CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 5, 2015

beranganITUfree : homeSUITEhome Idea

Assalamualaikum



Siapa tak suka rumah cantik, angkat tangannnn!

Takde, semua tangan kat mouse. HEHE.

Aku nak buat pengakuan sikit ni, jujurnya aku memang mencari-cari idea untuk rumah sendiri. Waima untuk rumah sewa dulu. Bila dah ada rumah sendiri ni, semangat juang tu memang lebih lah. Yang tak lebih cuma uwang (wang). sobs! Selalunya aku godek-godek lah dekat Google, Pinterest. Tapi kebanyakkan idea adalah milik omputih-omputih yang barangnya jauh berbeza dengan barang yang ada dekat Malysia ni. Bukan nak sebijik-sebijik sama, tapi gambaran untuk aku translate kan kepada apa yang ada dekat Malaysia agak lembab. Huhuhu.

Semalam aku terjumpa gambar hiasan dalaman rumah yang aku sangat kagum. Kagum sangat sampai ternganga mulut ni. Kagum dari banyak aspek. Paling utama aspek warna. Owner berani bermain dengan warna. Salute! Aku sendiri tak berani sangat, ragu-ragu. Rasanya aku cuma berakhir dengan pilihan warna kelabu + putih + hitam. Haih!

Akhirnya aku jumpa jugak dengan rumah yang betul-betul aku suka, untuk dijadikan rujukan dan inspirasi. Actually gambar-gambar ni aku dah share dekat wall sendiri. Tapi kalau dah lama-lama mesti jauh ke bawah lepas tu hilang macam tu je. Untuk menyelamatkan keadaan, aku share dekat blog. Bila dah cukup duit, cukup masa, cukup semua, aku klik je label 'homeSUITEhome'. TaRaaaaa~ Credit kepada owner rumah iaitu Nani Idayu

AMARAN : Sila bertenang semasa melihat gambar-gambar di bawah.


RUANG TAMU

Side 1












Side 2












Side 3














Side 4













DAPUR
















BILIK TIDUR














BILIK TIDUR ANAK
















RUANG MAKAN







Fuh! Banyak sebenarnya gambar rumah Kak Nani ni, tapi aku rasa beberapa keping gambar rumah beliau dah memadai untuk aku jadikan inspirasi.

Rumah atas angin macam rumah kami ni ruang tamu dan ruang makan berada dalam satu ruang. Puas aku fikir divider untuk ruang makan dan ruang tamu. Aku memang plan untuk guna rak buku macam Kak Nani guna (refer ruang tamu side 4) tu, tapi aku langsung tak terfikir nak beli dua! Huhuhu. Apa la aku ni. Sebab kalau guna satu je memang tak cukup panjang, jadi beli lah dua! Hikhik. Lagi pun dari pintu masuk boleh nampak ruang tamu. Aku memang plan nak elakkan tetamu terus nampak ruang tamu. Tapi idea tu susah betul nak datang. Kalau guna rak buku Ikea ni insyaallah boleh :)

Secara jujurnya memang banyak persamaan yang aku idamkan ada dalam rumah Kak Nani ni kecuali bab warna. Hehehehe! Aku masih tak sebegitu berani nak bermain dengan sebegitu banyak warna. Aku lebih suka warna-warna lembut sebagai basic, lepas tu nak add color bagi splash sikit warna-warna ceria maybe pada curtains & pillows. Jalan selamat. Haha! But basically, susun atur dan jenis barang yang Kak Nani guna memang 87% apa yang aku inginkan tapi tak keluar kat otak ni. Huhu.

Dah nampak idea kasar kan? Jadi, mulai sekarang dah boleh rangka slow-slow idea untuk rumah sendiri. Bukan lah nak tiru 100%, mustahil lah aku nak beli sebijik-sebijik barang yang ada dalam rumah Kak Nani tu.. Huhu! Cara of course berbeza, sebabnya kat atas ni pun aku dah sebut aku tak berani nak bermain dengan warna. Mine will turn pale, kot. Hekhek.

Anyway, aku baru nak start untuk rumah. Walaupun officially duduk on June 2015 tapi kena tangguh 2016 baru boleh start mendeko. Macam aku cakap mula-mula tadi, uwang belum cukup untuk berjuang. sobs! It takes time baybeh.

Untuk itu, wish me luck pleaseeee *begging

Idea untuk ruang tamu
Idea untuk dapur
Idea untuk ruang makan
Idea untuk rumah
Idea untuk ruang tamu sempit
Idea untuk rumah kecil






Love,
Nursaila Norman!


10 comments:

Ija Rased said...

assalam
cantik dan elegen..sejuk mata memandang

cik hani said...

Kite pun suka tengok gambar rumah nani tu.lawa kan. Nampak happening jer

safurara said...

kannnnnnn! cantikkkkkk! rara pon hope sangat dpt cm ni, sume inspire dr rumah mat saleh kan, rara hari2 godek pinterest.

Norhazrina Abdul Hamid said...

cantikkkk sgt saila. rina pun suka tgk rumah dia. mmg sgt menepati citarasa. hehehe. tp kalau dpt laki jenis suka jgak deco okla. mcm laki rina xsuka sgt so mmg xdpt la apa yg rina nak buat. hehehhh

Anonymous said...

Saila, cntik lah rumah kak nani tu. terima kasih kongsi idea. sy pun teringin nak hias rumah jadi mcm tu. nanti bila ada rumah sendiri, rumah kak nani boleh jd sumber inspirasi. Sy doakan awak berjaya hias rumah awak nnti. n please kongsi dengan kami ye :)

Suria Lekatlekit said...

masih menyewa di tingkat 9 jadi kami malas nak beli banyak perabot berat. suka cari yang ringan & simple sebab tahu satu hari mesti kena pindah jugak.

Nana Sharia a said...

ni theme dia nama eclectic saila. i pun minat deco2 jugak n be jugak berkecimpung dlm dunia blog ni. salam perkenalan. jemput dtg singah.

Cik Kumbang said...

banyak deco sekarang yg ambik inspirasi dr konsep omputih kan
cantik & kemas
adore juga rumah kak nani ni

http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.my/search/label/DIY

IMaH said...

saila, imah pernah tengok rumah ni. ada org update dekat group deco rumahku syurgaku dekat Fb. First impression mmg wow!!! cantik giler kan. Pandai dia main dengan warna. cari kombiasi barang yg sesuai. Nice sgt. selamat mendeko saila!! saila kreatif. mesti cantik rumah saila nnt

Fiqah Feeona said...

Fiqa yang dah duduk setahun pun tak habis decorate lagi. Buat sikit2. Sebab kalau rakus sangat takut menyesal..