CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 13, 2015

Keluar Berdua Maknanya TAK SAYANG ANAK

Assalamualaikum



Terbaca dalam 1 blog, owner blog share pasal Vivy Yusof punya IG. Aku follow IG dia, but honestly aku dah jaranggggggg sangat-sangat bukak IG one by one sebab kekangan masa. Lagi pun aku jarang nak baca komen-komen dalam tu. Just like sebab memang i like, haha! Tapi bila blog yang aku baca tadi review isu Vivy Yusof tinggalkan anak sebab pergi bercuti, aku terus rasa eh, dah lamanya tak tgk IG Vivy. Sebab IG dia best, captions dia semua kelakar. Tapiiii, Vivy bercuti tak bawak anak pun jadi isu. Blerghhhh!




Aku share ni bukanlah sebab nak cover Vivy sebab aku follow Vivi sebab aku suka captions dia atau sebab dia cantik gila. Tak. Tetiba aku rasa macam loser sangat jadi typical woman/mother.

Firstly, aku nak minta maaf dulu.

Sebab aku tau, apa yang aku nak tulis (sebab ni diari aku, medium aku nak membebel) kat bawah ni pasti menyakitkan hati sesiapa, atau menyebabkan perbalahan antara kita. Haha. See, sentitif isu ni. Tapi aku nak tulis jugak sebab aku kan alien kat Malaysia ni.

Tak semestinya kita tak bawak anak kita bercuti / berjalan bersama-sama kita tak tak sayang anak atau kita rasa leceh gila bawak nak. Untuk pencerahan yang optimum, key point dia ialah

Quality Time

Quality time siapa? Kita ada banyak jenis quality time ye awak-awak. Quality time bersama keluarga. Quality time bersama anak-anak. Quality time bersama Suami/Isteri.

Aku ni anak takde la ramai.. Baru sorang tu je pun. Nak bawak berjalan tu kacang tanah je. Lagi-lagi dah besar, duduk dalam stroller kau pusing lah satu mall tu. Selagi ada benda yang bergerak, berwarna-warni leka lah dia. Kalau aku stop sebab membelek barang, tak lama sikit dia start boring. Jadinya aku belek ala kadar je. Hehehe.

Setakat ni aku belum lagi bercuti-cuti Malaysia atau Indonesia. Memikirkan anak masih kecil, dia belum faham apa itu cuti-cuti Malaysia. Apa yang dia dapat cuma penat. So bagi masa sikit lagi dekat dia, dalam sebulan dua ni dah boleh lah nak bawak dia pergi Zoo, pergi Aquaria, pergi pantai. Semua dah ada dalam plan, tunggu sikit masa je lagi. Jangan compare atau tanya kenapa. Kenapa family A tu elok je bawak anak bawah setahun bercuti merata. Emak dia lain kan? Aku emak kepada Melissa have my own thought and plan. Hiks!

Usually aku bawak anak aku ke tempat-tempat yang sesuai dengan dia. Taman permainan! Sejak jerebu dah sembuh ni, korang boleh nampak gambar kat Instagram aku tu asyik bawak Melissa main buai. Dia pun dah pandai explore keadaan sekeliling dia. Jadi aku bawak je dia ke situ. Dia main puas-puas lepas Isyak terus tido kepenatan. Hehehehe! 

Sekarang ni aktiviti kami of course bertiga. Mana boleh sengaja-sengaja nak tinggal anak, kalau tempat yang kita nak pergi tu tempat familiar macam mall. Kan. Lebih baik bawak anak sebab aku suka dia explore dunia luar.

Tapi ada masanya aku keluar berdua jugak dengan Suami. Selalunya hal-hal rasmi. Suami beli rumah ngam-ngam masa aku 45 hari berpantang (ini cerita lain - homeSUITEhome yang aku dah taip tapi jadi draft je haha), jadi sepanjang tempoh Melissa membesar, banyak kali jugak aku dengan Suami keluar buat urusan bank, lawyer, KWSP. Urusan-urusan tu semua kami tak bawak anak. Tak sesuai. Masa tu aku duduk rumah Ibu (kes rumah sewa kena masuk pencuri 2x). Ibu memang tak bagi bawak anak keluar merata lagi-lagi takde sebab (urusan bank, lawyer, KWSP - takde kena mengena dengan anak). Lepas buat urusan, kami amek masa untuk makan berdua. Berbual panjang, berbincang, have fun lepas tu baru balik. 

Tapi itu bukanlah bermakna aku tak sayang anak. Ke macam mana?

Pagi tadi masa odw pergi kerja, Suami cakap dengan aku cukup bulan dapat gaji dia nak tengok wayang berdua. I was like 'huh?'. 'Melissa?' aku tanya. Lepas tu kami kept silent. Hahaha!

Bagi aku, again BAGI AKU SENDIRI tak salah kalau nak keluar berdua-duaan Suami Isteri. Yang salahnya keluar berdua-duaan tak pernah, langsung tak pernah bawak anak tu keluar. Kiranya sejak dia lahir sampai ke hari ni, anak tu tak pernah tengok dunia luar. Kecuali pergi klinik untuk check up. LOL.

Pernah dengar/baca tak mana-mana tulisan yang dalam hubungan ni kita perlu refresh balik.

Lagi-lagi dah ada anak ni, tipu lah kalau kata kita banyak habiskan masa untuk Suami. I heard and I knew some of us, ada yang buat Suami dia terbiar layan diri sendiri. Sebab Isteri perlu pay attention dekat anak. Cuba tanya diri sendiri, balik dari kerja apa yang kita buat? Aku sendiri akan prepare barang anak untuk esok, prepare tempat tidur dia, layan dia main lepas tu tidurkan dia (buat bersama-sama Suami - kang ada pulak judge husband x menolong :p). Lepas dia dah tidur aku tanya Suami pulak dia nak apa-apa tak? Selalunya kami just mengunyah depan TV sampai mata mengantuk. Tapi lately aku tido awal. I need more energy!

Jadi aku rasa tak salah soalan Suami pagi tadi kan?

Tak salah kan?

Aku bukan lah nak kata sejak dah ada anak ni aktiviti berdua tu dah takde. Aku dah pilih jalan ini (delay pregnant utk enjoy berdua) dan aku amat bersyukur about my past. Tapi kata kunci satu lagi tu REFRESH. Aku faham Suami nak refresh balik energy berkasih sayang. Eh, bukanlah nak cakap yang hari-hari sebelum ni takde kasih sayang. You know refresh? It is still fresh. But you just RE-fresh. Jadi walaupun aku dah puas enjoy berdua (actually takkan pernah puas), tapi untuk hari-hari mendatang ada masanya aku nak lagi masa berdua tu.

Jadi, aku rasa tak salah untuk kamu Ibu dan Bapa diluar sana yang nak keluar dating berdua sekali sekala. Macam yang Vivy buat, dia ada hal bisnes alang-alang tu holiday sekali. Itu pun ada yang nak judge Vivy tak sayang anak sebab tak bawak anak bercuti (oversea).

Awak nilai kasih sayang terhadap anak dari aspek percutian eh? Eh?

Agaknya tengok Isteri peluk-peluk Suami (berselfie - nampak happy) update dalam Instagram dah dikira mak bapak tu terussssss lupa kat anak. Hilang dah rasa sayang kat anak. HAHA.

"don't you just feel guilty leaving your kids everyday for work.... "

Jadi Ibu yang bekerja ni tak sayang anaklah tinggal anak kat baby sitter? Macam elokkkk je bagi penilaian macam tu. Aku tak faham betul orang jenis menilai orang suka suki ni. Orang macam ni takde rasa malu ke apa. Ish!

Aku tau akan ada orang bash apa aku tulis ni. Dah ada anak buat cara ada anak. Takyah budget sweet-sweet couple. Dah ada anak tu bawak jelah pergi mana pun. Yang nak tinggal-tinggal tu kenapa. Nak bajet-bajet sweet lain kali jangan ada anak. Elok la ajar anak terasing macam tu, esok anak dah besar dia tak sayang mak bapak dia.

Bab dah besar anak tak sayang mak bapak, aku tak rasa itu punca utama sebab kena tinggal mak bapak p berdating. Banyak punca lain, termasuklah terlalu 'anakku Sazali'. Aku tak mention jangan manjakan anak eh! 'anakku Sazali' tu kena fahamkan betul-betul.

So, i agree with my husband's invitation. Having a movie together. Tapi aku kena tanya nenek Melissa dulu. Kalau nenek Melissa kata 'No' menangis jelah kat pintu rumah. Hahahaha.

I am not sure about you guys, tapi apa yang aku tulis ni takde kena mengena dengan sesiapa yang aku kenal. Except minah yang komen dalam Instagram Vivy tu. Dia tak patut nilai kasih sayang seorang Ibu terhadap anak dia. Walaupun dia, aku, kau, kita, mereka ialah seorang 'ibu' tapi percayalah perasaan kasih sayang tu hanya kita yang tahu. Tipu lah cakap 'aku tau perasaan seorang ibu'. Kalau tau kenapa ada makhluk macam tu menilai secara mem'oink oink' buta?

Ibu kot, jauh mana dia pergi, dengan siapa dia pergi dia tetap ingat anak dia, okay!

Am bit emotional, sorry.






Love,
Nursaila Norman!


14 comments:

cik hani said...

Saila..... saya agreed dengan awak..

mana ada mak yang tak sayang anak, gi bercuti tanpa anak bukannya tak sayangkan anak.

setiap orang berbeza.
tapi janganlah sampai piker buruk pasal si ibu tu..

Maria Firdz said...

Kehidupan lain-lain... Tak perlu nak hukum orang sampai macam tu...

MG schmidt said...

lain org lain cara kot.
sbb ada jg certain fmily MG tgk lebih suka pergi berdua tapi kdg2 dgn anak2 jg
myb diorang rasa nk enjoy berdua mcm memula kwen dlu kot :)
tp ok je as long anak x terabai kan :)

Siti Nurzafirah said...

Tahu baca kat blog sapa.. sebab ada baca jugak

lama jugak tak online IG... so, baca dari situ ja tadi..

Anonymous said...

Btl tu refresh n quality time. Ada kwn sy dh ada ank lgsung x amek kisah hal laki. Asyk mengulit ank jer. Smpai ank xtaw bdikari. Alasan ckp 'ank oiii syg kot' dh 2 si suami tu apa. Skali skala gi lah spend time 2gether. Sblm tlmbat :(

Suria Lekatlekit said...

orang yang ada pilihan boleh tinggalkan pada orang yang di percayai mungkin rasa ok jer sekali sekala tinggalkan anak.. macam akak kami bukan je takde pilihan selain jaga anak sendiri, asben akak memang takkan tinggalkan anak pada sesiapa walau adik beradik atau mak ayah sendiri. Sebab tu akak x kerja.. bagi akak satu pengorbanan kecil.. banyak aktiviti yang selalu akak buat masa tak ada anak dah tak boleh buat sekarang tapi akak sentiasa pilih untuk enjoy dengan apa yang akak boleh buat. Kami sentiasa rasa qualiti time kami adalah bertiga bukan berdua. dari 5 bulan anak akak dalam perut memang kami dah bawa travel jauh2 sampai keluar perut pun. Sebab masa kecik ni la.. dia lebih banyak dengan kita.. bila meningkat remaja nanti percayalah masa tu dia nak masa dia sendiri. masa untuk keluarga, masa untuk dengan kawan2.. mungkin dia akan jauh dari kita bila pergi belajar. So, tak salah masa dia masih kecil kita korbankan sikit masa untuk dia. Akak x rasa dengan sentiasa bawa je anak kemana mana.. tak ada masa berdua tu satu macam perkara besar sangat la. Sebab mak bapak akak lepas anak2 besar.. Sebelum arwah ayah meninggal dorang sangat2 enjoy berdua. Setiap minggu ada saja aktiviti. Kita dah lalui saat berdua.. kemudian bertiga emapat bla.. bla.. sampai satu saat nanti Insya Allah jika ada rezeki kita ada ada banyak masa berdua balik macam mak & arwah ayah akak dulu. Ni cuma pendapat akak utk diri akak tidak mewakili atau kata cara orang lain salah. Ini cuma cara akak je

Anonymous said...

sory kena jd anon mls kang ada yg tahu sape kita huihuihuihui. agree sgt perlu ada ms utk bdua mcm awk ckp refresh. org dlu2 xda refresh2 ni org skrg dh tbuka lg2 utk kbaikn bsama bkn pting kn dr. dh rmai y spend ms bdua awk..xda apa y pelik pn. chill je sdah. xyah nak kecam org. #jangankecamsaya ahahah

cik mah said...

Cik mah setuju ngan saila...xsalah pun kan skali skala kita berdua...nk refresh blik...enjoy2 berdua..sweet2 gitu kan...

cik mah said...

Cik mah setuju ngan saila...xsalah pun kan skali skala kita berdua...nk refresh blik...enjoy2 berdua..sweet2 gitu kan...

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

misz sheyla said...

idok le tinggalkan anak sekali dua tu boleh jadi smpai xde memori langsung anak tu dgn kite..chill la...bukan tinggal dari baby smpai besar...kalu gitu iyee...xde memori...setuju dgn saila

Kesuma Angsana said...

Salam singgah hari ni bila masa sikit ni. sapa yg x sayangkan anak2 kan ! pikirlah sendiri

Maream Aleesya said...

Me too, agree! I pun slalu keluar dating dgn husb mcm lunch time kerja, tgk wayang, sometimes we go for shopping together. Kami allocated time utk bawa anak berjln waktu bila. so big issue actually. mana yg x berpeluang tu no need to be soooooo sensitive.

Maream Aleesya said...

*no big issue actually
TYPO