebenarnya. sobs! Sebab tujuan entry ni pun just nak share kat mana aku beli baju-baju baby dengan harga yang murah dan mampu beli. Aku tak beli banyak, tak lah memborong macam tak bershopping dah.. Aku beli ngam-ngam sampai baby umur 3 - 4 bulan macam tu. Selebihnya beli masa baby dah ada.

Maaf jugak kalau entry ni macam panjang, pastu takde lah membantu sangat sebab aku memang tak menjelajah banyak tempat mencari barang.

Jadi tempat yang aku shopping pun tak banyak, tapi takpe lah nak tulis jugak. Kalau tak untuk orang lain pun, untuk kenangan diri sendiri. HEHE.

Baju pertama yang aku beli masa tu aku pregnant 4 bulan ialah baju kat bawah ni. Beli kat FOS OU. Masa tu saje je jalan-jalan, masuk FOS saje beli sebab nak warm up konon. Hikhik! Harga tetiba tak ingat.. Kalau tak salah sehelai rm6 kot. Memang newborn habis. Saiz takyah cakap lah, comel tahap dewa. Aku agak kalau baby tak besar (<3kg), boleh lah pakai dalam seminggu lebih. Kalau tak, pakai sehari dua je kot. Heee :) Malas nak bukak lipatan, sebab kecik sangat. Jadi aku susun macam roti canai lak. 





































Lepas tu aku start membeli belah dekat Manjaku. Baju semua untuk newborn sampai 3 bulan sahaja. Baru-baru ni aku tambah sikit dengan saiz 3-6mo. Tak banyak tak sikit. Setakat seminggu tak membasuh tu lepas la. Tapi menipu la seminggu tak membasuh kan. Encik Suami sayang kan adaaaaa.. Hehehe. Macam dalam picha, ada baju tidur sepasang (yang tinggi sikit tu), pastu baju untuk lengan pendek, seluar pendek dan panjang. Cukup lah kan, takpe lah tak boleh pakai lama pun. Takde istilah membazir untuk baju anak :) Kalau masih elok tak uzur, boleh pakai dekat adik pulak :)





































Masa nak beli barang-barang untuk breastfeed, aku decided untuk pergi One Baby World (OBW). Dekat sana walaupun tak sebesar Manjaku, tapi pilihan yang ada boleh tahan rambang mata jugak! Yang bestnya customer kena bukak kasut, jadi orang muatan berat macam aku ni boleh lah bersila masa memilih. HAHA. 


































Barang breastfeed memang tak banyak. Beli mana yang betul-betul perlu je. In case tak cukup atau ada yang terkurang beli online dekat OBW semua ada. Tapi insyaallah, doa-doa lah cukup. Botol susu, pam manual beli online jugak dekat FB ZT Baby Essentials. Beli kat FB ZT, beli masa promo. Botol Avent 4oz (2pcs) 9oz (2pcs), berus pencuci botol, puting (pacifier), breast pad untuk siang & malam rm150. Pam manual Avent rm160. Beli sekali dua-dua barang tu rm300 free postage. Bagi aku dah murah gila lah. Kat page-page lain ada jugak, tapi lebih dalam rm10 rm20. Okay lah kan..



































































Baju 'Mom' & 'Dad' memang sepasang. Harga dalam rm26.90 kalau tak salah. Tuala mandi rm29 kot sehelai. Beli dua helai je, kalau nak menambah sehali dua lagi pun boleh. Tapi tak payah yang hoodie lah.





































Baju yang kat atas ni aku beli dekat Mom & Baby Expo Mid Valley haritu. Terkejut jugak kan, pergi expo tapi beli ini je.. Selain pampers lah. Tujuan ke expo beli pampers, lepas tu macam sedih sangat, amek lah wet tissue, maternity pad, dengan baju kat atas ni. Hehehehehe. Rm25 sahaja.





















Yang ini aku beli dekat Plaza GM Chow Kit. Kebetulan masa tu nak membeli bahan buat pearl HB. Saje lah mencari kedai yang ada jual baju baby. Jumpa lah satu kedai ni, baju-baju dia cantik-cantik dengan harga yang okay. Total romper baby yang aku beli 12 helai. Sekali dengan stokin baby 18 helai. Total rm100. Ini untuk saiz 3-6mo.

Baju kat bawah ni pulak aku beli dekat FOS jugak. Romper baby rm13 sehelai. Ambil 3 helai jadi rm30. Seluar paras lutut tu sehelai rm7. Aku dah pilih sampai 4 helai, tapi takyah tamak-tamak. Macam la tak membeli dah.. Ambil 2 helai je dulu.


















Murah-murah je baju baby aku. Tempat membeli pun area KL sahaja. Aku malas lah nak ke Shah Alam walaupun kebanyakkan penjual online bukak kedai kat area sana. Macam tak berbaloi je pergi jauh-jauh untuk jimat rm1 rm2. Huhuhu! Area KL pun kalau pandai cari, ada budget boleh jugak dapat harga yang reasonable.

Itu jelah, barang-barang lain semua beli dekat Manjaku je. Aku memang tak beli lebih, tak beli semua benda. Mana yang boleh KIV, aku KIV dulu. Mana yang tak perlu aku tak beli. Kesemua peralatan menyusu (botol, pam semua2 tu) aku sterilize dalam periuk kukus je. Yang pentingnya air mendidih untuk bunuh kuman. Esok tiap kali nak sterilize boleh guna periuk yang elok lah jangan guna periuk masak pulak. Hehehehe!

Okay lah, lamanya aku ambil masa untuk update entry ni.. Taktau lah kenapa :(





Love,
Nursaila Norman!



15 comments:

cik mah said...

Arghhhhh geram tgok...comelnyer bj bby..ada 1 bj tu sm ngan azwa... T bby mesti comel sngt pkai bj comel2 ni...xsbrnya..ops..tetiba excited lebih..heheh

Fiza Rahman said...

Memang rambang mata klo shopping barang baby.

Shafizah Man said...

Banyak ya baby romper..hehe fiza pun jadi naik excited sgt nak ada baby juga ;)

Rina Ellisa said...

seronok nye tengok baju2 baby.. =D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum saila, wahh banyaknya beli baju. hehehe murah2 dan cantik2 pula tu. i like it! ehehehe sheila beli banyak 6 bulan ke atas. sebab expect my baby cepat membesar and yes, skrg dah 5kg (umur 2 bulan) hahhahaha baju new born semua dah ketat2 dia pakai. kelakar hohooooo~~~

PetakBunga said...

saila,
beli baju yg ada butng utk bby nb. sb susah nk pkaikan bju bby tau.. beli yg lubg2 juga .. itu lebih prktikal.

mila said...

banyaknye rompers..klo bb besar ni bpe bulan je blh pakai.hehe

mshazadoes said...

byk nye bju baby yanggg :)

Princess Feyqa said...

Geram je tgk baju baby kan. Dh la comel2, kecik cinonet plak tu hehe. Fiqa baju newborn dlm 15 pasang je.so rotate je la sepanjang dia nak membesar ke size 3-6months hehe

nora razalli said...

comel2!
mmg geram kalau tgk bju bby :)
ras nk beli semuaaaa ...huhu

Sharz said...

comelnye baju2 tuk baby girl kan...iman tak sebanyak tu pon baju sbb mummy die berkira sgt nak beli baju..haha..tapi takat ni cukup la tuk seminggu..n memang tunggu seminggu baru basuh sbb mummy die malas nak basuh guna tgn n takde mase lgsung sbb iman manja sgt nak melekap je bile balik keje..

Wani Ameen said...

Rambang mata tengok baju baby nih. Done follow your blog. Follow me back. www.waniameen.blogspot.com

Anonymous said...

Kalau agak2 cuaca panas, better standby baju lubang2. Banyak beli romper.. Tp tkut nk pakaikan nb romper. risau leher bb tergeliat.

lalasanshop said...

Comel sgt.....sya nwbie blogger...byk tak taw lgi sal blogging nie..tp boleh la jguk2 blog sya sesiapa yg nk shoping online tuu....

chedacheyu said...

Comelnya!!